tambah wang dengan zalora KLIK

Wednesday, February 29, 2012

apa menu makan malam kawan2?

Menu makan malam Dela dan family hari ini


sambal tumis ketam


ikan sebelah yang digoreng
( kenapala pakcik yg siang ikan tu buang terus kepala ikan ni )

jemput makan semua.

ppssstt........ makan apa tu?
masak atau makan kat kedai?
:)


Klik
SINI , SINI dan SINI

TQ


Tuesday, February 28, 2012

keunikkan pokok kelapa bercabang 4


Sebenarnya dah lama nak snap gambar pokok kelapa bercabang 4 ini cuma beberapa
meter sahaja dari rumah mertua. 
Tak boleh nak zoom lebih dekat... maklumlah kamera tak berapa nak canggih. 
Tangkap gambar time nak senja agak gelap.
Pokok kelapa ini lebih tinggi dari pokok kelapa2 yang lain.
Inilah keunikkan pokok kelapa di kampung kami.


Jom Klik
SINI

TQ

Monday, February 27, 2012

surprise besday di kampung

besday kakak ipar bersama anak saudara


Balik kerja Jumaat lepas tanpa dirancang terus balik kampung sebab en suami nak sambut besday kakaknya bersama anak saudara kami di sana. Sebenarnya tak rancang nak balik pun cuma tiba2 aja en suami call kampung dan kakak ipar cakap nak buat makan2 sikit esok untuk anak saudara kami yang kebetulan genap 1 tahun dan berkongsi bulan yang sama dengan kakak en suami yang no 2. En suami kalau bab2 makan kat kampung memang tak senang duduk pastu tergerak hati nak balik dan aku pun tak payah fikir banyak packing2 baju lepas magrib terus gerak tak bagitau sesiapa pun nak balik konon2 nak surprise kan family di kampung. Memang mereka terkejut tau2 dah sampai depan rumah.... hhheee






sedikit cenderahati buat anak2 saudara aku dan sehelai tudung buat kakak ipar
dan baju untuk anak saudara hadiah dari biras aku.


Semalam pukul 7 gerak dari kampung pukul 11 malam baru sampai rumah. 
Letih giler.... tadi pergi kerja pun malas2 sikit rehat tak cukup... :(
Tapi tak mengapa surprise kami menjadi!!

Sekian





Saturday, February 25, 2012

akhirnya aku miliki passport



Akhirnya aku memiliki passport jua ....... macam chewi pulak menayang kat orang pasal passport. Walhal orang lain tiap2 bulan keluar masuk Malaysia makan angin relex aja kan. Tak mengapa rezeki masing2 kan. Iya la memang exited terlebih la sikit........ dah tua2 bangka ni baru berpeluang jalan2 luar Malaysia. Abaikan aku yang terover ini hheee....
Nak buat passport kat imegresen punya la seksa lamanya. Dari 7.50 pagi menunggu 4.45 petang baru la selesai. Minta masuk kerja half day terus kena apply cuti sebab nak settle semua urusan sampai siap!!. Punyalah ramai kena beratur panjang pastu ada adegan gaduh2 antara staff imegresen dengan pelanggan, pastu ada jugak staff imegresen kena marah dengan pegawai depan2 kami semua memang tak patut la mereka tunjukkan kelemahan mereka ni depan orang ramai, siap menangis pegawai pendaftaran tu memang kesian mesti malu gaban dia.
Tak mengapa.... yang penting passport aku sudah siap... tinggal nak penuhkan tabung untuk jalan2 aja belum cukup tebal lagi.... sekarang masih menunggu surat pelepasan majikan en suami...... biasalah kerja gov ni ada prosedur2 yg nak kena follow. Cuti2 kami ni tak ada aktiviti mengshopping2 sakan pun.... sekadar jalan2 tengok tempat orang.  Maklumlah orang exited beginilah ropenya.....  riuh 1 Malaysia  :)  jangan mare.... hheee



p/s!!!.. InsyaAllah jika ada rezeki sampailah aku ke Shenzen dan Hong Kong.
anniversary in advance ....hheee


Jom joint
Blin.gd
Churp Churp

TQ



Friday, February 24, 2012

free lipice dah dapat!!


Akhirnya sampai sudah sample lipice aku yang cinonet ini....
Kalau nak free sample lipice masuk SINI 



Jom Klik 
SINI dan SINI


Thursday, February 23, 2012

"IntaNBerliaN's First Giveaway"

 Klik banner 
 tarikh tutup 29 Feb 2012


Hari ini baru berkesempatan joint IntanBerlian First Giveaway.
Manalah tahu kali ini rezeki Dela pulak.
 Lagipun senarai2 hadiah dari penaja sangat sangat sangat sangat  menarik  :)
antaranya:



Kalau nak tengok hadiah-hadiahnya sila klik SINI
mesti teruja kan?....
Jadi kalau nak joint dan syarat2 penyertaan
 sila klik IntaNBerliaN's First Giveaway
 
Good Luck!!! 









Tuesday, February 21, 2012

menu makan malam - mee sanggul goreng



Bahan2
Mee sanggul (di rendam sekejap), cili kering (di blend ), sos tiram, gula & garam, kicap,
udang, sotong, telur, taugeh, kuchai dan tauhu (di goreng )
 

Cara-caranya seperti resepi goreng-menggoreng aja la....hhee
simple aja kan...!! mee sanggul pulak aku beli 10 bungkus dari kampung buat stock.


p/s: chef en suami yang masakkan..
chef memang garang di dapur dan tak boleh ganggu masakkannya tambah2 makanan feverot
aku jadi tukang potong2 aja.......hhheee


Jom Klik

Terima Kasih



Monday, February 20, 2012

ziarah kawan di Hospital Serdang



Sabtu lepas berkesempatan melawat kawan en suami yang excident. Keadaan kawannya sangat kritikal dan masih tidak sedarkan diri di wad ICU. Aku sempat berbual dengan ibu dan isteri kawan suamiku itu, sedih bila dengar cerita dari mereka dan aku tak dapat nak bayangkan bagaimana cekalnya hati isterinya menerima khabar duka tentang keadaan suaminya yang tidak akan seperti dulu lagi. Suaminya mengalami kecederaan yang sangat teruk dan berkemungkinan lumpuh. Lebih memilukan mereka baru saja dikurniakan anak yang masih kecil. Tak tertanggung rasanya dugaan yang dihadapi keluarga mereka ini. Apa yang aku harapkan semoga isteri kawan suamiku itu tabah hadapi dugaan hidup yang hebat dan cekal  membesarkan anak mereka.
Perjalanan hidup kita masih panjang dan kita sendiri tidak tahu apa akan terjadi esok lusa. Aku sendiri terfikir bagaimanakah masa depan aku suatu hari nanti. Hanya suami tempat aku bergantung kasih setelah ketiadaan kedua orang tua tambahan pulak aku belum dikurnaikan cahaya mata, terbelakah nasib hidup aku suatu hari nanti. Bukan minta simpati cuma sekadar terkenangkan nasib diri di kemudian hari. Macam2 benda yang aku fikirkan dan bermacam2 perkara terjadi sekeliling aku sekarang ini. Tapi kita hanya merancang, Allah swt yang mengetahui segala-galanya. Kita hanya mampu berdoa agar dilindungi dari segala kesulitan dunia dan akhirat. 



Jom Klik

SINI, SINI, dan SINI


TQ




Friday, February 17, 2012

Jom joint BLIN.GD

Kali ini aku joint BLIN.GD...... biasalah....  bulan 4 ni aku dan en suami nak bercuti jadi kenalah kumpul duit lebih sikit. Cara nak joint BLIN.GD ni hanya dengan sign in acc FB atau twitter dan isikan detail bahagian profile. Siap!! dah boleh publish macam churp churp jugak la.... hhee... selamat mendaftar. Setiap iklan yang di klik dibayar sebanyak 20 sen..... kalau ada kawan2 yang klik iklan terus akan masuk ke acc dan boleh nampak di sisi tepi blin.gd pada hari yang sama.




Sign Up menggunakkan FB atau Twitter




 
Isikan butiran peribadi



Pilih iklan yang nak di share kan
Klik Share


 
 Piliha share melalui FB atau Twitter


 
Klik Share
Selesai!

Ikut step di atas sehingga selesai.... kalau x camna earning nak bertambah!!


 
Sebelum itu Klik

Sini dan Sini  dulu


Kalau nak joint
Klik






lupa nak inform... joint blind.gd tak mengganggu status glitterati nuffnang
aku dah tanya mereka siap2.


TQ


Thursday, February 16, 2012

Tips earnings & BE dari Nuffnang

Sekarang ni kedekut betul nuffnang nak melabur ke acc aku. Tiap2 minggu nak kumpul sekupang 
( 10 sen ) pun payah ah!!.... nak masuk 2 minggu ada la dalam 2 kupang ( 20 sen) dalam tabung.... hhhaa...... kiciwa!! tension!!! nak kata tak jawab survey nuffnang rasanya hari2 aku update except hari cuti2 la.......  adeh!! nak beli ais krim cornetto cap giant pun tak lepas ni....... jadi aku pun menghantar tiket kepada mereka dan bertanyakan earnings aku yang sangat ciput semenjak 2 menjak ni.... Nak dapat BE pulak memang mimpilah
jadi ini jawapan mereka

Saja nak kongsi tips dengan kawan2...
kalau dah tahu ok la tu

Jom klik
SINI
SINI




Jom joint


TQ

Monday, February 13, 2012

daging masak black pepper


Menu makan malam yang simple.
daging, blackpepper sos, lada hitam ditumbuk, garam dan daun saderi.

resepi cincai cincai ja ni.....hhheee

 Jemput  makan




Sunday, February 12, 2012

Aquara Spray dan Giffarine stick

Giffarine stick foundation
Aquara Spray 200ml


Dela nak share petua untuk make-up tahan lama. Sebelum ni selalu guna MAC Fix + Skin Refresher And Finishing, tapi tak la mengspray kerap2 sangat  nk jimat la katakan.......  hheee memandangkan harganya pun boleh tahan mahal sikit jadi aku pun menerai Aqua Spray. Memang akan terasa kelainan bila menggunakan spray ini, make-up lebih tahan lama dan menyegarkan kulit muka tambah2 lagi harganya jauh lebih murah dari MAC. Guna sebelum make-up dan selepas make-up....  jarakkan dan spray terus ke muka. Lepas 3-4 jam aku akan spray lagi kalau rasa kulit muka tu kering..... maklumlah harga pun murah, jadi aku main spray la lebih kerap sikit........  Begitu jugak dengan Giffarine foundation stick, hasil gabungan kedua2 produk ini memang make-up akan lebih tahan lama dan flawless....


Nak tahu lebih details tanyalah
SINI




aku masukkan ke dalam botol spray yang lebih kecil 
senang di bawa ke mana2 saja... :)



Apa2 produk sekalipun ikut kesesuaian kulit masing2

Klik
SINI

TQ




Thursday, February 9, 2012

ronda2 dengan topui

Kebetulan adik pompuan dah datang rumah separuh hari asyik bergosip sakan sempatlah juga aku mengasuh si topui Hazim (gelaran en suami) walaupun sekejap, letih tapi memberi pengalaman yang berharga dalam hidup aku. Nak ambik feel la katakan.... hhee. Macam2 ragam si Hazim ni... sekejap nangis sekejap ok dan macam2 la.... yang paling tak tahan apa yg kita makan semua dia nak sumbat mulut sekali. En suami pulak lebih melayan si Hany anak sulung adik pompuan aku. Petang2 sikit baru la kami keluar ambik angin &  window shopping dan bawa anak saudara main2 sekali. Diorang pun datang sekejap aja... tidur semalam.... mana sempat nak bawa jalan ke mana pun. 


penat berjalan berehat seketika
Mak Long nak bawa jalan2 topui tertidur pulak
apa la.....


en suami dan Hazim

 topui suka pandang kamera


delivery Dominos


jemput makan


P/s: rindu la pulak si topui comel!!! :(


Klik
SINI
SINI
SINI
SINI

TQ






Monday, February 6, 2012

BBQ yang tak menjadi


Cuti Maulidurrasul aku plan nak BBQ & camping di Bagan Lalang dengan kawan en suami. Kami bermalam di rumahnya siap2 di Putrajaya plan malam nanti baru nak gerak ke sana. Lepas perap ayam2 semua kebetulan adik pompuan aku yang tinggal di Penang dah on the way nak datang rumah pulak........ adeh... musnah program BBQ kami. Dia pun x bagitau awal2... dah on the way baru bagitau. Terpaksalah cancel BBQ dan bawa semua bahan2 BBQ balik rumah aku aja... nak bakar2 sini hujan la pulak, jadi resepi ayam goreng ajalah jawabnya. Memang frust la plan yang dirancang awal2 tak menjadi. Kesian kawan en suami rasa bersalah sangat2 dengan mereka. Cuma lain kali perkara sebegini tak patut terjadi lagi. Memang tension, memang kelam-kabut, frust gila. Apa2 pun keutamaan orang jauh lebih penting. Bila lagi nak jumpa adik-beradik.... terkejut tergempar sekalipun pun aku still happy menyambut kedatangan mereka terutama sekali SI TOPUI Hazim




adeh... geram tgok muka Hazim ni... senyum apa stail ni
letih tapi best... boleh kuruih
Mak long mengasuh



anak saudara aku dengan anak kawan
en suami, Aleesya






Sunday, February 5, 2012

Miss Rose eyeshadow - hasil rembatan :)

Miss Rose 80 Color & 3D







Tak la pandai sangat bermake-up2 ni
tapi memang rambang mata tengok barang2 make-up.
harga murah dan warna2 yang menarik, pekat dan tahan lama.
Tahun bila nak habis pun x tau.... hhhee...
Cubalah sendiri.

Beli dari




Friday, February 3, 2012

Jalan2 Bukit Bendera, PP

Ini kali ke 2 aku naik Bukit Bendera. Dulu pernah naik umur 19 tahun camtu la dengan arwah mama. Time tu dah ada lesen memandu terus bawa arwah dan adik2 naik Bukit Bendera sekali. Memang gila stering.... mana saja nak jalan2 hhee......  Kami naik Bukit Bendera hari Ahad sehari sebelum CNY. Orang ramai..... beratur naik dan turun pun boleh tahan panjang...... nak tercabut kaki2. Kalau dulu train slow sikit kini train pun dah berubah wajah lebih canggih dan laju.... sekejap ja sampai atas. Kami pergi dengan family adik ipar sekali. Lama rasanya tak jalan2 Penang. Saja la bawa anak2 saudara sekali jalan2. Mereka ni kalau aku balik tak bawa jalan2 asyik bising memanjang hari2 tanya bila nak bawa mereka jalan......... jadi bawa la mereka pusing2 Penang sekali. Lagipun meriah sikit kalau jalan ramai2.



naik feri


adik ipar beratur beli tiket

Waktu kami datang ni punya la ramai orang terpaksa la beratur panjang. Tapi dah plan nak naik Bukit Bendera aku paksa mereka tidak keluar baris....  rugi la datang jauh2 nak tukar plan lain pulak......hhheee


bergambar dengan family adik ipar... 
en suami jurukamera ajalah....


Medan makan pun sudah bertukar wajah. 
Lebih bersih dan menarik


posing dengan en suami pulak


permandangan jambatan PP


permandangan pusat bandar PP


Lepas turun Bukit Bendera kami tinggalkan family adik ipar di Queensbay dan kami berdua gerak ke rumah adik aku di Bayan Baru.... rindu nak jumpa anaknya Hazim yang sangat2 montel..... terlupa ambik gambar mereka pulak..... sembang tak hengat donia la katakan!!!


Jom
KLIK

TQ

Wednesday, February 1, 2012

poco-poco & dating dengan sahabat2 lama

Balik kampung tempohari berkesempatan bersenam di Taman Jubli Perak. Kami bawa 2 orang anak saudara sekali. Mula2 ingat nak bersenam & jogging  gitu2 aja bawa mereka main2 sini sekali tapi ramai la pulak pakat2 joint poco2 sini jadi kami berempat joint la sekali termasuk en suami. Aku pun first time joint acara poco2 begini. Kalau kat Shah Alam selalu bersenam di tasik aja la........ hhhmmmm setahun 2 & 3 kali adele.... selainnya bersenam dalam mimpi boleh la!!!! 



siap untuk mulakan acara poco2


ramai pulak adik2 kakak2 makcik2 yang joint


adeh!!! bertambah gemuk la diri ini


lelaki dewasa dan sorang budak lelaki 
tengah mengskodeng..... hhheee


Lepas acara poco2 meneman la pulak 2 orang anak buah
aku main permainan sini.


anak2 saudara aku mendapat kawan kembar baru..... comel!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kemudian




kiri Azean dan kanan Ita



Tengahari sahabat lamaku Azean datang rumah mertua. Cuti kali ini baru berkesempatan bertemu lepas raya puasa tahun lepas. Kami berkawan dari zaman sekolah rendah lagi..... Alhamdulillah.... walaupun pernah gaduh baik gaduh baik waktu zaman muda2 dulu  kami saling bertanya khabar berita sampai sekarang. Selalu dia yang akan call aku kalau lama menyepi.... hhheee baik kan sahabat aku ni...... banyak rahsia aku yang dia simpan. Banyak juga kenangan suka duka yang kami kongsi bersama.
Kalau Azean tahu aku balik kampung selalunya dia akan datang rumah mertua bawa aku keluar jalan2.... kawan2 lain.... selalunya kami berdua yang akan ke rumah mereka. Kadang2 terasa la jugak bila balik kampung asyik aku aja yang terjah ke rumah mereka......nak tunggu mereka balas kunjungan aku tak tahulah bila .... :(  ahhh.... lupakan!!! .
 Sepatutnya ada 2 orang lagi sahabat2 yang aku nak jejaki tapi mereka tiada di rumah jadi seterusnya  ke rumah Haida, juga kawan sekolah rendah & menengah di Taman Astana yang baru aja dapat baby baru tapi tak sempat la pulak nak bergambar dengannya. Haida pulak selalu sms aku tanya khabar bila aku diam menyepi...... baik sungguh mereka2 ini. 






Kemudian petang2 sikit lepas makan tengahari di restaurant nasi kandar kami ke rumah kawan kolej aku pulak, Ita. Lama betul tak jumpanya.... Ita pun dah berubah wajah.... ibu beranak 4 la katakan.... Anak2 pun dah besar. Dulu aku pun pernah rapat dengan Ita. Selalu jugak saling kunjung mengunjung ke rumah masing2 waktu aku belum berkahwin. Sekarang ni pun kalau Ita turun KL kalau berkesempatan dia akan singgah rumah. Bila jumpa kawan2 yang beranak ramai terasa cemburu pulak kerana aku belum punyai keluarga yang sempurna. InsyaAllah....  rezeki aku tahun ini pulak siapa tahu......... :)




Klik
SINI

TQ