-- > Klik iklan di bawah untuk keterangan lanjut < - -

Saturday, June 15, 2013

Ameera dah boleh duduk dah boleh makan






Sekarang anak mama dah boleh duduk sendiri... tapi mama dengan abah nak kena tengokkan  jugak sebab tiba2 ja boleh terbalik ke kiri, kanan dan belakang..... selepas dah boleh merangkak sekarang dah boleh duduk pulak... tapi sekarang ni mama dan abah kena lebih alert... semua benda Aneera nak masukkan dalam mulut... risau lak terambil benda yang bukan2... di rumah ni kalau dah ada anak kecik mainan sana-sini... jalan ke mana2 jumpa mainan yang berkenan mama akan beli... tapi mama yang selalu beli... abah kurang minat sangat toys2 ni... abah kata... mama beli.. mama yang main... anak bukan tau main lagi... hhaa.... boleh lak camtu... sabaq ja la... :)


 Dela masukkan betik ke dalam baby Food feeder 
beli SINI


 Sekarang Ammeera pun dah masuk 6  bulan lebih... Dela nak mula ajarkan makan bubur nasi dan buah. Selalunya masakkan bubur nasi bersama carrot dan ubi. Ameera mula2 tu nampak macam tak dapat menerima makanan baru ni... dah hari2 di suap... Ameera pun dah pandai makan... Lagipun di nursery mereka sediakan menu yang sama seperti Dela masak cuma mereka kadang2 masukkan isi ayam sikit. Sekarang Dela ajarkan makan buah.... macam2 reaksi boleh tengok bila time makan... best sangat!



 





Friday, June 7, 2013

dah boleh merangkak



Kejap je masa berlalu.. pejam celik2 pajam celik dah makin besar anak mama. Waktu ni Ameera dah masuk 6 bulan seminggu dah boleh merangkak. Tapi kalau dah merangkak macam2 barang nak  dicapainya... semua benda nak masuk mulut. Acah sikit ja tapi gelak mengekek siap ada bunyi2 lagi... hhaa.....  seronok tengok anak mama gelak begini. Ada saja perubahan2 yang mama nampak dari hari ke hari. Semalam Dela dan suami keluar makan luar... pastu ada la budak2 acah2 sikit Ameera.. sampai terlompat2 gelak kuat. 
Nursery yang Dela hantar tu pun bagitau yang Ameera ni kalau seronok sangat suara dia yang paling kuat di situ... Alhamdulillah... suka sangat dapat tengok perkembangan anak Dela dari hari ke hari... Syukur sangat2. Cuma Dela perasan setiap kali ambik Ameera balik dari nursery matanya selalu kelihatan letih ...balik rumah letakkan dalam buai terus Ameera sambung tidur. Mungkin anak mama masih belum dapat biasakan diri dengan jadual di nursery tu.InsyaAllah... lama2 ok la tu... Sayang anak mama :)




Wednesday, June 5, 2013

dari babysitter ke nursery



 foto google


Selepas dibincang2 dan di kaji2 akhirnya Dela dan suami bersepakat untuk hantar Ameera ke nursery pulak... Sebelum ini kami hantar ke rumah pengasuh kawan suami sekarang kami terpaksa bertukar tempat baru supaya kudis buta anak Dela tidak lagi bertambah teruk. Kali ini lepas kami survey2 dekat2 kawasan rumah dapat la  nursery yang berdekatan dengan rumah. Sebelum ini Dela pernah hantar sekali time babysitter Ameera cuti balik kampung, pernah hint2 nak continew dengan mereka cuma mereka minta kami ubati kudis Ameera sampai baik baru hantar situ sebab takut berjangkit dengan baby lain pulak. Straight sikit la pulak... tapi ada betul jugak kan... siapa nak jaga anak kita kalau dah berkudis 1 badan... Mula2 minta tolong mertua datang untuk sama2 menjaga anak Dela... maklumlah banyak benda yang Dela nak kena belajar tapi mertua pulak tak dapat datang sebab menjaga adik ipar yang mengandung 8 bulan. Jadi terpaksa Dela ambik cuti seminggu tanpa gaji untuk menjaga Ammera sampai kudis betul2 kering... sentiasa sapu dengan ubat untuk matikan kuman. 

Jadi semalam suami Dela dah tanyakan sekali lagi sebab kudis2 pun makin kering dan Alhamdulillah... mereka terima... Yang dela suka tempat ni tak ramai sangat baby yang mereka jaga cuma 4 orang dan yang lainnya 1-2 tahun tapi mereka asing2kan rumah. Baby 3 bulan - 2 tahun rumah lain dan 3-6 rumah lain. Nampak suasana rumah pun bersih sikit dan tak terlalu ramai budak. Suami dela pun berkenan jadi kami hantar di sini pulak... Mula2 tu sedih la jugak sebab suami dela call nursery tu tanyakan Ammera... Ameera asyik nangis tak henti... tapi biasalah... nak sesuaikan tempat baru memang ambik masa sikit... InsyaAllah lama2 biasa la tu... 

Semalam balik rumah kami di beri buku log book aktiviti harian anak Dela sepanjang berada di nursery. Berapa kali makan & minum, berapa kali tukar lampin, berapa kali nangis, mandi dan ada aktiviti menonton tv sekali semuanya berjadual. Lapigun Dela tak perlu lagi risau pasal cuti sebab mereka ikut hari bekerja kita... Kalau dengan babysitter dulu kerap jugak la Dela terpaksa masuk lambat tempat kerja dan bergilir2 ambik cuti dengan suami menjaga Ameera sebab masalah2 personal babysitter. Mungkin ada sesetengah orang takut nak hantar ke nursery ni.... tapi bagi Dela dan suami yang tinggal jauh dari keluarga terpaksa buat keputusan yang terbaik untuk masa depan anak kami. Nak minta mak mertua tinggal sekali dengan kami memang tak dapat la sebab biasala ..... orang tua2 ni payah nak tinggalkan kampung. Jadi atas dasar yakin dan percayakan nursery ini InsyaAllah... Dela dan suami berharap pilihan kami kali ini tepat dan betul. Masing2 punya pendapat dan pandangan sendiri tentang nursery tapi lain orang lain situasinya ... Mungkin ini saja tempat yang terbaik untuk anak Dela sebab lebih dekat dengan rumah dan suami Dela pun boleh tolong ambikkan kalau Dela balik lambat. Jadi bermula la dunia baru Nur Ammera Damia di nursery pulak. 
Mohon doakan anak Dela dijaga dengan baik di nursery baru tu.. Amin :)

psst: Terima kasih wishkan hari ulangtahun
perkahwinan Dela

psst: Terima kasih juga kak Rozita  sudi berkongsi petua masuk hotel
 bila bersama bayi kecil..
:)





Thursday, May 23, 2013

mother day vs wedding anniversary in advance

Cerita minggu lepas.... Kami 3 beranak bercuti ke PD. Kiranya ini lah tahun pertama Dela dapat menyambut "hari ibu" bersama anak kami yang genab masuk 6 bulan. Destinasi pertama Dela bawa Damia jenjalan tidur luar. Tak dapat la bercuti lama2 sebab cuti pun dah habis kerap sangat ambik anual leave menjaga Nur Ameera Damia semenjak kena jangkitan kudis buta ni. Suami Dela dah booking siap2 untuk 1 malam di Avillion Admiral Cove, PD untuk sambut mother day vs ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 tahun tahun ini pada 14.5.13 lepas. Pejam celik dah 10 tahun kami bersama... macam2 dugaan dan cabaran kami tempuhi berdua.. Alhamdulillah... kini di tambah pulak penyeri hidup kami Nur Ameera Damia melengkapkan kesunyian kami selama 9 tahun penantian... Syukur sangat2. 

Cuma ada kejadian yang tak dapat di lupakan... Dela terlupa bawakan tilam Damia dan hanya bawa bantal dan selimut sahaja.... Apa lagi... pukul 2 lebih jugak la anak Dela dapat tidur.. menangis tak henti2 tak selesa dengan tempat baru namun akhirnya Damia tertidur jugak munkin sebab letih agaknya. Nasib baik tak ada sesiapa yang complain baby nangis tak henti2. Kalau tak... terpaksa jugak la kami terus balik bermalam di rumah aja la jawabnya.





bilik mengadap laut


abaikan semak2 tu... Hee


suka anak Dela ni main air dengan abahnya


bawa mak saudara n family yg tinggal PD joint kami mandi manda2..
 hhee


kolam renang dewasa... menarik!


mama dan Damia


 
menu breakfast!


hadiah ulangtahun perkahwinan... 
Alhamdulillah... terima kasih buat suami Dela






Saturday, May 18, 2013

terpaksa botakkan kepala

Atas nasihat doctor kami terpaksa botakkan rambut Nur Ameera Damia. Oleh kerana rambutnya cepat panjang dan tebal jadi kudis yang ada di kepala tu lambat kering. Jadi kami terpaksa botakkan rambutnya. Alhamdulillah kudis di kaki, tangan dan badan Ameera pun semakin surut lepas ambik ubat di klinik dan kami suami isteri gotong-royong bersihkan rumah dan rendam segala kain baju, tempat tidur dll dengan air panas sekali untuk matikan kuman. Terfikir nak tukarkan tempat pengasuh baru sebab kudis tu datang dari sana maklumlah kalau mengasuh ramai2 ni mesti ada baik dan buruknya. Tak mahu salahkan sesiapa jadi lebih baik kami merawat jangkitan kudis buta ni dari terus merebak. Doctor pun sarankan kami bertukar pengasuh sebab kudis buta ni jenis berjangkit dan lambat baik jika tak di rawat dengan betul tapi kami suami isteri masih lagi berbincang  dan tak mahu kecilkan hati mana2 pihak namun untuk kesihatan anak kami terpaksa juga fikir yang terbaik untuknya. Cuma sekarang Dela dan suami pulak yang kena jagkitan kudis tu.... menggaru jugak la kami malam2...hhee. Tapi memang kesian la malam2 anak Dela mesti nangis2 gatal menggaru 1 badan dia.


   kesian anak mama takut tengok mesin rambut


 dah start membotakkan kepala.... time ni Damia  nangis sungguh2
 cian dia....  takot  :(


 lepas tu kembali ceria ! 
sayang anak mama





Monday, May 13, 2013

shopping tudung...


Minggu lepas berkesempatan shopping sikit tudung di Sec 7, Shah Alam. Tiba2 mood nak bertukar ke tudung yang lebih keibuan ni membuak2... wah!!!   Ada la shopping sikit tudung2 untuk pakai raya nanti...Raya? rasa2 untuk raya tak sempat tunggu kot... x sabar nak pakai ni..... nanti bulan puasa boleh beli lain...ada sale lagi la murah2...hhaa. 
Lagipun lama rasanya Dela tak menukar koleksi tudung jadi kali ini ada budget sikit berhabis la untuk diri sendiri.




Pppsstt: Terima kasih untuk suami Dela yang sponserkan hhaa.. 
:)

Alhamdulillah... cheque chup2 dah pun sampai :)
Duit blingd pun dah masuk :)