tambah wang dengan zalora KLIK
Showing posts with label kampung halaman. Show all posts
Showing posts with label kampung halaman. Show all posts

Wednesday, July 30, 2014

kenduri aqiqah





Alhamdulillah..... raya ke 3 selesai sudah kenduri aqiqah untuk anak mama. Banyak kali tertangguh akhirnya terlaksana sudah. Buat kenduri kecil2 lan sahaja rumah mertua di SP. Jemputan pun tak ramai cuma kaum keluarga terdekat sahaja. 

Friday, March 23, 2012

sambut besday anak saudara lagi- genap setahun

Kalau 3 minggu lepas aku balik kampung sambut besday anak saudara dengan my SIL kali ini kami sambut besday anak adik lelaki suami Nur Qistina Diyana yang genap setahun. Plan nak balik ke KL lebih awal tapi disebabkan mereka nak buat majlis sikit jadi kami postponekan perjalanan pulang ke petang. Majlis untuk adik-beradik aja.... untuk anak2 saudara kami kebetulan masing2 cuti sekolah semua datang ke rumah mak mertua. Kalau berkumpul ramai2 begini budak2 la paling seronok Makan simple aja.... mak mertua buatkan pulut kuning , kek dan lain2 tu beli aja.

biras aku bersama anaknya Nur Qistina Diyana


bersama anak2 saudara kesayangan aku yang kadang-kala 
bikin aku pening kepala....... adeh!!
x pa.... asalkan anak2 saudara Mak Lang seronok kan...... :)




Thursday, March 22, 2012

jalan2 Penang dengan anak saudara

Hari Jumaat lepas aku culik anak2 saudara aku meronda Penang pulak :)....... Kami ke rumah adik pompuan aku di sana. Rindu nak jumpa topui Hazim....hheee. Kami jalan2 ke Queensbay Penang sambil2 ambil angin laut. Lagipun aku dan janji nak bawa anak2 saudara kami jumpa anak2 adik aku ronda2 time cuti2 sekolah. Jadi kenalah tunaikan.... kalau tak hari2 tanya bila nak bawa mereka jalan2 Penang naik pening kepala aku nak menjawab. Tidur malam pun tak senang.....adeh!!! 


sesi bergambar beramai2

3 orang anak saudara untuk sesi suai kenal...... masih malu2 kucing
nak bergambar pun segan2 lagi......


sesi makan2 itu wajib  :)


3 orang anak saudara aku yang lincah dah mula menunjukkan taring...hheee  
pening suami melayan kerenah mereka...... adeh!!


3 saudara yang mula berkawan baik dan
malu pun mula hilang

dah semakin comel topui ni



Monday, March 19, 2012

melawat baby baru -Alor Star

Cuti sekolah mungkin ramai yang bercuti2 sakan melancong kan. Kami berdua balik kampung sahaja dan Ahad malam baru sampai rumah setelah 4 hari bercuti. Ini kali ke 3 kami pulang ke kampung selang 3 minggu berturut2. Letih badan belum habis lagi dah start kerja hari ini. Penulis blog bercuti maka blog pun dapat cuti jugak le.... hhee.... Lepas balik kampung tak sempat langsung nak membelek blog kesayangan aku ni... biasalah bila dah balik dari kampung banyak barang yang nak dikemas dan dicuci. Pastu sedar2 dan lewat terus tarik selimut tidoq....hhee.. lain2 kemudian cerita rehat mau cukup esok dah mula kerja.


Cuti sekolah kali ini aku sempat la ke Alor Star melawat cousin aku dan baby barunya Izzan. Aku bawak sekali dua anak saudara jalan2 ke rumah mereka. Kami jumpa pun sekejap sahaja sebab cousin aku dah nak masuk kerja petang. Plan nak bawa anak2 saudara aku ni jalan2 town Alor Star tapi en suami dah ada janji jumpa kawan sekolah lamanya petang nanti jadi lepas borak2 dengan cousin kemudian hantar dia masuk kerja kami pun gerak balik rumah aja la.







pssttt.... suka pegang baby manalah tahu giliran Dela pulak selepas ini... 
InsyaAllah... moga dipermudahkan.....Amin

Monday, February 27, 2012

surprise besday di kampung

besday kakak ipar bersama anak saudara


Balik kerja Jumaat lepas tanpa dirancang terus balik kampung sebab en suami nak sambut besday kakaknya bersama anak saudara kami di sana. Sebenarnya tak rancang nak balik pun cuma tiba2 aja en suami call kampung dan kakak ipar cakap nak buat makan2 sikit esok untuk anak saudara kami yang kebetulan genap 1 tahun dan berkongsi bulan yang sama dengan kakak en suami yang no 2. En suami kalau bab2 makan kat kampung memang tak senang duduk pastu tergerak hati nak balik dan aku pun tak payah fikir banyak packing2 baju lepas magrib terus gerak tak bagitau sesiapa pun nak balik konon2 nak surprise kan family di kampung. Memang mereka terkejut tau2 dah sampai depan rumah.... hhheee






sedikit cenderahati buat anak2 saudara aku dan sehelai tudung buat kakak ipar
dan baju untuk anak saudara hadiah dari biras aku.


Semalam pukul 7 gerak dari kampung pukul 11 malam baru sampai rumah. 
Letih giler.... tadi pergi kerja pun malas2 sikit rehat tak cukup... :(
Tapi tak mengapa surprise kami menjadi!!

Sekian





Wednesday, February 1, 2012

poco-poco & dating dengan sahabat2 lama

Balik kampung tempohari berkesempatan bersenam di Taman Jubli Perak. Kami bawa 2 orang anak saudara sekali. Mula2 ingat nak bersenam & jogging  gitu2 aja bawa mereka main2 sini sekali tapi ramai la pulak pakat2 joint poco2 sini jadi kami berempat joint la sekali termasuk en suami. Aku pun first time joint acara poco2 begini. Kalau kat Shah Alam selalu bersenam di tasik aja la........ hhhmmmm setahun 2 & 3 kali adele.... selainnya bersenam dalam mimpi boleh la!!!! 



siap untuk mulakan acara poco2


ramai pulak adik2 kakak2 makcik2 yang joint


adeh!!! bertambah gemuk la diri ini


lelaki dewasa dan sorang budak lelaki 
tengah mengskodeng..... hhheee


Lepas acara poco2 meneman la pulak 2 orang anak buah
aku main permainan sini.


anak2 saudara aku mendapat kawan kembar baru..... comel!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kemudian




kiri Azean dan kanan Ita



Tengahari sahabat lamaku Azean datang rumah mertua. Cuti kali ini baru berkesempatan bertemu lepas raya puasa tahun lepas. Kami berkawan dari zaman sekolah rendah lagi..... Alhamdulillah.... walaupun pernah gaduh baik gaduh baik waktu zaman muda2 dulu  kami saling bertanya khabar berita sampai sekarang. Selalu dia yang akan call aku kalau lama menyepi.... hhheee baik kan sahabat aku ni...... banyak rahsia aku yang dia simpan. Banyak juga kenangan suka duka yang kami kongsi bersama.
Kalau Azean tahu aku balik kampung selalunya dia akan datang rumah mertua bawa aku keluar jalan2.... kawan2 lain.... selalunya kami berdua yang akan ke rumah mereka. Kadang2 terasa la jugak bila balik kampung asyik aku aja yang terjah ke rumah mereka......nak tunggu mereka balas kunjungan aku tak tahulah bila .... :(  ahhh.... lupakan!!! .
 Sepatutnya ada 2 orang lagi sahabat2 yang aku nak jejaki tapi mereka tiada di rumah jadi seterusnya  ke rumah Haida, juga kawan sekolah rendah & menengah di Taman Astana yang baru aja dapat baby baru tapi tak sempat la pulak nak bergambar dengannya. Haida pulak selalu sms aku tanya khabar bila aku diam menyepi...... baik sungguh mereka2 ini. 






Kemudian petang2 sikit lepas makan tengahari di restaurant nasi kandar kami ke rumah kawan kolej aku pulak, Ita. Lama betul tak jumpanya.... Ita pun dah berubah wajah.... ibu beranak 4 la katakan.... Anak2 pun dah besar. Dulu aku pun pernah rapat dengan Ita. Selalu jugak saling kunjung mengunjung ke rumah masing2 waktu aku belum berkahwin. Sekarang ni pun kalau Ita turun KL kalau berkesempatan dia akan singgah rumah. Bila jumpa kawan2 yang beranak ramai terasa cemburu pulak kerana aku belum punyai keluarga yang sempurna. InsyaAllah....  rezeki aku tahun ini pulak siapa tahu......... :)




Klik
SINI

TQ




Tuesday, August 30, 2011

hari raya aidilfitri 2011







Alhamdulillah..... bersyukur sangat2 genaplah sebulan berpuasa dan hari ini hari raya. Tahun ini beraya dengan meriah sekali dan buat kali pertamanya aku beraya dan bermalam di rumah mertua. Selalunya aku dan suami akan bermalam rumah keluargaku demi keselesaan adik2 tapi memandangkan tahun ni adik perempuan dan suaminya beraya di Johor dan adik bongsu tak dapat bercuti raya jadi kami bermalam saja di rumah keluarga mertua lagipun banyak bilik kosong jadi tahun ni di sini rumah persinggahan kami buat kali ini.

Alhamdulillah seperti yang di rancangkan dan seperti yang di impikan kali ini kami decokan rumah mertua seperti yang aku dan suami inginkan sendiri. Walaupun kelam kabut di saat2 akhir tapi semuanya berjalan lancar seperti yang di inginkan. Siapa tak sedih kalau segala yang dicitakan tak menjadi kenyataan tapi atas kerjasama semua adik-beradik semuanya siap dan aku puas hati walaupun tak sepenuhnya. Tapi apa2 pun pujian harus diberikan untuk en suami kerana berhabis tenaga dan wang ringgit demi mencapai impian aku sendiri untuk menghias rumah mertua kali ini.  Kami juga sempat bergambar ramai2 1 family walaupun x semuanya ada kerana beraya rumah mertua masing2.

Raya pertama macam rutin raya yang lain2 mesti ke kubur kedua ibu-bapaku dahulu dan barulah beraya dengan keluarga mertua kemudiannya ke rumah tok di Amanjaya. Tahun ni jugak ramai kawan2 en suami datang beraya ke rumah jadi meriahlah sikit raya tahun ni...







Raya kali ini sahabat lamaku Azean datang beraya rumah mertua aku. Tidak seperti tahun2 sebelumnya asyik aku saja ke rumah kawan2 kali ini aku nak mereka beraya ke rumah aku pulak.... Nampaknya Azean sorang ja la yang dapat datang 1 family ke rumah kami... yang lain2 biasalah raya2 begini selalu balik ke rumah mertua dan ada yang sibuk dengan urusan masing2.... Walaupun mereka punya alasan sendiri namun aku faham..... bukan boleh paksa pun. Saja aku nak uji mereka asyik tiap2 tahun camna sibuk sekalipun aku mesti curi2 masa ke rumah mereka walaupun bukan hari raya.... asyik kita ja ke rumah mereka ... nak juga merasa mereka datang ke rumah kita pulak........... betul x???? nampaknya Azean dan Magesh  tangga teratas... 
ha..ha..ha..




Monday, August 29, 2011

rumah kami



Balik kampung awal singgah sekejap tengok2 rumah yang kami beli di Taman Puteri Jaya Hill Park. Alhamdulillah.... inilah titik peluh hasil kerja kami berdua. Dapat juga merasa membeli rumah sendiri.  Dah nak masuk 2 tahun kami sewakan.  Kini rumah ni dijadikan Taska Salsabila. Memang sebelum beli lagi kami plan nak sewakan aja. X mau dibiarkan kosong nanti rosak jugak rumah di biarkan begitu sahaja. Aku dan suami pun belum tahu lagi bila nak duduk rumah ini. Buat masa sekarang kami berdua belum bersedia untuk tinggal di kampung. Biarlah kami berdua merantau puas2 dulu... 

:) 


Friday, June 24, 2011

rumah Taman baiduri



Inilah rumah pusaka kedua ibu-bapaku. Time aku tinggal sini umur aku baru 13 tahun. Banyak sangat sejarah yang aku tinggalkan di rumah ini. Banyak juga kenangan pahit dan manis dalam rumah ini. Rumah inilah tempat aku di besarkan dan kerana kerana rumah ini juga aku punyai pengalaman yang sangat2 berharga. Balik kampung haritu sempat la aku singgah kejap plan nk bersih2 sikit untuk balik raya nanti. Sedih bila teringatkan rumah tu di biarkan begitu sahaja. Bukan x ada niat untuk di buat sewa tapi memandangkan time raya2 kami nak tinggal mana kalau rumah ni dah disewakan nanti? Terasa tersisih pulak bila balik kampung sendiri tapi tak ada rumah untuk berlindung walhal rumah sendiri ada... Nak tinggal rumah mertua terlalu ramai sangat ipar-duai .. aku pun malas nak berebut2 bilik jadi biar aku yang tua ni ja beralah... Lagipun sudah 8 tahun begini dan aku sudah terbiasa keadaan camni. Aku dan en suami kena pandai2 la fikir sendiri. Dari kecil aku adik beradik dah terbiasa hidup dalam suasana sunyi dan tenang. Kawasan perumahan aku ni ramai penduduk cina... jadi semua memang buat hal masing2... jadi x ada mesyuarat tingkap, x ada gosip2 dan x ambil pusing pun hal orang lain. Kalau menumpang rumah sedara lama2 pun aku cepat rimas tambah2 kalau riuh-rendah pagi, petang & malam. Sekejap2 bolehlah...... Balik hari tu aku fikiran planning nak menghias balik rumah orang tuaku ini. Dalam rumah ini masih tersimpan kenangan dengan kedua ibu-bapaku dulu. Banyak sangat rahsia yang aku simpan dan semuanya kekal abadi dalam ingatanku. Dan aku cukup dewasa untuk menilai semuanya. Mungkin aku belajar dari pengalaman... pengalaman hidup adalah guru kepada diri kita sendiri. Aku pun tak tahu camna nak buat dengan rumah ni . Segalanya belum pasti kerana belum tiba masanya aku dan suami pindah balik ke kampung kerana masing2 selesa mencari rezeki di sini.

Saturday, June 11, 2011

kampung SP 11.6.11








Tiba2 ja tergerak hati nak balik kampung. Lepas subuh aku terus adjust la en suami. Mula2 dia nak x nak ja... bila aku cerita sikit pasal nak shopping raya anak2 buah dia terus celik mata besar2 suruh packing beg siap n gerak!... sepantas kilat... lagipun last kami balik kampung, raya cina haritu. Lama sangat tak jumpa familynya di sana. Kami balik kampung pun x bagitau sesiapa saja nk surprise mak dan ayah mertua biar tercongok  depan pintu rumah ja. Aku pun x bagitau kawan2 lain sebab aku balik ni pun sekejap dan ada urusan lain sama yang nak di settlekan. Nanti x singgah rumah kawan2 kecik hati pulak depa tu.... kuat merajuk belaka!!! hudoh
Sepatutnya aku nak singgah Penang dulu rumah adik ke 2 aku yang baru dapat baby boy tapi di sebabkan dia x ada d rumah (suka main terjah rumah orang sangat.. last2 x da orang kat rumah!! hhmm ... kicewa :( )  terus kami gerak sampai ke kampung halamanku Sungai Petani, Kedah. Rindu rasanya tengok sawah padi sepanjang perjalanan balik ke sana. Banyak sangat kenangan ketika bersama arwah kedua ibu-bapaku waktu dulu. Walaupun aku di besarkan di kawasan perumahan taman tapi ramai jugak kawan2 sekolah dulu yang tinggal berdekan sawah bendang. Dulu waktu sekolah dapat jugak ikut kawan2 balik ke rumah mereka. Memang jakun sangat tengok sawah bendang. Seronok sebenarnya .. rasa tenang dan cantik sangat permandangan ketika itu. Dapat la juga merasa suasana kampung. Kalau x camna nak merasa suasana kampung... dah semua saudara-mara sampaikan rumah nenek sendiri pun tinggal taman. Semua taman2 belaka... Cuma rumah arwah nenek sebelah arwah mama ja tinggal kampung. Kat sana pulak dekat dengan sungai... Lagi best... hhmm... terkenang sekejap...:(

ok tutup cerita!!

Thursday, February 3, 2011

Pantai Merdeka








Cuti raya cina kami berkelah d pantai merdeka. Kali ni kami bawa geng ramai sikit. Seronok jugak jalan2 dengan family ni. Selalu kami berdua ja... kali ni ramai sikit. Kebetulan aku dapat cuti 1 minggu jadi macam2 aktiviti yang kami buat. Tapi nasib baik x ramai sangat orang kat pantai merdeka tu. Selalunya time cuti2 perayaan ni ramai orang. Mungkin x ramai yang bercuti panjang. Jadi selesa la sikit.