Balik kampung tempohari berkesempatan bersenam di Taman Jubli Perak. Kami bawa 2 orang anak saudara sekali. Mula2 ingat nak bersenam & jogging gitu2 aja bawa mereka main2 sini sekali tapi ramai la pulak pakat2 joint poco2 sini jadi kami berempat joint la sekali termasuk en suami. Aku pun first time joint acara poco2 begini. Kalau kat Shah Alam selalu bersenam di tasik aja la........ hhhmmmm setahun 2 & 3 kali adele.... selainnya bersenam dalam mimpi boleh la!!!!
siap untuk mulakan acara poco2
ramai pulak adik2 kakak2 makcik2 yang joint
adeh!!! bertambah gemuk la diri ini
lelaki dewasa dan sorang budak lelaki
tengah mengskodeng..... hhheee
Lepas acara poco2 meneman la pulak 2 orang anak buah
aku main permainan sini.
anak2 saudara aku mendapat kawan kembar baru..... comel!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kemudian
kiri Azean dan kanan Ita
Tengahari sahabat lamaku Azean datang rumah mertua. Cuti kali ini baru berkesempatan bertemu lepas raya puasa tahun lepas. Kami berkawan dari zaman sekolah rendah lagi..... Alhamdulillah.... walaupun pernah gaduh baik gaduh baik waktu zaman muda2 dulu kami saling bertanya khabar berita sampai sekarang. Selalu dia yang akan call aku kalau lama menyepi.... hhheee baik kan sahabat aku ni...... banyak rahsia aku yang dia simpan. Banyak juga kenangan suka duka yang kami kongsi bersama.
Kalau Azean tahu aku balik kampung selalunya dia akan datang rumah mertua bawa aku keluar jalan2.... kawan2 lain.... selalunya kami berdua yang akan ke rumah mereka. Kadang2 terasa la jugak bila balik kampung asyik aku aja yang terjah ke rumah mereka......nak tunggu mereka balas kunjungan aku tak tahulah bila .... :( ahhh.... lupakan!!! .
Sepatutnya ada 2 orang lagi sahabat2 yang aku nak jejaki tapi mereka tiada di rumah jadi seterusnya ke rumah Haida, juga kawan sekolah rendah & menengah di Taman Astana yang baru aja dapat baby baru tapi tak sempat la pulak nak bergambar dengannya. Haida pulak selalu sms aku tanya khabar bila aku diam menyepi...... baik sungguh mereka2 ini.
Kemudian petang2 sikit lepas makan tengahari di restaurant nasi kandar kami ke rumah kawan kolej aku pulak, Ita. Lama betul tak jumpanya.... Ita pun dah berubah wajah.... ibu beranak 4 la katakan.... Anak2 pun dah besar. Dulu aku pun pernah rapat dengan Ita. Selalu jugak saling kunjung mengunjung ke rumah masing2 waktu aku belum berkahwin. Sekarang ni pun kalau Ita turun KL kalau berkesempatan dia akan singgah rumah. Bila jumpa kawan2 yang beranak ramai terasa cemburu pulak kerana aku belum punyai keluarga yang sempurna. InsyaAllah.... rezeki aku tahun ini pulak siapa tahu......... :)