Kami gerak ke Melaka hari Sabtu minggu lepas. Merata jugak cari hotel nak menginap kebanyakkannya dah penuh. Biasalah time cuti2 perayaan ni sepatutnya kena booking awal2 tapi kami main rodong ...... nasib baik dapat jugak apartment 2 bilik di sana. Kami tinggal di
Garden City Apartment untuk 2 hari 1 malam sahaja .
anak buah Mak Lang
posing2 dulu depan balkoni sebelum
ke acara JJCM pulak
Lepas settle bab penginapan kami gerak pulak mencari restaurant untuk mengkedaqah. Cari hotel nak dekat 2 jam dah tiba masanya untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong. Teringin makan asam pedas Melaka... last2 dapat restaurant ni..... sebab ada tulis asam pedas kat luar signboard restaurant....... hhee...hhee... Sedap tak? boleh makan la............ Restaurant ni depan Menara Taming Sari saja. Banyak restaurant sebenarnya area situ....... tapi main redah ja le.......
semua muka tengah lapaq sangat2
udang galah masak lemak cili api.... sedap!!!
masak lemak daging salai dan asam pedas
rasa??... boleh lee....... biasa2 aje
naik menara taming sari
Lepas makan terus naik Menara Taming Sari. Nasib baik la tak perlu beratur panjang. Tapi naik dengan anak buah aku ni memang riuh-rendah dan banyak tanya macam2 kat aku..... hhhaa...hha... Aku pun dekat 5 tahun tak ke sini. Banyak sangat perubahan kat Melaka, bangunan2 baru dan supermarket pun banyak. Tak banyak sangat tempat yang kami pergi coz bawa baby kesian pulak jalan jauh2 takut nanti meragam pulak. Jadi kami sekadar pusing Bandar Hilir sahaja.
berehat seketika.... kepala lutut mau tercabut sudah......
posing lagi
kek besday
Malam ke acara potong2 kek pulak. Aku berkongsi tarikh besday yang sama dengan birasku pada 20 October . Kami sambut besday 4 orang sekali termasuk ipar aku yang berkongsi bulan yang sama dan anak mereka pada 1 November lepas. Memang kami plan awal2 nak potong2 kek sama2 bila dapat tahu mereka nak datang cuti beraya ke rumah.... meriah la sikit.