tambah wang dengan zalora KLIK
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Wednesday, October 16, 2013

Salam Aidiladha 2013



Salam Aidil Adha
Maaf Zahir batin







Saturday, October 27, 2012

Salam Aidiladha 2012



Kesempatan ini Dela ingin mengucapkan Salam Aidiladha dan memyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada kawan2 alam maya ceriteradalila.blogspot.com sekiranya penulisan Dela ini ada yang menyinggung perasaan kawan2 di luar sana. Maaf kerana tak dapat comment di blog kawan2 semua di sebabkan kekangan mood en "M" yang terlampau tinggi... :( 
Raya haji tahun ini Dela tak balik ke kampung, takut pulak perjalanan jauh mengganggu kesihatan Dela dan baby nanti. Alhamdulillah.... kandungan Dela telah pun masuk 37 minggu hari ini. Lagi seminggu dua Dela akan bercuti panjang dan akan berpantang di kampung.... Hai.... berdebar2 sungguh rasa hati ini bakal bertarung nyawa di hospital nanti namun hati ini tak sabar2 menanti kelahiran orang baru dalam hidup kami. InsyaAllah... minggu depan mak mertua dah nak datang rumah... lega la sikit hati ini bila ada orang tua2 boleh tengok2 kan kita time sarat2 begini kan... :)


Doakan yang terbaik buat Dela dan baby... Terima Kasih
Salam Aidiladha

pst!!:  Tukar template blog...  banyak jugak blog list alamaya yang hilang :( 

Jom

Friday, November 11, 2011

cuti raya aidiladha jalan2 Zoo Melaka

Anak2 buah aku bangun awal..... termasuk la bapak yang tua2 sekali nak berendam mandi kolam punya pasal. Open pukul 9.30 tapi pukul 8.30 depa semua berkubang turun mandi siap. Aku tak mandi pun..... sekadar jadi tukang ambil gambaq ja.. ...... Lepas check-out kami  sambut raya haji di rumah bapa saudara biras aku area Melaka jugak.... Lepas makan2 terus gerak ke Zoo Melaka. 





acara bapak2 dgn anak


cantik kolam renang sini


posing lagi sebelum gerak balik



  

Sebenarnya first time aku ke zoo sini. Layan anak buah jadi masuk la tengok apa yang ada dalam tu. Besar jugak zoo Melaka mau tercabut kaki aku ni yang dah lama tak ber excercise. Berpeluh2 la jugak.... hhe... Time aku sampai memang ramai sangat pengunjung....... siap pakai baju raya le.... ada berkebaya lagi cik nun..... ingat kami ja beraya dalam zoo tu...... hhee ramai orang rupanya. Aku hentam pakai seluar aja....... senang sikit nak lari2 bersilat2 dengan anak2 buah aku ni nanti.... Lepas pusing2 dalam 4 jam camtu baru la gerak balik kemudian singgah beraya sekejap ke rumah kawan en suami di Putrajaya. Ingat nak bawa mereka meronda area Putrajaya sekali tapi semua dah letih jadi kami terus balik rumah sahaja. 


tunggu turn naik kuda


Pak Lang naik kuda dengan kakak



Sekian


Thursday, November 10, 2011

cuti raya Aidiladha - Melaka

Kami gerak ke Melaka hari Sabtu minggu lepas. Merata jugak cari hotel nak menginap kebanyakkannya dah penuh. Biasalah time cuti2 perayaan ni sepatutnya kena booking awal2 tapi kami main rodong ...... nasib baik dapat jugak apartment 2 bilik di sana. Kami tinggal di Garden City Apartment untuk 2 hari 1 malam sahaja .


anak buah Mak Lang



posing2 dulu depan balkoni sebelum
ke acara JJCM pulak



Lepas settle bab penginapan kami gerak pulak mencari restaurant untuk mengkedaqah. Cari hotel nak dekat 2 jam dah tiba masanya untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong. Teringin makan asam pedas Melaka... last2 dapat restaurant ni..... sebab ada tulis asam pedas kat luar signboard restaurant....... hhee...hhee... Sedap tak? boleh makan la............ Restaurant ni depan Menara Taming Sari saja. Banyak restaurant sebenarnya area situ....... tapi main redah ja le.......


semua muka tengah lapaq sangat2


udang galah masak lemak cili api.... sedap!!!


masak lemak daging salai dan asam pedas
rasa??... boleh lee....... biasa2 aje



naik menara taming sari








Lepas makan terus naik Menara Taming Sari. Nasib baik la tak perlu beratur panjang. Tapi naik dengan anak buah aku ni memang riuh-rendah dan banyak tanya macam2 kat aku..... hhhaa...hha... Aku pun dekat 5 tahun tak ke sini. Banyak sangat perubahan kat Melaka, bangunan2 baru dan supermarket pun banyak. Tak banyak sangat tempat yang kami pergi coz bawa baby kesian pulak jalan jauh2 takut nanti meragam pulak. Jadi kami sekadar pusing Bandar Hilir sahaja. 


berehat seketika.... kepala lutut mau tercabut sudah......









posing lagi


kek besday



Malam ke acara potong2 kek pulak. Aku berkongsi tarikh besday yang sama dengan birasku pada 20 October . Kami sambut besday 4 orang sekali termasuk ipar aku yang berkongsi bulan yang sama dan anak mereka pada 1 November lepas. Memang kami plan awal2 nak potong2 kek sama2 bila dapat tahu mereka nak datang cuti beraya ke rumah.... meriah la sikit. 






Wednesday, November 9, 2011

jalan2 KL dengan family adik ipar

Tahun ni aku tak balik kampung cuti raya haji. Tapi family adik ipar dan anak2nya datang rumah untuk beraya dengan kami pulak. Ini kira kali pertama sambut raya haji dengan family kami di rumah sendiri. Mereka sampai pagi Khamis minggu lepas lagi. Sebenarnya plan nak bawak anak2 buah jalan2 KL dan sambut birthday sekali di Melaka.


sempat lagi berposing dalam KLCC.


Lepas meronda terus kami singgah Chop & Steaks (The Ship) Kg Baru.




Lepas makan2 singgah pulak beli kek untuk dibawa ke Melaka esok. Birthday tempohari memang tak beli kek sebab menunggu kedatangan mereka ke rumah nak sambut sekali ramai2. Kebetulan jugak besday aku sama tarikh dengan birasku sendiri......... Kek ni untuk kami berempat termasuk adik ipar dan anak mereka yang no 2.





Monday, November 7, 2011

Salam Aidiladha - 6.11.2011

gambar dari google



Alhamdulillah.... hari ini kita sama2 dapat menyambut hari raya Aidil Adha. Tahun ini kami adik beradik dapat tunaikan impian kedua orang tua kami untuk buat upah haji. Kalau tahun lepas aku & adik kongsi untuk bahagian arwah abah dan tahun ni pulak giliran arwah mama pulak. Lega rasanya bila hajat kedua ibu bapa kami adik-beradik terlaksana. Syukur sangat2 walaupun mengambil masa yang lama untuk selesaikan hajat mereka berdua.

Kesempatan ini mohon ampun dan maaf sekiranya ada nurkilan blog atau pun komen2 yang tidak memuaskan dari aku untuk kawan2 blog. " SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA ". Semoga sama2 peroleh keberkatan di hari yang mulia ini. InsyaAllah. 


Selamat Bercuti dan Hati2 di Jalan Raya
Sekian






Wednesday, November 17, 2010

Raya Haji 17.11.10





Hari ni aku dan suami menyambut raya haji di Shah Alam sahaja. En suami tak dapat cuti dan esok baru dapat cuti. Walaupun suamiku bekerja hari ini, aku ada masakkan laksa. 1 menu ja la yg aku masak...haha.... Tak buat open house pun. Cuma untuk kami bertiga termasuk adikku. Takpa...nanti raya cina aku dapat cuti panjang. Baru la boleh setting macam2 aktiviti dengan kengkawan.Bolehla rehat puas-puas di kampung. Lagipun aku dan suami banyak program dengan kawan-kawan. Jadi kenalah simpan duit lebih-lebih sikit.

Alhamdulilah raya haji tahun ni aku dan adik dapat membuat upah haji untuk arwah abahku. Lega rasanya dapat menunaikan impian arwah abah telah terlaksana. InsyaAllah... tahun depan untuk arwah mama pulak. Memang itu niat aku dan adik2 untuk menunaikan impian arwah mama ku. Dulu secara tidak sengaja arwah mama pernah bergurau tentang duit simpanan KWSPnya yang masih tersimpan tidaklah banyak mana. Namun arwah mamaku berhasrat jika terjadi apa2 kepadanya dia nak duitnya itu di buat upah haji untuk arwah abah dan untuk dirinya sekali. Tapi ketika mula2 dapat duit, aku tak dapat menunaikan dengan segera kerana adik-adikku masih belajar dan banyak duit nak pakai ketika itu. Tapi sekarang adik2 pun dah bekerja. Alhamdulillah mereka pun tahu dan ingat tanggungjawab mereka sendiri. Banyak kali juga tertangguh kerana pelbagai masalah. Tapi dah selesai 1 perkara. Aku rasa lega sikit dah tunaikan hasrat arwah mamaku tahun ni.