tambah wang dengan zalora KLIK

Tuesday, November 29, 2011

spend quality time di Wendys

layan gambar


jemput makan




Semalam cuti2 tak tahu nak jalan mana pastu boring tahap gaban jadi kami berdua lepak2 sekejap di Wendys Giant, Kota Damansara untuk minum petang. Kami makan menu simple2 ja.... isi masa terluang borak2 sikit pastu gosip2 pasal isu terkini orang2 sekeliling kami hhhaa.... Walhal baru ja lepas makan tengahari di rumah. Saja spend quality time dengan en suami yang akan berkursus selama 4 hari di hotel area KL bermula hari ini sampai Jumaat nanti. Macam la KL tu jauh sangat yekkk....... balik makan tengahari pastu gerak balik ke hotel pun sempat. hhee...... saja isi masa terluang berdua di luar. Lagipun mood makan pun ada pastu perut pun macam boleh di isi lagi jadi aku sumbat la sikit sementara menunggu hujan berhenti.







Sunday, November 27, 2011

cerita makan2 lagi Big Brother

XL meatball bolognaise


meh usha meatball XL


cheezy troopers


usha cheeze pulak



Pagi tadi shopping2 barang sikit di stadium Shah Alam. Pastu ke Puncak Alam ada appointment dengan agent rumah. Petang2 tak tahu nak ke mana jadi kami singgah makan di Big Brother. Tapi rasa2 dah lama jugak tak singgah makan2 sini. Lagipun kami berdua sahaja di rumah dan adik aku ke Terengganu jemputan kahwin. Last2 suami aku suggestkan makan sini. Sepatutnya nak jemput kawan en suami joint sekali dari Putrajaya coz wife dia teringin sangat makan di sini. Tapi dia pulak outstation ke Terengganu atas urusan kerja jadi kami makan berdua aja. Kedai makan ni dekat Kota Damansara. Bangunan baru belakang Sunway Giza. Rasa2 dekat 2-3 bulan tak makan2 sini yang aku perasan harga menu dah mahal sikit. Nasib baik sedap macam dulu. Yang penting perut harus di isi. Lupakan kisah diet untuk hari ini........ he..hhee... Cerita ulangtayang makan2 disini pun tak tahu yang ke berapa kali. Kita tutup cerita sedih kita mulaka tahun baru dengan azam yang baru. Semangat yang baru.  Jemput makan ye.


Terima kasih banyak2 sudi komen di n3 "bilakan penantian aku akan berakhir"...  Terima kasih atas doa  kawan2. Terima kasih atas nasihat yang diberikan.Terima Kasih sudi kongsi pengalaman. Terima kasih simpati kawan2. InsyaAllah dela tak akan putus asa berusaha dan berdoa. Ikut hati memang teringin sangat dapat bb kembar. Cover terus 8 tahun penantian kami selama ini..hhee..  Salam Maal Hijrah. Moga2 aku tabah mengharungi dugaan di dunia ini dan dipermudahkan segala perjalanan hidup aku di dunia yang sementara ini dengan tenang dan matang. InsyaAllah








Saturday, November 26, 2011

bilakah penantian aku akan berakhir



foto google


Tadi baru balik dari melawat wife kawan en suami di PPUM. Dia baru saja bersalin anak yang pertama. Seronok sangat tengok baby harini, teringin nak dukung tapi tak berapa nak yakin sebab pengalaman tu tak ada takut2 nanti ada pulak yang x kena di mata mereka jadi aku sekadar cuit2 aja la. Dalam hati terdetik beruntungnya kawan2 yang baru ja kahwin cepat dapat baby tapi aku yang dah bertahun2 ni masih menanti menanti dan terus menanti dan bila agaknya rezeki kami pulak. Tadi pun pergi sekejap sahaja sebab waktu melawat dah habis. Kami pergi nak sangat tengok baby baru lagipun esok diorang dah nak balik kampung. Tak dapat la nak borak lama2 coz wife kawan en suami tu masih dalam keadaan lemah kesian pulak tengok dia tadi. Lagipun security kat situ macam straight sikit la... tak benarkan kami duduk lama sebab dah habis waktu melawat katanya.... jadi tak mau gaduh2 panjang cerita kami pun cepat2 gerak balik ajalah rasa2 tak sampai 15minit jumpa.

Bercerita pasal baby ni Alhamdulilah... aku bersyukur sangat2 kerana secara tiba2 ja semalam en suami ada suarakan nak mencuba ke HUKM pulak. Aku pun tak tahu angin apa yang merasuk tiba2 ja ajak aku ke sana. Kalau tak susah sungguh nak buat kira sebab sebelum ini aku dah 4 kali buat IUI kat HKL tapi negatif mungkin en suami takut aku kecewa macam yang lepas2 sebab tu dia tak mahu aku menaruh harapan terlalu tinggi takut kecewa lagi. Aku ingat lagi setiap kali buat IUI nak tunggu ke hujung bulan tentu berdebar2 tapi bila "bendera merah" dah keluar ada 1 perasaan yang sangat tertekan dalam hati aku ni sebab tu en suami selalu gelarkan aku "jiwa kacau". Sebab aku cepat stress mula la nak murung ataupun nak nangis tak berhenti. Kalau tahun2 lepas aku dah mencuba perubatan di hospital, pastu telan bermacam2 jenis ubat dan tahun ni kami berubat cara kampung sahaja sebab nak mencuba alternative lain pulak.

Tapi kalau ke hospital ni kena beri komitment yang tinggi kerana akan sedikit terganggu dengan prestasi kerja kerana dalam 1 bulan akan kerap ke hospital mengikut jadual yang mereka tetapkan. Siap pulak dengan bil rawatan, ponteng kerja, ambik half day, rekod MC, jalan jam pastu hari2 nak travel ke HUKM pagi2 macam kat HKL dulu semua tu memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Aku dah pernah lalui dan syukur sangat2 aku tidak kesorangan ketika itu. Aku juga harus bersedia kemungkinan berat badan aku akan semakin naik lagi macam tahun2 yang lepas sebab makan ubat2 dan suntikan2 sebelum buat IUI. Tapi aku tak kisah sangat janji apa yang aku nak buat ini membuahkan hasil. Mungkin lepas itu baru nak fikirkan pasal kurus atau apa pun. Semalam aku nangis bersyukur sangat2 Allah Taala membuka pintu hati suami untuk membuat rawatan ke hospital lain pulak. Aku tahu dia pun inginkan zuriat memandangkan dah 8 tahun berkahwin sudah tentu kami mahukan penyeri dalam rumahtangga kami ini. Aku kenal sangat hati suami cuma dia tak pernah suarakan takut aku akan bertambah kecik hati dan stress jadi sebab tu dia tak pernah nak cakap2 benda2 yang melukakan hati aku tambah2 hal2 baby. Aku harap sangat biarlah penantian aku ini berakhir dengan cepat. InsyaAllah.

Kalau boleh nak balik kampung nanti nak saja aku sampaikan berita gembira. Aku pun dah naik segan dengan saudara-mara dan kawan2 yang bertanyakan tentang diri aku. Kalau setakat bertanya saja aku tak kisah kerana aku tahu mereka simpati tapi kalau sampai buat mimik muka terkejut berok tu buat aku sakit hati. Pastu paling tak tahan mereka membanding-banding pun ada. Mungkin mereka tak bermaksudkan apa2 cuma aku saja yang sensetif lebih tapi kalau sampai yang ada mengeluarkan kata2 sindiran ataupun bahan gurauan membuatkan aku serik lagi nak berjumpa. Cukupla dugaan yang aku terima sekarang ini tambah2 aku dah ketiadaan kedua orang tua dah tentu perasaan aku ni rapuh tak sekuat orang lain. Luaran orang mungkin akan nampak biasa tapi hati aku menangis tak siapa yang tahu. Mungkin orang tak akan faham perasaan aku sebenarnya mungkin mereka akan kata aku ni sensetif tak bertempat. Hanya orang2 yang senasib dengan diri aku saja yang mengerti perasaan tersisih tu bagaimana tambah2 bila berjumpa sanak-saudara. Mungkin lepas ini aku kena bijak menjawab kata2 sindiran dari orang2 yang memperkatakan tentang aku. Cukup la kalau dulu aku sekadar sengeh dan menangis sahaja. Tapi sekarang aku kenalah belajar kawal perasaan dan tunjukkan kepada mereka walaupun hidup kami serba kekurangan tapi kami tak pernah menyusahkan sesiapa. Aku kena berani berdepan dengan mereka. Aku tak minta ditakdirkan begini. Mungkin mereka akan faham kenapa dan mengapa. InsyaAllah. Aku akan tetap berusaha dan berdoa. Semoga ada sinar cahaya buat aku dan suami suatu hari nanti. InsyaAllah.





Friday, November 25, 2011

cerita makan malam




chicken pepperoni 


meat mania


Penghuni rumah semua tak tahu nak makan apa untuk malam ini pastu ada yang teringin makan pizza pulak. Ikut hati nak makan pizza hut ja lagipun nak cuba menu pizza yang baru sedap atau tak. Tapi susah la kalau majority semua nak makan dominos jugak. Tak dapat la makan2 di pizza hut dan terpaksalah order dominos jugak tak tahu tahap ulangtayang yang ke berapa kali dah pun......hhee...hhee...... jadi ini menu makan malam kami.  





Wednesday, November 23, 2011

menu makan malam ayam masak kicap & sup ayam

ayam masak kicap


sup ayam


Tadi di office terfikir nak masak apa untuk makan malam hari ini. Kadang-kala masak selalu sampai tak tahu nak makan apa. Sampai ja rumah rupa-rupanya en suami sedang menyiapkan menu makan malam kami. Rupanya hari ini nak makan awal sebab nak tengok bola katanya. En suami memang cerewet bab2 makan tapi kalau time dia masuk dapur apa saja yang dia masak aku akan bantai makan aja tanpa banyak soal. Lagipun aku bukannya jenis cerewet sangat bab2 makan kalau time2 hari bekerja ni. Apa pun boleh sumbat. Jadi tak yah fikir2 banyak tolong2 apa yang patut di dapur pastu siap untuk dimakan. hhe..hhe...  





Tuesday, November 22, 2011

jom shopping hujung tahun 11



Gaji pun belum tapi dah berangan-angan nak beli itu dan ini. Kalau nak tahu tempat mana yang ada sale ataupun warehouse sale aku akan buka website ini Bigsale.com.my. Kalau yang sukakan barang-barang branded tu boleh la intai-intai website ini. Aku pun selalu intai2 jugak.... tapi beli tak pun..... cuci mata aja.... he..hee..he..





Saturday, November 19, 2011

Mr Steak House, Sec 13 - Shah Alam

Makan malam kami hari ini di Mr Steak House, Sec 13. Restaurant ni di bangunan baru bersebelahan PTPL kolej Shah Alam yang lama. Dah lama teringin makan sini tapi en suami sibuk memanjang membantutkan keinginan ke sini. Semalam baru berkesempatan makan2. Dari luar nampak menarik sangat restautant ni nak2 hujung2 bulan camni mau kena se'pak harga sampai senget kepala2....hhheee... tapi bila tengok menu memang terperanjat sikit sebab harga makanan murah sangat. Kalau yang pernah makan western kat Kg Baru, KL camtu lah harganya cuma harga air buah mahal sikit RM5 kalau dibandingkan dengan Kg Baru cuma RM3. Tapi dikenakan service charge aja lah.... Sini ramai juga pelanggan tapi service lambat sikit la... mungkin staff kurang kot nyaris2 en suami suruh angkat kaki...... Memang bengang ikut hati nak cabut tinggal ja... tapi sabar jugak la... Kami order lamp chop, fish n chips, minuman pulak kiwi dengan honeydew. Sepatutnya kami order mushroom sup sekali.... sebab tunggu lama sangat terus cancel order. Rupanya mushroom sup tu dah siap cuma tak ada orang hantar ke meja kami... Nasib la... kami bayar apa yang kami makan aja le.......  



Lamp chop 


fish & chips



kiwi & honeydew


deco restaurant dari depan







tengok harga menu.... memang murah


menu lagi


Jemput makan
Sekian




Friday, November 18, 2011

Softfea Orange Fiber Diet Drink - testimoni





Ini testimoni aku sendiri untuk Softfea Orange Fiber Diet Drink. 1 kotak jual RM 49.90. Aku minum softfea nak masuk 2 kotak dah pun. 1 kotak ada 10 paket. 1 hari minum sekali cukup la dan banyakkan minum air kosong. Macam aku ni tak tahu la nak describe lemak degil ketegori mana tapi adalah jugak turun 3 kilo. Bila tengok cermin macam biasa ajala.... tak nampak perubahan pun tapi bila timbang ada la sikit penurunan tu. Bukan senang nak kurus kalau asyik melantak tak hengat pastu kurang exercise pun ya jugak....  Tapi selera makan tu memang membuak2 semenjak makan macam2 ubat time buat IUI 2-3 tahun lepas. Jadi sekarang aku pun cari la alternative lain nak kuruskan badan.  Kalau minum nak terkucil tu kerap sikit dan pembuangan pun lancar setiap hari tanpa ada rasa sakit2 atau pening2. Macam aku selalu mencuba produk2 pelangsingan terutama untuk lancarkan sistem pencernaan. Selalunya produk2 lain yang pernah aku cuba ada rasa sakit pening sikit time mula2 pengambilan pastu time sakit perut nak ke toilet macam ribut taufan..... hha...hha.... Tapi Softfea Orange ok ja...... sebab hari2 akan masuk toilet tanpa ada rasa sakit perut memulas-mulas atau rasa sakit kepala. Rasa oren pun sedap, tak ada rasa pelik2 pun. Aku pun beli online kat adik Junina tak tahulah dia masih jual atau tak. Haritu aku beli simpan aja sebab nak menghabiskan stok lain yang tersimpan hhee... 


Apa-apa produk pun ikut keserasian badan masing2 ye!!!
ini testimoni dari aku dan tidak menjualnya okey


Wednesday, November 16, 2011

jom pekena nasi kandaq Fareed Line Clear, Sungai Buloh

curry daging


curry kambing


Fareed Line Clear .... cerita pasal nasi kandaq, hari minggu tempohari......  Lama rasanya tak JJCM semenjak di kuarantin makan luar ni  hhe......... Makan tengahari kami di Fareed nasi kandar terletak tepi jalan utama Bukit Rahman Putera, Sungai Buloh. Gerai makan ni dekat dengan janakuasa elektrik TNB. Kalau tepi jalan tu cuba pandang sebelah kiri mesti nampak pencawang elektrik TNB tu. Mula2 cari warung ni sesat la jugak... tapi excited tengok rancangan JJCM terus cari sampai jumpa..... Makanan  sini ok jugak  cuma tempat makan tu kurang selesa la sikit tapi kalau nak lebih selesa makan di kedai terus aje la....... dekat2 ja warung dengan kedai makan Fareed ni. Cuma makan di warung lebih ramai pelanggan. Harga sini memang lebih murah dari restaurant nasi kandar yang pernah aku makan. Jemput la ke sana. !!




Tuesday, November 15, 2011

Jom Menang Kate Cosmetic Products

Akhinya blog aku sudah pulih semula........ banyak tempat juga aku bertanya namun tak menjadi. Last2 aku terfikir tentang blog kawan aku yang aku buat tahun lepas. Aku pinjam template dia dan masukkan dalam blog aku ni. Nasib baik menjadi... Aku rasa aku ada terdelete something dalam code standart untuk blog. Sebab tu aku pakai template apa2 pun tak menjadi langsung sampai mereng tahap kronik susah nak diubati. Tapi banyak barang jugak yang hilang aku nak kena study balik camna nk buat blog.  Nasib baik tahap kesabaran tu masih ada. Kalau tak memang terfikir nak panggil doktor blog aja.


dapat shoutbox dari Mama Shifa

jadi klik2 lagi.....
mana tau boleh menang 

ads






Monday, November 14, 2011

sambal tumis udang







Ini menu makan malam kami. Sebenarnya udang ni aku kirim dari member office. Kebetulan dia balik kampung aku minta  tolong belikan udang fresh dari laut. Banyak kali dia nak tolong belikan untuk aku tapi aku ja yang jual mahal. Tengok ramai kawan2 lain kirimkan aku pun tumpang sekali. 

jom makan!


segment aku suka menaip

Hari cerita pasal tag lagi... 
Kali ini aku di tag adik Hazwani


ads

Kenapa aku suka menaip? Kerana aku memang suka menaip...hhe... Aku suka mengadap laptop. Aku suka luahkan  cerita seharian aku. Aku suka luah perasaan apa yang berlaku ketika itu. Dan kerana suka kadang-kadang boleh menglingkupkan komputer aku ni demi mencantikkan blog aku dengan cara aku sendiri.
he..hhee..


Aku tak tahu nak tag siapa ...
secara rawak ajelah dalam follower aku 

Sekian

"CONTEST TEKA HARGA BURGER!!!"



Hari ni mood tak berapa nak best.... blog aku tak tahu la..... usik tang mana aku pun dah lupa pastu dah jadi mereng terus dari semalam lagi. Side bar aku hilang semua turun ke bawah. Nak buat kerja pun terganggu memikirkan sama ada nak upah doktor bertauliah atau aku ja yang bedah siasat sampai sihat semula.... hhee



Tapi sebabkan aku di tag aku joint la jugak contest ni sekali. 
 Untuk tidak menghampakan adik Nor Sharul Atikah aku pun joint.
Terima kasih tag kak Dela dik.


ads

harga burger ni......  RM 3.00 hhee..




Untuk syarat penyertaan boleh klik SINI


Aku tag
MummyQistina
Hazwani
Ida



Sekian




Sunday, November 13, 2011

My View My World Contest

ads
                                             


Malam ni saja aku joint 2 contest. Ok yang ni pulak nak letak gambar permandangan. Kebetulan aku memang ada koleksi gambar dari en suami dalam simpanan aku sendiri. Jadi aku cilok sekejap. Saja nak joint contest ini. Aku tak tahu nak pilih sebenarnya tapi rasa2 ini dah ok kot?...hhe




Bukit Broga



sila pandang permandangan sahaja ye... :)





ok Done!!

Terima Kasih




GIVEAWAY KOLEKSI RESEPI NANNIE

Okey.... cerita pasal contest lagi.. yang ni pulak untuk koleksi puan2 yang suka masak memasak ni. Jadi aku pun tergerak hati untuk joint sekali....... baru lepas masak2 stok daging korban yang belum habis2 lagi...... ok dah settle tengok ulangan Maharajalawak Mega sambil2 mengadap laptop. Jom beramai2 joint sekali....... sangat senang dan simple. Terima Kasih


Syarat Penyertaan
* Terbuka kepada semua follower kak Nannie
* Pastu tinggalkan jejak / link blog kita sendiri atau e-mail ruangan entry GA kak Nannie


ads

Nak joint klik sini


yang paling tak tahan hadiah-hadiahnya!!
sesuailah untuk aku baru nak rajin2 belajar memasak ni....hhee
kantoi!!  



hadiah2nya
seperti



ads



ads



ads



ads



ads



Kalau rajin2 joint la ye..
aku tag

kak Mar


SEKIAN





Saturday, November 12, 2011

Beauty Contest From Aina Rahman

Tengok TV layan AIM pastu buka blog sekejap rupanya di tag oleh cikgufaizcute . Aku sebenarnya jarang joint contest2 ni... x berapa nak roooti bahasa2 computer ni tau melingkop komputer boleh le... Tak tahu langsung camna nk joint tambah contest yang suruh taruk entry panjang berjela lagi la tak terbuat. Yang ni pulak macam senang ja nak joint  kena pulak syarat2  yang tak terlalu memeningkan kepala. Jadi aku pun nak mencuba nasib. Kalau ada rezeki dapatlah hadiah make-up dan 1 sesi make over. Itu yang tergetaq2 jari nak joint contest ni.....hhe... Kalau ada rezeki la......... Sorry aku main tag aje lah ye.... Kalau free joint la.
Kalau yang tak di tag tu jom la joint sekali..... hhee


mula2 sila Like Aina Rahman  FB
tarikh tutup 20 December 2011

ads


Dela tag wanita2 ini



Hadiah² yang ditawarkan :

  • Pemenang utama :
    - 1 set barangan make up bernilai lebih RM 100.
    - 1x sesi make over percuma dari Aina Rahman.
  • Pemenang referral terbanyak :
    - 1 set barangan make up bernilai RM 50
    - 1x sesi make over percuma dari Aina Rahman.

Hadiah saguhati akan diberikan sekiranya jumlah penyertaan melebihi 50 peserta.

SEKIAN


nasi lemak & sambal tumis sotong



Pagi ini breakfast masak2 nasi lemak sambal sotong kurita.... eeh... sotong kembang. Sotong kembang ni faverot penghuni rumah aku ni. Kalau masak nasi lemak mesti ada sambal sotong sekali. Kalau sotong tak ada..... ikan bilis pun aku bedal juga...... Makan pagi suka masak yang simle2 ja..... ini resepi yang aku buat selalu... Untuk makan2 sendiri boleh le... Teringat waktu kecil2 dulu .... kalau masak nasi lemak suka sangat hidang camni... konon2 makan kat restaurant la kan...... :)


Bahan-bahan nasi lemak
beras , santan separuh, daun pandan, bawang merah & putih, serai, halia, lada hitam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan garam

Bahan-bahan Sambal Tumis
sotong kembang, bawang besar, cili kering di blander (tak guna cili bow.. x best!!), air asam jawa, sedikit gula dan garam secukup rasa.


Jadi siap semua....... jemput makan... :)




Friday, November 11, 2011

cuti raya aidiladha jalan2 Zoo Melaka

Anak2 buah aku bangun awal..... termasuk la bapak yang tua2 sekali nak berendam mandi kolam punya pasal. Open pukul 9.30 tapi pukul 8.30 depa semua berkubang turun mandi siap. Aku tak mandi pun..... sekadar jadi tukang ambil gambaq ja.. ...... Lepas check-out kami  sambut raya haji di rumah bapa saudara biras aku area Melaka jugak.... Lepas makan2 terus gerak ke Zoo Melaka. 





acara bapak2 dgn anak


cantik kolam renang sini


posing lagi sebelum gerak balik



  

Sebenarnya first time aku ke zoo sini. Layan anak buah jadi masuk la tengok apa yang ada dalam tu. Besar jugak zoo Melaka mau tercabut kaki aku ni yang dah lama tak ber excercise. Berpeluh2 la jugak.... hhe... Time aku sampai memang ramai sangat pengunjung....... siap pakai baju raya le.... ada berkebaya lagi cik nun..... ingat kami ja beraya dalam zoo tu...... hhee ramai orang rupanya. Aku hentam pakai seluar aja....... senang sikit nak lari2 bersilat2 dengan anak2 buah aku ni nanti.... Lepas pusing2 dalam 4 jam camtu baru la gerak balik kemudian singgah beraya sekejap ke rumah kawan en suami di Putrajaya. Ingat nak bawa mereka meronda area Putrajaya sekali tapi semua dah letih jadi kami terus balik rumah sahaja. 


tunggu turn naik kuda


Pak Lang naik kuda dengan kakak



Sekian


Thursday, November 10, 2011

cuti raya Aidiladha - Melaka

Kami gerak ke Melaka hari Sabtu minggu lepas. Merata jugak cari hotel nak menginap kebanyakkannya dah penuh. Biasalah time cuti2 perayaan ni sepatutnya kena booking awal2 tapi kami main rodong ...... nasib baik dapat jugak apartment 2 bilik di sana. Kami tinggal di Garden City Apartment untuk 2 hari 1 malam sahaja .


anak buah Mak Lang



posing2 dulu depan balkoni sebelum
ke acara JJCM pulak



Lepas settle bab penginapan kami gerak pulak mencari restaurant untuk mengkedaqah. Cari hotel nak dekat 2 jam dah tiba masanya untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong. Teringin makan asam pedas Melaka... last2 dapat restaurant ni..... sebab ada tulis asam pedas kat luar signboard restaurant....... hhee...hhee... Sedap tak? boleh makan la............ Restaurant ni depan Menara Taming Sari saja. Banyak restaurant sebenarnya area situ....... tapi main redah ja le.......


semua muka tengah lapaq sangat2


udang galah masak lemak cili api.... sedap!!!


masak lemak daging salai dan asam pedas
rasa??... boleh lee....... biasa2 aje



naik menara taming sari








Lepas makan terus naik Menara Taming Sari. Nasib baik la tak perlu beratur panjang. Tapi naik dengan anak buah aku ni memang riuh-rendah dan banyak tanya macam2 kat aku..... hhhaa...hha... Aku pun dekat 5 tahun tak ke sini. Banyak sangat perubahan kat Melaka, bangunan2 baru dan supermarket pun banyak. Tak banyak sangat tempat yang kami pergi coz bawa baby kesian pulak jalan jauh2 takut nanti meragam pulak. Jadi kami sekadar pusing Bandar Hilir sahaja. 


berehat seketika.... kepala lutut mau tercabut sudah......









posing lagi


kek besday



Malam ke acara potong2 kek pulak. Aku berkongsi tarikh besday yang sama dengan birasku pada 20 October . Kami sambut besday 4 orang sekali termasuk ipar aku yang berkongsi bulan yang sama dan anak mereka pada 1 November lepas. Memang kami plan awal2 nak potong2 kek sama2 bila dapat tahu mereka nak datang cuti beraya ke rumah.... meriah la sikit.