tambah wang dengan zalora KLIK
Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Saturday, September 23, 2017

angin petang




Lamanya tak update blog.. .. kekangan masa dan mood tak sampai agaknya.. hee.. 




Wednesday, May 17, 2017

sayang seorang kakak


   


 
Sayang sungguh kakak Myra dgn adik Ayra ni.. 
Mama sayang kedua-duanya walaupun apa saja kata orang mama x ambil peduli.
 Yang penting mama nak yang terbaik untuk anak2 mama tanpa perlu membanding2 
atau membeza2 kasih sayang. 



.




Tuesday, July 22, 2014

keguguran - kandungan 12 minggu





Ya Allah macam tak percaya akhirnya kandungan Dela tak dapat di selamatkan. Kandungan baru nak masuk 12 minggu. Memang sedih tapi Allah lebih mengetahui segala-galanya.... Dela dan suami redha ja walaupun dalam hati Allah ja mengetahui. Lagi 6 hari nak menyambut bulan puasa.... terpaksalah berpantang. Tak sabar Dela dan suami nak menambah ahli keluarga maklumlah faktor umur dan anak Dela pun dah nak masuk 2 tahun bulan 11 ni. Nampaknya belum rezeki kami lagi.

Friday, April 5, 2013

tukar pengasuh sementara untuk 2 hari


Minggu lepas kami 3 beranak balik kampung Jumaat - Isnin  kerana suami Dela terpaksa uruskan urusan rumah. Pastu suami terpaksa sambung cuti seminggu sebab nak menjaga anak kami kerana babysitter bercuti seminggu balik kampung. Memang huru-hara la jugak sepanjang minggu tu.... Dela pulak tak dapat nak ambik cuti panjang. Biasalah.... nama pun co swasta... memang payah bab cuti2 panjang ni... nasib baik lah suami Dela penjawat awam dan permohonan cutinya diluluskan dapatlah menjaga Ameera. Alhamdulillah...  suami Dela yang volunteer ambik cuti untuk mengasuh sendiri anak kami.... tapi hari Khamis dan Jumaat pulak suami terpaksa masuk kerja semula kerana nak menguruskan urusan kursusnya. Memang kelam-kabut jugak la nak mencari pengasuh last2 minit camni dan nasib baiklah member office Dela dapat carikan pengasuh untuk menjaga anak kami untuk 2 hari lagi... Memang sedih rasanya bila anak Dela tukar2 pengasuh ni... Masa nak tinggal tu rasa sayu ja hati ni.... Maklumlah keluarga semua di kampung.... jadi terpaksalah uruskan benda2 begini sendiri walaupun dalam keadaan berserabut. Terdetik juga dalam hati ni nak berhanti kerja jadi suri rumah sepenuh masa kerana bila bekerja ni masa yang terluang untuk anak kurang.... rasa tak puas main dengan anak Dela. Suami Dela suruh fikir semasak-masaknya sebelum buat keputusan untuk berhenti atau tak lagipun Dela belum bersedia tambahan pula duduk di sini perbelanjaan mahal kalau dibandingkan tinggal di kampung dan kadang terfikir jugak nak balik duduk kat kampung saja lagi senang. Keputusan sebegini kena fikir sedalam-dalamnya ......takut menyesal kemudian hari. Tapi sebenarnya dalam hati ni dah mula rasa bosan selepas kejadian pergaduhan di office minggu lepas. Entah lah... Dela masih lagi berfikir tentang itu...

Jom tambah incom dengan says.com






Thursday, March 28, 2013

dalam bekerja perlu ada rasa hormatkan senior



 
Kita dalam bekerja ni perlu ada sifat hotmat-menghormati orang yang lebih senior dan menerima segala arahan tanpa banyak bunyi... Macam tu la Dela bekerja waktu mula2 joint co yang Dela kerja sekarang. Apa saja senior suruh ikut ja tanpa banyak bantah. Tak pula bagi budak2 muda zaman sekarang yang tidak lagi ada perasaan hormat orang yang lebih senior. Susah betul nak menegur dan nak di suruh2 buat kerja. Dela dan berkhidmat hampir 10 tahun dan jarak usia kami pun 11 tahun pastu kalau Dela suruh  buat kerja pandai lak dia menjawab. Boleh sound  " kita sama position tapi kenapa asyik saya ja buat kerja tu.. akak tak perlu buat!!  agak2 apa korang rasa? Baru kerja tak sampai setengah tahun pandai lak menjawab dan berkira2 kerja. Memang sakit hati tul bekerja dengan orang sebegini. Bila kita suruh dia buat kerja suka lengah2 pastu pending sampai berhari2. Tak boleh tengok orang kerja senang sikit dari dia ... kalau bos dah suruh Dela separate kan kerja dan Dela bagikan kerja yang senang tu padanya jadi terima aja la.... tapi boleh menjawab Dela dan dia position sama jadi sama2 kena buat.... jadi kalau camtu tak perlu la kerja dengan Dela kalau nak pilih2 kerja mana yang dia suka buat atau tak... baik kerja dengan orang lain yang dia rasa suka... bila di suruh buat sesuatu bukannya nak terus gerak buat... tapi di suruh letak dulu atas meja dia !!  sambil buat buat muka fed -up! Wah! besar sungguh pangkat dia sampai nak tunggu dia free baru boleh buat kerja yang Dela suruh....walhal mengadap FB berjam2 Dela tak pernah pun marah janji siapkan kerja yang di beri tapi begini pulak balasan yang Dela terima??  Tak tahu la nak kata apa budak2 sekarang...  susah nak ditegur, boring kerja orang camni... baik Dela tak perlu ada assistant langsung kalau bab kerja ni nak kena ikut pilihan dia mana yang dia suka dan tak suka buat... baik Dela kerja sorang2 lagi senang.... hati pun tak sakit malayan budak2 tak matang dan tak tahu hormat kami yang senior. 

ppsstt: dah lama pendam dah naik muak! 
sakit hati naik menyampah!


ooppsstt: terlebih sudah!




Friday, February 8, 2013

susah nak direct breastfeeding


Sedih la bila fikir2 balik sampai sekarang anak Dela tak boleh lagi direct breastfeeding. Sewaktu Dela masuk hospital Dela tak bawa anak tinggal hospital sekali. Dela sakit tak boleh nak jaga diri sendiri sebab tu tak dapat bawa Nur Ameera Damia ... hanya pamkan susu dan suami Dela akan ambilkan hari2. Lepas 2 minggu keluar hospital Dela masih lagi tak boleh direct breastfeeding sebab masih sakit bahagian luka jahitan dan tak boleh banyak bergerak.... bila ajarkan minum direct selalu baby Dela menolak dan nangis2.... Mungkin dah terbiasa minum guna botol jadi baby Dela mungkin keliru puting. Hari2 Dela akan pam susu dan masukkan ke dalam botol untuk di beri kepada babysitter sebelum ke tempat kerja. Pam susu pun Dela akan bawa sekali ke tempat kerja untuk perah disana. Alhamdulillah... selepas urut dan makan supplement shaklee susu bertambah banyak tapi Dela risau sebab anak Dela sudahpun 3 bulan tapi masih tak boleh direct feeding lagi. Orang cakap kalau jarang direct  breastfeeding, susu akan berkurangan... namun  Dela masih lagi berusaha ajarkan Nur Ameera Damia direct breastfeeding tak mahu mengalah! :)
Doakan Dela ye.... terima kasih


 Avent shape baru beli
SINI


klik, klik , klik ,


Wednesday, February 6, 2013

hari pertama kerja


Tiba2 terkenangkan hari pertama masuk kerja..... Dela start pertengahan January yang lepas. Terkenangkan hari pertama hantar Nur Ameera Damia ke babysitter...... memang berlinang air mata lepas hantar Ameera dalam perjalanan ke tempat kerja.. ya la... selepas 2 bulan berkepit pastu terpaksa berenggang dan di tinggalkan rumah babysitter... memang rasa lain macam sangat....perasaan tu susah nak diceritakan.... dalam hati ni hanya Allah ja yang tahu. Takut... sedih... lega... semua bercampur... Takut sebab hari pertama letak Ameera dalam jagaan orang... Sedih sebab terpaksa masuk kerja terlalu awal ( 2 bulan aja cuti ) dan terpaksa berenggang dengan anak macam tak puas lagi main2 dengan anak Dela... Lega sebab yang mengasuh pun kenalan Dela sendiri.... jadi apa2 hal senang Dela nak berurusan.

Hari2 Dela yang hantarkan Damia ke rumah babysitter.... memang mencabar la jugak perjalanan nak menghantar anak Dela ni.... kadang2 ok aja, kadang2 nangis.... mungkin tak selesa tidur dalam car seat lama2. Kalau nangis tu mau bergema 1 keta jugak la suara anak Dela ... kuat ooo!!!. Ada masa anak Dela ni nak sembang2 la pulak ...ikut mood la katakan... hhee... Sampai Dela pun takut hilang fokus bila bawa kereta sendiri ni.

Pengalaman pertama memang mencabar... Kalau dulu tidur berjam2... sekarang kena hadkan waktu  tidur..hhee.. kalau dulu suka merayau2 shopping complex... sekarang kena kurangkan.....  dulu selalu bercuti2... sekarang kenalah berehat......malah aktiviti JJCM pun terpaksa dikurangkan sementara menunggu Nur Ameera Damia besar sikit untuk di bawa jalan2 luar... Semua aktiviti kena dikurangkan demi tumbesaran dan keselesaan anak Dela....

Peranan seorang ibu tidak semudah yang disangka.... memang memerlukan pengorbanan dan  kesabaran yang tinggi dalam membesarkan anak. InsyaAllah.... Dela akan buat yang terbaik untuk masa depan anak Dela ini. Kami suami isteri sangat2 teruja dengan kehadiran si kecil ini.. ... walaupun terkejar2 kami  menjaga si kecil namun hilang penat lelah kerja bila dapat bersamanya... :) 


Untuk tatapan Izan Mama Mia  :)

Jom joint says.com


TQ



Sunday, January 27, 2013

Nur Ameera Damia dunia baruku....

Alhamdulillah.... 16 November bersamaan 2 Muharam, Dela selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan yang diberi nama Nur Ameera Damia 3.59kg. Pengalaman pertama sukar di ramal dan di duga.... Hari ke 4 Dela balik ke kampung untuk berpantang di sana. Pelbagai ujian Dela tempuhi sepanjang tempoh berpantang dengan penuh kesabaran dan keinsafan. 2 malam Ameera ditahan wad kena jaundice dan 2 minggu Dela keluar masuk hospital sebab jangkitan kuman.

1 pengalaman yang tak mungkin Dela lupakan apabila jahitan di perut terpaksa di buka semula dan di cuci hari2 untuk membuang darah dan nanah yang terkumpul. Minggu pertama di tahan wad dan hari ke enam dijahit semula dan esoknya dibenarkan pulang... Selepas 2 hari berehat di rumah, darah masih lagi keluar celah2 jahitan yang baru di jahit, terus refer hospital lagi sekali dan di tahan wad untuk kali ke 2 selama seminggu. Doktor cakap badan Dela tak dapat menerima antibodi yang mereka berikan sebab itu luka jahitan lambat sembuh dan terpaksa tukar ke ubat yang lebih kuat.

Namun semuanya telah berlalu dan Dela hadapi segala dugaan dari Allah SWT dengan tabah. Alhamdulilah ketika Dela diuji sebegini keluarga mertua banyak membantu dari mula hingga saat akhir. Alhamdulillah....... syukur sangat2 suami sentiasa menemani ketika Dela terlantar sakit di hospital. Ya Allah... sesungguhnya engkau telah membuka mata dan pintu hatiku untuk menilai sendiri siapa bersamaku ketika aku dalam kesusahan.


permata hati mama
Nur Ameera Damia


Nah.... inilah dunia baruku.... Semuanya serba baru... cara baru.... pengalaman baru. Kalau dulu tidur kami suami isteri tiada gangguan dan kini segalanya berubah semenjak ada si kecil penyeri hidup kami berdua.  Walaupun penat tapi kami tempuhi dengan penuh rasa bersyukur akhirnya kami berdua dapat merasa seperti ibu bapa di luar sana. Alhamdulillah!!!



psst!!!...  Dela dah dapat payment dari says.my terus masuk 
ke acc maybank... 
nak cuba?
 joint SINI

bagaimana caranya?
klik SINI




Wednesday, October 3, 2012

Terima Kasih Semua





Terima Kasih kepada kawan2 yang sudi ucapkan tahniah buat Dela. Alhamdulillah.... 
Ini merupakan pengalaman pertama Dela dah tentu perasaan gembira tu sukar nak digambarkan macamana rasanya. Dela telah pun mula shopping barang2 baby sikit2.... Walaupun exited membeli-belah untuk si kecil tapi masih dalam mood berjimat-cermat dan tak mau terlalu membazir. First time beli barang2 baby mengalir air mata kegembiraan sebab akhirnya dapat juga beli untuk baby Dela sendiri kerana sebelum ini  pun shopping untuk anak2 saudara aja dan kali ini untuk anak yang Dela kandungkan sendiri. Memang touching giller tau!!!... hheee. Pengalaman pertama la katakan..... memang sangat2 teruja.... 

Terima Kasih juga kepada Izan Mama Mia kerana sudi mencoretkan kisah akak dalam blog Izan... terharu sangat2 tau!!... Sesungguhnya orang yang pernah mengalami nasib seperti Dela saja yang tahu perasaan tersisih tu macamana tambah2 bila berada di kampung.... Hati ini tak dapat tertahan2 bila kisah sedih kita sentiasa menjadi bahan gosip dan tak kurang juga ada yang mentertawakan Dela. Aaahhhh..... tak mengapa.... itu cerita lama!!!... Dela pun dah lupakan dan tak mau lagi ingat!  Biarkanlah!

Coretan dalam blog Dela pun semakin berkurangan mungkin sebab tak ada mood untuk menulis.... Sekarang tengah berusaha mendapatkan mood untuk menulis yang lama ditinggalkan semenjak pregnant ni. Kadang2 hanya blogworking sekejap2 dan silence reader aja.  Ada bahan cerita tapi berita kisah kehamilan Dela ini macam risau ja nak bercerita lebih2. Cukup la sekadar ada yang tahu Dela dan baby sihat alhamdulillah..... :) Dalam hati sebenarnya sangat berdebar2 menunggu pertengahan bulan November nanti. Mohon doakan Dela selamat melahirkan dan baby sihat sempurna... Amin

Terima Kasih semua. :)

Friday, August 24, 2012

Anugerah Allah......... Alhamdulillah


Bismillahirohmanirrohim..........
Assalamualaikum...................
Salam AidilFitri

Lama rasanya Dela tak mengupdate story dalam blog kesayangan ini.... berbulan2 ditinggalkan.... Tentu ada yang kehairanan ke mana Dela menghilang sebenarnya.... ade ke? hhee... perasan!!! okey titik! Sebenarnya Dela tak ke mana2 dan masih bekerja seperti biasa cuma kesihatan kurang mengizinkan untuk Dela mengadap blog dan mood terus menghilang untuk mencatat coretan dalam blog ini.  

Pertama sekali Dela bersyukur ke hadrat Allah swt kerana menunaikan impian Dela dan suami untuk tahun ini. Terima kasih kepada yang sudi meneka........ walaupun tiada hadiah untuk diberikan :) Terharu sangat kerana ada kawan2 dan adik2 dapat mengagak kemana Dela menghilang. Bukan tak sudi berkongsi berita gembira tetapi disebabkan orang tua2 cakap benda yang masih baru begini tak boleh di heboh-hebohkan lagi sebab itu walaupun hati gumbira tapi mulut terpaksa dikunci rapat dan hanya adik-beradik, keluarga mertua dan saudara-mara Dela aja yang mengetahui berita gembira ini.

Sebetulnya memang kami berdua tidak menduga bakal menerima berita yang tak disangka2 ini. Berkat kesabaran dan ikhtiar kami berdua, petua saudara mara dan izin Allah  swt akhirnya doa kami berdua di makbulkan jua akhirnya. Dulu Dela pernah membuat IUI sebanyak 3 kali untuk mendapatkan zuriat dan sejak itulah berat badan Dela naik mendadak sebanyak 15 kilo namun tidak berjaya. Sekarang Dela telahpun mengandungkan anak pertama dengan izin Allah dan ikhtiar secara tradisional pulak. Alhamdulillah berhasil. Inilah anugerah yang tak ternilai buat kami suami-isteri setelah sekian lama menahan telinga dari mendengar sindiran orang. Syukur sangat2. 

Tambahan pula keadaan badan yang tidak sihat kerana alahan dan juga sakit kepala yang teruk membantutkan Dela menjenguk blog yang lama di tinggalkan. Masuk office asyik tidur dan kadang2 ambik MC aja.... pengalaman pertama la katakan memang menduga mental dan emosi. Namun semuanya dah berlalu Alhamdulillah.... sekarang Dela dah pun mengandungkan anak pertama yang berusia 7 bulan 1 minggu.....Semuanya seperti tidak percaya keajaipan akhirnya berlaku dalam hidup Dela dan suami sekarang ini. Tidak disangka2 rezeki Dela dan suami tahun ini akan menerima kehadiran cahayamata yang pertama setelah 9 tahun mengharungi alam rumahtangga yang penuh dugaan dan cabaran dalam menempuh liku-liku kehidupan kita sebagai makhluk Allah.

Seperti ibu2 mengandung yang lain.... Dela juga tak terlepas mengalami alahan yang teruk di awal kehamilan. Pelbagai dugaan Dela hadapi seperti sakit kepala dan muntah2. Dela juga hilang selera makan tidak boleh makan nasi, susu, air putih kosong, pening bila mengambil ubat acid folic, tak boleh bau minyak wangi, tak boleh bau colgate, bau pencuci muka pun sampai muntah2,  cepat letih.... alahai....... pastu tak suka berhias.... selebek aja hari2 ke tempat kerja sampaikan suami Dela bising2 nampak serabut sangat macam2 la dugaan lain lagi..... namun Alhamdulillah........ semuanya ditempuhi dengan penuh kesabaran.

Dugaan seterusnya ketika bercuti ke China waktu itu usia kandungan baru 8 minggu tapi Dela tak dapat nak ceritakan pengalaman di sana kerana ketika itulah simtom2 awal kehamilan terjadi terasa cepat2 ja nak balik rumah berehat. Dela mengalami sakit kepala yang teruk sampaikan deman dan nak menjamah makanan pun tidak sanggup tekak ini nak menelannya.... memang nak termuntah. Dela pun tak berjalan sangat lebih berehat dan tidur di hotel dan bas sahaja.... kesian pulak suami Dela terpaksa menjaga Dela ketika itu memang mood nak bercuti dan bershopping tiada dalam kepala. Maaf memang Dela tak dapat belikan souvenir kepada yang mengirim. Maaf juga kepada Mama Aini kerana tidak dapat menghadiri majlis kenduri anak mama Aini kerana kesihatan tidak mengizinkan.... minta maaf sangat2. Terima Kasih jugak buat IntanBerlian sudi mengeposkan key-chain yang cute untuk akak... :)

Dugaan Dela seterusnya tidak berakhir di situ sahaja. Bulan 5 yang lepas suami Dela pulak terpaksa berkursus  kenaikkan pangkat (rezeki anak) selama 2 bulan dan kami hanya dapat berjumpa hari2 minggu sahaja dan ada kalanya suami Dela lari keluar berjumpa sekejap petang2.... hhe....  Ketika kandungan Dela masuk 3 bulan lebih suami terpaksa minta keluar sekejap menemani Dela ke klinik kerana keluar setitik darah dan berlarutan sehingga 4 hari. Memang Dela takut apa2 terjadi kepada kandungan ini dan selepas makan ubat... titik darah itu pun dah berhenti. Alhamdulillah..... Dela tahu suami sangat mengambil berat kesihatan Dela dan baby kami ini sampaikan dia buat surat minta keluar untuk meneman Dela setiap kali check-up. Waktu beginilah kita memerlukan orang2 yang kita sayang sentiasa di sisi tambahan kami berdua tinggal jauh dari saudara-mara memang segalanya kami lakukan berdua sahaja. Walaupun suami tidak dapat menemani 24jam namun dia sentiasa berada ketika saat getir dalam hidup Dela. Teringat lagi riaksi suami yang memeluk Dela ketika di klinik sewaktu doktor mengesahkan Dela telah pun mengandung 6 minggu.... Dela tau dia cukup gembira dan terharu mendengar berita itu tambahan suami Dela memang seorang yang cukup sensetif berbanding Dela yang agak blurrr lagi sebab macam tak percaya dengan berita yang baru kami dengar. Inilah hadiah buat dirinya.

Paling tak boleh lupa semasa Dela on the way balik kerja bulan 5 lepas.... kereta pulak kena langgar dari belakang.... memang time tu Dela terkejut sangat2... tak sangka boleh accident pulak saat2 begini..... masa tu Dela drive keta sendiri. Tak ada benda lain yang Dela fikirkan.... asyik pegang perut aja takut apa2 terjadi.....Alhamdulillah.... baby selamat.

Sesungguhnya inilah berita yang ditunggu2 selama ini. Walaupun sedih tidak dapat berkongsi dengan arwah abah dan arwah mama Dela namun Dela bersyukur dikurniakan seorang suami  yang sangat menyanyangi Dela seadanya. Alhamdulillah. Doakan kandungan Dela membesar dengan sihat dan sempurna. Doakan Dela dapat menjalani proses mengandung ini dengan baik sehingga hari kelahiran baby pertama ini yang dijangka pertengahan bulan November ini. InsyaAllah..... doakan yang terbaik untuk Dela ye.... :)

Psstt.... ada petua yang nak di kongsi untuk Dela?


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Jom Klik

SINI
SINI
SINI
SINI
SINI


Saturday, April 21, 2012

ke mana menghilang!!!..... hhee



anak adik2 Dela


Assalammualaikum... 
Sorry la kawan2 kebelakangan ini Dela kurang upadatekan blog ini... bukannya apa.... kesihatan kurang baik dan mood untuk berblog ni merudum ke tahap negatif....  :(
Hari2 mengadap tv aja... mood di tempat kerja pun entah hilang ke mana... macam hilang tumpuan .... sebenarnya sesuatu yang tak di sangka2 terjadi dalam hidup Dela namun belum bersedia berkongsi dengan kawan2 blog hhee.... . macam la orang kenal saya ni kan?... hhee... perasan la pulak...Biarlah saudara2 terdekat aja tahu apa terjadi namun masih baru untuk diceritakan pada semua........ Cuma mohon doa yang terbaik buat Dela sekeluarga... terima kasih banyak2.
Namun suatu hari nanti akan dikhabarkan dalam blog kesayangan Dela ini bila tiba masa dan waktu yang sesuai InsyaAllah.... cuma sekarang ini aktiviti mengupdate blog tidaklah serajin dulu2... hee

 Agak2 kenapa ye?........ :)
 teng! teng! teng! teng!!!!......... hhaaa


TQ

Thursday, January 19, 2012

balik kampung CNY 2012


BALIK KAMPUNG




Sejak akhir2 ini mood nak menulis blog ni makin berkurangan. Ya la.... ada benda lain yang difikirkan. Tak sabar nak balik kampung sebenarnya sampaikan kerja2 kat office pun macam berat aja nak buat makin besaq aku punya penyakit "M" ni. Mood cuti2.... mood balik kampung mengganggu fikiran.

Tambah2 minggu lepas berita tak berapa nak best ayah mertua dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi. Alhamdulillah ayah sudah pun keluar wad. Ingat nak balik melawat tapi mak mertua cakap keadaan ayah dah bertambah baik. Malam ni baru aku dan en suami siap nak gerak balik bercuti seminggu
.
Tunggu ye Nasi Kandar Hussain, tunggu mee Mamak Taulat, tunggu sat Di Puncak Cafe, tunggu sat capati jam besaq, tunggu nasi beriani..... esok lusa kami sampai p makan.... :)


Buat kawan2 semua
Selamat bercuti


Klik



TQ




Saturday, January 7, 2012

tahun ke 9 pemergiannya....... Al-Fatihah






Hari ini genap ke 9 tahun pemergian arwah mamaku. Alhamdulillah tahun lepas aku dan adik2 sudahpun menunaikan hajat arwah untuk membuat upah haji. Walaupun memakan masa yang lama tapi aku bersyukur dan lega sangat apabila hajat yang pernah disampaikan kepada aku ketika hidupnya dapat kami 4 beradik tunaikan. Arwah mama meninggalkan kami semua ketika aku berumur 24 tahun, adik no 2 berumur 23, adik no 3 umurnya 20 tahun dan yang bongsu 17 tahun. 
 
Ketika itu amat berat dugaan yang aku terima memandangkan aku yang sulung dan masih ada 2 orang adik2 yang masih belajar. Aku tak tahu nak ceritakan macamana perasaan ketika menerima dugaan hebat ini memandangkan kami 4 beradik sudah kehilangan arwah abah ketika aku berumur 16 tahun dan adik-adik 15, 12 tahun dan paling bonsu 9 tahun.  Memang perit menerima perkhabaran duka memandangkan arwah mama yang ku anggap seorang wanita yang tabah mengharungi cabaran membesarkan 4 orang anak dengan ketiadaan suami di sisi. Aku juga tak menyangka arwah mama pulak tinggalkan kami adik beradik ketika usianya baru mencecah 47 tahun, terlalu muda rasanya. 

Ketika hayatnya arwah mama memang tak pernah langsung dimasukkan ke hospital, namun dengan tiba2 arwah mama diserang batuk berdarah & jantung dan terus ditahan wad pada malamnya. Pada malam kejadian aku adik- beradik masih dapat lagi bersembang dengan arwah mama dan tidak menyangka langsung malam itu adalah malam terakhir untuk kami  semua bercakap dengannya. Namun dengan tiba2 selepas subuh arwah mama terus koma dan tak sedarkan diri selama sehari. Arwah mama diberi bantuan sokongan oksigen disebabkan  keadaan jantungnya amat lemah. Aku masih teringat lagi waktu itu ada sorang makcik ni menegur bertanyakan keadaan mama aku dan aku ceritakan semuanya kemudian dia mencadangkan aku berbincang adik-beradik untuk memberhentikan sahaja mesin bantuan oksigen kerana langsung tidak membantu arwah mama untuk terus hidup malahan menyeksa tubuhnya sahaja. Sebelum itu ketika arwah mamaku koma kami semua sudahpun bertanyakan kepada doktor dan nurse adakah keadaan mama aku akan sembuh dan kami pun sudah dimaklumkan awal2 lagi tentang arwah mama memang tak dapat diselamatkan hanya bergantung kepada mesin oksigen itu sahaja tapi kami adik-beradik belum bersedia untuk membuat keputusan itu. Ya Allah...... kami adik beradik terlalu muda untuk membuat keputusan getir dalam hidup. Kami semua dalam keadaan serba salah kerana terpaksa membuat keputusan hidup dan mati arwah mama aku. Namun belum pun sempat kami adik beradik membuat keputusan dengan tiba2 sahaja aku nampak nurse tergesa2 ke katil arwah mamaku. Aku boleh nampak depan mataku sendiri camna mereka bertungkus-lumus menyelamatkan arwah mamaku. Namun Allah s.w.t lebih menyayanginya. Arwah mamaku telah dijemput kembali kepada- NYA.  

Alhamdulillah.... di saat2 getir begitu aku sentiasa mendapat sokongan sahabat2 yang sentiasa menemani hingga saat akhir pengkebumian arwah mamaku. Kini walaupun 9 tahun telah berlalu namun saat2 getir ketika itu masih segar dalam ingatan. Aku terlalu rindukan arwah mamaku. Terkilan betul rasa hati kerana tidak berkesempatan memohon ampun dan maaf kepadanya, terkilan tidak sempat membalas jasa dan pengorbanannya sepanjang hidupku dan terkilan tidak sempat membela nasib hidup arwah mamaku ketika hayatnya. Hanya dengan kiriman doa yang aku dapat aku balas untuk kedua-dua ibu bapaku agar mereka tenang di sana dan tergolong dalam orang-orang yang beriman. Amin



En suami selalu cakap... sabaq sabaq jangan sedih2... tapi aku selalu cakap kat dia orang yang pernah  melaluinya saja tahu perasaan kehilangan itu macamana walaupun menitis air mata darah sekalipun orang yang sudah tiada tidak mungkin akan kembali lagi ke dunia nyata selama-lamanya.
Walaupun luaran nampak kuat tapi sebenarnya hatiku sangat rapuh dan sangat2 sensitif.



Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mama dan arwah abahku.

Amin





Friday, December 30, 2011

Azam 2012



As salamu'alaikum shbt yg d kasihi. Tahun 2012 d ambang pintu. Ini mungkin tahun terakhir kita d muka bumi. Azamlah utk jadi yg terbaik, membantu bukan membantutkan, mendoakan bukan mengutuk org, cari kebaikan bukan keburukan org, memaafkan bukan dendam, jadi sbb turunnya Hidayah Allah bukan daayah setan, dapat redha Allah dan redha insan, bahagia d dunia n cemerlang di akhirat. Maaf zahir batin, moga Allah rahmati kita semua. Amin, wassalam. - Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah



  




Azam tahun baru
Zuriat
Sudah tentu no 1 sebab sudah lama menanti kehadiran cahaya mata. InsyaAllah.
Hebat
Memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik dimata suami dan berubah menjadi isteri yang dapat memberi kebahagian untuknya dunia dan akhirat
Kuat
Buang sifat sensetif jauh2, cekalkan hati dan pekakkan telinga  menempuh tahun baru dengan kata2 sinis manusia yang memperkatakan kekurangan kami suami isteri
Rezeki
Semoga dimurahkan rezeki dengan apa jua yang diusahakan oleh kami suami isteri, sihat dan tidak leka dengan tuntutanNYA
Kenang
Mahu diingat dan sentiasa dikenang oleh adik-beradik, saudara mara dan juga kawan2 lama selagi aku bernafas. Bukan wang ringgit di minta, bukan jasa minta di balas cukuplah sekadar berterima kasih dan ingatan tulus ikhlas penting dari segala-galanya
Rumah
Dapat memiliki rumah sendiri dan bolehlah deco2 mengikut citarasa hati
Diet
Ya, aku ingin menurunkan berat badan yang semakin membesar melampau-lampau.... en suami pun sudah pandai bising2 sekarang! aduhai...





Sekian
Welcome 2012


Monday, July 4, 2011

Sedih

Sekadar Coretan






Gambar ni macam sedih ka? aku pun x tau harini kenapa aku sedih sangat. 
Mungkin aku terasa hati kot... x pa la.. biarlah.. nak buat camna. 
Aku kena terima hakikat kengkadang kebaikkan yang kita lakukan x semestinya orang akan ingat.
Lagipun kebaikkan yang kita lakukan jangan mengharapkan balasan.
Kalau dah nama pun berdikari sendiri tak perlu ada rasa kesal dalam hati. 
Lakukan sendiri dan hadapilah dengan tenang dan sabar.
En suami boleh terima hakikat ini x kan aku x boleh terima pulak!
aku pujuk hati sendiri banyakkan bersabar dan hadapinya dengan redho.
InsyaAllah.

:)



Wednesday, January 5, 2011

diriku

Tentang diriku.....

1) suka mendengar lagu inggeris lama2... sebab selalu terkenangkan saat bahgia bersama arwah kedua ibu bapaku sewaktu kecil2 dulu.
2) suka buat kerja sendiri dan x suka menyuruh orang settlekan keja kita takut ada yang terlepas pandang.
3) seorang yang sensetif dan mudah mengalir air mata walaupun luaranya orang nampak mcm aku kuat dan tabah hadapi liku2 kehidupan.
4) suka buat kerja dalam keadaan relex dan mudah tertekan dan bila buat banyak kerja dalam 1 masa....cepat gelabah
5) warna kegemaran .. dulu pink...pastu tukar ke hitam...skrg tukar ke unggu la..carca merba...hhee
6) menyukai kedamaian.. suka bercuti bersama suami.... x suka hingaq2...pening!!!!
7)seorang yang susah mesra bila bercakap dengan orang yang tak begitu kenal...muka x suka tu nampak sangat dan x leh nak cover2... dah kenal... orang lak pening... cakap x berhenti....hoo..
8) seorang yang sukakan handbag.. naik supermarket kena pergi tengok handbag... smpai puas hati baru leh balik....hhee...cuci mata dulu...ceria hidup. cuba la...hhee
9) seorang yang sukakan alat kosmetic.... banyak brand pernah ku tenyeh kat muka ni....
10) aku dan suami punyai hobi yang sama suka mencuba masakan.... jalan2 cari makan....
11) x suka orang yang lebih muda bersikap kurang ajaq dgn org yang lebih tua.... mahupun adik-beradik...
12) cepat terasa bila orang tak nampak kewujudan aku di dunia ni tapi buat2 ok ja...
13)bila dapat beli sesuatu yang mahal selalu teringatkan zaman susah dulu... usaha, sabar dan berdikari... itu yang aku dapat.
14) selalu teringatkan zaman jatuh bangun keluargaku suatu ketika dulu......
15) kalau jalan depan bangunan parlimen selalu teringat ketika datang ke KL dengan kedua orang tuaku dan time tu juga aku pernah simpan niat 1 hari nanti aku akan kerja kat KL....

Saturday, September 18, 2010

Raya 2010






Raya tahun ni beraya di rumah baru aku di Taman Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah. Macam biasa pagi2 raya ke kubur dahulu dan ke rumah mertua dengan adik. Macam ni la rutin aku dan family setiap kali raya. Tapi tahun ni dapat juga bergambar beramai2 bersama keluarga mertua tetapi masih ada 2 family lagi yg tertinggal.

Kalau orang lain menyambut raya meriah bersama keluarga dan aku pulak seperti tahun2 yang lepas macam biasa bersederhana dan tak akan lupa pusara kedua ibu bapaku.Genap 15 tahun arwah abah dan 7 tahun arwah mama meninggalkan kami adik-beradik. Aku tak tahu camna nak ceritakan perasanku ini setiap kali raya. Aku kuatkan juga perasaan ini walaupun sebenarnya aku sedih dan sunyi setiap kali raya menjelma. Bagi yang pernah merasa kehilangan tau perasaan itu. Sekadar rasa simpati tak sama dengan yang pernah  mengalaminya sendiri. Perasaan itu takkan sama dan orang tak akan faham perasaan kehilangan itu yang sebenar-benarnya. Bayangkan setiap kali raya tiada siapa yang menunggu kepulangan kita, pagi raya kita tak dapat mencium tangan memohon ampun dan maaf kedua ibu bapa kita, tidak dapat sembahyang raya bersama, tak dapat merasa masakannya , tak dapat bersembang suka dan duka dan orang itu tak wujud dan tak dapat disentuh lagi buat selama-lamanya walaupun menangis air mata darah sekalipun.. Boleh bayangkan camna perasaan sedih itu .. orang yang senasib kami aja yang tahu perasaan itu. Kepada yang masih mempunyai ibu dan ayah ,memang tak akan faham camna perasaan kehilangan itu yang sebenarnya... Sesuatu yang tak dapat ditukar ganti sampai bila2. Walaupun menunggu 20 tahun atau 100 tahun sekalipun ianya tak akan ada lagi di dunia ni. Sedih?... memang sedih... sedih dan sedih tapi hidup perlu diteruskan. Aku adik-beradik kena tabah mengharungi dugaan ini ketika usia kami masih muda.

Sebagai kakak aku ingin melakukan yang terbaik untuk adik2 aku walaupun terjadi salah faham biarlah ku simpan rahsia ini sampai bila2. Bukan aku minta gantikan jasaku ini dengan wang ringgit. Cukup la terkenang dan ingat 1 ketika dulu aku pernah membantu. Dalam sebuah keluarga adik-beradik mesti ada hormat-menghormati dan tahu menghargai jasa orang kepada kita. Bila yang muda hilang rasa hormat dengan yang lebih tua maka terjadilah salah faham dan ada juga yang akan berkecil hati. Perlukah ada sikap mendiskriminasi aka pilih kasih atau suka membanding-banding dengan saudara-saudara yang lain ?.. Kengkadang sebab2 begini yang menyebabkan aku jauh hati dan terasa seperti kehadiran kami tidak diperlukan dan kepulangan kami tidak ada yg menunggu. Orang tak pernah nak tahu perasaan kami malah keadaan kami disini tak ada sesiapa yang pernah tanya... jauh sekali datang menjenguk.

Adakah aku terlalu sensetif? Atau mereka yang tak perasan? Mungkin aku tak dapat memberi apa yang ditunggu2 selama ini tetapi aku dan suami punya perasaan dan tak perlu membanding2 kami dengan orang lain. Itu rezeki masing2. Apa kuasa aku nak melawan takdir... aku hanya berusaha dan berserah. Apa lagi yang dapat aku lakukan. tapi biasa la... kengkadang mulut orang mungkin sekadar bertanya tapi mereka tak tahu pertanyaan mereka itu amat menyakitkan hati aku. Aku bukannya x berusaha aku pun dah letih memikirkan benda2 ni yang  mengganggu fikiran aku. Meraka akan sedar juga 1 hari nanti. Cubalah buka mata dan hati menerima itu semua kuasa Allah dan kita tiada kuasa nak menghukum dan menentukannya.

Raya kali ini aku dapat juga berkumpul dengan sahabat2 lama sekolah aku dulu. Azean, Fizah dan Haida. Rumah Ina ja aku tak dapat pergi. Aku juga dapat joint re-union sek en. hubby di Park Avenew dan dapat beraya di rumah kengkawan en. hubby sekali. Ok la raya tahun ni banyak juga aktiviti yang dapat kami lakukan bersama.


Laici Kang Baie, Kedai kampung, Bakar Bata, SP Kedah





Wednesday, July 21, 2010

out station - Miri

Hari ni aku tak sihat. Dah 2 hari aku demam. Sebenarnya plan nk ambil MC tapi memandangkan rumah tak ada sesiapa baik aku datang kerja dari tidur membesarkan badan yang memang besaq!!!. Tak apa.. kerja lagi bagus dari aku dok rumah n terkenangkan benda2 yang mengganggu fikiranku ini. Hubby pun out station ke Miri. Semalam bertolak dan hari Sabtu nanti balik la. Nak buat camna, atas urusan kerja mana boleh tolak. Lagipun ini adalah kali pertama hubby ke Miri. Jadi dia tersangatlah excited. X apa.. Biarkan. Sekali-sekali berenggang pun elok juga. He..He.. Cuma setiap kali hubby out station macam2 penyakit la nak hinggap time2 ni. Jadi terpaksalah pergi klinik sendiri. Eleh... manja... Korang apa tau!!.

Tambahan pula petang selalu hujan. Lebat pulak tu. Bertambah teruk la demam dan sakit kepala aku ni. Kilat jangan cerita la... terasa macam nak flash ja atas bumbung keta ni. Ganas2 kilat kt sini.. garang!!.. hehee. Sampaikan masa drive tak nampak keta yang di depan aku tu. Jadi bertambah2 jem la laluan aku nk balik rumah. Tapi nak buat camna... dah biasa. Inilah rutin harian aku di sini. Kerja, rumah. Kerja n rumah. Mana ada masa nk bersosial pun. Kawan pun tak ramai kt sini. Kawan2 aku semuanya di kampung. SMS dan berFB ja la kerja aku dengan mereka. Tak ada lah terasa sunyi sangat. Ada juga kawan untuk bersembang time2 hubby out station ni.

Sakit hati?.. sakit hati aku pun dah mula reda. Aku pun malas sangat nk fikir benda2 yang lepas. Kalau di fikir-fikirkan memang la terasa sangat diri ni macam dipergunakan tapi bila kepala otak dah reda dan angin amarah aku pun kian hilang aku mula terfikir biar la aku diamkan diri aja. Susah kalau nak cakap dengan orang yang suka bermuka-muka untuk menagih simpati. Cukup untuk sesiapa aja yang tahu kisah sebenar yang terjadi. Yang tak tahu biar la mereka terus berteka-teki dan membuat andaian sendiri. Buat apa nak kenang benda2 yang lepas. Lagi di kenang lagi sakit hati ini. Selama ini pun aku duduk merantau mana ada orang ambil kisah tentang hal aku. Tak ada sesiapa pun ambil peduli dan tak ada siapa yang bertanya. Pandai2 la aku n suami mencorak kehidupan kami sendiri disini. Biar  la masa berlalu. Lama-lama elok la tu. Buat apa fikir kata orang.. Thing positif!!

Friday, July 2, 2010

diskriminasi


Apa itu diskriminasi... membeza-bezakan dengan yang lain, membanding-banding, di tindas, di asing, pilih kasih, pilih bulu, pilih kulit, ikan bilis. Macam ni la dunia... Diskriminasi antara adik-beradik, family, tempat kerja, kawan-kawan dan lain2 Di mana2 pun kita akan lihat ragam manusia penuh dengan hipokrit dan lakonan semata-mata sampaikan ada yang sanggup tikam belakang baik family ataupun kawan sendiri.


Siapa paling kaya di puji-puji, siapa paling hebat di bangga-bangga, siapa paling cerdik di banding-banding malah siapa yang berpendidikan lebih tinggi mesti di sanjung. Walau apa pun,kita adalah manusia dan tiada apa yang beza.


Diskriminasi di tempat kerja...siapa paling pandai bodek akan di berikan keistimewaan. Di beri kerja, gaji, benefit semuanya kena ikut betapa kuatnya kipas yang kita pakai... 1 hos power, 2 hos power atau x pernah pakai langsung talian hayat tu.. Korang pilih yang mana... Seingat aku la... aku x pernah guna langsung talian hayat ni... aku x suka bodek dan aku juga x suka orang bodek aku... camna ye... tapi biasa la ... cuma follow n follow... aku tak pernah bersuara tapi kalau aku bersuara takut  pulak yang kena tembak nanti. Terlalu banyak rahsia ketidakpuashatian tersimpan dan jangan sampai terkeluar dari mulut aku kerana tak mahu mengeruhkan keadaan atau bersifat perkauman..


Diskriminasi dalam keluarga... siapa lebih pandai di pandang tinggi, siapa pakai keta lebih besar, siapa keja paling hebat, siapa rumah paling besar, anak siapa paling ramai..macam2lah orang akan buat perbandingan. Baik family mahupun saudara-mara sendiri. Aku pun heran kenapa perlu adanya diskriminasi dalam family. sedangkan kami sudah berikan yang terbaik tetapi orang akan sentiasa akan nampak kekurangan kami berdua untuk dibanding-banding. Aku teringat ketika aku dan suami sama2 merantau dalam keadaan yang sangat susah dan muda ketika itu...tidak ada yang pernah hulurkan bantuan dan  tiada ada yang pernah bertanya khabar. Tapi aku tak pernah nak mengungkit atau bertekak pasal hal yang telah lama berlalu tetapi cukup la kalau ada yang bertanya khabar ketika itu... semasa suamiku berkursus selama 1 tahun setengah dan aku ditinggalkan kesorangan dan ketika itu juga hidup aku dalam keadaan tertekan dan tiada siapa pun pernah bertanya macamana kehidupan aku disini malah tak ada siapa pun pernah datang menjengukku..... ahh.. sungguh perit untukku kenang setiap apa yang berlaku. Aku bagaikan hidup sorang2...aku memang sedih di layan begini. Tapi aku pendam juga ketidakpuas hatian aku ini. Aku tanggung semuanya sendiri. Kenapa kami disisih dan kenapa kami di beza-bezakan. Kenapa kehadiran kami seperti tidak diperlukan, Kenapa tiada siapa yang peduli perasaan kami. Bukannya kami tak sedar perbezaan itu cuma tidak terluah dan tersimpan dalam hati. Kami berdua tak pernah menyusahkan sesiapa dan kami berdua betul2 berdikari sendiri. Segala susah senang kami kutip bersama sebagai pengalaman hidup kami di sini. Ku simpan semuanya dihati. Walaupun pengalaman itu perit untuk dikenang tetapi kami bersyukur kerana berkat kesabaran kami berdua, kami dimurahkan rezeki disini. Aku pun tak mahu merunsingkan kepala aku memikirkan benda2 remah camni. Cuma kami nak orang2 yang memperkatakan pasal kami sedar apa yang mereka lakukan selama ini adalah tidak adil untuk kami berdua.




Sunday, May 16, 2010

kecewa

Hari ini aku sedih dan sakit hati.... aku terkenangkan segala jasa dan perhatian aku seperti tidak dihargai. Aku di tuduh cemburu dan iri hati terhadap seseorang. Aku pun tidak tahu di mana silapnya. Aku bukannya seorang yang hipokrit. Susah betul aku nak bersikap berpura-pura. Macam orang selalu kata la... tak suka pun cover2 la sikit. Aku seorang yang sangat berterus-terang. tak suka, aku akan cakap tidak suka dan suka, aku akan cakap aku suka.ya... di sini la kesalahan aku. aku memang salah kerana tak pandai berlakon depan orang. berlakon pun bukan dapat award pun sama ja... Kenapa disebabkan muka aku yang tak suka ni dan tak  dapat di cover2 kemarahan orang suka2 aja mengata dan mencerca aku tanpa usul periksa. Aku sangat2 kecewa kenapa orang tidak bertanyakan dahulu kepadaku sebelum membuat keputusan menghukum aku tanpa usul periksa. Aku juga manusia biasa yang punyai kelemahan. Aku juga tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan..Sekali aku buat kesalahan orang akan lupakan terus segala jasa dan bakti aku selama ini.... Ini yang aku dapat??? Dah lumrah manusia.. 10 kebaikan yang kita lakukan dan 1 sahaja kesalahan tapi kebaikkan kita akan hilang terus dan kesalahan itu yang akan dikenang selama-lamanya..

Orang pada luaran akan mengatakan yang aku yang bersalah bersifat dengki dan iri hati tetapi mereka tidak tahu cerita yang sebenarnya. Kenapa dan mengapa aku berkelakuan begitu. Pada mulanya aku memang tidak mahu menunjuk sikap tidak puas hatiku ini tetapi kalau dah sampai orang tak  menghargai dan kenang apa kebaikkan yang pernah kita lakukan membuatkan aku menjadi sakit hati dan marah. Aku sedih orang tidak nampak perhatian yang aku berikan. Aku dah cukup bersabar dengan kerenah seseorang. Walaupun aku tidaklah sehebat mana tapi memang susah bercakap dengan seseorang yang rasa dia lebih pandai mengatur hidupnya sendiri dan tidak dapat menerima nasihat orang. Aku manasihat mengikut pengalaman aku dan atas dasar sebagai orang yang lebih tua. Kalau dah sampai nasihat dan teguran orang tak dapat di terima tak perlu dok menjaja cerita kat orang luar macam la aku ni aniaya orang pulak... eehh... x baik tau.


Aku tidak minta belas ihsan orang dan aku tidak pernah menyusahkan sesiapa walaupun kehidupan aku serba kekurangan setelah ketiadaan mama dan abah. Mama dan abah yang mengajar aku jangan mudah percaya kata2 orang. Mama dan abah yang mengajar aku menjadi seorang yang tabah dan kuat. Mama dan abah yang mengajar aku bersikap saling melindungi. Sampai sekarang sifat mempertahankan diri dan berterus terang tetap ada dalam diriku ini. Mama yang mengajar aku menjadi seorang yang cekal mangharungi hidup!!


Adakah patut orang mengatakan yang aku mengunkit jika aku kata jasa aku tidak ada sesiapa yang kenang?? tak...bukan mengungkit pembetulan disini. Normal la kita sebagai manusia sentiasa akan kenang jasa orang. seperti perumpamaan buat baik di balas baik. pernah dengar tak?? ehh.. takkan tak pernah dengar. Orang baik dengan kita, kita pun akan balas baik kepadanya... tapi kalau orang sengaja mereka-reka cerita dengan memburuk-burukkan aku.. camna pulak nak balas ni?? aku confius la??.. tolong ajar aku?

Tolong la berfikiran rasional sikit  dan buka pintu hati seluas-luasnya untuk bertanya kenapa jadi macamni ada mulut bertanya  bukan sesuka hati membuat andaian yang aku ni tidak dapat menerima seseorang. Tolong respec sikit orang yang lebih tua. Kadang-kadang orang yang lebih muda patut belajar menghormati orang yang lebih tua. Kena cakap biar menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan orang lain. tapi bila dah tak reti respec orang yang lebih tua maka terjadilah kecil hati dan sakit hati maka muka aku juga yang bersalah.

Orang tak tahu cerita sebenar terus membuat kesimpulan yang aku ni dengki dengan seseorang.janganla berfikiran kolot sampaikan tidak dapat menerima teguran orang dan tidak dapat menerima bila diri sendiri di kritik!!. Aku sendiri tahu kekurangan diri aku sendiri dan aku telan semua sebab muka aku tidak pandai berlakon. maafkan la muka aku yg buruk ini. memang muka aku tidak pandai berlakon.. tapi kalau tanya dari mulut aku dah tentu orang2 akan tahu hal sebenarnya.. mulut aku tidak pandai menipu.

Ya.. memang aku marah dan sakit hati orang mempergunakan aku dan suami sesuka hati. Aku dan suami bukannya kuli atau dibayar gaji untuk di arah sesuka hati.Kami lakukan atas keikhlasan hati kami sendiri dan x ada sekelumit pun rasa iri hati atau dengki. Memang aku salah... expresi muka aku yang salah kerana tak pandai nak berlakon. Kami bagi khidmat yang terbaik termampu tetapi orang tidak nampak dan hargai serta memperkecil-kecilkan hasil usaha kami berdua.

Terlalu perit sangat aku nak ceritakan di sini bagaimana rasanya bila hasil kerja kita di perlekehkan. Semuanya serba tak kena. Kalau sesiapa pun diperlakukan begini akan rasa sakit hati dan kecewa. Kami ingatkan segala usaha kami di akan di kenang orang sampai bila2 tetapi jasa kami orang tak ingat tetapi muka aku yang tak reti nak berlakon pulak orang ingat!!! Kalau hati dah sakit muka pun akan nampak sakit. takkan hati sakit tapi muka tu nampak bahagia...eh... macam tak seiring la pulak.. hipokrit namanya tu. aku tak reti hipokrit la... Hai dalila. hang pun 1, berlakon la sikit... kan sekarang orang dok mengata kat hang...engkau juga yang sedih...Tapi camna nak buat. aku nak berlakon??.. dah memang aku tak reti berlakon pun... aku bukan pergi kelas lakonan. aku berlakon di bumi yang nyata menjadi diri aku sendiri.. aku tak salah tapi muka aku yang salah...eehh.. muka juga yang dapat nama..

Habis, kalau dah pandai sangat upah sahaja orang untuk merealisasikan urusan besar diri sendiri. kalau dah rasa aku ni iri hati... Ambil khidmat mereka yang menguruskan dari A-Z sampai puas hati sendiri. Senang tidak perlu susahkan sesiapa dan mereka akan atur semua mengikut apa sahaja kehendak yang diingini. Bayar dan semuanya menjadi seperti yang di rancang dan confirm puas hati. Tidak perlu gaduh2 dan x perlu nak menyakitkan hati sesiapa atau bermasam muka dan tidak ada sesiapa yang akan berkecil hati nanti.Tak perlu banyak complain. Tak perlu minta pertolongan kami kalau dah tahu kami tak suka. Kenapa pulak kami yang menjadi bahan cacian.
Kenapa pula kami di anggap dengki sedangkan kami yang paling berkerja keras dari orang lain. Kami pun tak pernah nak menuding jari nak salahkan sesiapa dan dah menjadi tanggungjawab aku melaksanakannya dari mula hingga akhir... tapi kenapa pula aku di katakan dengki. Tak payah minta tolong keringat kami dari mula kalau dah tau hasilnya tak seberapa mana. Guna khidmat percuma dah tentu hasilnya tak seberapa. Tak perlu meyusahkan orang sekeliling untuk membantu merealisasikan impian kita yang sebesar gunung jika tiada kemampuan. Sampaikan sanggup ******!!!!Aku rasa dia lebih tahu hal ini. tapi nasihat aku tak nak dengar dan aku pula di katakan iri hati? Kalau aku seorang yang jahat hati.. aku tidak akan tolong dari mula lagi.

Kalau aku dengki kenapa aku turut membantu melaksanakan impian seseorang??? Kenapa aku dapat juga melaksanakan urusan penting seseorang walhalnya aku sendiri tahu memang susah nak puaskan hati orang yang memang materialistik. Tolong jangan berpura-pura la..Orang lain pun tahu tapi kenapa sengaja buat2 tak faham kenapa aku buat begini. Mereka sengaja menutup mata dan telinga dari mengetahui cerita yang sebenar. Yang mereka nampak muka aku yang x reti nak di cover2 tu. Kan aku dah kata. aku bukan pelakon!!! aku tak pandai berlakon. Hati aku sakit, maka muka aku pun turut sakit.Aku rasa dia pun tahu kenapa aku marahkan sangat kepadanya. tetapi kenapa sengaja buat heran seolah2 tidak faham kenapa aku marah sangat kepadanya. X cukup baik lagi ka layanan aku ni.. Aku nak bagi perhatian macamana lagi aku sendiri pun tak tahu....Aku pun ada hati dan perasaan yang perlu di jaga... sebab2nya aku rasa dia sendiri pun tahu. Cuba kaji diri sendiri kenapa bila kerja di mana2 pun ada saja orang dengki, berkawan dengan sesiapa pun semua dikata cemburu dan dengki malah dengan semua saudara sendiri pun dikatakan dengki dengan kelebihan yang kau ada. Senang kata semua orang disekeliling kau kata dengki jadi diri sendiri tu apa yg ada sampai semua orang dah dengki. Cuba kaji diri sendiri sebelum nak mengata kat orang. Kerja kat mana-mana pun semua dikatakan orang dengki , dengan kawan2 pun semua kawan dikatakan cemburu dengan kau, dengan saudara mara mana pun semua kau kata depa cemburu la salah la mcm2 la... Habis tu diri sendiri tu tak ada apa2 salah ka?..

Aku tahu suamiku banyak membantu.. x usah la aku ceritakan di sini apa yang suamiku  lakukan. Tapi aku rasa susah sebagai orang luar nak membantu orang lain yang tidak ada kena kena mengena menolong sehingga selesai semuanya. Suami ku membantu dengan niat ikhlas walaupun orang yang dia bantu tu adalah seseorang yang pernah menghina dirinya 1 ketika dulu. Walaupun suamiku sudah melupakan peristiwa itu tetapi aku kagum dengan sikap profesionalnya dan dapat menyembunyikan perasaan kecil hatinya pada seseorang ketika itu. Ya.. kami pernah susah serta di pandang hina namun kami sama-sama bangkit dan berusaha bersama mengubah nasib hidup kami yang dulu.. Rezeki Allah Taala ada di mana2 dan x perlulah membandingkan aku dengan sesiapa. Sesiapa lebih hebat.. sesiapa lebih senang.. tidak perlu nak mengkaji semua tu... Itu rezeki masing. Dah tertulis rezeki aku setakat ini aku cukup bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Jangan kerana perbezaan itu aku dan suami diperkecilkan.. Aku punya hati dan perasaan seperti orang lain.... Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Apa yang aku buat bersebab...??? Aku tak mahu dia kecewa di kemudian hari. Sebab itu aku kata setiap yang kita lakukan perlu ada perbincangan dan kata sepakat bukan dengan mengatakan aku ni dengki atau cemburu.. Kalau dah kata sepakat dan perbincagan tak dapat diterima tentu ada sebab musababnya.. Tak guna berbincang kalau kata2 kami ni x akan di gunakan langsung. Kalau dah sampai terpekik terlolong bentak2 kerana kami marah dan larang hasratnya, baik kami turutkan saja kemahuan seseorang tu.  ya la  satgi mai pulak penyakit lama dia tu. Siapa yang susah.. haru tui.. Walaupun dia memutarbelitkan cerita sebenar biarlah mereka2 tertentu sahaja yang tahu. Cakap aku di salah ertikan. Aku cakap lain dan seseorang tu menerima teguran aku dengan maksud lain...sebab tu berlakunya salah faham di sini. Orang yang bersalah ni selalu akan bertindak terlebih dahulu untuk mempertahankan diri sendiri. Jadi di sini dia yang teraniaya dan aku pulak menjadi mangsa hinaan orang. Alhamdulillah... ini lah balasan seseorang yang pernah aku tolong satu ketika dulu. Tak ubah seperti kacang lupakan kulit.

Tetapi tak ada siapa pun yang bertanya macamana pulak perangai pihak di sana pula? Macamana sikap dan layanan dia kepada kami?? Apa yang dia buat kepada kami sehingga menguriskan perasaan orang yang rapat dengannya. Apa yang telah dia lakukan sehingga menguriskan hati banyak pihak. Kenapa teguran kami ni di anggap sebagai teguran berunsur iri hati? apa yg aku iri hati?? Mungkin dia terasa misinya berjaya kerana dapat bercerita kepada semua orang dan air mata menunjukkan betapa dia teraniaya di sini. Ehs camtu pulak jadi!
Tak mengapa... Aku tidak akan memburukkan sesiapa di sini. Aku pun x mahu mengaibkan sesiapa dengan menjaja bahan-bahan cerita untuk mempertahankan diriku sendiri. Macamlah aku tidak tahu yang dia pernah melaga-lagakan aku dengan seseorang untuk menunjukkan yang aku ni mengongkong kehidupannya satu ketika dulu. Nak menunjukkan aku melarang hasrat besarnya dengan mengatakan aku dengki... Kat sana dia kata aku dengki.. Kat sini dia kata yang sana yang dengkikan dia.. Ehh.. camna tu... Dah memang pun dia x mahu dengar nasihat orang, sebab tu dia berkata begitu. Malah mengada-adakan cerita nak tunjuk yang aku ni penyebab dia dah tidak tahan lagi dengan sikap aku yang terlalu mengongkong??? Aku buat demi  kebaikkan sebab aku kenal siapa dirinya. Tapi kenapa pulak cerita2 benda2 buruk tentang aku kepada orang luar.

Memang susah la nak bercakap dengan orang yang tak reti nak berterima kasih dengan orang yang pernah berjasa dalam hidupnya. Aku pula yang menjadi sebutan kerana menganiaya insan yang lemah. Lemah ka? Bukan kerana lemah. kerana mulut badan binasa. Itu la puncanya. Kadang-kadang kita perlu tahu tahap limit kita  bila bercakap dengan orang yang lebih tua. Kalau perasaan respec tu hilang semua benda akan menjadi buruk belaka. hilang dengan sekelip mata. tahu kedudukan sendiri sebelum nak bercakap sesuatu yang akan melukakan hati orang lain. Kena faham di situ. Zaman sekarang ni orang muda memang tak ada rasa hormat dalam diri mereka bila bercakap dengan orang yang lebih tua. Kadang2 rasa nak fire ja depa tu. X tau limit langsung bila bercakap. Cakap lepas. Salahkah aku bagi nasihat sebagai orang tua kepadanya??. Salahkan aku kerana terlalu bersikap berhati-hati kerana tidak mahu dia kecewa di kemudian hari dan terlalu tergopoh2 membuat keputusan besar dalam hidup.. buat apa pun kena ambil masa jangan terlalu memaksa diri kita melakukan sesuatu yang kita belum pasti lagi. Jangan terlalu 'desperate'. Kalau dah buat keputusan U just carry on your life dan jangan menjaja cerita yang buruk2 pasal aku kerana aku tidak pernah cerita apa2 pun keburukkan orang lain demi mempertahankan diri aku sendiri. Jangan cuba menagih simpati seolah2 aku ni tak berguna dan tidak pernah berjasa langsung kepada seseorang yang pernah tatang satu ketika dulu. Aku ni walaupun nampak garang di luar tapi sebenarnya hati aku lembut dan mudah terasa hati. Sebab tu suami aku selalu cakap yang aku ni jiwa kacau.. Aku sedih kerana ini balasan yang aku dapat.

Biarlah... biarlah dia bercerita satu dunia sekalipun kerana aku tidak mahu membangkitkan kisah2 lama. Aku x mahu buka pekung di dada. Mungkin aku terlalu bersikap  berhati-hati meyebabkan aku lupa sebenarnya dia mempunyai akal fikiran yang cerdik untuk menilai apa kehendak dan apa yang dia mahukan dalam hidupnya.. Mungkin dia rasa tidak bebas dan rimas dengan teguran aku.mungkin dia rasa sudah matang dan tak perlu mendengar nasihat orang tapi jangan la pula memandai buat andaian sendiri tentang diri aku ni. aku tak cemburu... cuma aku terlalu berhati-hati nak melepaskan amanat yang di pertanggujwabkan kepada aku...Itu aja...

Aku tidak mahu menelanjagkan cerita sebenar kepada semua orang apa yang tersimpan dalam hatiku selama ini. Aku tidak mahu di tuduh perosak kehidupan seseorang. Biarlah dia dengan kehidupannya sekarang dan aku akan dicop  sebagai jahat!!! seumur hidup. ya... itu yang dia mahu kan?? tak apa... suatu hari nanti kebenaran akan terbukti jua nanti... lambat atau cepat aja. Jangan tanya kenapa aku dah tak ambil peduli. tanya diri sendiri dan kaji sendiri di mana silapnya?

Cuma aku kecewa dan sedih apabila orang memperkatakan yg aku ni yg jahat!! Ya. aku memang jahat. Ya aku memang jahat kerana pernah membantu seseorang dulu. Aku memang jahat kerana pernah membawa dia keluar dari kesusahan. Aku memang jahat kerana membuat dia berjaya membuang segala kenangan lama. Aku memang jahat kerana mengubah nasib hidup seseorang sehingga selesa. Aku memang jahat kerana menolong seseorang dari merangkak sampai seseorang tu boleh berdiri sendiri. Aku memang jahat kerana menasihati dia untuk berdikari..Aku memang jahat kerana membantu seseorang ketika dia hilang pedoman dan arah tuju. Aku memang jahat kerana dianggap tidak pernah ambil tahu hal dirinya. Aku ni jahat kerana bersikap hipokrit menyebabkan seseorang itu dapat memutarbelitkan cerita yang sebenar-benarnya dan tidak faham maksud perbuatan aku ini.Ya.. aku jahat kerana membantu dia semasa dia dalam kesempitan.. Ya aku memang jahat kerana terlaku mengikut kehendaknya sampaikan membelakangkan orang2 yang penting dalam hidup aku sendiri. Sampaikan bergaduh sebab nak membela orang yang tak sepatutnya aku tatang. Aku tak pandai berlakon la... tolong.. cut!cut!

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam meniti hidup aku harus nasihat apa yang perlu. Aku terlalu menjaga hubungan sesama manusia sehinggakan aku di salah erti. Aku terlalu tidak mempercayai seseorang menyebabkan diri aku sentiasa berperasaan was2 dan tidak yakin dengan keputusan yang dia lakukan kerana aku cukup mengenali  siapa dirinya yang sebenar. Nasihatku kerana tidak mahu pisang berbuah 2 kali di salah erti. cukup la cerita dulu yang dia pernah menghuru-harakan keadaan dan aku tak mahu lagi keadaan yang sama berulang.

Ada seseorang menyuruhku bersemuka dan bercerita apa yang terjadi sebenarnya... apa yang terbuku dalam hati... tetapi bila aku bersemuka banyak cerita-cerita yang tak patut akan keluar nanti dan cerita-cerita itu akan mengaibkan seseorang jadi apa yang aku perlu lakukan. Kenapa aku pula yang di persalahkan dalam cerita ini.. Banyak hati yang nak kena jaga.. jadi aku rasa biarlah cerita sebenarnya aku simpan selama-lamanya. Biar aku telan semua cercaan orang kepadaku. Hanya Allah yang mengetahui kisah sebenar-benarnya. Namun aku bersyukur mempunyai suami dan saksi atas setiap apa yang terjadi. Berdiam diri lebih baik dari bercakap benda2 yang akan memalukan seseorang. Biarlah aku simpan semua rahsia ini.

Ya Allah, engkau tabahkanlah hatiku ini menempuh dugaan hebat ini dengan  tenang dan tabah. Sesungguhnya engkau lebih mengetahui segala-galanya.. Amin.