Hari ini aku sedih dan sakit hati.... aku terkenangkan segala jasa dan perhatian aku seperti tidak dihargai. Aku di tuduh cemburu dan iri hati terhadap seseorang. Aku pun tidak tahu di mana silapnya. Aku bukannya seorang yang hipokrit. Susah betul aku nak bersikap berpura-pura. Macam orang selalu kata la... tak suka pun cover2 la sikit. Aku seorang yang sangat berterus-terang. tak suka, aku akan cakap tidak suka dan suka, aku akan cakap aku suka.ya... di sini la kesalahan aku. aku memang salah kerana tak pandai berlakon depan orang. berlakon pun bukan dapat award pun sama ja... Kenapa disebabkan muka aku yang tak suka ni dan tak dapat di cover2 kemarahan orang suka2 aja mengata dan mencerca aku tanpa usul periksa. Aku sangat2 kecewa kenapa orang tidak bertanyakan dahulu kepadaku sebelum membuat keputusan menghukum aku tanpa usul periksa. Aku juga manusia biasa yang punyai kelemahan. Aku juga tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan..Sekali aku buat kesalahan orang akan lupakan terus segala jasa dan bakti aku selama ini.... Ini yang aku dapat??? Dah lumrah manusia.. 10 kebaikan yang kita lakukan dan 1 sahaja kesalahan tapi kebaikkan kita akan hilang terus dan kesalahan itu yang akan dikenang selama-lamanya..
Orang pada luaran akan mengatakan yang aku yang bersalah bersifat dengki dan iri hati tetapi mereka tidak tahu cerita yang sebenarnya. Kenapa dan mengapa aku berkelakuan begitu. Pada mulanya aku memang tidak mahu menunjuk sikap tidak puas hatiku ini tetapi kalau dah sampai orang tak menghargai dan kenang apa kebaikkan yang pernah kita lakukan membuatkan aku menjadi sakit hati dan marah. Aku sedih orang tidak nampak perhatian yang aku berikan. Aku dah cukup bersabar dengan kerenah seseorang. Walaupun aku tidaklah sehebat mana tapi memang susah bercakap dengan seseorang yang rasa dia lebih pandai mengatur hidupnya sendiri dan tidak dapat menerima nasihat orang. Aku manasihat mengikut pengalaman aku dan atas dasar sebagai orang yang lebih tua. Kalau dah sampai nasihat dan teguran orang tak dapat di terima tak perlu dok menjaja cerita kat orang luar macam la aku ni aniaya orang pulak... eehh... x baik tau.
Aku tidak minta belas ihsan orang dan aku tidak pernah menyusahkan sesiapa walaupun kehidupan aku serba kekurangan setelah ketiadaan mama dan abah. Mama dan abah yang mengajar aku jangan mudah percaya kata2 orang. Mama dan abah yang mengajar aku menjadi seorang yang tabah dan kuat. Mama dan abah yang mengajar aku bersikap saling melindungi. Sampai sekarang sifat mempertahankan diri dan berterus terang tetap ada dalam diriku ini. Mama yang mengajar aku menjadi seorang yang cekal mangharungi hidup!!
Adakah patut orang mengatakan yang aku mengunkit jika aku kata jasa aku tidak ada sesiapa yang kenang?? tak...bukan mengungkit pembetulan disini. Normal la kita sebagai manusia sentiasa akan kenang jasa orang. seperti perumpamaan buat baik di balas baik. pernah dengar tak?? ehh.. takkan tak pernah dengar. Orang baik dengan kita, kita pun akan balas baik kepadanya... tapi kalau orang sengaja mereka-reka cerita dengan memburuk-burukkan aku.. camna pulak nak balas ni?? aku confius la??.. tolong ajar aku?
Tolong la berfikiran rasional sikit dan buka pintu hati seluas-luasnya untuk bertanya kenapa jadi macamni ada mulut bertanya bukan sesuka hati membuat andaian yang aku ni tidak dapat menerima seseorang. Tolong respec sikit orang yang lebih tua. Kadang-kadang orang yang lebih muda patut belajar menghormati orang yang lebih tua. Kena cakap biar menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan orang lain. tapi bila dah tak reti respec orang yang lebih tua maka terjadilah kecil hati dan sakit hati maka muka aku juga yang bersalah.
Orang tak tahu cerita sebenar terus membuat kesimpulan yang aku ni dengki dengan seseorang.janganla berfikiran kolot sampaikan tidak dapat menerima teguran orang dan tidak dapat menerima bila diri sendiri di kritik!!. Aku sendiri tahu kekurangan diri aku sendiri dan aku telan semua sebab muka aku tidak pandai berlakon. maafkan la muka aku yg buruk ini. memang muka aku tidak pandai berlakon.. tapi kalau tanya dari mulut aku dah tentu orang2 akan tahu hal sebenarnya.. mulut aku tidak pandai menipu.
Ya.. memang aku marah dan sakit hati orang mempergunakan aku dan suami sesuka hati. Aku dan suami bukannya kuli atau dibayar gaji untuk di arah sesuka hati.Kami lakukan atas keikhlasan hati kami sendiri dan x ada sekelumit pun rasa iri hati atau dengki. Memang aku salah... expresi muka aku yang salah kerana tak pandai nak berlakon. Kami bagi khidmat yang terbaik termampu tetapi orang tidak nampak dan hargai serta memperkecil-kecilkan hasil usaha kami berdua.
Terlalu perit sangat aku nak ceritakan di sini bagaimana rasanya bila hasil kerja kita di perlekehkan. Semuanya serba tak kena. Kalau sesiapa pun diperlakukan begini akan rasa sakit hati dan kecewa. Kami ingatkan segala usaha kami di akan di kenang orang sampai bila2 tetapi jasa kami orang tak ingat tetapi muka aku yang tak reti nak berlakon pulak orang ingat!!! Kalau hati dah sakit muka pun akan nampak sakit. takkan hati sakit tapi muka tu nampak bahagia...eh... macam tak seiring la pulak.. hipokrit namanya tu. aku tak reti hipokrit la... Hai dalila. hang pun 1, berlakon la sikit... kan sekarang orang dok mengata kat hang...engkau juga yang sedih...Tapi camna nak buat. aku nak berlakon??.. dah memang aku tak reti berlakon pun... aku bukan pergi kelas lakonan. aku berlakon di bumi yang nyata menjadi diri aku sendiri.. aku tak salah tapi muka aku yang salah...eehh.. muka juga yang dapat nama..
Habis, kalau dah pandai sangat upah sahaja orang untuk merealisasikan urusan besar diri sendiri. kalau dah rasa aku ni iri hati... Ambil khidmat mereka yang menguruskan dari A-Z sampai puas hati sendiri. Senang tidak perlu susahkan sesiapa dan mereka akan atur semua mengikut apa sahaja kehendak yang diingini. Bayar dan semuanya menjadi seperti yang di rancang dan confirm puas hati. Tidak perlu gaduh2 dan x perlu nak menyakitkan hati sesiapa atau bermasam muka dan tidak ada sesiapa yang akan berkecil hati nanti.Tak perlu banyak complain. Tak perlu minta pertolongan kami kalau dah tahu kami tak suka. Kenapa pulak kami yang menjadi bahan cacian.
Kenapa pula kami di anggap dengki sedangkan kami yang paling berkerja keras dari orang lain. Kami pun tak pernah nak menuding jari nak salahkan sesiapa dan dah menjadi tanggungjawab aku melaksanakannya dari mula hingga akhir... tapi kenapa pula aku di katakan dengki. Tak payah minta tolong keringat kami dari mula kalau dah tau hasilnya tak seberapa mana. Guna khidmat percuma dah tentu hasilnya tak seberapa. Tak perlu meyusahkan orang sekeliling untuk membantu merealisasikan impian kita yang sebesar gunung jika tiada kemampuan. Sampaikan sanggup ******!!!!Aku rasa dia lebih tahu hal ini. tapi nasihat aku tak nak dengar dan aku pula di katakan iri hati? Kalau aku seorang yang jahat hati.. aku tidak akan tolong dari mula lagi.
Kalau aku dengki kenapa aku turut membantu melaksanakan impian seseorang??? Kenapa aku dapat juga melaksanakan urusan penting seseorang walhalnya aku sendiri tahu memang susah nak puaskan hati orang yang memang materialistik. Tolong jangan berpura-pura la..Orang lain pun tahu tapi kenapa sengaja buat2 tak faham kenapa aku buat begini. Mereka sengaja menutup mata dan telinga dari mengetahui cerita yang sebenar. Yang mereka nampak muka aku yang x reti nak di cover2 tu. Kan aku dah kata. aku bukan pelakon!!! aku tak pandai berlakon. Hati aku sakit, maka muka aku pun turut sakit.Aku rasa dia pun tahu kenapa aku marahkan sangat kepadanya. tetapi kenapa sengaja buat heran seolah2 tidak faham kenapa aku marah sangat kepadanya. X cukup baik lagi ka layanan aku ni.. Aku nak bagi perhatian macamana lagi aku sendiri pun tak tahu....Aku pun ada hati dan perasaan yang perlu di jaga... sebab2nya aku rasa dia sendiri pun tahu. Cuba kaji diri sendiri kenapa bila kerja di mana2 pun ada saja orang dengki, berkawan dengan sesiapa pun semua dikata cemburu dan dengki malah dengan semua saudara sendiri pun dikatakan dengki dengan kelebihan yang kau ada. Senang kata semua orang disekeliling kau kata dengki jadi diri sendiri tu apa yg ada sampai semua orang dah dengki. Cuba kaji diri sendiri sebelum nak mengata kat orang. Kerja kat mana-mana pun semua dikatakan orang dengki , dengan kawan2 pun semua kawan dikatakan cemburu dengan kau, dengan saudara mara mana pun semua kau kata depa cemburu la salah la mcm2 la... Habis tu diri sendiri tu tak ada apa2 salah ka?..
Aku tahu suamiku banyak membantu.. x usah la aku ceritakan di sini apa yang suamiku lakukan. Tapi aku rasa susah sebagai orang luar nak membantu orang lain yang tidak ada kena kena mengena menolong sehingga selesai semuanya. Suami ku membantu dengan niat ikhlas walaupun orang yang dia bantu tu adalah seseorang yang pernah menghina dirinya 1 ketika dulu. Walaupun suamiku sudah melupakan peristiwa itu tetapi aku kagum dengan sikap profesionalnya dan dapat menyembunyikan perasaan kecil hatinya pada seseorang ketika itu. Ya.. kami pernah susah serta di pandang hina namun kami sama-sama bangkit dan berusaha bersama mengubah nasib hidup kami yang dulu.. Rezeki Allah Taala ada di mana2 dan x perlulah membandingkan aku dengan sesiapa. Sesiapa lebih hebat.. sesiapa lebih senang.. tidak perlu nak mengkaji semua tu... Itu rezeki masing. Dah tertulis rezeki aku setakat ini aku cukup bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Jangan kerana perbezaan itu aku dan suami diperkecilkan.. Aku punya hati dan perasaan seperti orang lain.... Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Apa yang aku buat bersebab...??? Aku tak mahu dia kecewa di kemudian hari. Sebab itu aku kata setiap yang kita lakukan perlu ada perbincangan dan kata sepakat bukan dengan mengatakan aku ni dengki atau cemburu.. Kalau dah kata sepakat dan perbincagan tak dapat diterima tentu ada sebab musababnya.. Tak guna berbincang kalau kata2 kami ni x akan di gunakan langsung. Kalau dah sampai terpekik terlolong bentak2 kerana kami marah dan larang hasratnya, baik kami turutkan saja kemahuan seseorang tu. ya la satgi mai pulak penyakit lama dia tu. Siapa yang susah.. haru tui.. Walaupun dia memutarbelitkan cerita sebenar biarlah mereka2 tertentu sahaja yang tahu. Cakap aku di salah ertikan. Aku cakap lain dan seseorang tu menerima teguran aku dengan maksud lain...sebab tu berlakunya salah faham di sini. Orang yang bersalah ni selalu akan bertindak terlebih dahulu untuk mempertahankan diri sendiri. Jadi di sini dia yang teraniaya dan aku pulak menjadi mangsa hinaan orang. Alhamdulillah... ini lah balasan seseorang yang pernah aku tolong satu ketika dulu. Tak ubah seperti kacang lupakan kulit.
Tetapi tak ada siapa pun yang bertanya macamana pulak perangai pihak di sana pula? Macamana sikap dan layanan dia kepada kami?? Apa yang dia buat kepada kami sehingga menguriskan perasaan orang yang rapat dengannya. Apa yang telah dia lakukan sehingga menguriskan hati banyak pihak. Kenapa teguran kami ni di anggap sebagai teguran berunsur iri hati? apa yg aku iri hati?? Mungkin dia terasa misinya berjaya kerana dapat bercerita kepada semua orang dan air mata menunjukkan betapa dia teraniaya di sini. Ehs camtu pulak jadi!
Tak mengapa... Aku tidak akan memburukkan sesiapa di sini. Aku pun x mahu mengaibkan sesiapa dengan menjaja bahan-bahan cerita untuk mempertahankan diriku sendiri. Macamlah aku tidak tahu yang dia pernah melaga-lagakan aku dengan seseorang untuk menunjukkan yang aku ni mengongkong kehidupannya satu ketika dulu. Nak menunjukkan aku melarang hasrat besarnya dengan mengatakan aku dengki... Kat sana dia kata aku dengki.. Kat sini dia kata yang sana yang dengkikan dia.. Ehh.. camna tu... Dah memang pun dia x mahu dengar nasihat orang, sebab tu dia berkata begitu. Malah mengada-adakan cerita nak tunjuk yang aku ni penyebab dia dah tidak tahan lagi dengan sikap aku yang terlalu mengongkong??? Aku buat demi kebaikkan sebab aku kenal siapa dirinya. Tapi kenapa pulak cerita2 benda2 buruk tentang aku kepada orang luar.
Memang susah la nak bercakap dengan orang yang tak reti nak berterima kasih dengan orang yang pernah berjasa dalam hidupnya. Aku pula yang menjadi sebutan kerana menganiaya insan yang lemah. Lemah ka? Bukan kerana lemah. kerana mulut badan binasa. Itu la puncanya. Kadang-kadang kita perlu tahu tahap limit kita bila bercakap dengan orang yang lebih tua. Kalau perasaan respec tu hilang semua benda akan menjadi buruk belaka. hilang dengan sekelip mata. tahu kedudukan sendiri sebelum nak bercakap sesuatu yang akan melukakan hati orang lain. Kena faham di situ. Zaman sekarang ni orang muda memang tak ada rasa hormat dalam diri mereka bila bercakap dengan orang yang lebih tua. Kadang2 rasa nak fire ja depa tu. X tau limit langsung bila bercakap. Cakap lepas. Salahkah aku bagi nasihat sebagai orang tua kepadanya??. Salahkan aku kerana terlalu bersikap berhati-hati kerana tidak mahu dia kecewa di kemudian hari dan terlalu tergopoh2 membuat keputusan besar dalam hidup.. buat apa pun kena ambil masa jangan terlalu memaksa diri kita melakukan sesuatu yang kita belum pasti lagi. Jangan terlalu 'desperate'. Kalau dah buat keputusan U just carry on your life dan jangan menjaja cerita yang buruk2 pasal aku kerana aku tidak pernah cerita apa2 pun keburukkan orang lain demi mempertahankan diri aku sendiri. Jangan cuba menagih simpati seolah2 aku ni tak berguna dan tidak pernah berjasa langsung kepada seseorang yang pernah tatang satu ketika dulu. Aku ni walaupun nampak garang di luar tapi sebenarnya hati aku lembut dan mudah terasa hati. Sebab tu suami aku selalu cakap yang aku ni jiwa kacau.. Aku sedih kerana ini balasan yang aku dapat.
Biarlah... biarlah dia bercerita satu dunia sekalipun kerana aku tidak mahu membangkitkan kisah2 lama. Aku x mahu buka pekung di dada. Mungkin aku terlalu bersikap berhati-hati meyebabkan aku lupa sebenarnya dia mempunyai akal fikiran yang cerdik untuk menilai apa kehendak dan apa yang dia mahukan dalam hidupnya.. Mungkin dia rasa tidak bebas dan rimas dengan teguran aku.mungkin dia rasa sudah matang dan tak perlu mendengar nasihat orang tapi jangan la pula memandai buat andaian sendiri tentang diri aku ni. aku tak cemburu... cuma aku terlalu berhati-hati nak melepaskan amanat yang di pertanggujwabkan kepada aku...Itu aja...
Aku tidak mahu menelanjagkan cerita sebenar kepada semua orang apa yang tersimpan dalam hatiku selama ini. Aku tidak mahu di tuduh perosak kehidupan seseorang. Biarlah dia dengan kehidupannya sekarang dan aku akan dicop sebagai jahat!!! seumur hidup. ya... itu yang dia mahu kan?? tak apa... suatu hari nanti kebenaran akan terbukti jua nanti... lambat atau cepat aja. Jangan tanya kenapa aku dah tak ambil peduli. tanya diri sendiri dan kaji sendiri di mana silapnya?
Cuma aku kecewa dan sedih apabila orang memperkatakan yg aku ni yg jahat!! Ya. aku memang jahat. Ya aku memang jahat kerana pernah membantu seseorang dulu. Aku memang jahat kerana pernah membawa dia keluar dari kesusahan. Aku memang jahat kerana membuat dia berjaya membuang segala kenangan lama. Aku memang jahat kerana mengubah nasib hidup seseorang sehingga selesa. Aku memang jahat kerana menolong seseorang dari merangkak sampai seseorang tu boleh berdiri sendiri. Aku memang jahat kerana menasihati dia untuk berdikari..Aku memang jahat kerana membantu seseorang ketika dia hilang pedoman dan arah tuju. Aku memang jahat kerana dianggap tidak pernah ambil tahu hal dirinya. Aku ni jahat kerana bersikap hipokrit menyebabkan seseorang itu dapat memutarbelitkan cerita yang sebenar-benarnya dan tidak faham maksud perbuatan aku ini.Ya.. aku jahat kerana membantu dia semasa dia dalam kesempitan.. Ya aku memang jahat kerana terlaku mengikut kehendaknya sampaikan membelakangkan orang2 yang penting dalam hidup aku sendiri. Sampaikan bergaduh sebab nak membela orang yang tak sepatutnya aku tatang. Aku tak pandai berlakon la... tolong.. cut!cut!
Sebagai seorang yang berpengalaman dalam meniti hidup aku harus nasihat apa yang perlu. Aku terlalu menjaga hubungan sesama manusia sehinggakan aku di salah erti. Aku terlalu tidak mempercayai seseorang menyebabkan diri aku sentiasa berperasaan was2 dan tidak yakin dengan keputusan yang dia lakukan kerana aku cukup mengenali siapa dirinya yang sebenar. Nasihatku kerana tidak mahu pisang berbuah 2 kali di salah erti. cukup la cerita dulu yang dia pernah menghuru-harakan keadaan dan aku tak mahu lagi keadaan yang sama berulang.
Ada seseorang menyuruhku bersemuka dan bercerita apa yang terjadi sebenarnya... apa yang terbuku dalam hati... tetapi bila aku bersemuka banyak cerita-cerita yang tak patut akan keluar nanti dan cerita-cerita itu akan mengaibkan seseorang jadi apa yang aku perlu lakukan. Kenapa aku pula yang di persalahkan dalam cerita ini.. Banyak hati yang nak kena jaga.. jadi aku rasa biarlah cerita sebenarnya aku simpan selama-lamanya. Biar aku telan semua cercaan orang kepadaku. Hanya Allah yang mengetahui kisah sebenar-benarnya. Namun aku bersyukur mempunyai suami dan saksi atas setiap apa yang terjadi. Berdiam diri lebih baik dari bercakap benda2 yang akan memalukan seseorang. Biarlah aku simpan semua rahsia ini.
Ya Allah, engkau tabahkanlah hatiku ini menempuh dugaan hebat ini dengan tenang dan tabah. Sesungguhnya engkau lebih mengetahui segala-galanya.. Amin.
No comments:
Post a Comment