Apa itu diskriminasi... membeza-bezakan dengan yang lain, membanding-banding, di tindas, di asing, pilih kasih, pilih bulu, pilih kulit, ikan bilis. Macam ni la dunia... Diskriminasi antara adik-beradik, family, tempat kerja, kawan-kawan dan lain2 Di mana2 pun kita akan lihat ragam manusia penuh dengan hipokrit dan lakonan semata-mata sampaikan ada yang sanggup tikam belakang baik family ataupun kawan sendiri.
Siapa paling kaya di puji-puji, siapa paling hebat di bangga-bangga, siapa paling cerdik di banding-banding malah siapa yang berpendidikan lebih tinggi mesti di sanjung. Walau apa pun,kita adalah manusia dan tiada apa yang beza.
Diskriminasi di tempat kerja...siapa paling pandai bodek akan di berikan keistimewaan. Di beri kerja, gaji, benefit semuanya kena ikut betapa kuatnya kipas yang kita pakai... 1 hos power, 2 hos power atau x pernah pakai langsung talian hayat tu.. Korang pilih yang mana... Seingat aku la... aku x pernah guna langsung talian hayat ni... aku x suka bodek dan aku juga x suka orang bodek aku... camna ye... tapi biasa la ... cuma follow n follow... aku tak pernah bersuara tapi kalau aku bersuara takut pulak yang kena tembak nanti. Terlalu banyak rahsia ketidakpuashatian tersimpan dan jangan sampai terkeluar dari mulut aku kerana tak mahu mengeruhkan keadaan atau bersifat perkauman..
Diskriminasi dalam keluarga... siapa lebih pandai di pandang tinggi, siapa pakai keta lebih besar, siapa keja paling hebat, siapa rumah paling besar, anak siapa paling ramai..macam2lah orang akan buat perbandingan. Baik family mahupun saudara-mara sendiri. Aku pun heran kenapa perlu adanya diskriminasi dalam family. sedangkan kami sudah berikan yang terbaik tetapi orang akan sentiasa akan nampak kekurangan kami berdua untuk dibanding-banding. Aku teringat ketika aku dan suami sama2 merantau dalam keadaan yang sangat susah dan muda ketika itu...tidak ada yang pernah hulurkan bantuan dan tiada ada yang pernah bertanya khabar. Tapi aku tak pernah nak mengungkit atau bertekak pasal hal yang telah lama berlalu tetapi cukup la kalau ada yang bertanya khabar ketika itu... semasa suamiku berkursus selama 1 tahun setengah dan aku ditinggalkan kesorangan dan ketika itu juga hidup aku dalam keadaan tertekan dan tiada siapa pun pernah bertanya macamana kehidupan aku disini malah tak ada siapa pun pernah datang menjengukku..... ahh.. sungguh perit untukku kenang setiap apa yang berlaku. Aku bagaikan hidup sorang2...aku memang sedih di layan begini. Tapi aku pendam juga ketidakpuas hatian aku ini. Aku tanggung semuanya sendiri. Kenapa kami disisih dan kenapa kami di beza-bezakan. Kenapa kehadiran kami seperti tidak diperlukan, Kenapa tiada siapa yang peduli perasaan kami. Bukannya kami tak sedar perbezaan itu cuma tidak terluah dan tersimpan dalam hati. Kami berdua tak pernah menyusahkan sesiapa dan kami berdua betul2 berdikari sendiri. Segala susah senang kami kutip bersama sebagai pengalaman hidup kami di sini. Ku simpan semuanya dihati. Walaupun pengalaman itu perit untuk dikenang tetapi kami bersyukur kerana berkat kesabaran kami berdua, kami dimurahkan rezeki disini. Aku pun tak mahu merunsingkan kepala aku memikirkan benda2 remah camni. Cuma kami nak orang2 yang memperkatakan pasal kami sedar apa yang mereka lakukan selama ini adalah tidak adil untuk kami berdua.
No comments:
Post a Comment