tambah wang dengan zalora KLIK

Saturday, September 18, 2010

Raya 2010






Raya tahun ni beraya di rumah baru aku di Taman Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah. Macam biasa pagi2 raya ke kubur dahulu dan ke rumah mertua dengan adik. Macam ni la rutin aku dan family setiap kali raya. Tapi tahun ni dapat juga bergambar beramai2 bersama keluarga mertua tetapi masih ada 2 family lagi yg tertinggal.

Kalau orang lain menyambut raya meriah bersama keluarga dan aku pulak seperti tahun2 yang lepas macam biasa bersederhana dan tak akan lupa pusara kedua ibu bapaku.Genap 15 tahun arwah abah dan 7 tahun arwah mama meninggalkan kami adik-beradik. Aku tak tahu camna nak ceritakan perasanku ini setiap kali raya. Aku kuatkan juga perasaan ini walaupun sebenarnya aku sedih dan sunyi setiap kali raya menjelma. Bagi yang pernah merasa kehilangan tau perasaan itu. Sekadar rasa simpati tak sama dengan yang pernah  mengalaminya sendiri. Perasaan itu takkan sama dan orang tak akan faham perasaan kehilangan itu yang sebenar-benarnya. Bayangkan setiap kali raya tiada siapa yang menunggu kepulangan kita, pagi raya kita tak dapat mencium tangan memohon ampun dan maaf kedua ibu bapa kita, tidak dapat sembahyang raya bersama, tak dapat merasa masakannya , tak dapat bersembang suka dan duka dan orang itu tak wujud dan tak dapat disentuh lagi buat selama-lamanya walaupun menangis air mata darah sekalipun.. Boleh bayangkan camna perasaan sedih itu .. orang yang senasib kami aja yang tahu perasaan itu. Kepada yang masih mempunyai ibu dan ayah ,memang tak akan faham camna perasaan kehilangan itu yang sebenarnya... Sesuatu yang tak dapat ditukar ganti sampai bila2. Walaupun menunggu 20 tahun atau 100 tahun sekalipun ianya tak akan ada lagi di dunia ni. Sedih?... memang sedih... sedih dan sedih tapi hidup perlu diteruskan. Aku adik-beradik kena tabah mengharungi dugaan ini ketika usia kami masih muda.

Sebagai kakak aku ingin melakukan yang terbaik untuk adik2 aku walaupun terjadi salah faham biarlah ku simpan rahsia ini sampai bila2. Bukan aku minta gantikan jasaku ini dengan wang ringgit. Cukup la terkenang dan ingat 1 ketika dulu aku pernah membantu. Dalam sebuah keluarga adik-beradik mesti ada hormat-menghormati dan tahu menghargai jasa orang kepada kita. Bila yang muda hilang rasa hormat dengan yang lebih tua maka terjadilah salah faham dan ada juga yang akan berkecil hati. Perlukah ada sikap mendiskriminasi aka pilih kasih atau suka membanding-banding dengan saudara-saudara yang lain ?.. Kengkadang sebab2 begini yang menyebabkan aku jauh hati dan terasa seperti kehadiran kami tidak diperlukan dan kepulangan kami tidak ada yg menunggu. Orang tak pernah nak tahu perasaan kami malah keadaan kami disini tak ada sesiapa yang pernah tanya... jauh sekali datang menjenguk.

Adakah aku terlalu sensetif? Atau mereka yang tak perasan? Mungkin aku tak dapat memberi apa yang ditunggu2 selama ini tetapi aku dan suami punya perasaan dan tak perlu membanding2 kami dengan orang lain. Itu rezeki masing2. Apa kuasa aku nak melawan takdir... aku hanya berusaha dan berserah. Apa lagi yang dapat aku lakukan. tapi biasa la... kengkadang mulut orang mungkin sekadar bertanya tapi mereka tak tahu pertanyaan mereka itu amat menyakitkan hati aku. Aku bukannya x berusaha aku pun dah letih memikirkan benda2 ni yang  mengganggu fikiran aku. Meraka akan sedar juga 1 hari nanti. Cubalah buka mata dan hati menerima itu semua kuasa Allah dan kita tiada kuasa nak menghukum dan menentukannya.

Raya kali ini aku dapat juga berkumpul dengan sahabat2 lama sekolah aku dulu. Azean, Fizah dan Haida. Rumah Ina ja aku tak dapat pergi. Aku juga dapat joint re-union sek en. hubby di Park Avenew dan dapat beraya di rumah kengkawan en. hubby sekali. Ok la raya tahun ni banyak juga aktiviti yang dapat kami lakukan bersama.


Laici Kang Baie, Kedai kampung, Bakar Bata, SP Kedah





No comments: