Wednesday, July 21, 2010

out station - Miri

Hari ni aku tak sihat. Dah 2 hari aku demam. Sebenarnya plan nk ambil MC tapi memandangkan rumah tak ada sesiapa baik aku datang kerja dari tidur membesarkan badan yang memang besaq!!!. Tak apa.. kerja lagi bagus dari aku dok rumah n terkenangkan benda2 yang mengganggu fikiranku ini. Hubby pun out station ke Miri. Semalam bertolak dan hari Sabtu nanti balik la. Nak buat camna, atas urusan kerja mana boleh tolak. Lagipun ini adalah kali pertama hubby ke Miri. Jadi dia tersangatlah excited. X apa.. Biarkan. Sekali-sekali berenggang pun elok juga. He..He.. Cuma setiap kali hubby out station macam2 penyakit la nak hinggap time2 ni. Jadi terpaksalah pergi klinik sendiri. Eleh... manja... Korang apa tau!!.

Tambahan pula petang selalu hujan. Lebat pulak tu. Bertambah teruk la demam dan sakit kepala aku ni. Kilat jangan cerita la... terasa macam nak flash ja atas bumbung keta ni. Ganas2 kilat kt sini.. garang!!.. hehee. Sampaikan masa drive tak nampak keta yang di depan aku tu. Jadi bertambah2 jem la laluan aku nk balik rumah. Tapi nak buat camna... dah biasa. Inilah rutin harian aku di sini. Kerja, rumah. Kerja n rumah. Mana ada masa nk bersosial pun. Kawan pun tak ramai kt sini. Kawan2 aku semuanya di kampung. SMS dan berFB ja la kerja aku dengan mereka. Tak ada lah terasa sunyi sangat. Ada juga kawan untuk bersembang time2 hubby out station ni.

Sakit hati?.. sakit hati aku pun dah mula reda. Aku pun malas sangat nk fikir benda2 yang lepas. Kalau di fikir-fikirkan memang la terasa sangat diri ni macam dipergunakan tapi bila kepala otak dah reda dan angin amarah aku pun kian hilang aku mula terfikir biar la aku diamkan diri aja. Susah kalau nak cakap dengan orang yang suka bermuka-muka untuk menagih simpati. Cukup untuk sesiapa aja yang tahu kisah sebenar yang terjadi. Yang tak tahu biar la mereka terus berteka-teki dan membuat andaian sendiri. Buat apa nak kenang benda2 yang lepas. Lagi di kenang lagi sakit hati ini. Selama ini pun aku duduk merantau mana ada orang ambil kisah tentang hal aku. Tak ada sesiapa pun ambil peduli dan tak ada siapa yang bertanya. Pandai2 la aku n suami mencorak kehidupan kami sendiri disini. Biar  la masa berlalu. Lama-lama elok la tu. Buat apa fikir kata orang.. Thing positif!!

No comments:

-- > Klik iklan di bawah untuk keterangan lanjut < - -