tambah wang dengan zalora KLIK

Monday, January 30, 2012

salam semua

Lamanya tak buka blog kesayangan aku ni. Baru pagi tadi berkesempatan meninjau komen2 dari kawan2. Terima kasih sudi doakan 'FIL' dela cepat sembuh. Sebenarnya hari Sabtu pagi dah bertolak balik sini cuma demam 2 hari tak dapat la nak mengadap komputer. Hari ni masuk kerja dah pun tapi masih sakit kepala dan sakit tekak tapi gagahkan jugak bekerja sebab malas nak tidur lama2 di rumah.... bukan ada orang teman pun.....hhaaa

Sampai aja office rupanya ada la sebiji hamper CNY dari supplier terpacak untuk aku. Hai.... rezeki aku la nampaknya. Orang dah bagi kita ambik. Tapi kalau dapat sebelum bercuti haritu lagi bagus... boleh berkongsi makan ramai2 dengan anak2 buah aku kat kampung tu. Tak apa la... rezeki penghuni2 rumah aku la pulak kali ini. Maklumlah selalunya tiap tahun bawa balik limau dan hamper balik kampung aja. Kali ini kami makan sendiri aja la.

Plan nak gerak hari Jumaat tapi en suami dah tergetaq2 kaki nak balik kampung cepat tak sabar sangat2. Kalau suami dah tergetaq2 yang si isteri tu pulak tahap parkinson punya excited 1 badan jadi Khamis malam tu terus kami gerak, 3 jam sampai la SP.



jom klik
SINI
SINI

TQ









Thursday, January 19, 2012

balik kampung CNY 2012


BALIK KAMPUNG




Sejak akhir2 ini mood nak menulis blog ni makin berkurangan. Ya la.... ada benda lain yang difikirkan. Tak sabar nak balik kampung sebenarnya sampaikan kerja2 kat office pun macam berat aja nak buat makin besaq aku punya penyakit "M" ni. Mood cuti2.... mood balik kampung mengganggu fikiran.

Tambah2 minggu lepas berita tak berapa nak best ayah mertua dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi. Alhamdulillah ayah sudah pun keluar wad. Ingat nak balik melawat tapi mak mertua cakap keadaan ayah dah bertambah baik. Malam ni baru aku dan en suami siap nak gerak balik bercuti seminggu
.
Tunggu ye Nasi Kandar Hussain, tunggu mee Mamak Taulat, tunggu sat Di Puncak Cafe, tunggu sat capati jam besaq, tunggu nasi beriani..... esok lusa kami sampai p makan.... :)


Buat kawan2 semua
Selamat bercuti


Klik



TQ




Tuesday, January 17, 2012

bilik tidur pilihan hati?



  Kalau yang lepas2 aku tempek dalam blog aku ni decoration untuk ruang tamu dan ruang makan. Kali ini aku sumbat pulak gambar untuk bilik tidur. Jemputlah cuci2 mata.... aku pun tengah berangan nak miliki bilik tidur camni terutamanya foto no2... :)


mood CNY dah sampai!!! malas tul la nk buat kerja
ingat kat kampung aja!!!


1


2


3


4


5


6


7


8


9


10


11

12


13


sumber google


dah mata cuci.......jom klik

SINI
SINI

TQ




Monday, January 16, 2012

makan2 di Charco Restaurant & Cafe, Subang Jaya


              Macadamia Cheese                           Sherry Trifle                                    Tiramisu Glass
ketiga2 desert memang terbaek!!! ketiga2 desert aku suka especially macadamia cheese
 dengan sherry trifle memang sedap!!



 Fisherman's Wrap
Ini menu aku. Memang menarik... siap bungkus2 camtu dan rasa pun boleh tahan


Braised Lamp Shank
 rasanya biasa2 aja.........kata en suami
tapi isi kambing lembut dan wripped potato ada rasa2 cheese sekali... :)



Charco Nasi Lemak Bumbu Chicken
menu ni ok jugak .....


Frappe Mocha
nah aaiii.... gelas yg slim & tinggi lak!!


Pink Guava Juice / Orange Juice


desert, bread dan kek
pilih aja mana yang berkenan... :)



dari luar Charco






Jom Klik Sini
sini pun ok




Nak ke sini? klik bawah


pssstt : tergoda dalam rancangan JJCM baru2 ni , terus terjah sini.. :)






Sunday, January 15, 2012

GA PERTAMA SICANTIK SIEZUKA

nak joint? klik gambar



Kali ni Dela di tag oleh adik Imie Fatima  join GA Pertama Sicantik Siezuka.  Sebenarnya tak pandai sangat nak komen2 pasal blog orang ni memandangkan  aku sendiri pun masih belajar cara2 menghias blog. Apa yang dapat aku katakan blog Sicantik Siezuka sangat kemas dan teratur. Pastu header yang besar tu memang cantik dan tulisannya pun sangat kreatif. Kalau bab2 kekurangan pulak warna background terlalu simple jadi keserian itu kurang menyerlah. Mungkin patut lebih kreatif dan berani main dengan warna2 yang dapat menceriakan blog ini sendiri atau letakkan icon2 comel untuk blog sesuai dengan  title Siezuka sendiri yang masih belajar dalam fashion designer .....  ya ampun....  hhee... pandai lah mengomen blog orang..... walhal akak sendiri pun KO....... sorry dik..... 




SYARAT-SYARAT:-

1. WAJIB lah menjadi FOLLOWER blog ini

2. Tajuk Entry, GA Pertama Sicantik Siezuka

3. Like Fan Page Sicantik Siezuka dekat SINI

4. Copy BANNER Siezuka kat atas ni dan link kan ke entry ini

5. Dalam entry tu WAJIB bagi komen tentang blog ini (Kelebihan & kekurangan)

6. Tag 2 orang kawan anda yang comel-comel & handsome-handsome, pastikan diorang tahu

7. Last, Letakkan link korang kat komen entry ini


Nak tahu hadiah2nya bolehlah terus ke blog Siezuka .
Serius memang menarik !!!


TARIKH TUTUP: 31 JANUARI 2012

tag
Alin Malini
Ida


Tak tahu nak tag siapa
hamtam aja la.... sesiapa berminat joint la ye...
TQ


KLIK




Saturday, January 14, 2012

jom buat duit dengan Churp Churp

Daftar churp churp klik banner di bawah


 klik SINI


Rasa-rasa ramai yang dah tahu buat duit dengan klik iklan2 dari churp chup. Aku pun dah daftar dari awal tahun lepas lagi cuma tiba2 saja nak buat entry pasal churp churp ni.... hhheee. Mungkin ada juga yang baru tahu atau pun belum tahu. Mai nak cerita sikit......  churp churp ni lebih kurang macam nuffnang jugak iaitu iklan secara online guna facebook, blog, twitter dan lain2. Churp churp akan bayar sebanyak 20 sen untuk setiap satu per klik iklan-iklannya.  Kalau rasa nak tambah income bolehlah klik 


PERCUMA saja tau!!


Cara-caranya:
Selalu Dela akan buka churpchurp.com pastu terus sign in with FB
Klik iklan2 terkini dari churpchurp kemudian klik share dan publish di wall FB ..... lagi senang!!!


Selalunya kalau ke blog kawan2 InsyaAllah ....Dela tak lupa untuk klik2 iklan nuffnang & churpchurp
Bagi yang dah daftar tu.... jangan lupa klik churp2 Dela di atas tu sekali ye
hheeee


TQ



 

Friday, January 13, 2012

5 Tips Bagaimana Memilih Sahabat

5 Tips Bagaimana Memilih Sahabat


Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
  • Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  • Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut-nyebutnya).
  • Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
  • Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  • Kelima
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.




Sumber : http://pakarhowto.com



Thursday, January 12, 2012

lunch dgn member2 office di Kelab Golf SAAS

Semalam berkesempatan makan tengahari dengan member2 office dengan bos2 di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Tak ada apa yang nak diceritakan cuma tayang gambar menu makanan orang sebelah-menyebelah aja. Yang bos2 tu tak pasal aku nak tangkap gambar mereka.... terasa macam cewi pulak tayang kat bos kamera aku yang cap ayam ni. Jadi tangkap sikit aja2 la buat kenanga diri sendiri. Apa yang pasti menu makanan tak sedap langsung..... memang FRUST!!! Nasib baik bos belanja.... :)




















Jangan percaya dengan gambar2 menu di atas.... tak sedap!!!
sejuk keding
:(


Jom Klik SINI




Tuesday, January 10, 2012

cerita makan-makan di Bagan Lalang

Hari minggu tempohari aku dan suami makan2 di Senandung Malam, Bagan Lalang. Sebelum ni aku pernah ceritakan kedai makan ni terletak sebelah kiri betul2 tepi padang. Sesiapa pernah ke sana mesti tau kedai ni yang mana satu. Kali ini kawan en suami yang belanjakan kami berdua.... mana boleh menolak perlawaan orang yang nak belanja kita kan,  rezeki jangan ditolak. Jadi harus penuhi permintaan dengan hati yang terbuka hhaa......Murah rezeki kawan en suami tu nanti. InsyaAllah.

Lagipun kalau nak makan seafood memang kami akan singgah makan sini saja walaupun jauh dalam 1 jam 15minit dari Shah Alam. Dalam banyak2 kedai makan area sini, restaurant  Senandung Malam aja yang aku akan ulang-pergi sebab harga makanan sini jauh  lebih murah dari kedai2 yang lain. Sini banyak pilihan dan fresh2 lagi, pilih saja mana yang teringin pastu diorang akan masak cuma masakkan ala thai tak berapa nak best sangat di sini.

Nasib la kami semua datang awal sikit kalau tak dah tentu kena beratur panjang. Kalau datang sini hari minggu memang penuh sesak, nak tunggu dapatkan meja pun mau sampai 1-2 jam. Seeloknya call dan reserve meja pun boleh. Kalau tak muka pun tak boleh nak senyum.... boleh kaleh (terbalik) meja2 ......  orang sebelah aku yang kata!!! hhaaaa......






lala masak telur,udang goreng kunyit
tapi tomyam seafood tak best :(


sotong goreng tepung, ketam masak merah
dan kerapu sweet sour


jenahaq bakaq cicah ayaq asam... 
memang best!!



Kalau yang belum sampai sini bolehlah ikut jalan nak ke KLIA, pastu pilih
signboard nak ke Sepang Cold Coast Resort, ikut aja direction ke sana
alah....resort yang bentuk macam pokok kelapa sawit tu.....
(Goldern Palm Tree Resort)
Hotel Seri Malaysia pun dekat2 situ




selera kita kadang2 tak sama dengan orang lain...
tapi cuba dulu baru tahu


Jemput makan

Klik SINI
 :)




Saturday, January 7, 2012

tahun ke 9 pemergiannya....... Al-Fatihah






Hari ini genap ke 9 tahun pemergian arwah mamaku. Alhamdulillah tahun lepas aku dan adik2 sudahpun menunaikan hajat arwah untuk membuat upah haji. Walaupun memakan masa yang lama tapi aku bersyukur dan lega sangat apabila hajat yang pernah disampaikan kepada aku ketika hidupnya dapat kami 4 beradik tunaikan. Arwah mama meninggalkan kami semua ketika aku berumur 24 tahun, adik no 2 berumur 23, adik no 3 umurnya 20 tahun dan yang bongsu 17 tahun. 
 
Ketika itu amat berat dugaan yang aku terima memandangkan aku yang sulung dan masih ada 2 orang adik2 yang masih belajar. Aku tak tahu nak ceritakan macamana perasaan ketika menerima dugaan hebat ini memandangkan kami 4 beradik sudah kehilangan arwah abah ketika aku berumur 16 tahun dan adik-adik 15, 12 tahun dan paling bonsu 9 tahun.  Memang perit menerima perkhabaran duka memandangkan arwah mama yang ku anggap seorang wanita yang tabah mengharungi cabaran membesarkan 4 orang anak dengan ketiadaan suami di sisi. Aku juga tak menyangka arwah mama pulak tinggalkan kami adik beradik ketika usianya baru mencecah 47 tahun, terlalu muda rasanya. 

Ketika hayatnya arwah mama memang tak pernah langsung dimasukkan ke hospital, namun dengan tiba2 arwah mama diserang batuk berdarah & jantung dan terus ditahan wad pada malamnya. Pada malam kejadian aku adik- beradik masih dapat lagi bersembang dengan arwah mama dan tidak menyangka langsung malam itu adalah malam terakhir untuk kami  semua bercakap dengannya. Namun dengan tiba2 selepas subuh arwah mama terus koma dan tak sedarkan diri selama sehari. Arwah mama diberi bantuan sokongan oksigen disebabkan  keadaan jantungnya amat lemah. Aku masih teringat lagi waktu itu ada sorang makcik ni menegur bertanyakan keadaan mama aku dan aku ceritakan semuanya kemudian dia mencadangkan aku berbincang adik-beradik untuk memberhentikan sahaja mesin bantuan oksigen kerana langsung tidak membantu arwah mama untuk terus hidup malahan menyeksa tubuhnya sahaja. Sebelum itu ketika arwah mamaku koma kami semua sudahpun bertanyakan kepada doktor dan nurse adakah keadaan mama aku akan sembuh dan kami pun sudah dimaklumkan awal2 lagi tentang arwah mama memang tak dapat diselamatkan hanya bergantung kepada mesin oksigen itu sahaja tapi kami adik-beradik belum bersedia untuk membuat keputusan itu. Ya Allah...... kami adik beradik terlalu muda untuk membuat keputusan getir dalam hidup. Kami semua dalam keadaan serba salah kerana terpaksa membuat keputusan hidup dan mati arwah mama aku. Namun belum pun sempat kami adik beradik membuat keputusan dengan tiba2 sahaja aku nampak nurse tergesa2 ke katil arwah mamaku. Aku boleh nampak depan mataku sendiri camna mereka bertungkus-lumus menyelamatkan arwah mamaku. Namun Allah s.w.t lebih menyayanginya. Arwah mamaku telah dijemput kembali kepada- NYA.  

Alhamdulillah.... di saat2 getir begitu aku sentiasa mendapat sokongan sahabat2 yang sentiasa menemani hingga saat akhir pengkebumian arwah mamaku. Kini walaupun 9 tahun telah berlalu namun saat2 getir ketika itu masih segar dalam ingatan. Aku terlalu rindukan arwah mamaku. Terkilan betul rasa hati kerana tidak berkesempatan memohon ampun dan maaf kepadanya, terkilan tidak sempat membalas jasa dan pengorbanannya sepanjang hidupku dan terkilan tidak sempat membela nasib hidup arwah mamaku ketika hayatnya. Hanya dengan kiriman doa yang aku dapat aku balas untuk kedua-dua ibu bapaku agar mereka tenang di sana dan tergolong dalam orang-orang yang beriman. Amin



En suami selalu cakap... sabaq sabaq jangan sedih2... tapi aku selalu cakap kat dia orang yang pernah  melaluinya saja tahu perasaan kehilangan itu macamana walaupun menitis air mata darah sekalipun orang yang sudah tiada tidak mungkin akan kembali lagi ke dunia nyata selama-lamanya.
Walaupun luaran nampak kuat tapi sebenarnya hatiku sangat rapuh dan sangat2 sensitif.



Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mama dan arwah abahku.

Amin





Friday, January 6, 2012

Ideal tinted makeup base - Avon



Kalau sebelum ini aku pernah mencuba makeup base strobe cream MAC, kali ini aku nak kasi review makeup base avon pulak. Untuk kulit muka aku makeup base avon ini tak kurang hebatnya. Walaupun jauh lebih murah dari MAC tapi aku sangat puas hati hasilnya sebab muka nampak shining2 sikit dan licin.... hhhe. Makeup base ini selalunya dipakai sebelum foundation dan kita akan nampak perbezaannya sebelum dan selepas memakainya. Kalau produk MAC creamnya lebih pekat tapi untuk Avon cair sikit. Ada glitter macam strobe cream jugak cuma untuk kulit muka aku kedua2 produk ini dipakai nipis2 aja.... sebab ianya mudah cair tambah2 bila berpeluh. Macam kulit muka aku jenis combination jadi tak boleh taruk banyak2 dan tak berapa sesuai untuk aktiviti outdoor yang panas terik. Tapi kalau nak effect lebih glowing dan vougue gitu try la MAC.





Produk apa2 pun ikut keserasian kulit masing2
Sila klik SINI 


Sekian





Wednesday, January 4, 2012

cerita lunch hour - space U8 food court & RINDU kan????!! !


Mulakan cerita tahun baru dengan makan2... hhee. Dah makan tengahari ke belum?.... masak apa la mak mertua aku kat kampung tu.... eehh eh!! ... tiba2 teringatkan ibu mertuaku kat SP la pulak.........  ya la mana lagi tempat aku menumpang kasih......  Maklumlah lagi 3 minggu nak balik kampung cuti selama seminggu di sana, excited terlebih la sikit ni.... rindu masakkannya. Rindu sangat nak jumpa anak2 buah aku di sana, nak bawa mereka & mertua jalan2 pastu janji nak jumpa sahabat2 lama lagi. Banyak program la tersimpan dalam kepala otak aku ni. Adeh..... memang mood kerja aku ke laut awal2 tahun camni. Tambah2 hari2 en suami asyik bercerita pasal menu masakkan maknya aja, biasalah.... air tangan ibu memang tiada tandingan kan........ Aku pun tumpang seronok la jugak .... lagipun masakan sorang ibu memang yang terbaik.


Kali ini aku dan member2 office makan tengahari di Space U8. First time makan kat sini. Nak cuci2 mata tak berapa nak best lagi sini sebab banyak kedai2 yang masih kosong. Jadi datang sini semata2 untuk makan2 ajalah....
Jom tengok menu kami...hheee



tauhu bakar
rasa? biasa2 aja
cuma kacang meriah!!


kotiaw blackpapper - yang ni best!!
isi banyak terasa blackpappernya


mee wantan sup
hhmm.... camtu la......


nasi putih + asam pedas ikan pari + tomyam
biasa2 aja....



jemput makan 








Monday, January 2, 2012

esok mula bekerja tahun 2012

Selamat tahun baru semua.....  cuti tahun baru jalan mana? Aku dan en suami duduk rumah sahaja memandangkan kami berdua demam jadi hari2 mengadap tv ja pastu masing2 meremindkan diri  masing2 makan ubat ja la. Tapi hari ini dah sihat dah pun.... :) Tengok bunga api tahun baru pun celah2 tingkap rumah ja...hhhee.... malas dah nak bersesak2 macam muda2 dulu sambut countdown tahun baru dan 31Ogos kat KL. Sekarang ni tengok dalam tv ja la.... rasa lebih selesa.

Pada mulanya plan nak balik kampung sebab adik perempuan en suami bertunang semalam 1.1.2012, tapi terpaksa cancel balik sebab hujung bulan nanti cuti tahun baru cina kami akan balik kampung lagi selama seminggu jadi bolehlah berjimat sikit cuti panjang barulah puas hati. Kalau setakat 3 hari cuti balik kampung pun letih la pulak.... tak puas berehat sekejap saja di sana. Lagipun esok dah nak start kerja biasalah.... mood malas pun boleh tahan besarnya!!!! Jadi kawan2 selamat berkerja dan adik2 selamat memulakan sesi kuliah. Esok sesi persekolahan pun dah mula.... camna la gelagat anak2 yang masuk sekolah tahun 1.... hheee



foto google



Sekian!