As salamu'alaikum shbt yg d kasihi. Tahun 2012 d ambang pintu. Ini mungkin tahun terakhir kita d muka bumi. Azamlah utk jadi yg terbaik, membantu bukan membantutkan, mendoakan bukan mengutuk org, cari kebaikan bukan keburukan org, memaafkan bukan dendam, jadi sbb turunnya Hidayah Allah bukan daayah setan, dapat redha Allah dan redha insan, bahagia d dunia n cemerlang di akhirat. Maaf zahir batin, moga Allah rahmati kita semua. Amin, wassalam. - Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Azam tahun baru
Zuriat
Sudah tentu no 1 sebab sudah lama menanti kehadiran cahaya mata. InsyaAllah.
Hebat
Memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik dimata suami dan berubah menjadi isteri yang dapat memberi kebahagian untuknya dunia dan akhirat
Kuat
Buang sifat sensetif jauh2, cekalkan hati dan pekakkan telinga menempuh tahun baru dengan kata2 sinis manusia yang memperkatakan kekurangan kami suami isteri
Rezeki
Semoga dimurahkan rezeki dengan apa jua yang diusahakan oleh kami suami isteri, sihat dan tidak leka dengan tuntutanNYA
Kenang
Mahu diingat dan sentiasa dikenang oleh adik-beradik, saudara mara dan juga kawan2 lama selagi aku bernafas. Bukan wang ringgit di minta, bukan jasa minta di balas cukuplah sekadar berterima kasih dan ingatan tulus ikhlas penting dari segala-galanya
Rumah
Dapat memiliki rumah sendiri dan bolehlah deco2 mengikut citarasa hati
Diet
Ya, aku ingin menurunkan berat badan yang semakin membesar melampau-lampau.... en suami pun sudah pandai bising2 sekarang! aduhai...
Sekian
Welcome 2012







































