tambah wang dengan zalora KLIK

Friday, December 30, 2011

Azam 2012



As salamu'alaikum shbt yg d kasihi. Tahun 2012 d ambang pintu. Ini mungkin tahun terakhir kita d muka bumi. Azamlah utk jadi yg terbaik, membantu bukan membantutkan, mendoakan bukan mengutuk org, cari kebaikan bukan keburukan org, memaafkan bukan dendam, jadi sbb turunnya Hidayah Allah bukan daayah setan, dapat redha Allah dan redha insan, bahagia d dunia n cemerlang di akhirat. Maaf zahir batin, moga Allah rahmati kita semua. Amin, wassalam. - Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah



  




Azam tahun baru
Zuriat
Sudah tentu no 1 sebab sudah lama menanti kehadiran cahaya mata. InsyaAllah.
Hebat
Memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik dimata suami dan berubah menjadi isteri yang dapat memberi kebahagian untuknya dunia dan akhirat
Kuat
Buang sifat sensetif jauh2, cekalkan hati dan pekakkan telinga  menempuh tahun baru dengan kata2 sinis manusia yang memperkatakan kekurangan kami suami isteri
Rezeki
Semoga dimurahkan rezeki dengan apa jua yang diusahakan oleh kami suami isteri, sihat dan tidak leka dengan tuntutanNYA
Kenang
Mahu diingat dan sentiasa dikenang oleh adik-beradik, saudara mara dan juga kawan2 lama selagi aku bernafas. Bukan wang ringgit di minta, bukan jasa minta di balas cukuplah sekadar berterima kasih dan ingatan tulus ikhlas penting dari segala-galanya
Rumah
Dapat memiliki rumah sendiri dan bolehlah deco2 mengikut citarasa hati
Diet
Ya, aku ingin menurunkan berat badan yang semakin membesar melampau-lampau.... en suami pun sudah pandai bising2 sekarang! aduhai...





Sekian
Welcome 2012


careless............ sangat!






Hari ini aku dengan sendirinya ambil cuti. Walhal plan nak simpan cuti untuk carry forward untuk tahun depan. Tapi apa kan daya tiba2 disebabkan kecuaian aku maka terperangkap la aku dalam rumah yang berpagarkan pintu besi ini.... hhhaa.... careless betoi aku ni!!! dah la plan dengan member2 office nak lunch kat luar hari ini tak kesampaianlah nampaknya!!!
Semalam en suami call ajak keluar makan jadi aku terus keluar dan simpan kunci rumah dalam kereta. Lepas2 makan terus masuk rumah tak ingat langsung pasal kunci yang aku simpan tadi (kunci rumah dengan kunci kereta sekali ). Pagi ni nak ke tempat kerja baru la tercari2 barulah teringat pasal kunci yang aku simpan semalam.
Aku ke tempat kerja transport sendiri2..... selalunya en suami yang akan keluar rumah dulu sebelum pukul 8 aku pulak pukul 9, jadi hari ini mengadap komputer aja lah aku jawapnya sementara menunggu en suami balik dari kerja!!!


etika no 8 digunakan untuk hilangkan stress!!!





Thursday, December 29, 2011

JCO Donuts & Coffee



meh tayang sikit


Donuts lembut!!!


Malam semalam singgah giant sekejap beli barang2 dapur pastu lintas depan JCO Donuts tiba2 teringin sangat makan donat ni, jadi terpandang, terberhenti,  tersinggah dan termakan la.

Maka diet melayang....tips no 6 hancus!!!
jgn tiru cara aku ni ye


  JCO Donuts, Big Apple atau Dunkin Donuts mana lebih sedap?
ikut citarasa masing-masing lagipun flavor lain2

jemput makan!!!





Tuesday, December 27, 2011

Gaya Hidup Sihat











Adakah korang mengamalkan hidup sihat? Rasa2 last sekali aku bersenam time berjalan, mendaki dan makan angin di Bukit Broga, Semenyih tahun lepas. Itulah kali terakhir aku bersenam. Sekarang ni aku tengok ramai orang2 muda sekarang macam2 penyakit menyerang. Naik risau pulak bila terdengar orang2 yang bersukan pun boleh kena serangan jantung dengan tiba2. Cuma 3 hari cuti baru2 tergerak jugak hati nak  bersukan tapi bersukan dalam rumah jugak la jadinya!!! Kalau tengok member2 office buat senaman ringan aku pun joint la sekali buang 2-3 minit saja.....senaman cap suka hati sendiri punya ni...hhee


Tips Gaya Hidup Sihat
        
    1) Minum air yang banyak dapat membantu membuang toksid dalam badan, menjaga kesihatan kulit, 
        dan membakar kalori dalam badan.
        ( ini memang aku amalkan tiap2 hari di office banyakkan minum air masak )

    2) Bersenam baik untuk kesihatan & rohani, lakukan walaupun 10 minit saja sehari.
         ( adehhh... yg ni tak berapa nak menjadi pulak.... 2-3 minit sahaja....ok tak? hhuu  )


    3) jangan merokok kerana menjejaskan kesihatan
        ( aai..... yang ni confirm aku tak buat tapi aku hari-hari nak kena berleter en suami!!!! 
        silap2 aku yang  sakit jantung dulu ni!!! ) tension! tension!


    4) Pastikan tidur yang cukup dan benar-benar berkualiti
        ( yang ni memang aku titik beratkan sebab tak cukup tidur nak masuk kerja pening2 la 
         pulak tapi  kadang-kadang terbabas tidur pun ya la jugak...hhhee ) jangan tiru yang ini!!!


    5) Benarkan kulit berehat dari memakai sebarang solekkan terutama malam. Kulit juga perlu bernafas.
         ( yang ni cheq ada buat.... kalau tak cuci tak boleh tidur nyenyak )

    6) Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan, cara terbaik makan ketika lapar dan berhenti sebelum 
        kenyang.
        ( tang makan2 ni memang banyak godaan .... kena rombak sikit... adehh!! diet! diet! diet! 
         time )


    7) Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun di rumah sendiri. Cari pelbagai jenis bunga yang
         wangi untuk ramuan mandian
        ( tang mana aku nak petik bunga-bunga wangi ni.... pakai minyak aroma terapi boleh la kot 
         no....    hheee.... )


    8) Elakkan tekanan. Tekanan boleh mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar
        bagi redakan ketegangan.
        ( need rest cuti2 la........ bincang hati ke hati. Dengar muzik blog aku pun ok jugak..... 
         hhhaaa )




    Dah baca sila klik sini
    hhee.... terima kasih!!!

    klik banner di bawah ini pun ok jugak...









    kalau sudi!!!
    :)




    Monday, December 26, 2011

    cuti krismas ke Bangi

    Cuti2 Krismas ni tak tahu nak bercerita apa... lagipun ramai yang balik kampung cuti panjang.
    Semalam duduk rumah sahaja mengemas apa yang patut, basuh baju, lipat kain yang menggunung,
    mop lantai, pastu makeover blog sikit dan macam2 lah....  Lagipun en suami bekerja jadi masak,
    makan, tengok tv dan tidur ja kerja aku.
     Sepatutnya hari ni nak gerak ke Seremban rumah kawan en suami makan2 durian tapi disebabkan ada urusan di Bangi terpaksalah cancel lagipun plan nak ke sana tertangguh banyak minggu dah pun.  Alhamdulillah.... dah buat temujanji semalam jadi hari ni pagi2 lagi dah gerak ke sana atas urusan usaha & ikhtiar kami untuk mendapatkan BB. Balik dari Bangi temankan en suami ke tempat kerja sekejap ada urusan yang nak disettlekan dengan kawannya.

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .






    Malam baru keluar makan2 di Mc'D dapatla merasa prosperity burger...hhee.....
    dah makan belum? cepat2 la ke Mc'D :)
    jemput makan!!





    Thursday, December 22, 2011

    Sengkuang Calit






    Cerita pasal sengkuang ni teringat masa aku sekolah rendah. Dulu time cuti2 sekolah camni area rumah aku ada sorang makcik ni jual sengkuang dengan nenas taruk kuah rojak dan kacang penuhhh meriah!!........ bawah sengkuang tu di cucuk lidi untuk pegang. Memang sedap la sengkuang yang dia jual ditambah pulak kuah rojak tu rasa pedas2 sikit. Makcik tu berniaga depan rumah dia aja time cuti2 sekolah camni la. Kalau nak beli aku selalu serbu masuk sampai ke dapur terus sebab nak cepat hhhhee...... dalam 1 hari tu ada la dekat 2 - 3 kali repeat dengan adik aku.... fuhh memang memori  kisah lama ni!!!. Dulu harga sengkuang ni baru sekupang (10 sen) saja, murah kan!!!. Bila aku terjumpa brother yang jual sengkuang camni teringat kenangan waktu kecik2 dulu. Sebab aku jarang jumpa orang jual makanan camni dalam pasaraya. Bagi aku Sengkuang Calit yang brother ni jual tak berapa menangkap selera aku sangat walaupun kacangnya meriah tapi ada manis ketul2 gula pastu macam ada bau pelik2 sikit. Tak tahu pulak bau apa tapi tekak aku ni kalau tak ada rasa pedas2 kuah rojak tu memang kurang sikit seleranya hhheee..... ada jual kat Space U8,  tempat lain kurang pasti la pulak. Harga sengkuang biasa RM 1.5 dan special RM 2,  mahal la jugak kan........ hhmm......zaman dan berubah!!!


    p/s: tiba2 teringat kenangan waktu dolu-dolu la pulak.......




    Wednesday, December 21, 2011

    tengok wayang MI Ghost Protocol

    posing sikit





    Aku tengok wayang hari Sabtu tempohari. Lepas acara family day di Cyberjaya terus kami gerak ke space U8 tengok wayang MI. Sampai sini pukul 3.10 ptg dan wayang pulak start pukul 4.30. Jadi kenalah lepak2 dulu tunggu wayang start. Aku dan suami memang minat filem2 camni, kalau filem ganas2 macam alien, predator n se-angkatan dengannya kurang minat sikit. Macam filem2 epic seperti prince of persia,  national treasure, 2 fast 2 furious dan se-geng camni aku boleh layan. 
    Paling best adegan Tom cruise panjat bangunan tertinggi dunia, Dubai dengan sarung tangan melekap di cermin memang suspen sangat. Siap lari tepi2 tingkap, adegan ribut pasir, pelakon pembantu pun best jugak sorang macho dan sorang lagi lawak sengal2, ada adegan heroin lawan2 itu yang cheq suka hhee............ pastu Anil Kapor pun berlakon jugak walaupun adegannya sikit aja.... syabas bete!!!!
    Bagi aku jalan cerita MI best walaupun heronya Tom Cruise tak berapa nak muda
    remaja dah pun.......hhheee. Lagipun aku layan cerita ni sejak aku muda lagi..... :)
    Jadi mana boleh terlepas menonton MI. Aku bagi 4 / 5 bintang.... hhee




    singgah minum2 dulu di Cool Blog


    chocolate blog & mocha blog


    jemput minum!!





    Tuesday, December 20, 2011

    THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY



    klik banner dibawah


    Buka saja blog tengok bahagian komen rupanya di tag oleh Alin. Adeeehhh nak kena joint GA Contest Blog rupanya. Rasanya dah lama aku tak joint contest2 camni.  Dah 6 kali joint sekali pun tak pernah menang hadiah, tak ada rezeki aku lagi..... mungkin yang ini rezeki aku siapa tahu.... hhhee..... Untuk tidak mengecewakan Alin aku pun nak mencuba nasib joint contest ini untuk kali ke 7.  Hadiahnya pun menarik, lagipun aku tengok FB The Ladies Photographer galery cantik2 la pulak.  Kalau nak keluar duit bikin sendiri photobook entah bila kurun nak siap. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah mencuba mana tau mungkin rezeki kawan2 yang lain jugak.


    HADIAH

    GRAND PRIZE - 1 Photobook Percuma 11 x 8.5 Potrait Hardcover 40pages worth RM230.

    Ke 2
    RM50 cash dan Free 2 keping gambar 12 R

    Ke 3
    Free 2 keping gambar 12 R

    Ke 4 dan Ke 5
    Free 2 keping gambar 8 R



    Syarat-syarat penyertaan bolehlah ke blog yangyuyu.

    Dela tag : jika sudi  ;)



    Kalau ada yang ingin mencuba intai2 la blog bamyuyu


    Pemenang ditentukan dengan cabutan bertuah : )

    Untuk melihat gambar2 dan pakej yang ditawarkan oleh TLP, sila ke photo gallery di theladiesphotographer.com atau fan page  http://www.facebook.com/theladiesphotographer.

    Dan kepada yg mencari baju mengandung, baju menyusukan bayi dan peralatan bayi, boleh cuci mata di








    Sunday, December 18, 2011

    family day 2011









    Semalam aku joint family day tempat kerja suami di Kelab Komuniti Cyberjaya. Program start pukul 9 pagi tapi sesat jalan ke mana hala pun tak tau sampai sana dalam pukul 10 lebih camtu la. Ini kali kedua aku joint family day tempat kerja suami. 2 tahun lepas di PD rasa lebih meriah sikit lagipun dapat bermalam disana sekali. Kalau nak tunggu office aku sendiri yang buatkan family day memang dalam mimpi jalah....!!!. Tema baju warna merah tapi disebabkan lewat diberitahu tak sempat la aku mencari baju warna merah. Sekadar tudung aja warna merah. Suamiku pulak lagi la tak pernah ada langsung baju warna merah jadi kami pakai apa yang ada saja. Dah nama pun family day macam2 acara la untuk budak2 main, boleh tumpang seronok ajelah tengok mak bapak dan anak2 main. Aku dan suami tak dapatlah joint apa2 game pun maklumlah hanya berdua saja. Sekadar jalan2 ambil gambar dan tengok anak2 kawan suami main itu aja lah. Sekali-sekala family day begini boleh la kenal kawan2 baru tak adalah stress dengan kerja saja. Tapi yang tak berapa nak bestnya selepas selesai acara semua pakat2 nak balik rumah saja... aku ingat nak la jugak ramai2 jalan Putrajaya sebab rasa macam sekejap ja jumpa. Lagipun bukan selalu dapat keluar ramai2 begini.... tapi mungkin mereka punya program sendiri jadi kami berdua ja yang free.......hhee





    acara paling ditunggu-tunggu


    sodap jugak!





    Kemudian sesi makan tengahari dan lucky draw. Tapi tak ada rezeki kami berdua nampaknya.... tak mengapa 2 tahun lepas dah dapat hadiah lucky draw, tahun ni kami bagi peluang orang lain pulak yang dapat. ( ayat penyedap hati ) hheee. Menu makan tengahari disini pun menarik jugak. Makan ala buffet 1 kepala  charge dalam RM22 sahaja. Ok jugak menu2 sini walaupun tak banyak sangat pilihan tapi sedap2 la jugak.  Menu seperti nasi, bihun goreng, chicken chop, steak, ikan, ayam & daging grill,  pasta, desert buah-buahan, minuman dan macam2 la. Cuma mata tu tak la sampai juling tak tahu nak pilih makanan mana yang nak di SEBAT dulu... simple saja....hheee....




    Friday, December 16, 2011

    cerita makan malam

    ayam blackpapper


    telur masak kicap




    Menu makan malam yang simple2 sahaja. Nak kongsi resepi pun segan la pulak sebab aku main taruk ja
    apa yg ada depan mata. Jemput makan semua.

    p/s: untungnya gov staff nak dapat bonus lagi separuh.  Cemburu betul dengan en sebelah aku ni...
    Tapi tumpang seronok untuk dia..... hheee  :) kena belanja makan2 la jawabnya!!!
    tapi minggu ni tak dapat lagi .......  :(






    Wednesday, December 14, 2011

    Gulai udang

    Gulai Udang ( Kari Udang )


    Bahan-Bahan
    Udang 12 ekor ( 3 orang makan saja )
    rempah udang 1 bungkus
    halia - di tumbuk
    bawang merah &  putih - di tumbuk
    kulit kayu manis
    kacang panjang
    minyak masak
    santan separuh

    Cara masak
    Tumis bawang merah & putih, halia dan kulit kayu manis. Kemudian tarukkan sedikit air dan rempah udang dan biarkan sampai pecah minyak. Pastu masukkan santan sehingga hampir mendidih kemudian udang dan kacang panjang. Agak2 dah masak bolehlah tutup api dan hidang...hhee simple kan!

    Jemput makan!!!
    p/s: resepi mama aku... orang Penang






    Monday, December 12, 2011

    sumber inspirasi ruang makan pilihan anda.........

    Hari ini masih bercuti... biasalah replacement Sultan Selangor Birthday. En suami bekerja di KL jadi tiada cuti istimewa untuk mereka...hhee..... aku pun tak tahu nak story pasal apa... semalam keluar jalan2 shopping complex pastu makan2 fastfood yang pernah aku ceritakan dalam blog jadi nak ulangtayang pun tak berapa nak best. Lepas settle2kan kerja2 rumah baru la dapat mengadap depan komputerku yang kini sudah berwajah baru........ hhaa... lebih besar dan terang jelas wajahnya. Tak perlu risau kalau buka lama2 pun tak  melingkop cuma tak boleh di usung ke hulu ke hilir aja semuanya atas bantuan en suami dan adik aku...  hhee...hheee

    Teruja sangat2 bila tengok banyak komen kawan2 pasal decoration rumah ni. Bila mengemas rumah tadi macam2 la yang aku angankan. Nak beli itu ini, konsep rumah yang macamana, cat dinding colour apa, bentuk perabut dan macam-macamlah. Kali ini aku search lagi untuk kawan2 cuci mata bahagian ruang makan (dining) pulak.... bila tengok decoration cantik2 ni memang seronok sebenarnya sampai boleh imagine macamana rupa rumah idaman aku nanti. Walhal bila kalanya aku nak duduk rumah sendiri pun belum pasti (kenalah berpijak di bumi yang nyata). Tak mengapa... tutup cerita pasal angan2 aku meh kita tengok yang mana pulak ruang tamu pilihan kawan2..... manala tau kawan2 bolehlah guna konsep ni untuk rumah sendiri tu... Pilihan aku no 5 dan 7.



    1


    2


    3


    4


    5


    6


    7


    8


    9


    10


    11


    12


    13


    14


    15


    16


    17


    18


    19


    20


    21


    nak ambik ... banyak pulak gambo yang aku tempek.... mau juling mata2 tengok...  :)
    walhal aku sendiri pun naik berpinau mata2 tengok... hheee
    P/s: mesti teruja nak menghias rumah sendiri kan tengok gambar2 begini ..hhee
    gambar: google






    Friday, December 9, 2011

    yang mana ruang tamu pilihan anda........

    Hari ni kerja pun tak banyak sangat, Sabtu, Ahad & Isnin cuti...... pastu bos 2 - 3 kerat ja yang masuk office jadi aku melayari internet search  deco2 untuk ruang tamu. Seronok la kalau dapat duduk rumah sendiri. Macam2 keinginan nak menghias rumah. Macam dela sendiri suka gambar no 1 dan no 2. Konsep simple dan modern tak perlu banyak2 barang untuk menghias..... Ini antara koleksi yang aku curi2 tengok. Mana tau boleh tercetus ilham nak menghias rumah sendiri seperti di sini. Kita mulakan dengan ruang tamu dulu. Jom tengok yang mana idaman kalbu.............. :)





    1


    2


    3


    4


    5


    6


    7


    8


    9


    10


    11


    12


    13


    14


    15



    selamat menjamu mata
    P/s: tak pandai menghias tapi suka tengok hiasan dalaman yang cantik2...:)
    tapi fulusnya tak berapa nak cantik...... :(
    sumber : google