tambah wang dengan zalora KLIK

Monday, June 27, 2011

JM Beriani House

nasi beriani



                                     beriani kambing / ayam merah ( best! ) / beriani daging



                                                


Makan malam kami kali ini JM Beriani. Aku kerap jugak ke sini kalau teringin makan nasi beriani. 
En suami suka sangat beriani kambing !! Rasanya pun boleh tahan cuma mahal sikit le.... Kali ini kami dapat masakkan yang masih panas2 lagi. Memang berbaloi makan kat sini..Rasa2 aku kat Selangor ni ada banyak cawangan JM Beriani  cuma aku kerap ke cawangan Giant, Kota Damansara... sebabnya banyak kedai2 dan restaurant2 menarik kat sana... kira macam potensi untuk aku cuci mata & window shopping kat sana pun best! hhhaa..haaa....






Friday, June 24, 2011

Capati - Daging cincang





Menu malam ini capati curry daging. Specialnya ada daging yang di cincang, ubi dan lobak merah. 
Tiba2 teringat capati jam besar SP, kampung aku..... Selalunya kat kampung capati di hidang bersama curry daging yang di cincang2 kecil memang lain dari cara hidangan di sini. 
Selama aku tinggal kat Selangor ni rasa2 x dapat lagi cari capati yang di hidang bersama daging 
cincang camni....memang lain sikit!
Cara masak macam curry daging/ayam juga cuma yang ni kena taruk daging yang di cincang2 kecil,
lobak merah dengan ubi kentang yang di potong dadu dan kuahnya sedikit pekat.
.
.
.
.
psstt.... capati tu aku beli kat kedai mamak je.. :)
.

rumah Taman baiduri



Inilah rumah pusaka kedua ibu-bapaku. Time aku tinggal sini umur aku baru 13 tahun. Banyak sangat sejarah yang aku tinggalkan di rumah ini. Banyak juga kenangan pahit dan manis dalam rumah ini. Rumah inilah tempat aku di besarkan dan kerana kerana rumah ini juga aku punyai pengalaman yang sangat2 berharga. Balik kampung haritu sempat la aku singgah kejap plan nk bersih2 sikit untuk balik raya nanti. Sedih bila teringatkan rumah tu di biarkan begitu sahaja. Bukan x ada niat untuk di buat sewa tapi memandangkan time raya2 kami nak tinggal mana kalau rumah ni dah disewakan nanti? Terasa tersisih pulak bila balik kampung sendiri tapi tak ada rumah untuk berlindung walhal rumah sendiri ada... Nak tinggal rumah mertua terlalu ramai sangat ipar-duai .. aku pun malas nak berebut2 bilik jadi biar aku yang tua ni ja beralah... Lagipun sudah 8 tahun begini dan aku sudah terbiasa keadaan camni. Aku dan en suami kena pandai2 la fikir sendiri. Dari kecil aku adik beradik dah terbiasa hidup dalam suasana sunyi dan tenang. Kawasan perumahan aku ni ramai penduduk cina... jadi semua memang buat hal masing2... jadi x ada mesyuarat tingkap, x ada gosip2 dan x ambil pusing pun hal orang lain. Kalau menumpang rumah sedara lama2 pun aku cepat rimas tambah2 kalau riuh-rendah pagi, petang & malam. Sekejap2 bolehlah...... Balik hari tu aku fikiran planning nak menghias balik rumah orang tuaku ini. Dalam rumah ini masih tersimpan kenangan dengan kedua ibu-bapaku dulu. Banyak sangat rahsia yang aku simpan dan semuanya kekal abadi dalam ingatanku. Dan aku cukup dewasa untuk menilai semuanya. Mungkin aku belajar dari pengalaman... pengalaman hidup adalah guru kepada diri kita sendiri. Aku pun tak tahu camna nak buat dengan rumah ni . Segalanya belum pasti kerana belum tiba masanya aku dan suami pindah balik ke kampung kerana masing2 selesa mencari rezeki di sini.

Monday, June 20, 2011

Teh O Ais 50 sen, Subang













Nama kedai ni memang teh o ais 50 sen. Sebab dia jual teh o ais 50sen sahaja... Sekarang aku dah jarang makan sini. Ada peristiwa menyakitkan hati dengan bos kedai makan ni yang kerek nak mampus!!!.. dok teringat2 lagi kelaku orang tua tu... sakit hati tul!!! dah la ambik order x cukup! 3 orang  datang dah tentu 3 menu.... yang tukang ambik order pun punya la rabun taruk 2 menu saja...  kami tunggu lebih sejam pastu orang yang datang kemudian dapat makan dulu mentang2 bawa kawan2 buat reunion  5-6 biji keta, pelanggan lain tunggu macam tunggul kayu ja.!!  kitorang complain menu lambat n x cukup 1 dekat staff situ terus tokey kedai datang angkat pinggan kami kata kalau nak cancel menu pun x pa la... dia x kisah dengan tunjuk muka x puas hati.......  dia boleh angkat pinggan tu yang aku geram sangat tengok kelaku orang tua ni..... sebagai tuan kedai engkau sepatutnya minta maaf. Dah la kami tunggu lama... order 3 menu, 2 menu ja yg masak... sakit hati aku!!.... kalau x boleh terima teguran pelanggan x payah la berniaga... nasib hang tu orang tua ja... kalau muda dah lama aku sound!!! Nasib suami aku boleh relex2 lagi cakap elok2... kalau kami tinggal restaurant camtu ja  pastu cakap kuat2 depan orang malu kot depan kawan2 hang yang ramai tu......  Orang nak berniaga... hang pun nak berniaga... kami tanya  staff dia dan kami x da pun meninggikan suara cuma tanya menu 1 lagi.... tapi tokey dia yang gelabah lebih!! kenapa?? Kelam kabut mai ke meja kami...  Malu dengan kawan2 dia yang ramai tu ka??!!... Kalau dah x tahan kerenah pelanggan hang p dok rumah cukup la... x payah tunggu kat kedai tu pun x pa... upah pekerja saja...
Hhhaa.... loqat Kedah aku dah keluaq!!! x tau aku naik gila camna.... ooppss!!!



Thursday, June 16, 2011

Big Food

grilled lamb


fish and chip


soup of the day



apple bigfood








Menu dinner kami  kali ini di Big Food!!!!...

Ha... dengar nama pun gerun kan..... kalau tengok menu tu x la gerun mana.... menu yang paling besar dan special dipanggil bigfood.  Rasanya dah lama aku x datang restaurant ni. 
Seingat aku last tahun 2009. Di sebabkan aku merajuk sentap x hengat!!! dapat masakan yang x memuaskan hati... Time tu aku order chicken chop. Dah la ayam x fresh pastu macamdah berbau pulak tu..... pastu dapat watermelon juice dah nak masam!!!! order saiz bigfood pulak tu.... mau x meradang aku kt restaurant ni... bayar mahal2 tapi kuality makanan hampeh!!!!  
Aku merajuk panjang la juga dan baru semalam aku datang balik ke sini. Itu pun kebetulan balik dari Giant, Shah Alam shopping2 sikit jadi kami singgah makan sini. Nasib baik la sejarah lama x berulang.

Bagi aku rasa masakan di sini ok2 ja la... boleh makan... sedap sesangat tu x da la... cuma boleh try la... puas hati lagi masakkan Big Brother, Kota Damansara. Decoration restaurant ni pun cantik. Nak lebih selesa ambil meja di luar. Kat dalam ni kalau ramai2 macam sempit sikit la..:) Restaurant ni bersebelahan Ani sup utara, TTDI Jaya.
.
.

Sunday, June 12, 2011

Puncak Mutiara Cafe, PP

Ok kesempatan untuk hari ke 2 acara JJCM aku di kampung...........
Disebabkan en suami teringin makan kambing jadi restaurant pilihan kami kali ini
Puncak Mutiara Cafe -  Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Perjalanan dari SP ke BM dalam 30-40minit camtu la....


ABC Puncak Mutiara Cafe 
ambik...Gedabak punya besar... 2 + 1 orang pun boleh ngap ni...
di beri 2 mangkuk dgn sudu siap2!



honeydew



kalamansi
( limau kasturi + asam boi ) yang ni sedap!!!



grill kambing 
daging kambing lembut 
cuma hiasan terlalu simple & coslow sikit sgt
tapi rasa ok jugak!!




beriani kambing
hmm... rekemen yang ni!!...
beriani sedap, isi paha kambing lembut dan pun gedabak punya besar
lapar la pulak.....:)




jalan masuk ke cafe ni adventure sikit coz kena lalui kebun getah!






Mutiara Cafe ni konsep ala kampung. Banyak pilihan ruang makan di sediakan. Kalau yang datang  makan duduk bersila pun boleh. Ladang kambing pun dekat2 ja dengan cafe ni. Tapi x ada la bau kambing sampai kt cafe ni. Permandangan sekitar cafe ni memang cantik dan selesa. Sekali sekala  time balik kampung datang sini memang best sesangat!!.. kalau datang beramai2 lagi seronok!!! Banyak kali nak singgah cuma kali ini berkesempatan.... Selalunya time balik kampung banyak sangat acara yang nak di dahulukan... ini pun curi2 masa untuk datang....:) kantoi sudah!!!


klau nak ke sini
kik
 .
.
.
.
.

jom JJCM
.
.

.

Saturday, June 11, 2011

Hussain Nasi Kandar, SP

ini la rupa telur sotong...RM4.80

ayam goreng nepal RM9.40


Acara makan2 time balik kampung wajib ada... Kali ini kami singgah pekena nasi kandar Hussain dulu. Kat sini menu wajib kami berdua lauk apa pun mesti + telur sotong. Bukan senang nk cari nasi kandar yang ada jual telur sotong. Sebelah utara banyak la... Kalau kat KL/Selangor tu rasa2 macam x ada yang menjual begini.... Sebelah utara telur sotong ada yang di masak asing2. Memang lain dari yang lain.... Nasi kandar sini adalah restaurant wajib aku dan en suami bila balik kampung Sungai Petani. Dah nama pun orang utara mesti la x leh tinggal selera nasi kandar. Kalau yang pernah singgah ke SP tu boleh lah mencuba kat Pekan Baru, Sungai Petani hadapan Cosmopoint SP. Harga pun x la macam KL...





Ini pulak warung wajib kami juga sebelah Petronas Bakar Arang. Ada warung tepi jalan. Laksa, bihun sup dengan cendol memang famous. Gerai ni dari roda 3 sampai la dah boleh buka gerai. Dari aku tingkatan 1 sampai la umur sekarang penuh memanjang......Tapi seronok tengok orang berniaga ni dari kecil-kecilan maju sampai sekarang. 


cendol jagung :)


bihun sup daging



Selain warung ni...ada lagi faverot aku bila balik kampung. Restaurant Taulat dekat jalan keretapi SP.. hhhm... yang tu memang sejarah buat aku. Dari sekolah rendah darjah 2 time keluargaku ada bisness decoration lagi boleh dikatakan 2 hari sekali mesti makan mee mamak taulat dengan pasembur petang2.  Mereka ni berniaga dari roda 3 sampai la dah ada restaurant sendiri. Tapi selepas gerai kecik kena pindah sebab nak buat runway keretapi baru jarang sikit aku ke sana. Bukan apa..... rasa masakan  tukang masak veteren dengan baru/muda x sama la pulak...... yang tua lebih menikam kalbu!..eceh!!.....Aku boleh ingat lagi muka mamak2 yang aku kira umur baya2 kedua ibu-bapaku. Aku ingat lagi muka diorang...... dah tentu diorang x ingat muka aku ni pun......time tu kecik2 lagi.......hhaa.... Satu yang special kalau orang lain panggil restaurant ni mamak Taulat tapi family aku panggil "mee kalut"!!. sebab apa panggil mee kalut?... sebab diorang memang suka masak kalut2...... sebab apa lekat nama kalut?...sebab arwah mama aku yang bagikan nama tu dan sinonim dengan familyku sampai sekarang. Aku balik kampung kali ni sekejap saja jadi  x sempat la aku makan mee mamak taulat.  X pa... lain kali aku akan singgah. Boleh makan sekali capati + kuah daging + ubi dengan susu lembu panas jam besar!!... teringat kampung seketika......... banyak sangat kenangan aku di sana........

kampung SP 11.6.11








Tiba2 ja tergerak hati nak balik kampung. Lepas subuh aku terus adjust la en suami. Mula2 dia nak x nak ja... bila aku cerita sikit pasal nak shopping raya anak2 buah dia terus celik mata besar2 suruh packing beg siap n gerak!... sepantas kilat... lagipun last kami balik kampung, raya cina haritu. Lama sangat tak jumpa familynya di sana. Kami balik kampung pun x bagitau sesiapa saja nk surprise mak dan ayah mertua biar tercongok  depan pintu rumah ja. Aku pun x bagitau kawan2 lain sebab aku balik ni pun sekejap dan ada urusan lain sama yang nak di settlekan. Nanti x singgah rumah kawan2 kecik hati pulak depa tu.... kuat merajuk belaka!!! hudoh
Sepatutnya aku nak singgah Penang dulu rumah adik ke 2 aku yang baru dapat baby boy tapi di sebabkan dia x ada d rumah (suka main terjah rumah orang sangat.. last2 x da orang kat rumah!! hhmm ... kicewa :( )  terus kami gerak sampai ke kampung halamanku Sungai Petani, Kedah. Rindu rasanya tengok sawah padi sepanjang perjalanan balik ke sana. Banyak sangat kenangan ketika bersama arwah kedua ibu-bapaku waktu dulu. Walaupun aku di besarkan di kawasan perumahan taman tapi ramai jugak kawan2 sekolah dulu yang tinggal berdekan sawah bendang. Dulu waktu sekolah dapat jugak ikut kawan2 balik ke rumah mereka. Memang jakun sangat tengok sawah bendang. Seronok sebenarnya .. rasa tenang dan cantik sangat permandangan ketika itu. Dapat la juga merasa suasana kampung. Kalau x camna nak merasa suasana kampung... dah semua saudara-mara sampaikan rumah nenek sendiri pun tinggal taman. Semua taman2 belaka... Cuma rumah arwah nenek sebelah arwah mama ja tinggal kampung. Kat sana pulak dekat dengan sungai... Lagi best... hhmm... terkenang sekejap...:(

ok tutup cerita!!

Friday, June 10, 2011

Ice cream lagi......


Kali ini aku buat hiasan untuk ice-cream pulak....Kalau makan kat kedai mahal2.. buat sendiri kat rumah pun ok...ubah angin sikit..

Bahan-bahannya
ice cream flavor suka hati masing2
Hersheys's syrup choclate ( lain2 flavor pun ada )
strawbberry
choclate rice

Campur semuanya skali dalam 1 cawan ja...dah boleh makan. :)

hari ni kt office keja menimbun2.. :(
hilang penat bekerja :)

Thursday, June 9, 2011

Ice cream goreng simple

ini rupa bentuk ice cream simple aku


Jom buat ice cream goreng lak. Simpe, jimat n murah... ok camtu?.. :)

Bahan-bahannya
ice cream  apa2 flavor suka hati engko la... ( guna ice cream scoop )
roti gardenia

Kepilkan roti dengan ice cream ( guna ice cream scoop) buat bentuk bulat or suka hati jugak. Pastikan hujung roti tu betul kejap dan melekat. Dah siap masukkan ke dalam plastik dan ikat kemas. Sejukkan dalam peti ais dulu. Biasanya aku akan simpan sampai esok baru goreng. Kemudian boleh ngap!
kan aku kata simpe ja ......:)
ppss... jgan taruk ice cream terlalu banyak... nanti cair bila nak menggoreng nanti...

try la...

Wednesday, June 8, 2011

"4th Batch Giveaway Deqlis- Teka Percutian"

ads

Jawapan Dela : Pulau Perhentian Kecil

Sesiapa nk joint contest deqlis... klik sini



Saturday, June 4, 2011

Spaghetti Meatball XL



Siapa nak belajar masak Spaghetti Meatball XL angakat tangan,...
mai nak ajar sikit cara2...Selalu makan kat Restaurant Big Brother, Kota Damansara. Kali ini aku mencuba masak sendiri..... macam x caya ja...:(

Bahan-bahannya
500g daging kisar
2 biji bawang besar dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
½ sudu teh ketumbar
2 atau 3 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu the garam
1 biji telur dipukul
1 sudu besar tepung gandum
garam

Bahan Perap Meatball 
2 sudu besar madu

Gaul semua bahan kecuali madu dan bentuklah menjadi bebola kecil mengikut saiz yang di ingini. Rebuskan bebola daging, angkat dan toskan seketika dan gaul dengan madu dan perap 10 hingga 15 minit. Kemudian panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap dah boleh makan bersama spaghetti.

Nak buat spaghetti... x yah cerita la kt sini.... kanak2 sekolah rendah pun tau buat sendiri.... bahan2 tu campak2 ja...hhee...
ppss... en. suami yang masak ni...haa..

Friday, June 3, 2011

Gylang Kopitiam











Kali ini aku lunch di Gylang Kopitiam, Taman TTDI Jaya. Sebenarnya ini bukan kali pertama aku ke sini. Cuma baru berkesempatan nak masukkan dalam blog aku yang sekarang ni dah jadi caca merba... Dahulunya lebihkan berkisah peribadi tapi sekarang dah jadi macam cerita jalan2 cari makan dan masak2 pulak.... ok ka camtu?

Restaurant ni milik orang melayu Singapore. Famous la jugak kopitiam ni dah banyak kali masuk TV.  Decoration dalam kopitiam ni cantik2. Nampak tenang dan selesa ja. Setahu aku kat sini  paling special mee rebus dgn nasi lemak ayam pandan kalau x silap la ....... cuma jarang order mee rebus di sini coz x ada daging.... hee.... selera utara ada taruk daging sikit baru ummpphh ..... tapi rasanya pun ok.... Macam2 menu ada sebenarnya... nasi kukus ayam  pandan, nasi lemak ayam pandan, nasi goreng ayam, char kotiaw, minuman pun menarik2, kopi dan macam2 lagi la....
Sebabkan aku datang lunch hour jadi aku order nasi kukus ayam penyet dan kawan office aku order nasi kukus ayam merah ... Cuma aku perasan setiap kali aku ke sini menu yang di hidang x panas2 la...... sup, dan nasi sejuk....time makan dengan en.suami pun dapat nasi goreng ayam yang sejuk :(...  Makan pun x berapa nak feel... aku bagi 6/10 bintang.... ni pendapat aku la.... sesiapa pernah pergi nilaikan la sendiri.
JANGAN MARE.....

 

Thursday, June 2, 2011

Snow Walk, i-City, Shah Alam







Kebetulan kawan lamaku Azean bercuti ke rumah. Aku dan en.suami bawa jalan2 ke I-City, Shah Alam.
Kali ini kami singgah ke Snow Walk, I-City. Tiket untuk dewasa RM25. Tapi jika ada resit parking akan diberi discount sebanyak RM10. Baju sejuk akan diberi percuma cuma kasut, sarung tangan, sarung kepala dan aksesori lain ada dijual dan boleh disewa lain2 harga. Kami masuk pun sekejap sahaja coz bawa baby sekali... nanti deman pulak........
Sebenarnya aku pun baru tahu kat I-City ni ada snow walk. Ketinggallan zaman tul aku ni... Itu pun kawan aku Azean yang beriya2 nak masuk situ.. kalau x aku pun x tau kewujudan snow walk ni...hhaa.... aku ingat I-City  ada lampu warna-warni ja......haa...haa..

Jawab Survey 3


Sesiapa yang rajin jawab survey jom cuba di sini pulak. 
Macam survey2 yang lain jugak mereka akan hantar survey melalui e-mail. 
Bagi yang nak mencuba... try la...
X mo pun x pa....
aku pun baru joint sini......




Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.




Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.



daftar sini
.
.
.
TQ



Wednesday, June 1, 2011

Half ready made



Malam ni terasa nak makan apa yang ada dalam peti ais aja.  Malas pulak nk keluar rumah.
Okay...
menu masakan untuk dinner kami adalah..... jeng....jeng....jeng....
sila sediakan pen dan kertas untuk bahan-bahannya
puan2






.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Cari sendiri Pizza, Lasagna dan sup mushroom d Giant berdekatan anda... 
sila tunjuk2 aja flavor mana yang berkenan.
Selapas bakar dalam oven kemudian bolehlah
MAKAN........MAKAN... MAKAN!!!!
Sekian :)