Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dari kami sekeluarga.

niat puasa
BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan
semua syaitan."
Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di
dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
- Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
- Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
- Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian
- pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah
dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
- Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
- Banyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
- Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan
dan ditimpa kemalangan.
- Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
- Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi
mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail
dan sebagainya.











































