tambah wang dengan zalora KLIK

Saturday, July 9, 2011

tetamu d tunggu2




Hari ni keluarga mertua datang rumah, Bukan 1 family la... mak mertua dengan adik ipar serta anak-anaknya aja... hhmm... hint2 sikit sampai la mereka ke teratak aku ni akhirnya nak tunggu ayah mertua x tau la bila nak sampai sini....  Dah lama sebenarnya aku dan en suami menunggu kunjungan orang kampung datang ke rumah. 2 bulan lepas sahabat lamaku datang bertandang dan hari ni giliran family en suami. Nasib baik mereka bermalam banyak hari jugak kali ini. Kalau setakat 1 hari mcm dulu mau sentap!! lagi aku.... time tu aku dan en suami apply cuti sampai 3 hari at last lepak2 rumah n jalan2 kami 2 ja la jawapnya....
Kesempatan nak menyambut Ramadhan ni kami bershopping la sikit2 di jalan TAR dan Sogo. Aku sekadar shopping kasut kat Sogo saja. Lain2 kelengkapan aku plan nak beli online sahaja. Lagipun kain2 pasang  dah hantar jahit kat kampung. Semua sekali aku beli 6 pasang untuk raya kali ini..... ha..ha... saja aku beli banyak2 habuan untuk pakai ke office lepas raya nanti. Untuk en suami pulak selalunya shopping last minit time2 nak dekat2 raya nanti banyak jualan murah!... 
Hari ke 3 aku bawa mak mertua n adik ipar n anak-anaknya jenjalan naik Genting tapi x berapa nak best sikit coz en.suami tak dapat joint kena stanby untuk BERSIH!!  Sepatutnya dari rumah aku dalam sejam dah boleh sampai ke cable car tapi jam dengan roadblok membantutkan mood aku seketika...  Kami jalan2 pun kejap2 aja sebab ramai sangat orang..... Selalunya hari minggu x adalah ramai sangat naik Genting melainkan cuti2 umum mungkin sebab KL banyak jalan di tutup masing2 bersesak nak naik Genting cuti2 hari minggu camni ... ..mau x macam sardin haritu.... memang tension!!  naik cable car pun nak kena beratur panjang memandangkan bawa anak kecik lagi memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Kami x naik sampai atas Genting pun sekadar lepas gian nak naik cable car ja.... coz masing2 dah letih sangat2.... Walaupun ada sedikit tragedi mencacatkan perjalanan kami tak mengapa nanti aku plan nak naik lagi ganti balik... ha..ha...  Lepas ni nak kena bawa en.suami sekali....... letih!!!  ppssstt... nak kena minta upah dengan en suami ni jadi tour guide familynya hari ni........ peace :)

No comments: