tambah wang dengan zalora KLIK

Tuesday, August 30, 2011

hari raya aidilfitri 2011







Alhamdulillah..... bersyukur sangat2 genaplah sebulan berpuasa dan hari ini hari raya. Tahun ini beraya dengan meriah sekali dan buat kali pertamanya aku beraya dan bermalam di rumah mertua. Selalunya aku dan suami akan bermalam rumah keluargaku demi keselesaan adik2 tapi memandangkan tahun ni adik perempuan dan suaminya beraya di Johor dan adik bongsu tak dapat bercuti raya jadi kami bermalam saja di rumah keluarga mertua lagipun banyak bilik kosong jadi tahun ni di sini rumah persinggahan kami buat kali ini.

Alhamdulillah seperti yang di rancangkan dan seperti yang di impikan kali ini kami decokan rumah mertua seperti yang aku dan suami inginkan sendiri. Walaupun kelam kabut di saat2 akhir tapi semuanya berjalan lancar seperti yang di inginkan. Siapa tak sedih kalau segala yang dicitakan tak menjadi kenyataan tapi atas kerjasama semua adik-beradik semuanya siap dan aku puas hati walaupun tak sepenuhnya. Tapi apa2 pun pujian harus diberikan untuk en suami kerana berhabis tenaga dan wang ringgit demi mencapai impian aku sendiri untuk menghias rumah mertua kali ini.  Kami juga sempat bergambar ramai2 1 family walaupun x semuanya ada kerana beraya rumah mertua masing2.

Raya pertama macam rutin raya yang lain2 mesti ke kubur kedua ibu-bapaku dahulu dan barulah beraya dengan keluarga mertua kemudiannya ke rumah tok di Amanjaya. Tahun ni jugak ramai kawan2 en suami datang beraya ke rumah jadi meriahlah sikit raya tahun ni...







Raya kali ini sahabat lamaku Azean datang beraya rumah mertua aku. Tidak seperti tahun2 sebelumnya asyik aku saja ke rumah kawan2 kali ini aku nak mereka beraya ke rumah aku pulak.... Nampaknya Azean sorang ja la yang dapat datang 1 family ke rumah kami... yang lain2 biasalah raya2 begini selalu balik ke rumah mertua dan ada yang sibuk dengan urusan masing2.... Walaupun mereka punya alasan sendiri namun aku faham..... bukan boleh paksa pun. Saja aku nak uji mereka asyik tiap2 tahun camna sibuk sekalipun aku mesti curi2 masa ke rumah mereka walaupun bukan hari raya.... asyik kita ja ke rumah mereka ... nak juga merasa mereka datang ke rumah kita pulak........... betul x???? nampaknya Azean dan Magesh  tangga teratas... 
ha..ha..ha..




Sanisah Huri : Bersabarlah Sayang





Suka sangat lagu2 raya yang lama2. Rasa lebih dekat di hati dari lagu raya yang baru2. Lagu ni mengingatkan aku zaman kanak2 dulu bersama family 1 ketika dulu. Walaupun zaman itu telah lama berlalu tapi aku boleh ingat setiap kenangan pagi raya bersama kedua ibu-bapaku dulu. Sedih memang sedih tapi hidup harus di teruskan.

Salam Aidilfitri 2011




Assalamualaikum & " Selamat Hari Raya Adilfitri " buat kawan2, adik2, kakak2, abang2 or sesiapa saja la yang pernah menyinggah blog Diari Reality Dalila mahupun saudara maraku sendiri mungkin pernah curi2 tengok blog aku yang merepek ni... rasa2 x ramai yang tahu aku ada blog ini :).

Raya punya pasal tukar baju baru untuk backgrounds blog aku yang lebih simple dan ceria sikit.. x ada la silau mata2 ni dengan warna2 terang menerang!!... nak membaca pun senang sikit nak mengklik-klik sini.

Alhamdulillah... dikesempatan ini aku (Dela) ingin mengucapkan Salam Aidilfitri ampun maaf zahir dan batin jika terkasar bahasa atau perbuatan kepada sanak saudara, kawan2 mahupun kawan2 alam maya blog ceriteradalila. Mohon maaf la jika ada yang tersinggung dengan penulisan Dela di sini. Kadangkala apa yang di coretkan di sini adalah realiti hidup Dela sendiri tak ada niat nak menyinggung perasaan sesiapa. Bila bersuara tidak bermaksud Dela membenci cuma sekadar luahan hati ketika itu. Tak semua benda kita boleh simpan dan kadang-kala terlepas jua apa yang terbuku di hati. Tambah2 bila tiba time raya begini lagi terasa sayu di hati teringatkan arwah mama dan abah yang telah lama pergi mengadap Illahi. Susah orang nak faham perasaan kita melainkan yang pernah mengalaminya sendiri faham camna perasaan bila beraya tanpa kedua ibu-bapa. Hidup sebenarnya sangat2 mencabar penuh suka & duka. Itulah kenyataan yang harus kita terima. Hidup tak seindah yang di jangka dan tidak lah seburuk yang di duga.


'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'



Monday, August 29, 2011

rumah kami



Balik kampung awal singgah sekejap tengok2 rumah yang kami beli di Taman Puteri Jaya Hill Park. Alhamdulillah.... inilah titik peluh hasil kerja kami berdua. Dapat juga merasa membeli rumah sendiri.  Dah nak masuk 2 tahun kami sewakan.  Kini rumah ni dijadikan Taska Salsabila. Memang sebelum beli lagi kami plan nak sewakan aja. X mau dibiarkan kosong nanti rosak jugak rumah di biarkan begitu sahaja. Aku dan suami pun belum tahu lagi bila nak duduk rumah ini. Buat masa sekarang kami berdua belum bersedia untuk tinggal di kampung. Biarlah kami berdua merantau puas2 dulu... 

:) 


Sunday, August 28, 2011

reunion Z & A Restaurant, Padang Temusu, SP

Kali ini aku joint reunion sek en suami berbuka di Z & A Restaurant, SP, Kedah. Sebenarnya pemilik restaurant ni adalah kawan sekolahnya sendiri. Jadi tahun lepas berbuka puasa di Park Avenue dan tahun ni di restaurant ini pulak.
Tak ramai sangat yang dapat hadir kebetulan hujan lebat dan ada jugak yang cancel last minit. Kesian betul aku tengok bila banyak hidangan yang x habis. Aku dapat rasakan camna perasaan tuan organiser dan tuan kedai ada sedikit rasa terkilan dengan kawan2 yang tak dapat hadir. Tuan kedai terpaksa reserve meja makan untuk kawan2 tapi x ramai pulak yang datang. Ramai jugak pelanggan yang datang untuk berbuka di sini terpaksa pulang saja kerana tiada meja kosong.
Tapi apa pun akitivi makan2 berjalan macam biasa. Aku sebenarnya teringin makan " nasi goreng harimau menangis " yang di katakan famous sangat di sini tapi kali ini tuan kedai masak masakan kampung dan rasa pun sedap2 semuanya....... tekak orang utara la katakan...semestinya sedap2 belaka...Ha3... X pa next time balik kampung kami nak singgah lagi nak merasa menu2 lain di sini...
Bagi aku sesiapa yang ke utara memang patut singgah restaurant ni dan mencuba sendiri masakan di sini. Makanan sedap2 dan  tempat makan pun selesa. Bukan setakat bisness makan2 tapi bisness landskap taman pun sekali di sini.










Wednesday, August 24, 2011

berbuka puasa d Senandung Malam, Bagan Lalang










Kali ini kami berbuka puasa di Restaurant Senandung Malam, Bagan Lalang. Sebelum balik kampung nak menyambut raya kami berbuka puasa pulak di restaurant ni. Rasa2 dah lama tak makan2 di sini sejak en suami sibuk memanjang. Kali ini lepas balik kerja pastu fon order menu siap2 dan kami terus gerak ke sana. Dalam 1 jam 15 minit jugak la nak ke sana... tambah2 time orang balik kerja ni jalan jam sikit. Sampai2 cari meja boleh buka puasa. Nasib baik kami order menu siap2... Alhamdulillah... dapat jugak merasa ikan bakar kat sini fresh2 lagi...

Saturday, August 20, 2011

hamper raya Aidilfitri


Alhamdullilah... murah betul rezeki kami bulan ramadhan tahun ni.
Dapat makan2 free, dapat bonus raya dan kali ni en suami dapat hamper raya dari
chinese friendnya siap hantar depan rumah lagi!!. 
Apa lagi... x sempat nak raya pun habis kami kenduri dulu barang2 makanan ni. 
Rezeki2.... mana nak boleh tengok dok terpacak depan mata ja.... 
kena makan kasin licin sikit!!
ada la balance sikit2 untuk di bawa balik ke kampung buat anak2 buah Pak Lang & Mak Lang nanti...
tunggggguuuu.........!!!

:)

Wednesday, August 17, 2011

berbuka puasa luar lagi!









Hari ni cuti Nuzul Al-Quran. Selangor cuti jadi kami berbuka puasa area  Kampung Datok Senu. X ingat la nama warung ni......... tiba2 teringat masakan kat sana lepas shopping2 sikit terus gerak ke sana untuk berbuka. Dulu aku selalu singgah kedai makan ni kalau jalan2 KL tapi sekarang dah jarang datang. Hari ni dah cuti jalan2 KL kami singgah berbuka puasa kat sana pulak. Tapi yang bestya makanan sini murah sangat2.... Kami order 2 air buah, kerabu mangga, kailan ikan masin, telur dadar, tomyam campur dengan daging masak merah cuma RM22. Terkejut jugak la time nak bayar tu.... murah!! Kalau kat area Subang ni mau lagi mahal harga makan2 camni...   Makanan pun ok.




Tuesday, August 16, 2011

buffet Ramadhan Sunway Hotel, Sunway









Malam ni berbuka di Sunway Hotel, Sunway. Menu kat sini x da la sesempoi kat One World hotel haritu....... Menu sini x banyak pilihan sangat..... tapi boleh makan la jugak.... Menu lebih ke masakan kampung tapi lain2 menu pun ada cuma x banyak sangat. Kami sampai lewat mencari parking keta berjam2 tambah jalan jam time orang balik kerja membantutkan sikit mood berbuka puasa  kami kali ini. Sampaikan x sempat nak snap gambar2 makanan... tau2 dah habis licin!!!  ha..ha..ha...





Monday, August 15, 2011

Village View Restaurant, Bangi

snap 1 gambar ja untuk makanan... 
psstt!! jurufoto getaq perot lapaq








Alhamdulillah... kenyang sesangat aku berbuka malam ini. Minggu ini kami berbuka di Village View restaurant di Bangi. Makan2 kali ini bersama kawan2 sekerja en suami. Dapatlah aku kenal2 wife2 kawan2 en suami yang ada sebelum ini aku sendiri x pernah kenal dan jumpa... Biasa la first time jumpa tentulah kekok sikit.. x pa next time ada perjumpaan begini lagi mungkin lebih mesra sikit... 
Tapi apa-apa pun aku seronok sangat perjumpaan berbuka puasa kali ini ramai yang joint walaupun tinggal jauh kami sanggup berbuka sampai ke Bangi bagi merealisasikan  perjumpaan kali ini. Bukan senang nak organize camni tambah2 cuti hari minggu ramai yang ada program masing2. Memang lain rasanya bila berbuka beramai-ramai ni... best!!!  Cuma en suami ada rasa sedikit terkilan kerana ada kawan-kawannya yang cancel makan2   last minit  apabila makanan dah pun di tempah. Tak mengapa... mungkin mereka punya alasan sendiri tapi yang pasti makanan semua habis licin. 
Menu yang kami order tomyam campur, ayam pandan, telur bungkus, sup tulang, kailan ikan masin, fresh orange dan teh tarik. Rasa masakan panas di sini bagi aku .....boleh makan la jugak... aku pun x tau nak describe camna rasa makanan kat sini sedap atau tidak cuma mungkin time2 bulan puasa ni kualiti masakan tu kurang sikit kot... biasalah customer ramai dan masak pulak banyak dah tentu rasa masakan tak sama dengan hari2 biasa. Tapi apa2 pun makanan tetap habis semua sekali.... :) 




sebelum berbuka posing2 sikit kat luar!!






Sunday, August 7, 2011

buffet ramadhan - One World Hotel, PJ












Alhamdulilah.... berbuka puasa kami kali ini  di sponser wife kawan kerja en suami di One World Hotel, PJ. Kebetulan tempat kerja wife kawan en suami buat jamuan berbuka jadi kami dijemput sekali. Uih.... rezeki jangan di tolak. Terima Kasih sangat2 kepada mereka berdua!

Sebelum berbuka kami shopping la sikit2 apa yang patut di One Utama pastu dalam pukul 6.30 terus jumpa di hotel untuk berbuka. Makanan di sini memang menarik sangat2!!!!... macam2 menu ada.... Aku dan en suami memang jenis kaki makan jadi boleh dikatakan kesemua jenis menu yang dihidang kami dah try ... hhee..hee... memang melantak x hengat!!  Macam2 menu ada seperti masakan kampung, beriani, western & pasta, sushi, tempura, rusa panggang, kambing, itik, deem sum, young tau foo, ketupat, satay, tau fo fa, ice cream, buah-buahan, rojak, kek dan macam2 la..... memenuhi citarasa kami berdua dan memang buffet ramadhan yang terbaik!! pernah kami cuba.... puas hatilah. Makanan ala buffet kat sini memang banyak pilihan... x rugi mencuba... makan la puas-puas!!. Terasa kenyang sampai ke sahur....  :).



Friday, August 5, 2011

cara penjagaan kerongsang - brooch & Kutex



Dah masuk bulan puasa ni macam2 nak kena prepare.
 Sampaikan benda2 remeh pun nak kena fikir.
Malam ni mengecat brooch2 yang berlambak-lambak!!.. 
Selalu kalau beli brooch yang baru aku akan kilatkan dengan kutex kuku warna putih jernih camni.
Aku beli 3 botol kutex cuma RM5 ja!
Nak menjaga warna serta batu lebih tahan lama dan x mudah tanggal cuma dengan mengecatnya semula 
brooch tu. tau kan......
 Mungkin ada yang sudah tahu... X pa.. aku cuma kongsikan dengan yang belum tahu.. 
OK.. selamat mencuba!!!
.
.
.
.
ppsstt... jangan pakai kat kuku pulak!!