Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri 2011




Assalamualaikum & " Selamat Hari Raya Adilfitri " buat kawan2, adik2, kakak2, abang2 or sesiapa saja la yang pernah menyinggah blog Diari Reality Dalila mahupun saudara maraku sendiri mungkin pernah curi2 tengok blog aku yang merepek ni... rasa2 x ramai yang tahu aku ada blog ini :).

Raya punya pasal tukar baju baru untuk backgrounds blog aku yang lebih simple dan ceria sikit.. x ada la silau mata2 ni dengan warna2 terang menerang!!... nak membaca pun senang sikit nak mengklik-klik sini.

Alhamdulillah... dikesempatan ini aku (Dela) ingin mengucapkan Salam Aidilfitri ampun maaf zahir dan batin jika terkasar bahasa atau perbuatan kepada sanak saudara, kawan2 mahupun kawan2 alam maya blog ceriteradalila. Mohon maaf la jika ada yang tersinggung dengan penulisan Dela di sini. Kadangkala apa yang di coretkan di sini adalah realiti hidup Dela sendiri tak ada niat nak menyinggung perasaan sesiapa. Bila bersuara tidak bermaksud Dela membenci cuma sekadar luahan hati ketika itu. Tak semua benda kita boleh simpan dan kadang-kala terlepas jua apa yang terbuku di hati. Tambah2 bila tiba time raya begini lagi terasa sayu di hati teringatkan arwah mama dan abah yang telah lama pergi mengadap Illahi. Susah orang nak faham perasaan kita melainkan yang pernah mengalaminya sendiri faham camna perasaan bila beraya tanpa kedua ibu-bapa. Hidup sebenarnya sangat2 mencabar penuh suka & duka. Itulah kenyataan yang harus kita terima. Hidup tak seindah yang di jangka dan tidak lah seburuk yang di duga.


'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'



No comments:

-- > Klik iklan di bawah untuk keterangan lanjut < - -