tambah wang dengan zalora KLIK

Monday, October 31, 2011

testimoni - SF Beauty Product

maaf sekadar kamera h/fon cap ayam sahaja!!


sebelum
 masalah kulit kusam


selepas


  kulit muka yang lebih cerah dan licin



Aku nak bagi testimoni sikit untuk produk SF Beauty. Aku start dengan trial set dulu untuk tengok kesesuaian kulit camna....  Lepas pakai dalam 3-4 hari tu memang ada rasa gatal2 sikit seperti tertera dalam kotak. Mungkin sebab tindakbalas tempat2 bermasalah. Lagipun aku jarang guna produk2 jenis camni sekadar  pakai produk jual kat supermarket aja. Tapi saja gatal tangan nak menerai produk  lain pulak bila tengok testimoni dari tuan blog sini . Kesan SF beauty dah boleh nampak dalam masa 3 minggu camtu lah. Masalah jerawat kat muka aku ni tak la kronik sangat....hhee..he... tapi parut2 jerawat kecil tu ada le.... dan kulit muka nampak kusam. Kalau nak ke tempat kerja tu boleh la tempek2 bedak berkilo2 nak cover2 sikit masalah kulit muka tapi bila di rumah tengok kulit muka sendiri macam tak semangat la........ terasa kulit muka ni macam suram @ sedih aja......... he..he..  Jadi tiba2 terbaca testimoni dalam FB terus tergerak hati nak menerai. Start pakai produk SF Beauty, masuk office hari2 memang tanpa secalit meke-up pun untuk kesan yang lebih cepat ............ nk cerah punya pasal.... :)
Selepas dah habis trial set terus aku continew dengan set besar lagipun en suami pun perasan kulit muka aku nampak lebih cerah, licin dan pink2 sikit ..hhaa.... "ANGKAT BAKUL SENDIRI" la ni.... :)
Sekarang ni pencuci muka SF aku pakai hari2. Untuk krim siang selang-seli sahaja dan krim malam aku akan pakai dalam 3 atau 4 kali seminggu sahaja. Pakai pun nipis2 sahaja.

Aku sekadar berkongi testimoni sendiri.... tak berniaga pun ye...

Kalau berminat  nak menerai SF Beauty sila ke Blog Shikin.
Tanya lah detail sampai puas hati baru beli. Tepuk dada tanya selera..
Okeyyy

Note: Kesan setiap individu mungkin tidak sama dengan Dela ye...



Sunday, October 30, 2011

Bloom - Make-Up Base

RM 70 ++

Bloom makeup base ni digunakan sebagai asas makeup. Macam aku ni muka cepat berpeluh time panas2 rembang ni memang aku akan gunakan Bloom. Biasanya kalau aktiviti out door make-up kita akan cepat cair tambah2 selepas taruk foundation. Untuk outdoor aku akan guna Bloom, foundation seterusnya bedak atau loose powder. Moustoriser memang aku tak pakai takut nanti bertambah2 minyak keluar pulak melainkan moustoriser yang betul2 bebas minyak. Kena cari moustoriser yang betul2 serasi dengan kulit kita dan keadaan cuaca dan aktiviti camna yang kita lakukan. Jadi kita akan tahu mana boleh dan tidak....
Macam aku ni jenis yang suka mencuba ... nanti nak try brand lain pulak....
Bloom selepas dibuka tahan 6 bulan sahaja... :(
4.5 */ 10 *

Apa2 produk sekalipun ikut keserasian kulit masing2 ye...


Friday, October 28, 2011

lunch dengan member office - Dominos

tak sabar nak menikmati pizza!!


possing2 sikit ini dua orang unty!!




Akhirnya berkesempatan keluar lunch dengan member office. Selalunya makan dekat2 aja... 
Kali ini kami makan2 di sec 9 pulak. Kebetulan mood cuti deepavali masih ada jadi kami 
panjangkan kaki makan jauh sikit dari office. Selalu order dominos ni main call delivery aja...
Sambil2 keluar boleh cuci2 mata kat kedai2 sana. 





Wednesday, October 26, 2011

JJCM Al - Rawsha Restaurant - jom makan!!!

Malam cuti Deepavali kami makan2 di restaurant Al-Rawsha dekat kampung Pandan. Ini kali ke dua makan kat sini tapi sebelum ni di lokasi lama di Ampang. Rasa2  3 tahun lepas punya cerita daaa.... dah basi pun.  Restaurant ni buka 24 jam... betul2 lepas raundabout kg Pandan. Kalau bulan lepas giliran aku belanja makan dan kali ini turn adik aku pulak belanja dan memilih restaurant ini untuk JJCM kami. Aku ikut aja.... makan free jangan di tolak...... Makanan pun sedap2 jugak... nasi arab, kambing dan ayam rasa pun ok, decoration kedai pun cantik dan ramai datang bawa family.  
Kali ini aku tengok restaurant ni bersih la sikit......ada 2 tingkat. Kalau di Ampang dulu tu restaurant ni di kawasan perumahan ja... sempit sikit tapi orang selalu penuh.....  Teringat masa kami makan di Ampang dulu........ Ya Allah, tengok pak arab pak arab ni makan boleh pengsan ooo.... meja makan tu dah la selerak macam tongkang pecah. Nak makan pun boleh tersentot......  tengok cara mereka suap makanan pun boleh pengsan.... nampak sangat p*ng*t*r... ooppsstt!!!......memang pengalaman ngeri tul time tu.... pastu makan smbil cakap kuat2..... pening kepala.......hhaa..hha..... Nasib baik lepas move ke kg pandan ni luas, selesa dan bersih sikit!!!!




jom layan gambaq!!



decoration cantikk....








grilled lamp chop  ( ok jugak )


mandy chicken ( best )


lamb mandy ( en suami suka2 )








Monday, October 24, 2011

watermark



Ada yg bertanya watermark aku ni camna bikin.... kalau aku sendiri yang bikin mau esok lusa tongging terbalik belum tentu siap....... tambah2 laptop aku ni yang dah berapa kali masuk ICU naik letih menjaganya.... lagipun aku ni bukan teror sangat walaupun minat nak mencuba tu ada tapi  main tekan2 sampai lingkop laptop pastu buat muka tak bersalah bagitau en suami cakap laptop buat hal lagi........ hhaa...hha... ditambah pulak line tenet yang ciput2 kadang-kala hilang entry yang siap di bikin mencabar kesabaran aku..... ketingalan ketapi la aku ni baru nak pakai watermark dan aku punya header mau bikin sendiri pun tak lepas2 lagi   ada saja yang tak kena....... jadi biar dogel dulu.... hhee.... Kalau nak tempah watermark sila ke SINI   




Sunday, October 23, 2011

JJCM Restaurant Kampung Siam, Sec 13 - Shah Alam

Alhamdulillah..... banyak betul ucapan besday aku terima kali ini. Kalau dulu family dan kawan2 kenal sahaja yang wishkan. Sekarang zaman teknologi canggih dari telifon,sms, FB dan kawan2 blog dah boleh hantar message besday. Terima kasih sangat2 kepada kawan2, kakak2 dan adik2 yang wishkan besday. Aku rasa tahun ni ucapan yang paling banyak pernah aku terima....... terima kasih jugak kepada kawan2 blog, walaupun kita tak pernah bersua mahupun kenal tapi message2 kawan2 semua betul2 buat aku terharu sangat2...... SERIUS!!!... baca pun boleh tersenyum. Walaupun ringkat tapi setiap message yang aku terima betul2 bermakna. Semoga ucapan kawan2 semua menjadi satu doa buat aku mencapai apa yang dicitakan dalam hidup dan semoga atas keikhlasan kawan2 semua kita mendapat keberkatan Allah swt . InsyaAllah.



Ok. Seterusnya cerita pasal kedai makan. Disebabkan tarikh besday aku jatuh hari bekerja jadi kami  makan2 berdekatan rumah sahaja. Kami makan di restaurant Kampung Siam, Sec 13, Shah Alam. Malas nak JJCM jauh2 jadi kami makan2 disini sahaja. Tapi first time makan sini. Lepas magrib terus kami gerak ke sini. Menu hidangan dah tentu en suami yang pilihkan sebab dia memang seorang yang sangat2 memilih bab2 makan ni.... Aku ikutkan sahaja.... apa2 pun boleh sumbat!!.. mau tau saiz isterinya camna ye!!! :) .... bab2 makan ni sukar ditolak!!!!...... tapi tomyam sini kurang uummphh!! la... x ada rasa pedas......... rasa  limau pun kurang. Sampai sekarang kami masih mencari menu tomyam betul2 kawww....


mana nak cari ni tomyam betul2 kawww??...... ada cadangan?



Jom layan gambar makan2








ikan kurang fresh!! rasa pun biasa2 aja....








decoration restaurant ni ala2 thai siap pasang lagu thai lagi...




SEKIAN



Thursday, October 20, 2011

birthday aku yang ke............ :)



Ini wish besday dari en suami untuk aku. Alhamdulillah... hari ini genap usiaku yang ke 32 ye... bukan 23 tahun...... umur pun tak berapa nak muda dah pun.... Alhamdulillah walaupun umur semakin meningkat layanan suami dari dulu hingga sekarang tak pernah berubah. Sentiasa di sisi sebagai kawan, sahabat dan juga suami yang sangat penyabar dengan kerenah aku yang tidak menentu atau kadang-kala "mereng". Terima Kasih juga kerana menjadi pendengar yang setia setiap kali aku dalam keadaan tension bila ada mulut2 orang  yang memperkatakan tentang kekurangan family kita malah x pernah merungut langsung. Macam2 ujian, pengalaman dan cabaran hidup terjadi dalam hidup aku namun suami sentiasa menemani tika suka dan duka. Kalau ada yang bertanya apakah permintaan  untuk birthday aku kali ini dah tentulah cahaya mata!!!! seperti tahun2 yang lepas sentiasa setia menunggu tanpa pernah rasa jemu walaupun kadang-kala cepat terasa hati bila ada yang menyindir namun belum rezeki kami tapi aku dan suami sentiasa berdoa dan berharap impian kami akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah.
pppsstt....... syg sgt en suami walaupun dia tak pernah ambil tahu pun pasal blog aku ni. 



wajah hepy nak menerima hadiah besday!!  yeh



Alhamdulillah..... setiap kali besday dan hari ulangtahun perkahwinan en suami tidak akan lupakan hadiah untuk aku. Kadang-kala aku sendiri dah tak tahu apa yang nak di minta. Jadi en suami suggestkan ke sini.. jadi ambik la yang mana termampu...  tak ada la yang mahal2 pun... janji ada hadiah sebagai tanda ingatan. Itu sudah memadai....





kalau masuk kaunter cosmetic muka mau  ceria  ookkeyyy



rasa2 dah lama tak ke kaunter makeup ni... jadi rembat 2 barang
untuk menambah koleksi almari makeup aku




Alhamdulillah...... ini rezeki besday aku untuk tahun ini...








Tuesday, October 18, 2011

spaghetti goreng



Malam ni tak tahu nak makan apa jadi..... mula lah nak mereka-reka resepi sesuka hati. Sedap x sedap belakang kira... janji dah terhidang depan mata. Semenjak di kuarantin lebihkan masak dari makan luar ni, aku sendiri pun dah tak tahu menu apa nak makan. Mula la nak tyr macam2 menu merepek. Ni pun first time aku masak spaghetti goreng. Selalunya aku ingat spaghetti ni makan dengan soucenya sahaja. Rupanya boleh di buat goreng jugak..... Aku pun goreng simple2 ja.... masak macam goreng bihun, cuma tambah ayam cincang, fishball dengan sayur campur ja..... .. Semua bahan memang dah ada dalam peti ais dah... Malas pulak nak ke kedai tambah2 penyakit "M" ni besar sangat!!!....









Sunday, October 16, 2011

Himalaya - Apricot Scrub

RM 20 ++

Baru mencuba scrub Himalaya - Apricot... .. ini pun member office rekementkan... 
tapi best la walaupun mahal sikit tapi scrupnya lebih kasar dan rasa muka lebih bersih. 
Fungsi scrup untuk buang kulit mati. Scrup tak boleh digunakan hari2 seperti pencuci muka biasa. 
Jadi kena la guna dalam 2-3 kali sahaja dalam seminggu untuk kesan memuaskan. 
 Tenyeh kat muka tu lama2 sikit sebab ianya tiada buih dan dalam tiub 150ml.
Jual kat Guardian.




Friday, October 14, 2011

Pizza Roti Gardenia - Simple








Pagi2 dapat pekena pizza roti gardenia yang direka sesuka hati aku tapi dibikin oleh en suami. Ok tak camtu?? Ingat nak masak time hujung minggu aja tetapi lepas propose kat en suami terus nak makan esok pagi. Lepas potong2 apa yg patut,tabur2 atas roti gardenia dan terus bakar dah pun boleh ngap begitu sahaja.

Cara-caranya
Sediakan roti gardenia, sapukan sos spaghetti setiap keping roti.
Taburkan sedikit ayam kisar, sosej, cendawan butang, cheese, lada mengala dan serbuk aregano. Kemudian dah boleh bakar. Psstt.... nak lebih menarik taruk cheese tu penuh2 sikit.... lagi marvelous!!!!

Cepat dan Ringkas!!






Wednesday, October 12, 2011

tak sihat!!!!

gambar dari google


Minggu lepas dah 2 hari aku MC sebab demam. Masuk hari ni dah 5 hari badan rasa x sedap ja tambah dengan sakit perut, sakit kepala pun x surut2 lagi... rasa badan aku ni penuh dengan ubat !!!  Petang semalam en suami bawa meronda2 ambik angin luar sebab aku bising2 sakit kepala x hilang2... Kemudian cari air kelapa muda nak buang sisa2 ubat berlebihan pun tak hilang2 sakit kepala aku ni. 
Hari ni masuk kerja pun tak ada mood. Mood makan pun tak ada!!!  Boleh la kurus sikit la kot???... Tension tul kalau nak start kerja kepala pun pening2 lagi... Kalau nak tambah mc mau dapat surat cinta lak dari bos aku nanti... hujung2 tahun camni mc memanjang pun susah la jugak nanti. Reputasi pun nak kena jaga ma.......:)




Monday, October 10, 2011

LANDAK................. pernah cuba?

landak goreng kunyit



curry landak


Hari ni aku ke Batang Berjuntai rumah member office aku. Kami sama company tapi dia kerja kat site office. Aku gerak dalam kul 10.30 dalam pukul 11.30 dah sampai ke rumahnya. Memang dah janji nak ke rumah coz kerja 1 company tapi selalu berhubung dengan telifon saja. Kalau bersemuka tu boleh kira dengan jari ja berapa kali. Itupun time ada company dinner ja la..... Kami pergi makan nasi tengahari sekali di sana. Saja la jalan2 ke rumah kawan2 ni... nak la bersosial sikit sekali-sekala dan boleh jalan2 tengok kampung orang sekali :) 

Time nak balik tadi diorang kirim buah tangan LANDAK untuk kami pesiang siap2 dah pun. :) Excited betul en suami coz dia memang teringin makan benda2 baru cuma aku ja macam terkejut2 berok sikit. :) Kawan-kawannya kata isi landak ni sedap!!! aku pun tak pernah makan pun landak ni. Selalu jugak dengar orang makan2 landak cuma aku ja sedikit JAKUN bila teringatkan landak. Tapi dah orang kasi jadi rezeki jangan ditolak harus dibawa balik. Sampai2 rumah en suami terus masakkan 2 menu tu untuk dinner kami malam ni. Kalau aku yang masakkan dah tentu tekak ni x boleh nak masuk... teringatkan duri2 tajam landak la.... macam2 benda boleh dok fikir dalam kepala otak ni!!!

Lepas siap masak baru la aku makan!!! :)  Kalau ada yang tanya sedap atau tak daging landak ni sebenarnya aku sendiri pun tak tahu nak cakap....  Tapi rasa isi landak tu macam daging ayam. En suami dan adik makan banyak ketul la jugak sedap kata mereka cuma aku ja makan seketul.... hhmm... kecik hati en suami masak penat2 harini ... .. hhhaaii..... x berapa nak boleh makan la.... Mungkin kalau aku makan dan tak tahu itu daging landak... mungkin laju sikit nak telan...... ni masih terbayang2 rupa landak tu!!! hha..hha..hhaaa... 
Bagi yang belum mencuba boleh la try menu baru ni. Cara masak pun macam curry daging  ja. Jemput makan........ :)  peace!!!










Saturday, October 8, 2011

card centre - Don't disturb me



Hari ini hujan2 bikin aku panas hati ja dengan credit card call centre. Selama 7 tahun aku menjadi pelanggan mereka dan marah aku kali ini dah sampai tahap GABAN dah pun.... geram sangat2!!.. Lega rasa boleh marah2 tadi terus matikan telifon. Dulu ada juga mereka call tapi tidaklah sekerap 2-3 bulan sekarang ni. Selagi aku tak jawab fon tu selagi itulah ada saja call masuk dari mereka.

1 hari sampai 3-4 kali. Kalau aku jawab call time2 tengah meeting boleh diorang kata sekejap saja nak cakap pastu dah 1 kerja aku melayan 5minit dengar gebang mereka. Punya la sakit hati rasa macam nak luku2 ja kepala diorang tu naik benjol!! Kadang2 aku dah remind siap2 kalau pasal nak beli insurans, nak buat personal loan or what ever sekalipun yang memerlukan aku terikat dengan kad kredit aku tak berminat. Tapi diorang ni memang betul2 cari pasal dengan aku hari ini. Aku dah melepaskan larva yang aku rasa sepatutnya dari dulu lagi aku patut buang!!!.

Kadang2 sampaikan hari minggu pun diorang akan call. Malas nak jawab aku minta la en suami tolong jawapkan tapi mereka tetap nak cakap dengan aku walaupun aku kata sedang sibuk. Mereka dah macam memaksa orang langgan polisi insurans bank mereka. Selagi kita tak kata YES/BOLEH/TERIMA selagi itulah mereka akan sentiasa follow up kita. Bayangkan minggu ni dah dapat call dari mereka pasal insurans, pastu minggu2 seterusnya orang lain pulak punya turn call aku berturut2 sampai aku naik rimas n terpaksa pick up call jugak kalau dah sampai setiap hari bunyi fon menggangu aku. Alih2 benda yang sama mereka offer.

Aku dah terangkan yang aku dah ambik insurans tapi diorang ni macam memaksa aku ambil polisi mereka konon lagi untung. Walhal aku dah ada... Dulu aku memang nyaris nak ambik insurans dengan potongan melalui kad kredit tapi dah agree 1 polisi sahaja mereka offer polisi lain pulak .... dah nak kena tambah lagi  2-3 polisi  terus aku cancel.... nah ambik.... sapa suruh tamak sangat!!......  Hah!!! padan muka... sapa suruh sembang pusing2 dengan aku... terus aku tutup fon.... Alo!!!.... apahal nak ambik insurans banyak2... engko nak tolong bayarkan ke?.... engko ingat gaji aku tiap2 bulan nak bayar insurans ja ke???...  Aku dah kata tak mau sudah la... pastu offer personal loan pulak... konon2 duit boleh buat melancong la... makan2 la... bagi kawan pinjam la... settle apa2 yang bolehlah.... Ayo yo... kalau aku perlukan duit tahu la aku mau korek kat mana... x perlu nak ajar aku nak buat apa dengan duit yang korang offerkan tu... Dah tentu ada interest kat situ... bukan bagi free pun... Nak kena bayar balik semua tu... Ingat aku ni tak ada otak untuk berfikir... Cukup2 la memaksa orang. Tiap2 hari call. Letih la nak layan benda2 camni.

Kadang2 aku risau jugak benda2 camni berlaku... sebab semua details kita mereka tahu sampaikan adik aku sendiri pernah dapat call konon2 dari Bank Rakyat offer personal loan. Tapi diorang call menggunakan no handfon, chinese guy pulak tu..... biar benar orang bank akan offer loan guna no handfon sendiri ??... bank rakyat ada staff chinese? sebab rasa ragu2 adik aku off fon camtu ja... entah2 along pun bukan kita tahu?? Jadi berhati-hatilah dengan setiap panggilan yang meragukan. Dengar bagi terang dan jelas.

Hari ni lega sikit hati aku dapat sound itu orang... Aku dah naik rimas la hari2 call. Aku tahu nanti minggu depan diorang akan call lagi macam biasa dan sudah pasti orang lain pulak... X pa.. kali ni aku akan off handfon terus!!! baru tau. Ada berani??... cuba la lagi....!!!

Aku tahu itu dah memang dah kerja mereka untuk call pelanggan mereka setiap hari tapi tolong la jangan memaksa kalau kami tak berminat. Jangan pusing2 cerita panjang bagi orang keliru dengan prosedur bank yang entah apa2 ja... Jangan kerap call 1 hari sampai 3-4 kali. Kalau kami dah cakap bukan masa yang sesuai tolong jangan push2 kami dengar ceramah sekejap walaupun free dari korang ... nanti korang akan mendapat hadiah percuma jugak dari aku....... aku akan bagi hadiah TELINGA MERAH!! HATI PUN SIKIT PANAS OOO.. hhmm... baru kau rasa...!!!!