tambah wang dengan zalora KLIK

Friday, September 30, 2011

Kunang Kunang Restaurant

Honey Dew / Green Apple Honey / Fresh Orange



Grill Lam Chop



Spaghetti Meat Ball !! x best
nak yg best sangat2!! 
sini



Sirloin Steak-B/Papper











Sekarang dah gaji........ maka wajib makan yang sedap2. Dah jadi macam acara
bulanan pulak JJCM untuk family aku. Kali ini turn aku yang belanja makan. 
Giliran en suami dan adik dah lepas... :(
  Bincang2 sikit aku pilih Kunang-Kunang Restaurant, Gombak.
Dah lama teringin ke sini semenjak tengok rancangan JJCM tapi selalu sibuk memanjang.
Kali ini barulah berkesempatan. Dari rumah aku 35minit sampai la... Mungkin sebab
hujan petang tadi tak berapa ramai orang yang datang. Menu yang kami order ni sedap la 
jugak cuma spaghetti yang kurang best, masam sangat. Tak mengapa sekurang-kurangnya aku
 dah boleh compare menu mana yang sedap mana yang tak sedap. 
Tak cuba tak tahu....  ok nanti 20hb ada lagi acara JJCM 
restaurant mana pulak kali ini aku pun tak tahu lagi.
masih fikir-fikir mana tempat makan yang best!!
yang pasti restaurant lain pulak!!

:)

mana lagi restaurant yg patut kami pergi???







Thursday, September 29, 2011

Sri Mesra Seafood, Gombak



















Lepas magrib terus gerak ke Gombak ada urusan yang nak di settelkan. Sesat merata la jugak tak biasa dengan jalan2 area situ. Lepas settle2 semua, time mencari kedai makan.
Rugi pulak kalau tak mencuba restaurant area sini. Pusing2 terjumpa la restaurant ni.....
Dari luar memang menarik sangat deco restaurant ni. Sebenarnya teringin makan hidang
tapi memandangkan ramai sangat orang jadi makan goreng2 ja....
itu pun lambat jugak..... membebel orang sebelah aku yg sorang ni... . 
Ini saja menu makan malam kami..!!







Saturday, September 24, 2011

IKEA Food Court













 Banyak kali singgah Ikea tak sempat nak nak mencuba menu food court sini coz sentiasa ramai orang. Nak mencari meja makan pun susah. Malas aku nak menunggu lama2.
Jadi kali ini barulah berkesempatan agenda makan2 di Ikea. Yang paling aku suka tengok decoration food court yang sangat menarik okey!!
Dari jauh boleh nampak menu2 macam best2 ja... Memang favorite aku dan suami mencuba
menu2 baru. Jadi mesti makan kasi licin....




Tuesday, September 20, 2011

superShock mascara - Avon

Aku pun x ingat bila kalanya beli mascara ni. Member office jual produk Avon aku main beli ja
kalau ada offer. Bab2 makeup2 ni aku x mengira jenama. Macam2 brand aku dah pernah menerai.....
Waktu muda2 dulu memang kemaruk makeup yang berjenama sikit...
terasa tua la pulak sekarang :(
 Sekurang-kurangnya aku dah pernah mencuba dan boleh compare brand yang mana lebih
bugus atau x. Tapi sekarang ni aku dah x kisah jenama apa pun janji sesuai n hasilnya membuat
aku berkata wow!!!...  dah cukup!!!
Masih ada 2 lagi mascara yang belum dibuka2 dari kotak. Biar tersimpan camtu ja menunggu
turn untuk dipakai!!... :) 



Tiba2 nak menerai mascara supershock yang ni pulak. Hasilnya??....lihat sendiri..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


pekat dan panjang!!!
7* / 10*






Sunday, September 18, 2011

sorry were late - free voucher Domino's Pizza









Mood malas nak start kerja esok melanda!!! Malam ni malas keluar rumah jadi dail ja 
1-300-888-333 order dominos pizza delivery. Sebab penghantar lambat dapatlah free voucher 
untuk regular pizza. Bulan lepas dah dapat sekali free voucher ni tapi dah expired betul2 tarikh
hari raya pertama hari tu. Melepas la sebijikkk pizza....ok dinner kami untuk malam ini dominos pizza sahaja..
jemput makan!!




Wednesday, September 14, 2011

JJCM The Manhattan FISH MARKET restaurants, Subang Prade


Grilled Gala Platter for Two












Rasanya raya2 camni naik jelak makan2 ayam n daging. Tiba2 teringin makan makanan laut pulak. Balik kerja terus aku gerak ke sini. Rasanya dan beberapa bulan x makan kat sini jadi ini menu dinner kami.  Lagipun ada barang sikit nak beli di Parkson jadi alang2 ke sini singgah makan sekali.
hhmm...




Saturday, September 10, 2011

rumah terbuka raya Aidilfitri 2011












Alhamdulillah.... buat kali pertamanya aku dan suami dapat membuat jamuan rumah terbuka sempena hari raya di rumah sini. Selalunya time raya buat makan2 di rumah mertua di kampung saja tapi kali ini  Alhamdulillah tahun ni rezeki lebih sikit kami kongsikan dengan kawan2 tempat kerja pulak. Sekali-sekala berbelanja lebih apa salahnya... Menu masakan pilihan kami adalah nasi minyak, ayam masak merah, kurma daging, buah-buahan, sup gear box dan kuih2 saja. Simple saja menu yang dihidang tapi yang penting ramai kawan2 yang dapat hadir jamuan kami ini. Lupa nak diceritakan di sini ketua chef kami pulak di import dari kampung iaitu mak mertuaku sendiri. Sebenarnya dah lama kami ingin buat makan2 begini tapi takut x menang tangan pulak kalau kami berdua ja yang uruskan. En suami kalau bab2 makan sangat2 cerewet pastu bab memasak pun boleh tahan jugak telitinya tapi kalau di gabungkan dengan aku yang kuat berleter ni kalau di satukan mau terbang periuk belanga rumah aku pulak nanti... :) Ada untung dan sebaliknya jugak kalau suami pandai memasak ni.... kalau bab complain ada saja yang tak kena. Jadi dengan bantuan mak mertua dan adik ipar legalah sikit hati aku ni. Takut la jugak kalau2 makanan x cukup atau x sedap. Tapi apa2 pun jamuan berjalan lancar. Lega rasanya semuanya telah selesai.



Sunday, September 4, 2011

anak buah aku



sangat2 bambam betoi


Meh aku nak interprame sikit anak buah aku sendiri yang baru berusia 4 bulan...
Raya ke 4 adik kedua  aku dari Penang datang beraya di SP. Sebelum kerumah  tok kami di Amanjaya mereka singgah dulu rumah keluarga mertua.
X jadilah aku turun Penang tahun ni. Dah mereka datang rumah.




Ni sorang lagi anak adik aku no 3. Anak buah aku berusia 9 bulan dah pun.... dah boleh duduk. Kejap ja membesar bagai johan. Mereka datang time kami buat open house. 
Harap2 selepas ini turn aku pulak la. InsyaAllah
Aku tension sangat2... tertekan, serabut kepala otak semua sekali.
.
.
.
Adik aku yang bongsu pulak...coming soon!!!
cepat2 la sikit!!




Saturday, September 3, 2011

futsal raya 2011







Sepatutnya malam ni pukul 10 malam kami dah nak gerak balik ke Shah Alam. 
Tapi tiba2 semalam sepupu aku call en suami ajak joint main futsal family jadi terpaksalah kami 
pospone dulu ke esok harinya. Lagipun sepupu aku beriya-iya sangat ajak main jadi untuk tidak menghampakan family gathering ni en suami pun joint la jugak lagipun adik perempuannya baru
 sampai dari Terengganu balik beraya jadi kami tak jadilah balik lagi. 
Futsal start pukul 11.30 malam dan habis pkul 1.30 pagi. 
Lepas balik pekena nasi kandar pelita jam besaq..... lega!!





Thursday, September 1, 2011

kenapa susah nak faham!!



Dalam aku bergembira ada jugak kisah duka terpalit dalam diari hidupku untuk raya kali ini. Mungkin silapku sendiri tak pandai menjawab bila ada mulut2 yang perli tentang aku dan suami yang masih berdua. Tapi memikirkan orang lebih tua aku pendamkan saja. Tapi mungkin orang akan nampak macam aku bersikap kurang ajar kerana terus balik tanpa minta izin terlebih dahulu tapi kerana mulut2 meraka la aku bersikap begini. Dah lama aku makan hati dengan orang2 begini dan kerana mereka aku dah malas nak jejak kaki ke rumah mereka lagi... Aku malas nak fikir apa yang mereka rasa... tapi kalau kena dengan batang hidung mereka sendiri baru tau camna rasanya betapa sakitnya hati ini sebenarnya.... tak sensitif langsung. X ada benda lain nak tanya asyik benda yang sama saja...