tambah wang dengan zalora KLIK

Thursday, June 24, 2010

Big Brother Restaurant & Gril, Kota Damansara




char boiled sirlon 
rekemen half cook - puas hati!



grill whole leg chic


XL meatball spagetti


meh tengok XL meatball




Jumbo fresh orange



Tadi kebetulan selepas ambil adik di airport Terminal 3 Subang, kami bertiga singgah makan di restorant favourite en suami. Big Brother restaurant & Grill. Hidangan kami kali ini char boiled sirlon, grill whole leg chic, XL meatball spagetti. Minuman Jumbo fresh orange. Makanan di sini dikenakan service charge 5%.

Rasa makanan di restoran ni memang ada kelainan sikit dan sedap... serius!!! cakap.... x tipu..  ( tapi lain orang lain citarasa) aku dan e. suami memang selalu datang makan kat sini kira macam pelanggan tetap jugak la . Menu aku selalu bertukar2 tapi en suami masih tetap setia dengan XL meatball spagettinya. Lain menu x mau cuba langung!!.. siap suruh tambah extra meatball 2 ketul. 1 ketul RM2  pastu makan la sampai kenyang. Perjalanan untuk ke restaurant ni dari rumah aku cuma 15 minit. Pemilik restoran ni melayu dan kalau nampak brother besar2 n selalu berbaju merah itulah owner dia. Mungkin sebab itulah restaurant ni di panggil Big Brother... tengok tuan la....
Selain makan ikan bakar di Bagan Lalang, restaurant ini juga antara restaurant faverot family aku... kiranya pengunjung tetap la..ni....

Bab2 makan ni en suami memang no. 1....:)
makan cerewet!








Big Brother Restaurant & Grill
No. 3G, 3-1, Jalan 5/20,
Pusat Perdagangan Kota Damasara,
PJU5, 47810, Selangor
Opens: 10am to 11pm
03-6142 7678

Tuesday, June 22, 2010

Broga Hill


menunggu matahari terbit


hari semakin cerah


permandangan dari atas bukit


ramai tul peneman aku


masa untuk berehat dan menikmati hidangan Mc'D..he..he.. bekalan mesti bawa ye..


Sebenarnya kami ke bukit broga ni bulan lepas ... tapi kenangan mendaki bukit ni memang x dpt dilupakan. Aku bertiga ke sana termasuk En hubby n adik. Bagi menunaikan permintaan aku yang pelik, jadi En hubby bawalah aku mendaki ke Bukit Broga, Semenyih. Permintaan aku ni kengkadang mmg pelik2 dan ajaib sikit.. untuk menghilangkan rasa kebosanan jadi aku pilih untuk berSENAM di sini... x percaya kan..mcm la x da tmpat lain nak pergi.... konon2 nk menghilangkan 2kilo lemak dlm badan! ye!! mesti boleh daki punya!!..

Dari rumah aku ke Bukit Broga ni x da la jauh sgt, kira2 1 jam dah smpai di kaki bukit.Punya la ramai org di sana smpaikan nk mencari parking keta pun susah. Rupa-rupanya berduyun-duyun manusia yang nak bersenam bersama aku kt situ. Apa-apa pun terima kasih ye kerana kerana sudi menemani aku dan memberi semangat sepanjang perjalanan walaupun sebenarnya aku mcm nak patah balik ja...penat ooo!! mendaki kat sini.Kami start mendaki dalam keadaan yg masih gelap.. siap ber touch light lagi. 2 jam masa yg aku ambil utk smpai ke atas (walaupun sebenarnya 1 jam dah boleh smpai ke atas sana )tapi mmg puas hati kerana aku dapat habiskan pendakian smpai ke puncak teratas!!!! foohh....!!! letih jgn cerita la.. mcm nk tercabut kaki lutut semua... smpai tercabut tapak kasut aku sekali kt situ.tertinggal tapak kasut tu kat sana buat kenangan... ye...XPDC berjaya....

psstt...Aku ingat lain kali kalau nak mendaki lagi dengan 2 org bodyguard aku ni, nak kena bawa siap2 sellotape!!! nahh!!! nak plaster siap2 mulut 2 org bodyguard aku ni yang bising mcm murai x habis2 membuli aku sepanjang perjalanan... Nasib baik aku x bertukar menjadi "hulk hogen" kat tengah2 bukit tu...aman!!! dunia
YES!!!... misi BERJAYA!

Sunday, June 20, 2010

Chop & Steak Kampung Baru, KL




OK..Menu kami malam ini chicken chop, black papper steak dan air honeydew.
Dulu selalu juga la kami datang ke restorant ni waktu sepupu aku yang keja kt HKL tinggal d Bandar Baru Sentul.Setiap kali jumpa dia mesti ke restorant ni. Kebetulan hari ini aku hantar adik naik bas d Bukit Jalil, terus la makan kat kedai ni. Kaunter bayar restorant ni menarik kerana d letakkan dalam kapal yg di buat khas di tengah2 pintu masuk restorant ala2 'the ship'. Menarik la tempat dia. Harga makanan puas hati, murah. Restorant ni selalu ramai orang sampaikan nak cari tempat duduk pun nak kena menunggu dulu. Aku cuma x berpuas hati dengan tahap kebersihan kedai ni sikit... Aku rasa sesiapa yg pernah ke sana pasti tau apa kekurangan restorant ni. Lagi 1 bab makanan yang di hidangkan pun dah x sedap macam dulu lagi. Semuanya serba express.. rasa makanan pun jadi biasa2 aja..sejuk ... x fresh!!steak keras.. sorry 2 say la tuan kedai.. aku bagi 4*/10* shj. Puas hati kerana harga dan decoration kedai yg menarik. Tapi tak puas hati kerana hidangan tidak fresh dan tempat makan yang tidak bersih!!. SORRY!!!

Wednesday, June 16, 2010

Koleksi MAC cosmetic




Ini antara koleksi barangan MAC yang aku pakai.... MAC jenama yang memang aku puas hati dan sesuai untuk kulit aku. Tapi tang harganya mau ikat perut la sikit bagi aku yang gaji ciput untuk memilikinya :( . Kalau masuk counter MAC memang meroyan sikit.... semuanya teringin tapi bila tengok harganya aku berfikir 2 3 kali untuk memiliki semuanya serentak. Jadi beli sikit2 la dulu. Tapi tak adanya aku pakai ke tempat kerja.... Melaram pun time jenjalan hari minggu or kenduri2 camtu la.... Kalau setakat ke office sekadar BB cream dan  2 way cake brand apa2 pun aku boleh pakai. Muka aku pun bukan jenis sensitif cuma kena cari BB cream yang sesuai untuk kulit muka takut berjerawat. Lagipun time kerja cuci muka untuk solat senang sikit. Tak perlu bermake-up tebal jadi aku pakai makeup biasa2 aja.

1- select 15 foundation
2- strobe cream
3- select sheer/loose powder
4- studio tech powder
5- mineralize skinfinish natural




Tuesday, June 15, 2010

Seafood Bagan Lalang






Kali ini aku mencuba seafood area Bagan Lalang. Dari rumah 1 jam 30minit baru sampai.  Memangla jauh tapi sekali-sekali ubah selera apa salahnya... Sebenarnya ini bukan kali pertama aku ke sini cuma baru teringat nak masukkan menu ni ke dalam blog. Kedai makan yang selalu kami singgah sebelah kiri betul2 depan padang mengadap pantai. Aku kerap ke restaurant ni aja sebab harganya murah dan kalau makan ramai2 lagi berbaloi x la membazir sangat. Ikan, udang, ketam, siput dll pun macam2 saiz ada. Banyak pilihan cuma aku perasan kalau masakkan panas kat sini x berapa nak kick la... biasa2 aja... Orang sanggup datang jauh2 semata2 nak makan seafood ja masakkan panas tu macam side order ja la.......... jadi x da la kecewa sangat...  paling best ikan bakarnya dengan air asam...  peehhh....meleleh air liur sambil menaip entry ni....hhaa...hhaa...pergi la makan...

Sunday, June 13, 2010

Wendy's














bakon & cheese potato


Ini juga salah 1 kedai fastfood kegemaranku .. yang paling menarik sekali bakon and cheese potato... hmm..memang sedap... klau di taruk cheese tu lebih ( minta dia tambah cheese lebih ).. sedap..ooo.. gemuk? biasalah...hantam ja..he.he... Saiz burger dan kentang disini labih besar dari Mc'D.. memang kenyang.




Sunday, June 6, 2010

kek koktain




Bahan-bahan yang di perlukan adalah...
kek oren (dlm gmbar ni kek pandan ye,beli kat Giant yg dh siap) kek oren dah habis
1 tin campuran buah-buhan koktel
tepung kastard
perasa oren sunquick
gula
susu lemak krim

1- ambil kek oren dan susun mengikut saiz pinggan hidang
2- tapiskan air koktail dengan buah berasingan
3- masak air koktail bersama perasa sunquick oren bersama gula
4- Setelah panas taburkan air koktail ke dalam pinggan kek semuanya dan biarkan
5- Seterusnya bancuh tepung kastard bersama sedikit air hingga larut dan gula
kemudian masak susu lemak krim ke dalam bekas berasingan
6- Biarkan beberapa minit sehingga susu panas dan masukkan bancuhan tepung kastard
tadi ke dalam susu lemak krim dan kacau hingga sebati
7- Setelah tepung tadi hampir pekat angkat nak taburkan bancuhan susu lemak krim +
tepung kastard tadi ke atas kek yang di siram air koktail tadi dan ratakan hingga
menutupi kek tadi
8- Akhir sekali taburkan buah koktail yang di asing tadi di atas kek
9- Kemudian sejukkan dalam peti ais. Lepas sejam bolehlah NGAP la....MAKAN!!!!

Untuk lebih menarik dan berwarna warni bolehlah anggur merah bolehlah di potong kecil dan tabur ke atas koktail tadi bersama buah koktail tin untuk kelihatan lebih menyelerakan yuuumm.Senang sangat resepi ni untuk makanan petang or malam pun ok.
Apa lagi ... try la...

Saturday, June 5, 2010

Pulau Perhentian, Terengganu 2010













Sepatutnya percutian kami ini ke Pulau Redang ttpi tukar destinasi last minit ke Pulau Perhentian utk kali ke 2 dan sepatutya percutian ini ramai yang janji nak joint tetapi biasalah macam2 masalah... jadi x perlu nak memaksa or salahkan sesiapa. Cuti tetap on. Cuti dh apply. Flight dh booking awal2 lagi. Jadi kami berempat ja la yg bercuti utk trip ini.

Okay... kami naik firefly turun airport Kuala Terengganu. Sebenarnya kalau nak ke Pulau Perhentian turun airport Kota Bahru ye... lebih dekat ke jeti Kuala Besut. X payah nak membazir2 duit ye... tgok map terlebih dahulu. Pada asalnya nak bermalam rumah adik ipar sebelum bergerak ke esokkannya utk ke pulau. Tapi ada sedikit masalah dan kami x jadi bermalam di rumahnya dan terus bermalam di shallet berhampiran Kuala Besut RM50 shaja. Teksi dari airport Kuala Terengganu ke Kuala Besut RM110.

Keesok paginya kami terus ke jeti dan bergerak dgn boat ke pulau Perhentian Kecil. Kali ini kami bermalam di Shangri-la pula. Cuma yang x bestnya di Shangri-la ni air utk mandi setiap resort mereka campur dengan air masin. Memang ruang bilik lebih kemas dan selesa ttpi 'tang' air mandi ni mereka gunakan air suling + air masin. Mana best mandi guna air masin!!! x boleh oo...Nak mandi air bersih dan minum pun susah( kalau tau awal2 lagi kami dh booking Senja Bay!!! ). Kami dapat special price RM100/night with aircond 3 hari 2 malam utk deluxe suite x trmasuk breakfast. Patut pun MURAH!!! adoii...

Kami makan d mama kichen shj. Gerai ini terletak berhampiran dengan Shangri-la shj, jalan kaki sikit la.... Walaupun disini banyak pelancong asing namun mereka juga menyediakan menu 'goreng' utk yg x suka makanan ala western food kat sini. Harga nya pun boleh diterima akal. x mahal sgt dan x da la murah sgt... biasalah berbaloi juga dengan bahan2 yg mereka taruk... pulau..., mana nk sama dgn harga makanan di darat. Kalau nak makan nasi putih kenalah ambil bot utk ke perkampungan Pulau Perhentian. Harga makanan yang mereka jual jauh lebih murah.

Kalau sesiapa yg berani especially perempuan bolehlah mencuba snorkling. Sebelum mengambil snorkling trip boleh la mencuba peralatan snorkling sendiri. Takut2 nanti turun2 laut tgok kedalaman laut jadi fobia 1 badan. Macam mula2 aku joint trip ni mcm biasala la kena buli dgn en hubby dan adik aku coz x pandai bernafas menggunakan peralatan snorkling ni tambah2 trip yg pertama turun d shark point. Nampak ja baby shark ( jgn sentuh ye ) trus mengeletar 1 badan dgn air bergelora serta kedalaman air laut mmg buatkan aku takut.. dalam oo...!! jgn main2... Life jaket tu kena pakai betul2. Kita akan di bawa ke tmpt ikan berwarna-warni (bawa roti ye), turtle point, coral view (mcm tgok crita national geografi) dan 1 tmpt utk berehat tgok permandangan laut yg cantik.

Selain itu kita juga boleh junggle tracking menyeberangi bukit utk ke Long Beach. Long beach ni pantainya lebih panjang dan boleh berenang sebab x ada coral. Ramai pelancong asing 'berjemur' di situ(saja bagi chance)Kalau nak cuci mata p la...Baget nak ke pulau ini x adalah mahal sgt cuma terdapat beberapa kesilapan yg boleh di elakkan.

Tips cost:
Flight fireflyz pergi n balik RM98/person ( turun Kota Bahru ye )
Teksi dari airport ke Kuala Besut RM30 kot?!!! mungkin lebih murah.. he..he..
Boat pergi n blik pulau RM70/person
Makan2 utk 3 hari 2 malam RM150/person (mama kichent)
Snorkling trip 5 tmpt trmasuk peralatan snorkling RM45 (mama kichent)




Selamat datang ke Jeti Kuala Besut, Terengganu... ada nampak tak tulisan tu?.. nampak? tak nampak? nampak tak... memang tak nampak pun... ini lah hasil seni anak jati orang sana yang sangat bermurah hati menangkap gambar kami berempat untuk kenang-kenangan katanya.. " rugi ooo.. kalau datang Jeti Kuala Besut tak sah kalau tak tangkap signboard jeti ni.. mai2 kamera aku tangkap gambar kolang semua kat sini... wa boleh tangkap gambar punya" katanya.... Memula En hubby takut juga nak bagi kamera kat uncle ni...tgok lain macam ja..silap haribulan dia bawa lari kamera tu kang...hilang mood nak bercuti... tapi atas sikap keconfidenan dan sikap meraikan kami sebagai orang luar di sana jadi kami bagi la dia peluang menunjukkan bakat yang terpendam menggunakan kamera kami tu juga.Dengan sudi dan merelakan dirinya menangkap gambar kami dari kiri version gemok, keding, control macho n comel ala2 salju gitu jadi ini lah hasil kerja seninya... huu..hu.... Jumpa lagi..wa akan ingat cerita ini gambar woo.. Terima Kasih ye uncle.






Ini sebenarnya gambar tahun lepas 2009. Pulau Perhentian








Kami bermalam di Senja Bay. RM75 termasuk breakfast dan bilik aircond. Itu harga tahun lepas la tapi sekarang dah lain. Aku lebih berpuas hati bermalam di sini kerana mereka menggunakan air suling utk setiap resort jadi x da la rambut jadi keras kejung ja mandi air masin!! fuuhh... lega rasanya...

Wednesday, June 2, 2010

Simplysiti




C BRIGHT Simply 5 Cream
Simply Perfect 2 Way Cake
Simply translucent compact powder

Semua wanita suka berhias termasuklah diriku sendiri.....macan iklan tv pulak......Kali ini mencuba barangan dari Dato CT.(stock bedak yg lain tak habis2 lagi) sebab terpengaruh dgn iklan jadi maka TERbeli la 3 barang ni. Tapi bila  mencuba cosmetic ni hasilnya memang puas hati walaupun harganya aku kira mahal la jugak. Lepas pakai C BRIGHT Simply 5 Cream, taruk compact powder utk kesan yang nipis atau 2 way cake untuk effect yang lebih tebal ikut kegemaran masing2 dan  last sekali jangan lupa taruk loose powder untuk kesan yang lebih gebu dan licin. Gunakan brush makeup yang besar untuk ratakan powder. Selain kita mencuba barangan makeup jenama MAC, Kryolan, Maybelline, Farmasi, Avon, Elianto dan lain-lain. Tak salah kita mencuba produk tempatan kan dan yang penting HALAL!