Saturday, June 5, 2010

Pulau Perhentian, Terengganu 2010













Sepatutnya percutian kami ini ke Pulau Redang ttpi tukar destinasi last minit ke Pulau Perhentian utk kali ke 2 dan sepatutya percutian ini ramai yang janji nak joint tetapi biasalah macam2 masalah... jadi x perlu nak memaksa or salahkan sesiapa. Cuti tetap on. Cuti dh apply. Flight dh booking awal2 lagi. Jadi kami berempat ja la yg bercuti utk trip ini.

Okay... kami naik firefly turun airport Kuala Terengganu. Sebenarnya kalau nak ke Pulau Perhentian turun airport Kota Bahru ye... lebih dekat ke jeti Kuala Besut. X payah nak membazir2 duit ye... tgok map terlebih dahulu. Pada asalnya nak bermalam rumah adik ipar sebelum bergerak ke esokkannya utk ke pulau. Tapi ada sedikit masalah dan kami x jadi bermalam di rumahnya dan terus bermalam di shallet berhampiran Kuala Besut RM50 shaja. Teksi dari airport Kuala Terengganu ke Kuala Besut RM110.

Keesok paginya kami terus ke jeti dan bergerak dgn boat ke pulau Perhentian Kecil. Kali ini kami bermalam di Shangri-la pula. Cuma yang x bestnya di Shangri-la ni air utk mandi setiap resort mereka campur dengan air masin. Memang ruang bilik lebih kemas dan selesa ttpi 'tang' air mandi ni mereka gunakan air suling + air masin. Mana best mandi guna air masin!!! x boleh oo...Nak mandi air bersih dan minum pun susah( kalau tau awal2 lagi kami dh booking Senja Bay!!! ). Kami dapat special price RM100/night with aircond 3 hari 2 malam utk deluxe suite x trmasuk breakfast. Patut pun MURAH!!! adoii...

Kami makan d mama kichen shj. Gerai ini terletak berhampiran dengan Shangri-la shj, jalan kaki sikit la.... Walaupun disini banyak pelancong asing namun mereka juga menyediakan menu 'goreng' utk yg x suka makanan ala western food kat sini. Harga nya pun boleh diterima akal. x mahal sgt dan x da la murah sgt... biasalah berbaloi juga dengan bahan2 yg mereka taruk... pulau..., mana nk sama dgn harga makanan di darat. Kalau nak makan nasi putih kenalah ambil bot utk ke perkampungan Pulau Perhentian. Harga makanan yang mereka jual jauh lebih murah.

Kalau sesiapa yg berani especially perempuan bolehlah mencuba snorkling. Sebelum mengambil snorkling trip boleh la mencuba peralatan snorkling sendiri. Takut2 nanti turun2 laut tgok kedalaman laut jadi fobia 1 badan. Macam mula2 aku joint trip ni mcm biasala la kena buli dgn en hubby dan adik aku coz x pandai bernafas menggunakan peralatan snorkling ni tambah2 trip yg pertama turun d shark point. Nampak ja baby shark ( jgn sentuh ye ) trus mengeletar 1 badan dgn air bergelora serta kedalaman air laut mmg buatkan aku takut.. dalam oo...!! jgn main2... Life jaket tu kena pakai betul2. Kita akan di bawa ke tmpt ikan berwarna-warni (bawa roti ye), turtle point, coral view (mcm tgok crita national geografi) dan 1 tmpt utk berehat tgok permandangan laut yg cantik.

Selain itu kita juga boleh junggle tracking menyeberangi bukit utk ke Long Beach. Long beach ni pantainya lebih panjang dan boleh berenang sebab x ada coral. Ramai pelancong asing 'berjemur' di situ(saja bagi chance)Kalau nak cuci mata p la...Baget nak ke pulau ini x adalah mahal sgt cuma terdapat beberapa kesilapan yg boleh di elakkan.

Tips cost:
Flight fireflyz pergi n balik RM98/person ( turun Kota Bahru ye )
Teksi dari airport ke Kuala Besut RM30 kot?!!! mungkin lebih murah.. he..he..
Boat pergi n blik pulau RM70/person
Makan2 utk 3 hari 2 malam RM150/person (mama kichent)
Snorkling trip 5 tmpt trmasuk peralatan snorkling RM45 (mama kichent)




Selamat datang ke Jeti Kuala Besut, Terengganu... ada nampak tak tulisan tu?.. nampak? tak nampak? nampak tak... memang tak nampak pun... ini lah hasil seni anak jati orang sana yang sangat bermurah hati menangkap gambar kami berempat untuk kenang-kenangan katanya.. " rugi ooo.. kalau datang Jeti Kuala Besut tak sah kalau tak tangkap signboard jeti ni.. mai2 kamera aku tangkap gambar kolang semua kat sini... wa boleh tangkap gambar punya" katanya.... Memula En hubby takut juga nak bagi kamera kat uncle ni...tgok lain macam ja..silap haribulan dia bawa lari kamera tu kang...hilang mood nak bercuti... tapi atas sikap keconfidenan dan sikap meraikan kami sebagai orang luar di sana jadi kami bagi la dia peluang menunjukkan bakat yang terpendam menggunakan kamera kami tu juga.Dengan sudi dan merelakan dirinya menangkap gambar kami dari kiri version gemok, keding, control macho n comel ala2 salju gitu jadi ini lah hasil kerja seninya... huu..hu.... Jumpa lagi..wa akan ingat cerita ini gambar woo.. Terima Kasih ye uncle.






Ini sebenarnya gambar tahun lepas 2009. Pulau Perhentian








Kami bermalam di Senja Bay. RM75 termasuk breakfast dan bilik aircond. Itu harga tahun lepas la tapi sekarang dah lain. Aku lebih berpuas hati bermalam di sini kerana mereka menggunakan air suling utk setiap resort jadi x da la rambut jadi keras kejung ja mandi air masin!! fuuhh... lega rasanya...

2 comments:

amirul said...

cantik permandangan sini...

turbinemanlog said...

Memang best cuti kat Perhentian Kecil,saya ke sana pada bulan Mei.

-- > Klik iklan di bawah untuk keterangan lanjut < - -