tambah wang dengan zalora KLIK

Sunday, January 30, 2011

Sunday, January 23, 2011

63 Petua Bahagia



Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan..

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

angin petang - padang kota damansara






Petang ni aku jalan2 ke padang Kota, Damansara. Kami lepak2 sambil tengok kanak2 main kt sana sambil makan laksa dgn cendol... Sini tempat lepak kami berdua kalau boring2 kat rumah.... sambil2 tu leh tgok budak2 kat sini... kalau dulu aku selalu ke tasik Shah Alam. Tapi sekarang dah berubah angin ke sini pulak...Teringin rasanya ingin punyai anak sendiri. Namun bukan rezeki kami berdua lagi. Tak tahulah camna rasanya jika punyai anak sendiri nanti. Aku harap tahun ini akan menjadi tahun bertuah untuk aku dan suami. InsyaAllah... Aku tahu aku dan suamiku sudah bersedia manjadi seorang mama dan papa. Tetapi belum rezeki kami lagi.... apa2 pun kami sanggup menunggu.... 
Kadang-kala terfikir juga nak mengambil anak angkat tapi banyak sangat cakap2 orang membuatkan kami berfikir 2 kali... kadang2 orang x tahu camna kehidupan kami kat sini... sunyinya hanya Allah Taala ja yg tahu... Seronok sebenarnya cari rezeki di negeri orang. Aku dan suami rasa lebih berdikari dan tabah menghadapi bermacam2 kerenah manusia di sini. 
Aku sebenarnya x sabar nak menjaga anak sendiri... aku nak melihat camna baby tu membesar depan mata aku.. camna proses baby merangkak... berjalan...tumbuh gigi... mcm2 la... aku nak tengok sendiri semua benda2 tu depan mata aku dan dengan tangan aku sendiri.. aku x mahu terlepas peluang tu smua.. Akan aku jaga sendiri walau sesusah manapun... Aku x mahu tinggalkannya kat kampung....... aku sanggup bersusah2 sendiri membesarkan baby aku walaucamna sekalipun...

Friday, January 21, 2011

shopping Collogent dan vitamin untuk kesihatan




Hari ini aku ke Guardian beli NH Colla Collagent. Aku ada baca dalam internet tentang cologent ni sesuai untuk kulit kerana kandungan 5000mg collagent. Aku beli dengan harga RM167 dapat 12 botol + 4 botol percuma stock untuk sebulan. Aku tambahkan lagi Vitamin C dgn Multivitamin brand Kordels'. Aku dah nak kena start menjaga kesihatan dan kulit... ya la... umur dah mencecah 30an ni macam2 nak kena prepare untuk kesihatan di masa hadapan. Kalau tak start dari sekarang bila lagi... Aku nak try dulu sebulan vitamin2 yang aku beli ni menampakkan hasil x. Kalau ok bolehlah teruskan maintain saja....




Thursday, January 20, 2011

McDonald's breakfast





McDonald's breakfast menu aku untuk pagi ini. Hari ini aku lepak2 kat McDonald's, Kota Damansara. Saja bual2 kosong dengan suami hari ini. Nak cerita pasal menu kat sini rasa semua orang dah biasa sangat makan.... jadi rasa sendiri ja la....:)

Sunday, January 16, 2011

angin petang - Kelana Jaya







Petang tadi aku dan suami jalan2 ambil angin petang. Saja suka2 ambil gambar sendiri....hhe... nak tangkap gambar sapa lagi... aku ambil gambar suami or suami ambil gambar aku... itu ja yang boleh kami buat... hujung2 bulan camni malas pulak nak p melepak rumah kawan2... jadi kami melepak berdua aja sambil2 tangkap gambar sendiri. Banyak betul perubahan dalam diri aku ni... Gemuk, bulat, debab smua merangkumi sekali...hhaa... semakn sihat aku ni.. InsyaAllah tahun ni aku akan kurangkan berat badan dan aku pun dah x boleh makan ubat macam selalu... kalau tak makin naik berat badan aku ni... kesian pulak kat suami nampak aku besar dari dia pulak... Azam tahun baru ni... kuruskan berat badan...dan kalau aku dapat turunkan berat bawah 10kilo ada hadiah dari suami untukku.... haa.... bolehkah aku?.... macam x yakin ja ni...

Sunday, January 9, 2011

Putrajaya






Lepas balik dari Sendayan, kami bermalam pulak di Putrajaya rumah pon panjang....hhee... jalan2 sungguh kami minggu ni.. lepas makan2 d Johnny steamboat kami berfoto pulak d bangunan Putrajaya. Jurufotonya tentulah suamiku... Inilah hasilnya... ok la tu... baru belajaq.... Tapi nak tangkap gambar si kenik Aleesya ni susah la... asyik gerak2 ja... jual mahai... hhee

Johnny's Steamboat Restaurant - Alamanda, Putrajaya








Kami makan d Johnny Steamboat, Alamanda Putrajaya. Kali ini Pon dgn Rina yang berlanja. Kalau dah orang belanja tu... maknanya rezeki jangan d tolak... kita makan ja...Menu untuk 4 orang RM59.99 tak termasuk air lagi la... Ramai juga orang kat Alamanda ni... kami nak kena tunggu 20minit baru nak dapat meja...jadi.. jom makan!!!...

Kenduri N.9






Sebenarnya kami d jemput makan kenduri rumah kawan suamiku. Kebetulan kawan2 minta tolong tangkap gambar adiknya bertunang jadi kami kenalah gerak ke rumahnya awal sikit. Kebetulan kami berdua tak ada apa2 program dan kami pun bermalam di rumah kawan lamanya di Sendayan. Esoknya kami sama2 gerak ke rumah kenduri bersama. Seronok sebenarnya jalan2 tengok kampung orang... kampung aku pun tengah2 pekan Sg Petani.. tapi aku tak adalah tinggal d kampung tapi kawasan rumah taman. Jadi suasana taman dengan kampung sudah tentu berbeza. Aku pun suka jalan2 kampung orang nak tengok dan merasa sendiri suasana kampung yang sebenarnya.

Friday, January 7, 2011

Sendiri - Kumpulan Slam

Bagaimana
Kan Ku Terima
Sedang Cintaku
Hangat Membara
Kau Titiskan Air Mata

Bukan Mudah
Ku Menghindar
Sebuah Cinta Sekian Lama
Menjanjikan Kesetiaan


Tiada Ku Berpaling
Selain Ku Hanya Menyintai Dirimu
Kerna Di Hati Ini
Hanya Kau Bertakhta

Dapatkah Terus Untuk Ku
Mengharungi Liku
Hidup Ini Tanpa Kau Menemani
Dan Mampukah Aku Melupakan
Saat-Saat Indah Bersama
Mengapakah Kasih
Kau Pula Kini Berubah
Mengharapkan Cinta Pada Dirinya
Apa Relakah Terus Melihat
Diriku Ini Menderita
Kasih

Sendiri Jua Akhirnya
Membuai Rindu Dan
Resah Hatiku Menjadi Sendu
Puas Sudah Ku Memujuknya
Kerna Di Hatiku Menyinta

Merana Aku
Menggenggam Sepi Ini
Yang Semakin Bisa Ku Merana
Apakah Salah Dan Dosa
Hinggakan Diriku Tersiksa

Kesetiaan
Kau Korbankan
Tanpa Belas
Kau Memutuskan
Di Sinilah Cinta Kita
Akhirnya

ronda2





Semalam aku ke Sentul tiba2 teringat kedai makan tom yam. Kedai makan tu berdekatan Taman Dato Senu, Sentul. Ini adalah kali ke 2 aku makan di sini. Paling aku suka tom yam. Memang memenuhi citarasaku... Kemudian singgah ke kedai Cherry Indah, Ampang jumpa sepupuku d sana. Sambil2 tu aku ronda2 pulak kat Bukit Bintang, KL.

Wednesday, January 5, 2011

Pizza Hut




Hari ni balik keja trus ke Pizza Hut Subang 2. Aku dan suami makan awal hari ni... nak diet katanya... kena makan awal la sikit... makan cheese di kira diet ka? hhmmm... ya la tu... tapi aku pun bantai jugak la makan.... kami makan berdua ja.... ambil angin petang sambil sembang2 cerita panas aku kt tempat kerja... ya la... sejak akhir2 ni banyak pulak masalah keja yang aku kena fikir.... pastu tentang office nak kena pindah ke KL pulak... macam2 hal.

diriku

Tentang diriku.....

1) suka mendengar lagu inggeris lama2... sebab selalu terkenangkan saat bahgia bersama arwah kedua ibu bapaku sewaktu kecil2 dulu.
2) suka buat kerja sendiri dan x suka menyuruh orang settlekan keja kita takut ada yang terlepas pandang.
3) seorang yang sensetif dan mudah mengalir air mata walaupun luaranya orang nampak mcm aku kuat dan tabah hadapi liku2 kehidupan.
4) suka buat kerja dalam keadaan relex dan mudah tertekan dan bila buat banyak kerja dalam 1 masa....cepat gelabah
5) warna kegemaran .. dulu pink...pastu tukar ke hitam...skrg tukar ke unggu la..carca merba...hhee
6) menyukai kedamaian.. suka bercuti bersama suami.... x suka hingaq2...pening!!!!
7)seorang yang susah mesra bila bercakap dengan orang yang tak begitu kenal...muka x suka tu nampak sangat dan x leh nak cover2... dah kenal... orang lak pening... cakap x berhenti....hoo..
8) seorang yang sukakan handbag.. naik supermarket kena pergi tengok handbag... smpai puas hati baru leh balik....hhee...cuci mata dulu...ceria hidup. cuba la...hhee
9) seorang yang sukakan alat kosmetic.... banyak brand pernah ku tenyeh kat muka ni....
10) aku dan suami punyai hobi yang sama suka mencuba masakan.... jalan2 cari makan....
11) x suka orang yang lebih muda bersikap kurang ajaq dgn org yang lebih tua.... mahupun adik-beradik...
12) cepat terasa bila orang tak nampak kewujudan aku di dunia ni tapi buat2 ok ja...
13)bila dapat beli sesuatu yang mahal selalu teringatkan zaman susah dulu... usaha, sabar dan berdikari... itu yang aku dapat.
14) selalu teringatkan zaman jatuh bangun keluargaku suatu ketika dulu......
15) kalau jalan depan bangunan parlimen selalu teringat ketika datang ke KL dengan kedua orang tuaku dan time tu juga aku pernah simpan niat 1 hari nanti aku akan kerja kat KL....

Tuesday, January 4, 2011

PETUA 8P USTAZAH SITI NURBAHYAH

P E T U A 8P USTAZAH S I T I N U R B A H Y A H

1.PUJI - S etiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2.PELUK - P asangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3.PENGHARGAAN - A malan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4.PERHATIAN - M esti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5.PERSEFAHAMAN - M emerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6.PERGAULAN - P asangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7.PERCUTIAN - P erlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8.PERMOHONAN - D oa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Susu EnfaMamaA+








Hari ini aku lunch di Giant , Shah Alam. Sebenarnya aku nak beli susu untuk ibu mengandung di sana. Raya hari tu aku ada pergi mengurut di SP. Makcik yang mengurut tu menyuruh aku minum susu untuk ibu-ibu mengandung. Lepas aku telik2 akhirnya aku mengambul susu brand EnfaMama. Lagipun propoter yang jual susu ni ada cakap yang susu ini tidak mengemukkan dan sesuai juga untuk wanita yang plan nak mengandung. Jadi aku pun beli la perisa coklat. Sedap juga susu ni tetapi aku harap sangat2 susu ini tidak mengemukkan. Ini adalah ikhtiar aku untuk tahun baru.





Monday, January 3, 2011

Memperoleh Zuriat

Doa Mohon Anak

1. Surah Ali-‘Imran: ayat 38

[38] Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

2. Surah Al-A’raaf: ayat 189

[189] Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.

3. Surah Al-Anbiaa’: ayat 89

[89] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.

Wallahu a'lam.




Amalan untuk Memperoleh Zuriat


Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita.

Yang paling penting, mulakan doa dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Rasulullah SAW. Begitu juga semasa menutup bacaan doa.

Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh

* Baca Bismillah 1x
* Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
* Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
* Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. [Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."]
* Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x

2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil.

Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" [Allah Yang Maha Memiliki Keagungan] sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" [Yang Tiada Permulaan ada-Nya] 333x setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

Wallahu a'lam.



Amalan untuk Memperoleh Zuriat


[1] Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir" semasa 'bersama'. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.

[2] Semasa 'pancutan', niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau isteri atau kedua-duanya amalkan.

Wallahu a'lam.


sumber dari http://sofira.blogspot.com





Tips Mengasihi Suami

17 Tips Mengasihi Suami

Tidak kira sebesar mana pangkat atau gaji anda sekali pun, tugas sebagai isteri sejati tidak boleh diketepikan. Salah satu peranan isteri ialah untuk mengasihi suaminya dengan jujur, ikhlas dan sepenuh hati.

Panduan berikut mungkin boleh membantu anda para isteri untuk lebih mengasihi suami masing-masing.

1. Sebagai seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna. Selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah.

Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting; pertama, keperluan batin suaminya dan kedua keperluan fizikalnya termasuk makan dan minum.

3. Berusahalah untuk membantu suami anda terutamanya apabila suami sedang dilanda masalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja. Bersama-samalah merancang masa depan. Rujuklah kepada suami di dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda terhadap suami. Ia patut dilakukan setiap hari walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan menganggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya apabila sedang berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan daripada suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempurna perbuatannya, jauhilah daripada berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkan suami anda berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda. Gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang. Lagipun anak anda adalah anaknya juga.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, pakailah pakaian yang mengghairahkan, wangi-wangian dan berselimutlah bersama. Ciumlah dengan ciuman yang hangat iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Apabila anda tidur, sentiasalah menghadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya, minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda. Anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk melakukan hubungan kelamin dengan anda, layanilah dia dengan baik walau bagaimana sibuk dan letihnya anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca daripada isteri yang kurang faham dengan keperluan seks suaminya. Kurangnya layanan dan terlalu banyak alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, tidak salah jika anda yang memulakan pelawaan untuk melakukan hubungan seks. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan seks. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda melakukan hubungan seks dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasakan bahawa dirinya tidak dihargai sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu adalah jalinan kasih dua jiwa yang menzahirkan cinta, kasih dan sayang.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan berilah harapan agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan sahaja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan kelak, anda akan menemui suami anda di Syurga.

Wallahu'alam.

Tips Mengekalkan Kasih Sayang suami isteri

Tips Mengekalkan Kasih Sayang suami isteri

Berikut adalah tips untuk mengekalkan kasih sayang di antara suami isteri.

Juga boleh digunakan jika salah seorang pasangan (suami atau isteri) didapati mula rasa tawar hati sehingga kekadang menimbulkan krisis dalam rumahtangga.
• Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 3x dan setiap kali sampai pada ayat "Ar-rahmanirrahim" ulang 3x dan tiup pada muka pasangan.
• Selepas itu, sambung dengan Surah Ali Imran ayat 31 "Qul in kuntum tuhibbuu nallaha fattabi 'uuni yuhbib kumullah". Baca ayat ini 3x dan ditiup pada muka pasangan.
• Waktu membaca dan meniupnya ke muka pasangan ialah ketika pasangan sedang tidur.
• Insya-Allah kasih sayang suami isteri akan bertaut semula dan bertambah teguh.

Wallahu a'lam



10 Tips Kekalkan Kasih Sayang Suami Isteri

1. Kenali latar belakang pasangan. Tahu kegemaran dan kebencian pasangan masing-masing.

2. Faham minat pasangan dan sabar dengan minat masing-masing.

3. Saling memberi hadiah dan puji-pujian. Tetapi jangan terlalu kerap, kerana terlalu kerap akan menjadikan pasangan muak. Puji sekali-sekala lebih manis dan mengeratkan hubungan.

4. Jangan marah atau malukan pasangan di hadapan orang lain terutamanya keluarga atau anak-anak kerana pasangan juga ada maruah. Marah atau tegur ketika pasangan berada dalam keadaan yang tenang.

5. Lebih banyak memuji daripada mengeji. Sering bertanya khabar walaupun sekadar menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS). Kerap berlaku kita lebih rajin bertanya khabar rakan-rakan berbanding pasangan sendiri.

6. Bekerjasama dalam mengendalikan kerja di rumah.

7. Wujudkan suasana kediaman yang boleh menyemarakkan kasih sayang dan ketenteraman.

8. Saling mengingati tarikh-tarikh istimewa pasangan seperti harijadi dan ulang tahun perkahwinan.

9. Tidak salah menyimpan kad dan surat cinta lama daripada pasangan walaupun sudah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga. Sesekali elok dibaca semula untuk mengembalikan kenangan manis dan memperbaharui cinta yang kian pudar. Anggap isteri/suami sebagai yang tercantik dan paling kacak dalam dunia.

10. Selalu berdoa agar perkahwinan bertahan dan kebahagiaan berkekalan.

Wallahu'alam.



Klik sini

Kenali Lelaki di sisi Anda

Kenali Lelaki di sisi Anda
Untungnya kalau kenal lelaki oleh DR. HM TUAH

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya. Boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya atau boleh jadi beberapa karenah anda yang menjadi penyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan. Berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau. Ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah. Sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih.

Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda. Kalau reda pun, mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.

Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya.

Anda kelam-kabut. Maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran. Berbeza wanita, biasanya cukup risau dalam keadaan demikian.

Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian. Sebab semulajadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda yang suka dan berasa tenang bersama keluarga.

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH SWT. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita. Agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan dan lengkap melengkapi.

Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan. Sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

Maka itu, usah hairan. Terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutirpun airmata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan.

Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini. Lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.

Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua. Maka, gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa.

Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya. Itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter, bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter. Hamburkan semua yang menekan kepala.

Cuma, mohon berleter di dalam bilik yang tertutup. Sebab kucing pun pening dengan leteran anda. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri.

Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Wallahu a'lam.

Doa Rajin Solat

Doa Rajin Solat

Surah Ibrahim: Ayat 40-43

[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

**************************************************

Dari Dr Fadhilah Kamsah. Kalau nak jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.

Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40

"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Wallahu a'lam.

doa pengikat kasih sayang

[Surah Al-Ghaafir: ayat 60]

Antara doa pengikat kasih sayang yang baik diamalkan ialah:

"Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan."

Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja.

Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar.

Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.