Monday, January 3, 2011

Tips Mengasihi Suami

17 Tips Mengasihi Suami

Tidak kira sebesar mana pangkat atau gaji anda sekali pun, tugas sebagai isteri sejati tidak boleh diketepikan. Salah satu peranan isteri ialah untuk mengasihi suaminya dengan jujur, ikhlas dan sepenuh hati.

Panduan berikut mungkin boleh membantu anda para isteri untuk lebih mengasihi suami masing-masing.

1. Sebagai seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna. Selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah.

Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting; pertama, keperluan batin suaminya dan kedua keperluan fizikalnya termasuk makan dan minum.

3. Berusahalah untuk membantu suami anda terutamanya apabila suami sedang dilanda masalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja. Bersama-samalah merancang masa depan. Rujuklah kepada suami di dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda terhadap suami. Ia patut dilakukan setiap hari walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan menganggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya apabila sedang berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan daripada suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempurna perbuatannya, jauhilah daripada berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkan suami anda berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda. Gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang. Lagipun anak anda adalah anaknya juga.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, pakailah pakaian yang mengghairahkan, wangi-wangian dan berselimutlah bersama. Ciumlah dengan ciuman yang hangat iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Apabila anda tidur, sentiasalah menghadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya, minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda. Anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk melakukan hubungan kelamin dengan anda, layanilah dia dengan baik walau bagaimana sibuk dan letihnya anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca daripada isteri yang kurang faham dengan keperluan seks suaminya. Kurangnya layanan dan terlalu banyak alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, tidak salah jika anda yang memulakan pelawaan untuk melakukan hubungan seks. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan seks. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda melakukan hubungan seks dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasakan bahawa dirinya tidak dihargai sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu adalah jalinan kasih dua jiwa yang menzahirkan cinta, kasih dan sayang.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan berilah harapan agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan sahaja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan kelak, anda akan menemui suami anda di Syurga.

Wallahu'alam.

No comments:

-- > Klik iklan di bawah untuk keterangan lanjut < - -