Hari ni aku tak sihat. Dah 2 hari aku demam. Sebenarnya plan nk ambil MC tapi memandangkan rumah tak ada sesiapa baik aku datang kerja dari tidur membesarkan badan yang memang besaq!!!. Tak apa.. kerja lagi bagus dari aku dok rumah n terkenangkan benda2 yang mengganggu fikiranku ini. Hubby pun out station ke Miri. Semalam bertolak dan hari Sabtu nanti balik la. Nak buat camna, atas urusan kerja mana boleh tolak. Lagipun ini adalah kali pertama hubby ke Miri. Jadi dia tersangatlah excited. X apa.. Biarkan. Sekali-sekali berenggang pun elok juga. He..He.. Cuma setiap kali hubby out station macam2 penyakit la nak hinggap time2 ni. Jadi terpaksalah pergi klinik sendiri. Eleh... manja... Korang apa tau!!.
Tambahan pula petang selalu hujan. Lebat pulak tu. Bertambah teruk la demam dan sakit kepala aku ni. Kilat jangan cerita la... terasa macam nak flash ja atas bumbung keta ni. Ganas2 kilat kt sini.. garang!!.. hehee. Sampaikan masa drive tak nampak keta yang di depan aku tu. Jadi bertambah2 jem la laluan aku nk balik rumah. Tapi nak buat camna... dah biasa. Inilah rutin harian aku di sini. Kerja, rumah. Kerja n rumah. Mana ada masa nk bersosial pun. Kawan pun tak ramai kt sini. Kawan2 aku semuanya di kampung. SMS dan berFB ja la kerja aku dengan mereka. Tak ada lah terasa sunyi sangat. Ada juga kawan untuk bersembang time2 hubby out station ni.
Sakit hati?.. sakit hati aku pun dah mula reda. Aku pun malas sangat nk fikir benda2 yang lepas. Kalau di fikir-fikirkan memang la terasa sangat diri ni macam dipergunakan tapi bila kepala otak dah reda dan angin amarah aku pun kian hilang aku mula terfikir biar la aku diamkan diri aja. Susah kalau nak cakap dengan orang yang suka bermuka-muka untuk menagih simpati. Cukup untuk sesiapa aja yang tahu kisah sebenar yang terjadi. Yang tak tahu biar la mereka terus berteka-teki dan membuat andaian sendiri. Buat apa nak kenang benda2 yang lepas. Lagi di kenang lagi sakit hati ini. Selama ini pun aku duduk merantau mana ada orang ambil kisah tentang hal aku. Tak ada sesiapa pun ambil peduli dan tak ada siapa yang bertanya. Pandai2 la aku n suami mencorak kehidupan kami sendiri disini. Biar la masa berlalu. Lama-lama elok la tu. Buat apa fikir kata orang.. Thing positif!!
tambah wang dengan zalora KLIK
Wednesday, July 21, 2010
Monday, July 12, 2010
I-City - Sec 7, Shah Alam




Hari Sabtu lepas aku ke I-City di Sec 7, Shah Alam. Terletak hadapan pintu masuk UITM, Shah Alam. Di sini mcm2 jenis lampu di buat ala2 pokok, haiwan dan bangunan. Cantik tempat ni dgn hiasan lampu berwarna-warni. Buat sesiapa yg suka bergambar bolehla ke sini. Parking kereta dikenakan sebanyak RM2. Cuma kena dtg awal sikit kerana susah nak cari parking klau x kena jalan jauh la sikit. I-City ni dibuka hujung tahun lepas lagi tapi aku baru berkesempatan ke sana. X adalah jauh sgt dari rumah aku ni... 30 minit smpai la. hmmmm...mm...ketinggalan tul aku ni..!!
Labels:
aktiviti
Friday, July 9, 2010
fikir2
Hari ini aku serabut sangat kepala memikirkan tentang keputusan aku untuk berhenti kerja atau tidak. Aku terlalu sakit hati dan geram kerana ada manusia yang tidak berpuashati dengan tahap prestasi kerja aku disini. Apa saja yang aku lakukan buruk saja dimatanya. Ada saja cakap2 belakang tentang aku dan ada saja yang tak betul dan dia sentiasa betul.
Aku rasa sepanjang aku kerja disini banyak sangat rahsia yang ku simpan disini dan aku rasa kalau ku ceritakan segalanya rahsia ini tentu ada yang akan bermasam muka dengan aku nanti. Aku kadang-kadang hairan manusia ni sesama sendiri sanggup tikam dari belakang. Di depan aku baik2 belaka. Di belakang aku ada saja yang di canang satu office tentang keburukkan aku. Aku tak cukup baik lagi ka kerja di sini. Setahu aku sepanjang aku kerja disini tak pernah sekalipun aku mengadu kat pihak atasan yang aku tak puas hati dengan seseorang. Semua ku pendam sendiri. Dalam hatiku terlalu banyak ketidapuasan yang kusimpan hingga tak tertanggung lagi. Aku sebenarnya tak ada masalah nak bekerja disini lagi. Cuma aku sakit hati dengan manusia yang secara terang2 menunjukkan sikap tak puas hati kepadaku dan suka sangat mencari kesalahanku. Aku kalau nak cerita tentang keburukkannya terlalu banyak cuma aku tak reti nak bersikap bermuka-muka. Mungkin dia ingat aku tak tahu apa yang dicanangkan kepada orang. Orang lain pun nampak semua ni. Aku tak perlu nak korek2 rahsia tapi orang lain juga akan menyampaikan balik balik apa saja yang dia katakan. Aku tahu ramai yang berpihak kepadaku.
Tapi apakan daya... dia tak tahu semua tu.....
Aku ada berbincang hal berhenti kerja ni dan nak cari kerja lain dengan suami. Suami ikut saja apa keputusan yang aku rasa terbaik dalam hidupku. Aku bekerja untuk kepuasan diriku sendiri. Aku suka memiliki sesuatu barang yang kuingini dengan duitku sendiri. Aku boleh membuat keputusan dan tak perlu meminta bantuan suami. Aku tahu mungkin aku seorang yang kuat bershopping sebab itu aku tak ada keyakinan nak berhenti kerja dalam masa terdekat. Tetapi faktor umurku ini ada lagi ka company lain nak mengambilku bekerja?.... aku risau bila aku sudah membuat keputusan lain pulak yang terjadi.....
Aku buntu memikirkan masalah ini. Suamiku pun tak kisah kalau aku nak berhenti kerja sekalipun. Tapi aku bukannya seorang yang sentiasa boleh duduk rumah. Aku selesa bekerja. Aku belum bersedia berhenti kerja lagi. Tambah2 aku belum dikurniakan zuriat tentu buat aku serabut kepala kalau aku duduk di rumah sahaja tanpa bekerja.
Tuesday, July 6, 2010
Gulai Kepala Ikan seludu/mayong
gulai kepala ikan seludu/mayong
meh tgok dekat2 sikit...
Bahan-bahan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Daun kari
minyak masak
kelapa separuh (2 bekas)santan pekat campur dgn asam jawa, cair campur rempah ikan
rempah ikan babas 2 bungkus
3/4 sudu kecil herba campur
asam jawa
tomato
bendi
garam
kepala ikan mayong/seludu (cuci dgn air asam jawa)
Cara-caranya
1- Tumis bawang merah, bawang putih, bersama daun kari dan herba campur
2- Sehingga garing masukkan santan cair bersama rempah tadi
3- Masak sehingga pecah minyak dan masukkan ikan
4- Biarkan 2-3 minit masukkan pula ikan
5- Kemudian masukkan santan pekat sehingga mendidih
6- Akhir sekali masukkan garam, bendi dan tomato
7 Tunggu hingga mendidih dan siap dihidang
Menu ini di masak oleh hubby aku... ye... betul.. dia mmg pandai memasak.. tak tipu.. dia mmg pandai masak gulai ikan.. mmg sedap... ramai yang memuji masakkannya.. Ini menu kegemarannya sejak kecil lagi.. x heran la dia terror masak gulai ni.. cuma dia x ceritakan kat orang yg dia pandai memasak.. tapi complain pun pandai juga.. bab2 makan ni dia mmg memilih dan sangattt... cerewet..jadi jangan tanya kenapa aku ni bertambah tembun ye.. sememang dia adalah ketua chef di rumah. :) ketua juri, ketua memasak, ketua kutuk, ketua complain, ketua makan ketua segala-galanya lah...he.. tapi mmg dia boleh memasak. Tapi masakan tradisional ja.. dan aku pun x kurang hebat juga... aku boleh masak juga.. alah.. sekarang ni resepi dalam internet macam2 ada..boleh belajar.. tapi yg aku pandai sekali adalah... pandai makan!! he....
pss..org utara panggil gulai aka curry
Labels:
masakan
Friday, July 2, 2010
diskriminasi
Apa itu diskriminasi... membeza-bezakan dengan yang lain, membanding-banding, di tindas, di asing, pilih kasih, pilih bulu, pilih kulit, ikan bilis. Macam ni la dunia... Diskriminasi antara adik-beradik, family, tempat kerja, kawan-kawan dan lain2 Di mana2 pun kita akan lihat ragam manusia penuh dengan hipokrit dan lakonan semata-mata sampaikan ada yang sanggup tikam belakang baik family ataupun kawan sendiri.
Siapa paling kaya di puji-puji, siapa paling hebat di bangga-bangga, siapa paling cerdik di banding-banding malah siapa yang berpendidikan lebih tinggi mesti di sanjung. Walau apa pun,kita adalah manusia dan tiada apa yang beza.
Diskriminasi di tempat kerja...siapa paling pandai bodek akan di berikan keistimewaan. Di beri kerja, gaji, benefit semuanya kena ikut betapa kuatnya kipas yang kita pakai... 1 hos power, 2 hos power atau x pernah pakai langsung talian hayat tu.. Korang pilih yang mana... Seingat aku la... aku x pernah guna langsung talian hayat ni... aku x suka bodek dan aku juga x suka orang bodek aku... camna ye... tapi biasa la ... cuma follow n follow... aku tak pernah bersuara tapi kalau aku bersuara takut pulak yang kena tembak nanti. Terlalu banyak rahsia ketidakpuashatian tersimpan dan jangan sampai terkeluar dari mulut aku kerana tak mahu mengeruhkan keadaan atau bersifat perkauman..
Diskriminasi dalam keluarga... siapa lebih pandai di pandang tinggi, siapa pakai keta lebih besar, siapa keja paling hebat, siapa rumah paling besar, anak siapa paling ramai..macam2lah orang akan buat perbandingan. Baik family mahupun saudara-mara sendiri. Aku pun heran kenapa perlu adanya diskriminasi dalam family. sedangkan kami sudah berikan yang terbaik tetapi orang akan sentiasa akan nampak kekurangan kami berdua untuk dibanding-banding. Aku teringat ketika aku dan suami sama2 merantau dalam keadaan yang sangat susah dan muda ketika itu...tidak ada yang pernah hulurkan bantuan dan tiada ada yang pernah bertanya khabar. Tapi aku tak pernah nak mengungkit atau bertekak pasal hal yang telah lama berlalu tetapi cukup la kalau ada yang bertanya khabar ketika itu... semasa suamiku berkursus selama 1 tahun setengah dan aku ditinggalkan kesorangan dan ketika itu juga hidup aku dalam keadaan tertekan dan tiada siapa pun pernah bertanya macamana kehidupan aku disini malah tak ada siapa pun pernah datang menjengukku..... ahh.. sungguh perit untukku kenang setiap apa yang berlaku. Aku bagaikan hidup sorang2...aku memang sedih di layan begini. Tapi aku pendam juga ketidakpuas hatian aku ini. Aku tanggung semuanya sendiri. Kenapa kami disisih dan kenapa kami di beza-bezakan. Kenapa kehadiran kami seperti tidak diperlukan, Kenapa tiada siapa yang peduli perasaan kami. Bukannya kami tak sedar perbezaan itu cuma tidak terluah dan tersimpan dalam hati. Kami berdua tak pernah menyusahkan sesiapa dan kami berdua betul2 berdikari sendiri. Segala susah senang kami kutip bersama sebagai pengalaman hidup kami di sini. Ku simpan semuanya dihati. Walaupun pengalaman itu perit untuk dikenang tetapi kami bersyukur kerana berkat kesabaran kami berdua, kami dimurahkan rezeki disini. Aku pun tak mahu merunsingkan kepala aku memikirkan benda2 remah camni. Cuma kami nak orang2 yang memperkatakan pasal kami sedar apa yang mereka lakukan selama ini adalah tidak adil untuk kami berdua.
Labels:
coretan
Thursday, July 1, 2010
Secret Receipe
lasagne beef
rice satay
grill blackpapper chicken
Secret Receipe
Malam ni aku ke Giant, Kota Damansara. Biasalah time gaji beli barang dapur. Balik trus singgah makan di Secret Receipe. Menu favourite aku lasagne beef n fruity mix yougart, hubby pulak fried rice satay n ice lemon tea dan adik grill blackpapper chicken n fros lemon tea.
Selalunya menu ni yg selalu aku makan. Utk hubby n adik mereka suka bertukar menu lain-lain... suka mencuba sesuatu yg baru... Chicken carypuf pun antara menu favourite kami. Tapi malam ni curypuf dh habis. Jadi ni ja la menu kami.
Yeahh... jom makan!!
Labels:
jalan2 cari makan
Subscribe to:
Posts (Atom)