Hari ini aku serabut sangat kepala memikirkan tentang keputusan aku untuk berhenti kerja atau tidak. Aku terlalu sakit hati dan geram kerana ada manusia yang tidak berpuashati dengan tahap prestasi kerja aku disini. Apa saja yang aku lakukan buruk saja dimatanya. Ada saja cakap2 belakang tentang aku dan ada saja yang tak betul dan dia sentiasa betul.
Aku rasa sepanjang aku kerja disini banyak sangat rahsia yang ku simpan disini dan aku rasa kalau ku ceritakan segalanya rahsia ini tentu ada yang akan bermasam muka dengan aku nanti. Aku kadang-kadang hairan manusia ni sesama sendiri sanggup tikam dari belakang. Di depan aku baik2 belaka. Di belakang aku ada saja yang di canang satu office tentang keburukkan aku. Aku tak cukup baik lagi ka kerja di sini. Setahu aku sepanjang aku kerja disini tak pernah sekalipun aku mengadu kat pihak atasan yang aku tak puas hati dengan seseorang. Semua ku pendam sendiri. Dalam hatiku terlalu banyak ketidapuasan yang kusimpan hingga tak tertanggung lagi. Aku sebenarnya tak ada masalah nak bekerja disini lagi. Cuma aku sakit hati dengan manusia yang secara terang2 menunjukkan sikap tak puas hati kepadaku dan suka sangat mencari kesalahanku. Aku kalau nak cerita tentang keburukkannya terlalu banyak cuma aku tak reti nak bersikap bermuka-muka. Mungkin dia ingat aku tak tahu apa yang dicanangkan kepada orang. Orang lain pun nampak semua ni. Aku tak perlu nak korek2 rahsia tapi orang lain juga akan menyampaikan balik balik apa saja yang dia katakan. Aku tahu ramai yang berpihak kepadaku.
Tapi apakan daya... dia tak tahu semua tu.....
Aku ada berbincang hal berhenti kerja ni dan nak cari kerja lain dengan suami. Suami ikut saja apa keputusan yang aku rasa terbaik dalam hidupku. Aku bekerja untuk kepuasan diriku sendiri. Aku suka memiliki sesuatu barang yang kuingini dengan duitku sendiri. Aku boleh membuat keputusan dan tak perlu meminta bantuan suami. Aku tahu mungkin aku seorang yang kuat bershopping sebab itu aku tak ada keyakinan nak berhenti kerja dalam masa terdekat. Tetapi faktor umurku ini ada lagi ka company lain nak mengambilku bekerja?.... aku risau bila aku sudah membuat keputusan lain pulak yang terjadi.....
Aku buntu memikirkan masalah ini. Suamiku pun tak kisah kalau aku nak berhenti kerja sekalipun. Tapi aku bukannya seorang yang sentiasa boleh duduk rumah. Aku selesa bekerja. Aku belum bersedia berhenti kerja lagi. Tambah2 aku belum dikurniakan zuriat tentu buat aku serabut kepala kalau aku duduk di rumah sahaja tanpa bekerja.
No comments:
Post a Comment