tambah wang dengan zalora KLIK
Showing posts with label kenkawan gathering. Show all posts
Showing posts with label kenkawan gathering. Show all posts

Friday, April 4, 2014

sempat berdating di Taman Jubli Perak bersama sahabat

Balik kampung kali ini berkesempatan meluangkan waktu bersama sahabat2 yang Dela kenal dari sekolah rendah.... sudah lama plan nak jumpa begini... balik  haritu plan apa yang patut dan alhamdulillah... semua free dan dapat jugak kami berjumpa :)





Sunday, December 22, 2013

bawa tetamu jalan2 KL









Tak sangka menerima kunjungan tetamu dari kampung. Kami berkawan sejak dari sekolah rendah sampai la sekarang. Pernah gaduh baik.. gaduh baik... cam biasa... asam garam kehidupan. Tutup buku lama dan buka buku baru... aku menerima kunjungan mereka dengan tangan terbuka dan sangat2 gembira. Bila kita tanya dalam diri kita.... kawan sewaktu sekolah dan kawan di tempat kerja.. aku kira .. kawan sekolah yang lebih memahami diri kita dan ikhlas berkawan. Kawan di tempat kerja hanyalah di waktu kerja... habis kerja kita terputus hubungan begitu sahaja. 
Kali ke 2 mereka sampai rumah Dela... Alhamdulillah..ada juga sahabat2 lama sudi singgah ke rumah... sebelum ini kami menerima kunjungan bapak mertua dan keluarga adik ipar. Sempat la kami bawa mereka jalan2 sekitar KL.

Wednesday, February 1, 2012

poco-poco & dating dengan sahabat2 lama

Balik kampung tempohari berkesempatan bersenam di Taman Jubli Perak. Kami bawa 2 orang anak saudara sekali. Mula2 ingat nak bersenam & jogging  gitu2 aja bawa mereka main2 sini sekali tapi ramai la pulak pakat2 joint poco2 sini jadi kami berempat joint la sekali termasuk en suami. Aku pun first time joint acara poco2 begini. Kalau kat Shah Alam selalu bersenam di tasik aja la........ hhhmmmm setahun 2 & 3 kali adele.... selainnya bersenam dalam mimpi boleh la!!!! 



siap untuk mulakan acara poco2


ramai pulak adik2 kakak2 makcik2 yang joint


adeh!!! bertambah gemuk la diri ini


lelaki dewasa dan sorang budak lelaki 
tengah mengskodeng..... hhheee


Lepas acara poco2 meneman la pulak 2 orang anak buah
aku main permainan sini.


anak2 saudara aku mendapat kawan kembar baru..... comel!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kemudian




kiri Azean dan kanan Ita



Tengahari sahabat lamaku Azean datang rumah mertua. Cuti kali ini baru berkesempatan bertemu lepas raya puasa tahun lepas. Kami berkawan dari zaman sekolah rendah lagi..... Alhamdulillah.... walaupun pernah gaduh baik gaduh baik waktu zaman muda2 dulu  kami saling bertanya khabar berita sampai sekarang. Selalu dia yang akan call aku kalau lama menyepi.... hhheee baik kan sahabat aku ni...... banyak rahsia aku yang dia simpan. Banyak juga kenangan suka duka yang kami kongsi bersama.
Kalau Azean tahu aku balik kampung selalunya dia akan datang rumah mertua bawa aku keluar jalan2.... kawan2 lain.... selalunya kami berdua yang akan ke rumah mereka. Kadang2 terasa la jugak bila balik kampung asyik aku aja yang terjah ke rumah mereka......nak tunggu mereka balas kunjungan aku tak tahulah bila .... :(  ahhh.... lupakan!!! .
 Sepatutnya ada 2 orang lagi sahabat2 yang aku nak jejaki tapi mereka tiada di rumah jadi seterusnya  ke rumah Haida, juga kawan sekolah rendah & menengah di Taman Astana yang baru aja dapat baby baru tapi tak sempat la pulak nak bergambar dengannya. Haida pulak selalu sms aku tanya khabar bila aku diam menyepi...... baik sungguh mereka2 ini. 






Kemudian petang2 sikit lepas makan tengahari di restaurant nasi kandar kami ke rumah kawan kolej aku pulak, Ita. Lama betul tak jumpanya.... Ita pun dah berubah wajah.... ibu beranak 4 la katakan.... Anak2 pun dah besar. Dulu aku pun pernah rapat dengan Ita. Selalu jugak saling kunjung mengunjung ke rumah masing2 waktu aku belum berkahwin. Sekarang ni pun kalau Ita turun KL kalau berkesempatan dia akan singgah rumah. Bila jumpa kawan2 yang beranak ramai terasa cemburu pulak kerana aku belum punyai keluarga yang sempurna. InsyaAllah....  rezeki aku tahun ini pulak siapa tahu......... :)




Klik
SINI

TQ




Tuesday, January 10, 2012

cerita makan-makan di Bagan Lalang

Hari minggu tempohari aku dan suami makan2 di Senandung Malam, Bagan Lalang. Sebelum ni aku pernah ceritakan kedai makan ni terletak sebelah kiri betul2 tepi padang. Sesiapa pernah ke sana mesti tau kedai ni yang mana satu. Kali ini kawan en suami yang belanjakan kami berdua.... mana boleh menolak perlawaan orang yang nak belanja kita kan,  rezeki jangan ditolak. Jadi harus penuhi permintaan dengan hati yang terbuka hhaa......Murah rezeki kawan en suami tu nanti. InsyaAllah.

Lagipun kalau nak makan seafood memang kami akan singgah makan sini saja walaupun jauh dalam 1 jam 15minit dari Shah Alam. Dalam banyak2 kedai makan area sini, restaurant  Senandung Malam aja yang aku akan ulang-pergi sebab harga makanan sini jauh  lebih murah dari kedai2 yang lain. Sini banyak pilihan dan fresh2 lagi, pilih saja mana yang teringin pastu diorang akan masak cuma masakkan ala thai tak berapa nak best sangat di sini.

Nasib la kami semua datang awal sikit kalau tak dah tentu kena beratur panjang. Kalau datang sini hari minggu memang penuh sesak, nak tunggu dapatkan meja pun mau sampai 1-2 jam. Seeloknya call dan reserve meja pun boleh. Kalau tak muka pun tak boleh nak senyum.... boleh kaleh (terbalik) meja2 ......  orang sebelah aku yang kata!!! hhaaaa......






lala masak telur,udang goreng kunyit
tapi tomyam seafood tak best :(


sotong goreng tepung, ketam masak merah
dan kerapu sweet sour


jenahaq bakaq cicah ayaq asam... 
memang best!!



Kalau yang belum sampai sini bolehlah ikut jalan nak ke KLIA, pastu pilih
signboard nak ke Sepang Cold Coast Resort, ikut aja direction ke sana
alah....resort yang bentuk macam pokok kelapa sawit tu.....
(Goldern Palm Tree Resort)
Hotel Seri Malaysia pun dekat2 situ




selera kita kadang2 tak sama dengan orang lain...
tapi cuba dulu baru tahu


Jemput makan

Klik SINI
 :)




Sunday, December 4, 2011

Selamat Hari Lahir Buat Suami





Hari ini besday en suami. Rasa macam nak nyanyi ja depan2 tapi segan la pulak kerana aku tahu en suami mesti terkejut terharu lak nanti kerana dia sememang seorang yang cepat tersentuh aka sensitif benda2 camni bukan seperti isterinya yang kadang-kala macam tak ada perasaan sikit katanya. Aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat suamiku yang sangat aku sayangi semoga diberkati dan dirahmati  Allah s.w.t, di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dikelilingi orang2 yang mengasihi serta menyokong tanpa pernah jemu. Ayg harap abang sentiasa tabah menjalani liku-liku kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran serta sabar memperbaiki kehidupan kita dunia dan akhirat serta tidak alpa dengan tanggungjawab kita kepadaNya juga kedua orang tua abg. Semoga apa yang dihajatkan dimakbulkan Allah swt. Terima kasih yang tidak terhingga atas kasih sayang yang tidak ternilai dan tanggungjawap kepada diri ini dan juga adik2 selepas ketiadaan kedua orang tua kami. Hanya Allah saja mengetahui segala-galanya. Ayg juga berharap ada rezeki untuk kita berdua melalui pengalaman menjadi ibu & ayah suatu hari nanti. Berkat kesabaran kita InsyaAllah akan tiba juga saat itu jika ada rezeki kita berdua.


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v











Kami sambut besday kat karouke. Ini adalah permintaan suami aku sendiri katanya asyik sambut berdua saja dan tahun ni nakkan kelainan dari tahun2 sebelumnya jadi nak ajak kawan2 joint celebrate sekali .....meriah sikit. Setiap tahun asyik berdua dan lakukan benda yang sama pun bosan jugak. Family semua kat kampung. Lagipun kami tak ada saudara terdekat disini, jadi aku ikutkan sahaja permintaanya dan nasib la ada kawan-kawan yang free tak ada apa2 program malam tu. Mereka ni kawan2 tempat kerja merangkap kawan sebilik time dia pergi berkursus di KL tempohari. Memang dia terharu sangat.... mungkin malu kot sebab kawan2 nyanyi lagu besday untuknya. Sayang time tu la kamera aku nak buat hal pun. Apa2 pun terima kasih sangat2 kepada kawan2nya sebab dapat menggembirakan suami aku. Lagipun dekat 2-3 tahun tak masuk tempat2 camni semenjak kazen2 aku dah kahwin. Semua dah bawa haluan masing2. 

















Sunday, August 28, 2011

reunion Z & A Restaurant, Padang Temusu, SP

Kali ini aku joint reunion sek en suami berbuka di Z & A Restaurant, SP, Kedah. Sebenarnya pemilik restaurant ni adalah kawan sekolahnya sendiri. Jadi tahun lepas berbuka puasa di Park Avenue dan tahun ni di restaurant ini pulak.
Tak ramai sangat yang dapat hadir kebetulan hujan lebat dan ada jugak yang cancel last minit. Kesian betul aku tengok bila banyak hidangan yang x habis. Aku dapat rasakan camna perasaan tuan organiser dan tuan kedai ada sedikit rasa terkilan dengan kawan2 yang tak dapat hadir. Tuan kedai terpaksa reserve meja makan untuk kawan2 tapi x ramai pulak yang datang. Ramai jugak pelanggan yang datang untuk berbuka di sini terpaksa pulang saja kerana tiada meja kosong.
Tapi apa pun akitivi makan2 berjalan macam biasa. Aku sebenarnya teringin makan " nasi goreng harimau menangis " yang di katakan famous sangat di sini tapi kali ini tuan kedai masak masakan kampung dan rasa pun sedap2 semuanya....... tekak orang utara la katakan...semestinya sedap2 belaka...Ha3... X pa next time balik kampung kami nak singgah lagi nak merasa menu2 lain di sini...
Bagi aku sesiapa yang ke utara memang patut singgah restaurant ni dan mencuba sendiri masakan di sini. Makanan sedap2 dan  tempat makan pun selesa. Bukan setakat bisness makan2 tapi bisness landskap taman pun sekali di sini.










Monday, August 15, 2011

Village View Restaurant, Bangi

snap 1 gambar ja untuk makanan... 
psstt!! jurufoto getaq perot lapaq








Alhamdulillah... kenyang sesangat aku berbuka malam ini. Minggu ini kami berbuka di Village View restaurant di Bangi. Makan2 kali ini bersama kawan2 sekerja en suami. Dapatlah aku kenal2 wife2 kawan2 en suami yang ada sebelum ini aku sendiri x pernah kenal dan jumpa... Biasa la first time jumpa tentulah kekok sikit.. x pa next time ada perjumpaan begini lagi mungkin lebih mesra sikit... 
Tapi apa-apa pun aku seronok sangat perjumpaan berbuka puasa kali ini ramai yang joint walaupun tinggal jauh kami sanggup berbuka sampai ke Bangi bagi merealisasikan  perjumpaan kali ini. Bukan senang nak organize camni tambah2 cuti hari minggu ramai yang ada program masing2. Memang lain rasanya bila berbuka beramai-ramai ni... best!!!  Cuma en suami ada rasa sedikit terkilan kerana ada kawan-kawannya yang cancel makan2   last minit  apabila makanan dah pun di tempah. Tak mengapa... mungkin mereka punya alasan sendiri tapi yang pasti makanan semua habis licin. 
Menu yang kami order tomyam campur, ayam pandan, telur bungkus, sup tulang, kailan ikan masin, fresh orange dan teh tarik. Rasa masakan panas di sini bagi aku .....boleh makan la jugak... aku pun x tau nak describe camna rasa makanan kat sini sedap atau tidak cuma mungkin time2 bulan puasa ni kualiti masakan tu kurang sikit kot... biasalah customer ramai dan masak pulak banyak dah tentu rasa masakan tak sama dengan hari2 biasa. Tapi apa2 pun makanan tetap habis semua sekali.... :) 




sebelum berbuka posing2 sikit kat luar!!






Thursday, June 2, 2011

Snow Walk, i-City, Shah Alam







Kebetulan kawan lamaku Azean bercuti ke rumah. Aku dan en.suami bawa jalan2 ke I-City, Shah Alam.
Kali ini kami singgah ke Snow Walk, I-City. Tiket untuk dewasa RM25. Tapi jika ada resit parking akan diberi discount sebanyak RM10. Baju sejuk akan diberi percuma cuma kasut, sarung tangan, sarung kepala dan aksesori lain ada dijual dan boleh disewa lain2 harga. Kami masuk pun sekejap sahaja coz bawa baby sekali... nanti deman pulak........
Sebenarnya aku pun baru tahu kat I-City ni ada snow walk. Ketinggallan zaman tul aku ni... Itu pun kawan aku Azean yang beriya2 nak masuk situ.. kalau x aku pun x tau kewujudan snow walk ni...hhaa.... aku ingat I-City  ada lampu warna-warni ja......haa...haa..

Wednesday, February 9, 2011

lepak RFC. Laguna






7.2.2011 aku dan kawan2 Azean, Liana n Yus berjumpa d RFC, Laguna, SP. Saja lepak2 n gosip2 cerita2 lama. Dah lama aku x jumpa kawan2 aku. Jadi ni la masanya kami bertanya khabar kawan2. Alhamdulillah semua sihat2 lagi cuma aku ja bertambah sihat. X pa aku pun tengah ada planing besar tahun ni... jadi usaha nak kuruskan badan tu x boleh nak buat lagi. Aku buat yang mana lebih penting dulu.