tambah wang dengan zalora KLIK
Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, November 16, 2017

birthday Nur Ameera Damia yang ke 5 tahun


Sudah 5 tahun usia anak mama.. Mama doakan kakak panjang umur, diberi kesihatan yang baik, menjadi anak yang mendengar kata, anak yang bijak, anak yang solehah, sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat. Amin..

Jauh lagi perjalanan anak mama ni.. mama sentiasa mendoakan agar mama dan abah dipanjang kan usia dan kesihatan yang baik untuk membesarkan anak2 mama. 


adik pun nak interprame jugak.. :)



Happy Besday Nur Ameera Damia



Monday, November 17, 2014

anak mama sudah 2 tahun




 x sabar dah anak mama nak rasmi kek ye


 mama pun x sabar nak makan 


sayang mama

jalan2 KLCC jap.. 



Alhamdulillah... 16.11.14....pejam celik.. pejam celik anak kesayangan mama ni dah pun 2 tahun Sekejap ja masa berlalu. Dialah penghibur hati mama dan abah yang dulunya hidup kami sunyi. Sekarang dengan kehadiran anak mama ni menyerikan hidup kami. Penantian yang sungguh lama namun mama bersyukur semuanya telah berakhir. 
Mama doakan anak mama membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain... diberi kesihatan yang baik, mendengar kata, bijak, menghormati orang tua, dapat membahagiakan kedua orang tua serta menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat...amin

psstt... doakan Nur Ameera Damia cepat dapat adik...
amin




Wednesday, October 29, 2014

JJCM di Ayers Rock Butcher and Grill, Bukit Jelutong




bersungguh anak mama makan


menu mama... yg ni sedap


Menu anak mama + mama :)
pun sedap 


steak menu abah ... sos tak kena selera lak

hari2 tengok frozen... naik jemu mama :(


Alhamdulillah... akhirnya dapat jugak makan2 birthday di sini...
Sebenarnya tak tahu dah kedai mana nak makan...malas nak keluar jauh2. Teringatkan rancangan JJCM tempohari search dan terus ke sini... Kedai makan ni ke dalam menghala ke Bukit Jelutong dekat dengan dominos.








Monday, October 20, 2014

sambut birthday & jalan-jalan Melaka

 Alhamdulillah.... sambut besday lebih gembira dgn kehadiran anak mama ni :)















Friday, November 22, 2013

setahun sudah usia saya!

Alhamdulillah.... kini anak mama sudahpun genap setahun pada 16 Nov lepas. Dela hanya sambut sikit2 ja bersama adik2 Dela. Kejap ja masa berlalu... pejam celik pejam celik dah setahun....  macam2 ragam anak mama ni. Dela sambut besday di rumah adik yang no 3. Terima kasih jua untuk adik no 2 n family sudi datang jauh2 dari Penang untuk sambut besday anak Dela. Dah lama teringin nak merasa saat2 meriah macamni.

  Lama mama tunggu kelahiran anak mama... sedar2 dah setahun... Alhamdulillah... syukur Ya Allah.... kini aku merasa jua bagaimana rasanya menjadi seorang ibu. Walaupun bersengkang mata... walaupun tidur terganggu... walaupun tak cukup rehat... walaupun terpaksa kurangkan aktiviti jalan2 buat sementara waktu untuk beri keselesaan dan tumpuan si kecil ini... namun aku bersyukur dengan rezeki yang aku miliki sekarang ini...Alhamdulillah!
Mama doakan anak mama sentiasa sihat, ceria dan menjadi anak yang solehah dan dapat membahagiakan mama dan abah dunia akhirat kelak... amin!

Inilah muka ceria anak mama Nur Ameera Damia 


testing2 dengan set piano... kakak Arissa punya... hhuu..


mama sayang kedua-duanya


Sambut besday di luar pulak


Nur Ameera Damia bersama sepupu




Sekian









Sunday, October 20, 2013

hadiah besday 2013

Alhamdulilah......

Rezeki yang tak di sangka2 hadiah dari suami untuk besday Dela tahun ini.... 





sekian




Sunday, April 21, 2013

sambut besday adik bongsu yang ke 27

Assalamualaikum.... dah makan belum? hhee

Semalam berkesempatan sambut besday adik bongsu Dela yang ke 27 di  di Majestic Hotel Kuala Lumpur.... tua dah dia sekarang... tapi Dela lagi la tua...hheee.... Tahun lepas kami sambut besday adik di Laman Grill Stek & Bar-B-Que dan kali ini kami sambut besdaynya di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Ha.... dah tentunya orang yang besday tu yang belanja.... dan lokasinya dia sendiri yang pilihkan. Kami masih lagi seperti rutin tahunan sebelum2 ini sambut besday di luar bersama2 walaupun kini Dela dah ada orang baru tapi rules tahunan kami berjalan seperti biasa....hhhaa.... siapa punya besday dia yang kena belanja. Selalunya lokasi kami yang pilih tapi kali ini adik Dela sendiri yang pilihkan.... Jadi dah nama pun orang belanja.. jadi haruslah makan sampai kenyang. Kami makan buffet tengahari di sini seorang dalam rm 80 per head. Sebenarnya banyak jugak menu yang ada....cuma kami datang lewat sikit sebab tidurkan Ameera dulu sebelum gerak ke sini. Dah sampai tu terus makan tak hengat dunia...Dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar di sini... 

Jom layan gambar :P




























 


 
  



psstt!!! adik Dela ni masih single n available tau! :P