tambah wang dengan zalora KLIK
Showing posts with label ramadhan 2011. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2011. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

reunion Z & A Restaurant, Padang Temusu, SP

Kali ini aku joint reunion sek en suami berbuka di Z & A Restaurant, SP, Kedah. Sebenarnya pemilik restaurant ni adalah kawan sekolahnya sendiri. Jadi tahun lepas berbuka puasa di Park Avenue dan tahun ni di restaurant ini pulak.
Tak ramai sangat yang dapat hadir kebetulan hujan lebat dan ada jugak yang cancel last minit. Kesian betul aku tengok bila banyak hidangan yang x habis. Aku dapat rasakan camna perasaan tuan organiser dan tuan kedai ada sedikit rasa terkilan dengan kawan2 yang tak dapat hadir. Tuan kedai terpaksa reserve meja makan untuk kawan2 tapi x ramai pulak yang datang. Ramai jugak pelanggan yang datang untuk berbuka di sini terpaksa pulang saja kerana tiada meja kosong.
Tapi apa pun akitivi makan2 berjalan macam biasa. Aku sebenarnya teringin makan " nasi goreng harimau menangis " yang di katakan famous sangat di sini tapi kali ini tuan kedai masak masakan kampung dan rasa pun sedap2 semuanya....... tekak orang utara la katakan...semestinya sedap2 belaka...Ha3... X pa next time balik kampung kami nak singgah lagi nak merasa menu2 lain di sini...
Bagi aku sesiapa yang ke utara memang patut singgah restaurant ni dan mencuba sendiri masakan di sini. Makanan sedap2 dan  tempat makan pun selesa. Bukan setakat bisness makan2 tapi bisness landskap taman pun sekali di sini.










Wednesday, August 24, 2011

berbuka puasa d Senandung Malam, Bagan Lalang










Kali ini kami berbuka puasa di Restaurant Senandung Malam, Bagan Lalang. Sebelum balik kampung nak menyambut raya kami berbuka puasa pulak di restaurant ni. Rasa2 dah lama tak makan2 di sini sejak en suami sibuk memanjang. Kali ini lepas balik kerja pastu fon order menu siap2 dan kami terus gerak ke sana. Dalam 1 jam 15 minit jugak la nak ke sana... tambah2 time orang balik kerja ni jalan jam sikit. Sampai2 cari meja boleh buka puasa. Nasib baik kami order menu siap2... Alhamdulillah... dapat jugak merasa ikan bakar kat sini fresh2 lagi...

Saturday, August 20, 2011

hamper raya Aidilfitri


Alhamdullilah... murah betul rezeki kami bulan ramadhan tahun ni.
Dapat makan2 free, dapat bonus raya dan kali ni en suami dapat hamper raya dari
chinese friendnya siap hantar depan rumah lagi!!. 
Apa lagi... x sempat nak raya pun habis kami kenduri dulu barang2 makanan ni. 
Rezeki2.... mana nak boleh tengok dok terpacak depan mata ja.... 
kena makan kasin licin sikit!!
ada la balance sikit2 untuk di bawa balik ke kampung buat anak2 buah Pak Lang & Mak Lang nanti...
tunggggguuuu.........!!!

:)

Wednesday, August 17, 2011

berbuka puasa luar lagi!









Hari ni cuti Nuzul Al-Quran. Selangor cuti jadi kami berbuka puasa area  Kampung Datok Senu. X ingat la nama warung ni......... tiba2 teringat masakan kat sana lepas shopping2 sikit terus gerak ke sana untuk berbuka. Dulu aku selalu singgah kedai makan ni kalau jalan2 KL tapi sekarang dah jarang datang. Hari ni dah cuti jalan2 KL kami singgah berbuka puasa kat sana pulak. Tapi yang bestya makanan sini murah sangat2.... Kami order 2 air buah, kerabu mangga, kailan ikan masin, telur dadar, tomyam campur dengan daging masak merah cuma RM22. Terkejut jugak la time nak bayar tu.... murah!! Kalau kat area Subang ni mau lagi mahal harga makan2 camni...   Makanan pun ok.




Tuesday, August 16, 2011

buffet Ramadhan Sunway Hotel, Sunway









Malam ni berbuka di Sunway Hotel, Sunway. Menu kat sini x da la sesempoi kat One World hotel haritu....... Menu sini x banyak pilihan sangat..... tapi boleh makan la jugak.... Menu lebih ke masakan kampung tapi lain2 menu pun ada cuma x banyak sangat. Kami sampai lewat mencari parking keta berjam2 tambah jalan jam time orang balik kerja membantutkan sikit mood berbuka puasa  kami kali ini. Sampaikan x sempat nak snap gambar2 makanan... tau2 dah habis licin!!!  ha..ha..ha...





Monday, August 15, 2011

Village View Restaurant, Bangi

snap 1 gambar ja untuk makanan... 
psstt!! jurufoto getaq perot lapaq








Alhamdulillah... kenyang sesangat aku berbuka malam ini. Minggu ini kami berbuka di Village View restaurant di Bangi. Makan2 kali ini bersama kawan2 sekerja en suami. Dapatlah aku kenal2 wife2 kawan2 en suami yang ada sebelum ini aku sendiri x pernah kenal dan jumpa... Biasa la first time jumpa tentulah kekok sikit.. x pa next time ada perjumpaan begini lagi mungkin lebih mesra sikit... 
Tapi apa-apa pun aku seronok sangat perjumpaan berbuka puasa kali ini ramai yang joint walaupun tinggal jauh kami sanggup berbuka sampai ke Bangi bagi merealisasikan  perjumpaan kali ini. Bukan senang nak organize camni tambah2 cuti hari minggu ramai yang ada program masing2. Memang lain rasanya bila berbuka beramai-ramai ni... best!!!  Cuma en suami ada rasa sedikit terkilan kerana ada kawan-kawannya yang cancel makan2   last minit  apabila makanan dah pun di tempah. Tak mengapa... mungkin mereka punya alasan sendiri tapi yang pasti makanan semua habis licin. 
Menu yang kami order tomyam campur, ayam pandan, telur bungkus, sup tulang, kailan ikan masin, fresh orange dan teh tarik. Rasa masakan panas di sini bagi aku .....boleh makan la jugak... aku pun x tau nak describe camna rasa makanan kat sini sedap atau tidak cuma mungkin time2 bulan puasa ni kualiti masakan tu kurang sikit kot... biasalah customer ramai dan masak pulak banyak dah tentu rasa masakan tak sama dengan hari2 biasa. Tapi apa2 pun makanan tetap habis semua sekali.... :) 




sebelum berbuka posing2 sikit kat luar!!






Sunday, August 7, 2011

buffet ramadhan - One World Hotel, PJ












Alhamdulilah.... berbuka puasa kami kali ini  di sponser wife kawan kerja en suami di One World Hotel, PJ. Kebetulan tempat kerja wife kawan en suami buat jamuan berbuka jadi kami dijemput sekali. Uih.... rezeki jangan di tolak. Terima Kasih sangat2 kepada mereka berdua!

Sebelum berbuka kami shopping la sikit2 apa yang patut di One Utama pastu dalam pukul 6.30 terus jumpa di hotel untuk berbuka. Makanan di sini memang menarik sangat2!!!!... macam2 menu ada.... Aku dan en suami memang jenis kaki makan jadi boleh dikatakan kesemua jenis menu yang dihidang kami dah try ... hhee..hee... memang melantak x hengat!!  Macam2 menu ada seperti masakan kampung, beriani, western & pasta, sushi, tempura, rusa panggang, kambing, itik, deem sum, young tau foo, ketupat, satay, tau fo fa, ice cream, buah-buahan, rojak, kek dan macam2 la..... memenuhi citarasa kami berdua dan memang buffet ramadhan yang terbaik!! pernah kami cuba.... puas hatilah. Makanan ala buffet kat sini memang banyak pilihan... x rugi mencuba... makan la puas-puas!!. Terasa kenyang sampai ke sahur....  :).



Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dari kami sekeluarga.







niat puasa



BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan
semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di
dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

- Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
- Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
- Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian
- pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah
  dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
- Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
- Banyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
- Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan
  dan ditimpa kemalangan.
- Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
- Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi
  mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail
  dan sebagainya.