Hari ini genap ke 9 tahun pemergian arwah mamaku. Alhamdulillah tahun lepas aku dan adik2 sudahpun menunaikan hajat arwah untuk membuat upah haji. Walaupun memakan masa yang lama tapi aku bersyukur dan lega sangat apabila hajat yang pernah disampaikan kepada aku ketika hidupnya dapat kami 4 beradik tunaikan. Arwah mama meninggalkan kami semua ketika aku berumur 24 tahun, adik no 2 berumur 23, adik no 3 umurnya 20 tahun dan yang bongsu 17 tahun.
Ketika itu amat berat dugaan yang aku terima memandangkan aku yang sulung dan masih ada 2 orang adik2 yang masih belajar. Aku tak tahu nak ceritakan macamana perasaan ketika menerima dugaan hebat ini memandangkan kami 4 beradik sudah kehilangan arwah abah ketika aku berumur 16 tahun dan adik-adik 15, 12 tahun dan paling bonsu 9 tahun. Memang perit menerima perkhabaran duka memandangkan arwah mama yang ku anggap seorang wanita yang tabah mengharungi cabaran membesarkan 4 orang anak dengan ketiadaan suami di sisi. Aku juga tak menyangka arwah mama pulak tinggalkan kami adik beradik ketika usianya baru mencecah 47 tahun, terlalu muda rasanya.
Ketika hayatnya arwah mama memang tak pernah langsung dimasukkan ke hospital, namun dengan tiba2 arwah mama diserang batuk berdarah & jantung dan terus ditahan wad pada malamnya. Pada malam kejadian aku adik- beradik masih dapat lagi bersembang dengan arwah mama dan tidak menyangka langsung malam itu adalah malam terakhir untuk kami semua bercakap dengannya. Namun dengan tiba2 selepas subuh arwah mama terus koma dan tak sedarkan diri selama sehari. Arwah mama diberi bantuan sokongan oksigen disebabkan keadaan jantungnya amat lemah. Aku masih teringat lagi waktu itu ada sorang makcik ni menegur bertanyakan keadaan mama aku dan aku ceritakan semuanya kemudian dia mencadangkan aku berbincang adik-beradik untuk memberhentikan sahaja mesin bantuan oksigen kerana langsung tidak membantu arwah mama untuk terus hidup malahan menyeksa tubuhnya sahaja. Sebelum itu ketika arwah mamaku koma kami semua sudahpun bertanyakan kepada doktor dan nurse adakah keadaan mama aku akan sembuh dan kami pun sudah dimaklumkan awal2 lagi tentang arwah mama memang tak dapat diselamatkan hanya bergantung kepada mesin oksigen itu sahaja tapi kami adik-beradik belum bersedia untuk membuat keputusan itu. Ya Allah...... kami adik beradik terlalu muda untuk membuat keputusan getir dalam hidup. Kami semua dalam keadaan serba salah kerana terpaksa membuat keputusan hidup dan mati arwah mama aku. Namun belum pun sempat kami adik beradik membuat keputusan dengan tiba2 sahaja aku nampak nurse tergesa2 ke katil arwah mamaku. Aku boleh nampak depan mataku sendiri camna mereka bertungkus-lumus menyelamatkan arwah mamaku. Namun Allah s.w.t lebih menyayanginya. Arwah mamaku telah dijemput kembali kepada- NYA.
Alhamdulillah.... di saat2 getir begitu aku sentiasa mendapat sokongan sahabat2 yang sentiasa menemani hingga saat akhir pengkebumian arwah mamaku. Kini walaupun 9 tahun telah berlalu namun saat2 getir ketika itu masih segar dalam ingatan. Aku terlalu rindukan arwah mamaku. Terkilan betul rasa hati kerana tidak berkesempatan memohon ampun dan maaf kepadanya, terkilan tidak sempat membalas jasa dan pengorbanannya sepanjang hidupku dan terkilan tidak sempat membela nasib hidup arwah mamaku ketika hayatnya. Hanya dengan kiriman doa yang aku dapat aku balas untuk kedua-dua ibu bapaku agar mereka tenang di sana dan tergolong dalam orang-orang yang beriman. Amin
En suami selalu cakap... sabaq sabaq jangan sedih2... tapi aku selalu cakap kat dia orang yang pernah melaluinya saja tahu perasaan kehilangan itu macamana walaupun menitis air mata darah sekalipun orang yang sudah tiada tidak mungkin akan kembali lagi ke dunia nyata selama-lamanya.
Walaupun luaran nampak kuat tapi sebenarnya hatiku sangat rapuh dan sangat2 sensitif.
Walaupun luaran nampak kuat tapi sebenarnya hatiku sangat rapuh dan sangat2 sensitif.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mama dan arwah abahku.
Amin
67 comments:
banyakkan berdoa dan sedekah al-fatihah...salah satu amalan yang dibawa ke akhirat ialah doa anak yg soleh
:)
al fatihah.. :)
sedihnya kak =.=
al-Fatihah untuk arwah -.-
semoga dipermudahkan segalaNYA di sana~
al-Fatihah buat kedua arwah mama dan abah kak dela... moga roh mereka tenang di sana dan ditempatkan dikalangan org yg beriman...
*syahdunya izan baca entry ni sbb arwah abah izan pun meninggal masa izan umur 6 thn (26 tahun yang lepas)...sangat sedikit kenangan dgn arwah abah yang izan ingat sampai sekarang...
sy sedekah kan Al Fatihah juga
alfatihah buat arwah =)
alfatihah.moga roh kedua ayahbonda dicucuri rahmatNYa..akak bacapun sebak,adik yang bongsu masa tu munkin masih kecilkan?
alfatihah utk arwah mak n abah dila
Al-fatihah..
Moga mereka tenang disana..
al-fatihah...sabar yea..moga mama dan abah awak sejahtera di sana..
oh blogger
salam Dalila.Semoga Arwah ditempatkn dlm golongan org2 yg beriman.Al-fatihah.
Insan yg palinggggg kita rindukan...
Salam Dila... sedih akak membaca entry ini.. kerana terkenang arwah mak akak yang telah pergi meninggalkan kami hampir 18 tahun lalu...akibat kemalangan jalanraya... pemergian mengejutnya membuat kami semua terperanjat...sekejap saja dia dah takde... sehari sebelum baru berbual ditelefon...tpi pagi yg hening tu dia telah pergi... kerinduan padanya tak pernah padam...
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh _ al fatihah.
al-fatihah....jgn lpe selalu doa untuk arwah.walaupun dia tkde lagi,tpi dia tetap di hati...
Al fatihah..semoga di tempatkan di kalangan org2 beriman :)
Salam dalila, semuga dalila dan adik beradik tabah meneruskan hidup ini..Al Fatihah untuk arwah ibu bapa dalila..semuga roh mereka dicucuri rahmat Nya..
**saya rasa awak sebaya saya atau muda setahun kan :)
sedih kehilangan orang yang kite sayang...
al fatihah....
semoga arwah kedua orang tua dilla ditempatkan di tempat yang mulia di sisi allah ...insya allah...
dan eita plok ni tahun ke 6 ayah takde...dan tahun 2 untuk mak...
sedih...T.T
alfatihah utk arwah mama akak...
we never can get over this feeling...
Alfatihah, semoga rohnya tenang di sana ye dela, mama adalah insan yang paling rapat dengan Kita kan
Semoga arwah mama dalila ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. sedih baca cite dalila, samalah ngan cik ina dah tak de ibu. bertabah ye .
Al Fatihah..
mudah2an arwah ibu dalila dirahmati disana dengan doa yg tidak putus dari anak2nya.
Akak pasti arwah ibu sudahpun memaafkan Dela walaupun Dela tidak berkesempatan untuk memohonnya. Hati seorang ibu sememangnya suci murni, sesuci kasihnya, dik.
Al-Fatihah buat arwah ayah & ibu Dela.
alfatihah
moga arwah tenang disana
kehilangan yg tiada gantinya.. sebak membacanya.. Alhamdulillah, hajat yg baik telah dilaksanakan.. semoga arwah tenang di sana..
al-fatihah..moga arwah ditempatkan bersama org2 yg soleh solehah..aminn..
p/s: sy jugak pernah kehilangan insan terdekat..arwah adik..baru masuk tahun ke-3 arwah pergi menemui Ilahi..al-fatihah..
semoga terus tabah...rajin2 sedekah al-fatihah buat mereka...
semoga mereka ditempatkan dikalangan org yang baik-baik, amin.
al-Fatihah untuk ibunya..kak juga dah tak ada kedua orang tua..masa tu umur kak baru 7 tahun...
Semoga arwah ibumu sentiasa memperoleh kerahmatan Allah di sana.
al-Fatihah wat arwah mama ye..
sy dh follow awk blk..thnx ye.. ^_^
sedihnya kak..
al fatihah..moga arwah tenang di sana...:)
memang terasa bila kehilangan insan tersayang..
Zie pun telah kehilangan kakak, selalu mimpi dia datang, mimpi tu umpama kita dah lama tak berjumpa kerana dia menghilangkan diri, tapi bila muncul lam mimpi tu kami sekeluarga berkumpul, macam bukan dia mati, cuma menghilang seketika dan muncul kembali... bila bermimpi tu terubat sedikit kerinduan itu..
Sama-sama kita sedekahkan Alfatehah untuk mereka yg tela pergi..
beza jarak uur kita jauh gak,kena pggilkak dela nie.hehe..
Al-fatihah utk mama n ayah akk..Al-fatihah juga utk kedua ibu bapa saya..
A-Fatihah semuga arwah tenang disana & ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.. amin..sayu mama baca entry dela,terpaksa meneruskan sendiri hidup tanpa ibubapa disisi !!..semuga dela & family terus tabah meneruskan kehidupan yg berliku ini..
Al Fatihah dr saya
al-fatiha..
smoga arwah tenang disana..
amin..
awk2 byk2 bsabar yer.. ssunguhnya..tuhan amat myayanginya..melebihi dr diri kt..
sedey baca n3 ni...
Al-Fatihah utk yg da tiada....
sis,
Salam..
Al fatihah utk arwah parents u :)
Kite pun rindu arwah ibu kite..dah 20 tahun arwah pegi.. :( semoga roh2 mereka diantara yang disayang Allah swt..aminnnn..
al_fatihah..
moga ditemptkn di golo org2 beriman..
alfatihah...
semoga rohnya tenang di sana aminnn
al fatihah untuk arwah... a'aa kalau ikutkan muda lg kan pemergiannya arwah... tp tu la, DIA ambik nyawa kita tidak mengira usia...
al-fatihah buat mama kamoo...slm kenal i folo
Al-Fatihah buat arwah mama & arwah abah akak...
al fatihah
kamu kuat kerna kamu bleh hadapi segalanya
al-fatihah~
bulan ni pun genap 2 tahun arwah atuk pergi~
al-fatihah..sangat sedih bila membacanya,besar sungguh dugaan itu
al-fatihah juga untuk arwah mak ayah Dela.Mereka sentiasa dalam doa kita selalu kan.
Moga dela terus tabah yer.. sedey plak akak baca citer dela nie..
Al-Fatihah utk arwah mama dela..
Al-Fatihah utk kedua arwah ibu bapa awak...
AlFatihah.. semoga mereka aman di sana.. sayu baca n3 dela ni..
al-fatihah juga utk arwah. syukur anak2 buatkan upah haji
al-fatihah
Al-Fatihah buat arwah...alhamdulillah dah dapat buat upah haji untuk arwah ye...
salam akak..
sedih membaca coretan kisah duka akak..
betul.. hanya kita je rs apa yang kita lalui.. hanya org yang pernah melalui shj yang dapat berkongsi rasa..
smg roh mereka ditempatkan di kalangan org2 yang terpuji.. ameeennn..
doakan yg terbaik utk arwad ...alfatihah
al-fatihah. Saya ingat Allah beri saya ujian yang berat buat saya dan Qayyum. Tapi Dela lagi berat dugaannya. Jika saya ditenpat Dela..pasti lemah longlai sebab saya ni jenis yang lemah longlai.
Dela..mungkin ada hikmahnya. Insyallah..
al-fatihah buat keduanya.moga roh mereka ditempatkan disi para solihin. AMIN....tak dapat bayangkan kalau kena kat dri sndri.sungguh dri ini tak bersedia.hmmm
La Tahzan... Dela, hanya yg pernah merasai kehilangan shj yg tahu bgmana peritnya hati & perasaan... mak saya Alhamdullillah masih ada lg, arwah abah shj yg tiada... die pergi meninggalkan kami pd umur sy 25-26 thn... yg hidup perlu teruskan hidup, insya'Allah kesedihan ini akan berlalu... jika tidak dunia ini akan penuh dgn org2 yg sedih & tiada penghujungnya...
Alfatihah...mmg betul..org yang lalui shj tau perasaannya...dan sesungguhnya Allah hanya menguji mereka yang Dia tau mampu menanggung ujianNya..dela mampu dan dela adalah seorg yang kuat...^^
Al-Fatihah buat mama dela.. bersabar dan sentiasalah berdoa utk mama dela.. doa anak yg solehah akan sentiasa sampai ke ibu bapanyer... InsyaAllah..
Alfatihah utk kedua2 arwah mama n abah akak.. sedih baca kisah akak nih..
Al-Fatihah Moga rohnye damai di alam sana..
AL-fatihah buat arwah....
Al-Fatihah buat arwah...
al fatihah untuk arwah mama dela...mama nurul hidup lagi..syukur..mmg sedih kalau insan tersayang pergi selamanya
Semoga arwah mama dan ayah dela dicucuri rahmat,ibu dan ayah kak Nurul pun dua2 dah xde,ayah meninggal masa kak Nurul kecik lg dan ibu masa kak Nurul umur 19 thn....
salam..
Banyak2kanlah berdoa dan sedekahkan Al-fatihah ya..
saya pun baru 13 hari kehilangan ayah..memang sedih sangat2..
Post a Comment