tambah wang dengan zalora KLIK

Tuesday, December 27, 2011

Gaya Hidup Sihat











Adakah korang mengamalkan hidup sihat? Rasa2 last sekali aku bersenam time berjalan, mendaki dan makan angin di Bukit Broga, Semenyih tahun lepas. Itulah kali terakhir aku bersenam. Sekarang ni aku tengok ramai orang2 muda sekarang macam2 penyakit menyerang. Naik risau pulak bila terdengar orang2 yang bersukan pun boleh kena serangan jantung dengan tiba2. Cuma 3 hari cuti baru2 tergerak jugak hati nak  bersukan tapi bersukan dalam rumah jugak la jadinya!!! Kalau tengok member2 office buat senaman ringan aku pun joint la sekali buang 2-3 minit saja.....senaman cap suka hati sendiri punya ni...hhee


Tips Gaya Hidup Sihat
        
    1) Minum air yang banyak dapat membantu membuang toksid dalam badan, menjaga kesihatan kulit, 
        dan membakar kalori dalam badan.
        ( ini memang aku amalkan tiap2 hari di office banyakkan minum air masak )

    2) Bersenam baik untuk kesihatan & rohani, lakukan walaupun 10 minit saja sehari.
         ( adehhh... yg ni tak berapa nak menjadi pulak.... 2-3 minit sahaja....ok tak? hhuu  )


    3) jangan merokok kerana menjejaskan kesihatan
        ( aai..... yang ni confirm aku tak buat tapi aku hari-hari nak kena berleter en suami!!!! 
        silap2 aku yang  sakit jantung dulu ni!!! ) tension! tension!


    4) Pastikan tidur yang cukup dan benar-benar berkualiti
        ( yang ni memang aku titik beratkan sebab tak cukup tidur nak masuk kerja pening2 la 
         pulak tapi  kadang-kadang terbabas tidur pun ya la jugak...hhhee ) jangan tiru yang ini!!!


    5) Benarkan kulit berehat dari memakai sebarang solekkan terutama malam. Kulit juga perlu bernafas.
         ( yang ni cheq ada buat.... kalau tak cuci tak boleh tidur nyenyak )

    6) Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan, cara terbaik makan ketika lapar dan berhenti sebelum 
        kenyang.
        ( tang makan2 ni memang banyak godaan .... kena rombak sikit... adehh!! diet! diet! diet! 
         time )


    7) Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun di rumah sendiri. Cari pelbagai jenis bunga yang
         wangi untuk ramuan mandian
        ( tang mana aku nak petik bunga-bunga wangi ni.... pakai minyak aroma terapi boleh la kot 
         no....    hheee.... )


    8) Elakkan tekanan. Tekanan boleh mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar
        bagi redakan ketegangan.
        ( need rest cuti2 la........ bincang hati ke hati. Dengar muzik blog aku pun ok jugak..... 
         hhhaaa )




    Dah baca sila klik sini
    hhee.... terima kasih!!!

    klik banner di bawah ini pun ok jugak...









    kalau sudi!!!
    :)




    35 comments:

    mama aini said...

    salam dela..skrg ni mama dah tak blh bersenam lagi..cepat penat & rasa letih..hu2x..nasib baik en.hb mama pulak tak merokok..he2x..

    Salina@IbuAqil said...

    Terima kasih dear 4 this info.. ;D

    Izan Ishak said...

    dela...izan pun dah lama tak exercise beria2... kat umah ni paling hebat pun naik turun tangga ajelah...hehehe

    klik2 utk dela...

    IntaNBerliaN said...

    betoi tu tp bab minum air banyak tu yg susah sikit sbb sy ni dahla jenis kurang minum.. adehh

    kazmyra afkar said...

    tenkiu your info.. kene amalkan ni

    Miss Purple Ungu said...

    nice sharing dela...
    lps ni akan cuba amalkn tips2 ni xpecially #6 hehehe :)

    zaidah said...

    tak semuanyer....huhuhuhu

    kasihredha said...

    tahu bersenam baik untuk kesihatan...tp malasnya nak buat kan...huhu

    Tie HT said...

    wow..kempen hifup sihat :)

    Hanis MY said...

    Nice tips!

    P/s: terima kaih byk2, tak lm g pasti ada rezeki dalila pula insyaAllah...

    Zehan Ilyana said...

    marilah kite sama2 amalkan..hehee

    LiLy @ MaMaQiStInA said...

    Thx for sharing kak..
    skrg ni jarang dah bersenam..haishhh..tak boleh ni..nak idup sihat mesti rajin jaga kesihatan.. ^^

    Ibuhani said...

    thank 4 d tips......k.ani selalu bersenam dgn berkebun jer....hehehe.... :)))

    kayzie said...

    Hr2 bekejar dgn anak n trun naik tgga ofc, kira ckup tak senaman?hehehe

    Mama Gee said...

    huhuhu sgt tak sehat diriku ini...

    Dinas Aldi said...

    Jalan kaki pi kelas masuk kira tak? Kihkihkih! Masuk kira la jugak pasal kelas jauh2 kan. (ayat penyedap hati sendiri)

    Mamasya said...

    Aslmkum Dalila
    tkasih kongsi tip gaya hidup sihat.mmg bagus diamalkan...

    || NaFiRaa || said...

    waahhh.. info yang bagus nih.. boleh lah praktik kan lepas nih..

    ct rahani said...

    dh lama gak x bersenam.. ermm..

    Juliet_iRa~" said...

    heee..ira da lama xbersenam..wuu

    kena amalkan gaya hidup sihat ni..:)

    SeputihSalju said...

    sy pun dah lama tak bersenam... jadi mls nak bersenam2 ni...

    klik tabung umah kak..

    NoorNazuha said...

    nak minum air banyak tu yg malas Dela sbb mals nak g toilet..hehehe..tapi undeniable,mmg bgs untuk kesihatan

    Queenie said...

    bagusnya entri ni.........
    penuh panduan utk kesihatan
    thanks Dal...

    Cik Ina Do Do Cheng said...

    bersenam tak de, cuma sediakan makanan seimbang je kot : )

    ezzu said...

    nice info...sharing is caring...hehe

    Unknown said...

    jom naik beskal mcm saya

    MulutPayau said...

    dah lama akak tak bersenam....badan pun dah rasa lain macam jer...

    CikTeddyCorner said...

    jom brkempen!^_^

    kurus said...

    aduhh dik selama nie duk cari link adik .. x jumpe2 .. macam pelik

    haa ari nie baru jumpe :)

    tulah tips yg pertama memang diamalkan skrg nie faktor cuaca yg x menentu pun menyebabkan kita kena minum air banyak ..

    tang xcercise tuu huhuhuh , balik dah lewat , harapkan ujung minggu jewww

    Unknown said...

    bab makan nie yang susah sket kan..kan..
    bayak tul makanan yang sedap2 depan amta, jalan sikit je , dah bleh jumpe yg lazat2... huh.. cabaran nie...

    nieda said...

    nice info..kesihatan adalah segala2nya

    emarieys said...

    nice post..dah bertahun tak senam..huhuhu

    Unknown said...

    papa mifz sgt lamo tak bersenam...huhu

    Mama Gee said...

    eh terklik plak.. :)

    Rinna said...

    Good info.. kdg2 amalkan..kdg2..tak de masa.. :)