tambah wang dengan zalora KLIK

Friday, December 30, 2011

Azam 2012



As salamu'alaikum shbt yg d kasihi. Tahun 2012 d ambang pintu. Ini mungkin tahun terakhir kita d muka bumi. Azamlah utk jadi yg terbaik, membantu bukan membantutkan, mendoakan bukan mengutuk org, cari kebaikan bukan keburukan org, memaafkan bukan dendam, jadi sbb turunnya Hidayah Allah bukan daayah setan, dapat redha Allah dan redha insan, bahagia d dunia n cemerlang di akhirat. Maaf zahir batin, moga Allah rahmati kita semua. Amin, wassalam. - Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah



  




Azam tahun baru
Zuriat
Sudah tentu no 1 sebab sudah lama menanti kehadiran cahaya mata. InsyaAllah.
Hebat
Memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik dimata suami dan berubah menjadi isteri yang dapat memberi kebahagian untuknya dunia dan akhirat
Kuat
Buang sifat sensetif jauh2, cekalkan hati dan pekakkan telinga  menempuh tahun baru dengan kata2 sinis manusia yang memperkatakan kekurangan kami suami isteri
Rezeki
Semoga dimurahkan rezeki dengan apa jua yang diusahakan oleh kami suami isteri, sihat dan tidak leka dengan tuntutanNYA
Kenang
Mahu diingat dan sentiasa dikenang oleh adik-beradik, saudara mara dan juga kawan2 lama selagi aku bernafas. Bukan wang ringgit di minta, bukan jasa minta di balas cukuplah sekadar berterima kasih dan ingatan tulus ikhlas penting dari segala-galanya
Rumah
Dapat memiliki rumah sendiri dan bolehlah deco2 mengikut citarasa hati
Diet
Ya, aku ingin menurunkan berat badan yang semakin membesar melampau-lampau.... en suami pun sudah pandai bising2 sekarang! aduhai...





Sekian
Welcome 2012


39 comments:

Unknown said...

sy blom set sebarang azam lagi :)

Anonymous said...

semoga terlaksana azam akak =D

rasp said...

smoga segala yg diazam tu akan tercapai kelak...

Unknown said...

Selama menyambut Tahun baru 2012..
Azam?..nak perbaiki kelemahan dn kekurangan diri..

Dilla Ady said...

moga dapat dicapai ye..

salam kenal dear!

Rina Rahamat said...

insya-allah kesemua azam tu dpt ditunaikan tahun 2012 nnt..


sy lum psg azam lg ..hihi teruk betul..

sue zainun said...

insyaallah semoga tercapai hasrat tu..saya doakan ;)

Zaila Mohamad said...

moga tertunai semua azam 2012;)

jelah said...

moga azam yg pertama akak tercapai...

Dinas Aldi said...

Semoga Dela dapat capai apa yg dah diazamkan tu nanti, insyaallah :)

mama aini said...

selamat tahun baru 2012 buat dela..semuga impian dela akan tercapai, insyaallah..amin..

Puan Kutu said...

saya tak suka pasang azam tp rasanya tahun depan mmg nak sgt tmbh anak.hehe..

aNIe said...

Selamat Tahun Baru Dila... semoga semua azam itu akan tertunai...teruskan berusaha untuk yang terbaik

amranaiman said...

semoga azam itu dpt dipenuhi :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Insyallah kak..moga azam 2012 akan tercapai..^^

kpah k-poh Sharifahnor said...

semuga azam berjaya...InshaAllah..terutama yg no 1 tu yaaa...

ida said...

selamat thn baru 2012...semoga azam dela akan tercapai...amin...

Acik Erna said...

assalam deela..semoga apa yang dihajatkan dan azam deela akan tercapai menjelangnya akhir tahun 2012 nanti..

IntaNBerliaN said...

smg azam akak tercapai... insyaAllah.. azam sy nak tmbah berat badan n nak tambah ank.. hihii

aZuMaya said...

salam...mudah2han tercapai azam baru awak yea...aminnn

Ibuhani said...

Smoga azam dela semuanya tercapai ye.....slmt tahun baru!

Unknown said...

semoga tercapai semua azam baru tuh...happy new year!!

Izan Ishak said...

semoga semua azam dela utk tahun 2012 akan tercapai ye...

Unknown said...

Semoga tercapai semoga azam yg murni ni, Insya Allah.. Amin, terutama yg no1 tu..

NzA said...

semoga esok adalah hari yg lebih baik dr hari ini dan semoga cita2 dalila utk mdpt cahaya mata dikabulkan Allah...amin....

kurus said...

selamt tahun baru dik
semoga segala impian dan harapan di tahun baru ini terlaksana .. ;)

Cik Ina Do Do Cheng said...

Selamat tahun baru 2012, semoga hidup Dalila sekeluarga akan lebih baik pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya, InsyaAllah : )

Shida Radzuan said...

cantikk blockquote ^_^

Rozita said...

Happy new year dela..semoga semua doa dan harapan bakal tercapai

MulutPayau said...

selamat tahun baru dik..semoga impian menjadi knyataan...

Tie HT said...

semuga impian kita akan terlaksana...Insya Allah..Selamat tahun baru ea :)

Unknown said...

Semoga azam itu akan tercapai...

salam kenal...:)

Terima kash tinggal jejak di shoutbox saya..:)

Mulan said...

happy new year...

happy, healthy & dirahmati always..!!

moga tercapai apa yg dicita..

Niza Romli said...

selamat tahun baru...semoga impian kita sama2 tercapai (zuriat) :))

Juliet_iRa~" said...

selamat tahun baru kak..:)

banyak tu azam..semoga tercapai..

heeee

Prettywrite said...

semoga semua impian akak tercapai..aamin..:)

kazmyra afkar said...

heppi new year

ct rahani said...

semoga tercapai segala cita2 akak.. amin..

Mama Gee said...

selamat tahun baru...moga tercapai semua azam tahun ni ya... :)