tambah wang dengan zalora KLIK

Tuesday, May 24, 2011

Seoul Garden Restaurant















Dah gaji kan?..... maka wajib untuk makan yang sedap2 bagi memanjakan hati, perut dan otak yang bekerja keras mencari sesuap nasi...hhee...Kali ini aku mencuba makanan steamboat and grill Seoul Garden, Plaza Pantai. Bagi aku kalau perut benar2 kosong bolehlah makan sepuas-puasnya sebab menu macam2 ada... ala buffet... jadi makan la sampai muntah. Kami ambil sup tomyam. Rasa tomyam ok ajalah.... x da la kick sangat atau kaw kaw macam tomyam kong tu... rasa limau kurang. Sekadar boleh makan la... tapi yang grill tu yang menangkap selera aku tambah2 en suami yang sememangnya sangat cerewet bab2 makan ni... Untuk grill ada ayam, ikan, kambing, lembu n sotong... memang secukup rasa la... untuk dinner harga dalam RM44++ termasuk minuman. Kalau dah jadi member dapat discount 10% x silap kot?? ingat2 lupa la pulak hhee... Macam2 makanan lain pun ada... desert seperti buah-buahan, ice-cream, agar2, rojak dan macam2 la. Sesiapa yang kaki makan tu boleh mencuba restaurant ni. Sebelah TM menara rebung. Plaza Pantai level bawah sekali.

Monday, May 23, 2011

sambal tumis ketam


Ini menu favorite aku dan suami... kiranya macam menu tetap tiap2 bulan... Kalau makan ni berebut2 nak dapat ketam besar2... 

Bahan-Bahan:
ketam
cili kering di blander
gula
garam
serai
air asam jawa
bawang besar


Goreng ketam terlebih dahulu. Tumiskan bawang kemudian masukkan cili dan di biarkan sampai mendidih dan masukkan gula. Kacau dan masukkan air asam jawa, serai dan garam secukup rasa. Biar sampai kuah agak2 kering dan boleh angkat... ......

Sunday, May 22, 2011

Daftar dapat sample percuma barangan dari Guardian



Boring tahap gaban terjumpa link ni dari adik dalam blog

aku lupa la nama blog tu

undo2 pun x dapat cari (sorry dek)

lalu

 aku pun mendaftar
.
.
.
.
.
.

.
.
Jom daftar mana tau dapat sample percuma... x cuba x tau...klik sini

Jawab survey boleh redeem voucher

kalau yang rajin jawab survey boleh dapat voucher
.
.
klik sini
.
.
.
dulu 2 tahun lepas aku pernah redeem voucher Parkson RM50. Muncul dengan dengan website yang baru. Tapi yang ni setiap referral yang kita cari akan dapat point. Tapi sayangnya kat sini kena log-in dulu baru boleh hantar referral rakan2 guna form mereka dan hantar satu - satu da....... Meraka akan hantar setiap survey melaui e-mail. Setiap survey yang mereka hantar ada limitnya. Jadi kena rajin2 la log-in sini





Saturday, May 21, 2011

Puding Jagung



Bahan-bahan
4 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu kecil asen vanilla
3 sudu besar tepung kastard
10gm serbuk jelly
1 tin jagung
1 cawan gula
3 sudu besar mentega




Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan2 (kecuali mentega) kacau hingga likat. Kemudian masukkan mentega, kacau sehingga sebati dan boleh masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

Sup tulang


Sup Tulang - buatan sendiri

Bahan-Bahan Sup:
tulang lembu
halia
kulit kayu manis
lada hitam
bunga cengkih
bunga lawang
garam

Hiasan:
daun sup


Selepas tulang d cuci rebus kesemuanya sekali hingga masak.  Hiasan dengan daun sup untuk wangikan sup. Atau boleh menggunakan sup bunjut jika tulang dalam kuantiti yang banyak.

Monday, May 16, 2011

Nak duit poket?... Jom Jawap Survey 2

Nak cuba buat survey lagi.....mari sini... Ini pun aku dapat dari blog adik salwaismail ni.
.
.
.
.



Jadi sesiapa yang suka jawab soalan2 survey ni boleh la mencuba yang ini pulak... manalah tau boleh tambah duit poket untuk student2 yang belajar tu......... boleh la beli tudung2 baru, cekak2, sepit2 rambut warna-warni ke apa2 ke tanpa usik duit poket sendiri....... meh sini  klik...








Sunday, May 15, 2011

roti telur berkeju


Menu untuk breakfast hari ni roti telur berkeju.


Bahan-Bahan

Roti
Telur
Keju
minyak masak 

Masukkan keju ke dalam roti di potong 2 dan salutkan dengan telur yang telah di pukul dan goreng...SIAP dan bleh ngap begitu saja.....





Saturday, May 14, 2011

anniversary 8

Alhamduliilah... 14.5.11 genap ulangtahun perkahwinan aku yang ke 8 tahun.... x sangka pejam celik pejam celik dah 8 tahun usia perkahwinan aku ini. Terasa baru sangat aku meninggalkan kampung halaman dan menetap di sini. Alhamdulillah... di kurnikan suami yang sangat2 setia dan sentiasa berusaha mengubah nasib hidup kami. Aku pun sangat sayangkan rumahtanggaku walaupun kadangkala macam2 ujian yang kami pernah tempuhi namun kami terima dengan tabah. Walaupun kadangkala diriku dan suami bercanggah pendapat tapi aku tahu dalam hati masing2 sangat sayangkan rumahtangga yang kami bina selama ini. Walaupun kehidupan kami dari 0 dan kami sama2 menapak selangkap demi selangkah untuk mengubah nasib hidup masing2 di rantau orang. Walaupun hati kadangkala sunyi tapi aku bersyukur kerana suami sentiasa menemani. Walaupun tiada istilah cuci kaki dalam hidup aku namun aku tahu suami berusaha untuk memperbaiki taraf hidup kami disini. Aku sangat2 bersyukur dengan rezeki Allah S.W.T berikan kepada kami berdua.... Aku mengharapkan rumahtangga aku ini kekal hingga hujung nyawa , d panjangkan usia, d murahkan rezeki, tabah menempuh dugaan, d kurniakan zuriat dengan segera..... dah lama sangat kami menunggu.........:(  sedih???  sesiapa yang mengalaminya saja akan tahu bagaimana rasanya.....





dinner untuk malam ini masakan special dari air tangan suami


Sambutan ulangtahun kali ini sekadar makan kt rumah aja... selalu sangat makan luar tapi kali ini en suami yang masak. Jadi hadiah dan percutian dah dapat... kali ini time makan2 pulak.... rasa masakan so so ja la... haa..hhaa... apa2 pun ayang sangat2 hargai apa yang abang buat untuk ayang... nanti kena belanja makan kat luar pulak la....hhaa...




Petang tadi sempatlah jalan2 digital mall kat PJ kemudian terus ke Ikea beli barang2 sikit nak hias rumah... letih juga seharian berjalan hari ini ...

Friday, May 13, 2011

Pengorbanan - Elite




Lagu faverot aku ni masa muda-mudi dulu... Klau en suami tau ni... mau kena kutuk gila ni... suka sangat ejek aku sambil tangan tu cengkoi2... eee....

Sunday, May 8, 2011

Thursday, May 5, 2011

cuti- Kota Kinabalu 2 Mei 2011 - day 3




Ini adalah menu breakfast kami utk hari ke 3 kami d sini Tang Dynasty, KK . Lega rasanya bila tengok menu b/fast macam hotel2 kt semenanjung.... klau x kuruih la perut aku yg x berapa nk slim ni... aku tengok en suami mkan sambil senyum2.... aku faham sangat selera makannya... memang cerewet... makan nak sedap2...kali ni baru kena dengan citarasanya...





Jesselton Point 






Lepas breakfast kami pergi ke Jesselton Point terminal feri untuk ke Taman Tunku Abdul Rahman Park. Ada 5 pulau kesmuanya iaitu Pulau Gaya , Pulau Manukan , Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Kami hanya sempat ke Manukan dan Mamutik Island sahaja sebab petang nanti pukul 6.50 aku dah nk balik KL. Kalau nk ronda semua pulau2 ni sampai petang memang x sempat. Tapi jadilah sekadar 2 pulau dari x pergi langsung. Aku pun x snorkling pun... cuma sekadar ambik angin kat sana. Air laut jernih menghijau. Dari jeti ke sini cuma 20minit sahaja. Pulaunya pun dekat2 sahaja. Tiket untuk 2 pulau RM38. Klau nak ke lain2 pulau tambah RM10. Sebelum gerak kena byar  RM6 dan RM3 sekali bayar sahaja utk pulau2 yang  nak pergi. 





Pulau Manukan
















Pulau Mamutik





Pulau Sapi



gambar dari atas boat sahaja semasa mengambil penumpang dari Pulau Sapi balik ke KK



KK Town 



lunch kami sebelum gerak balik...



Selepas ronda2 d pasar kraftangan Sabah aka pasar Philippines utk beli ole utk kawan2 terus ke Terminal 2 utk pulang da....... Bagi aku percutian ini pun best. Walaupun agak kesuntukkan masa dan x sempat nak ronda2 supermarket kat KK tapi kami sempat ke tempat2 menarik yang aku listkan terlebih dulu. Cuma lepas ni nak kena datang untuk 4 hari 3 malam. Baru lengkap semua ekspedisi kami. 


Tips : 
  1. sewa keta 1 hari untuk saga RM100 - RM120 mengikut hari  (Steven 019-5331969 /014-6589486 )
  2. Kinabalu Pines Resort 1 malam  standart room RM160 - Public holiday RM190 with breakfast 
  3. Thang Dynasty Hotel 1 malam deluxe king RM129 with breakfast
  4. Hot Poring, Kaki gunung Kinabalu & Mesilau Nature bayar RM3 seorang  skali sahaja n simpan tiket utk ke 2 lagi tempat  lain
  5. Desa Dairy Farm - Ladang lembu RM3 seorang 
  6. Tiket untuk ke 2 pulau RM38 seorang klau tmbah lagi lain2 pulau + RM10
  7. Sebelum ke pulau kena bayar RM6 seorang sebagai yuran penyelenggaraan pulau
  8. Selepas sampai sekali lagi bayar RM 3 utk pulau yang pertama dan simpan tiket untuk pulau seterusnya.
  9. Flight.... ikut promosi masing2..........

cuti- Kota Kinabalu 1 Mei 2011 - day 2


Kinabalu Pine Resort

Hari ke 2 kami breakfast d Kinabalu Pine Resort. Memang kecewa sesangat dengan menu yang d hidangkan... dah la rupa sebegitu... tang rasa tu x leh tahan.... x tau nak cerita ketegori mana... senang cerita x sedap langsung... masin x, masam x, manis pun x.. aku pun x tau la rasa apa smua ni... boleh minum & makan telur + roti bakar ja.... bubur + bihun kuning goreng dgn kotiaw mmg hampeh!!!....








Lepas makan2 kami ronda2 sekitar resort. Bilik yang kami sewa ni betul2 mengadap gunung kinabalu. Pukul 5.30 pagi dah boleh nampak gunung dengan jelas. Cantik betull... Dah la atas bukit... bertambah sejuk gedik la aku...meh layan gambar sekitar pine resort

 



 







Ladang Teh Boh

Lepas breakfast kami gerak ke ladang teh Boh dulu... pokok2 teh  x seperti d Cameron Highland. Pokok2 teh di sini d tanam rengang2 ... kuning dan dah mati pun ada... permandangan x la secantik macam Cameron Highland yang menghijau. Jalanraya pun x berturap...  tanah merah... haai.... nasib la naik keta sewa... kalau keta sendiri mau nangis cik abg aku nnti....hhhaa...

 



 








Hot Poring Spring

Lepas ke ladang teh kami ke Hot Poring Spring... ramai tul manusia2 time cuti2 ni... kami sekadar tengok2 orang mandi air panas. X sempat la aku nak bermandi-manda... kami naik jambatan gantung.Hanya 6 orang boleh melintas dalam 1 masa. Panjang 100meter bersambung2. Sebelum nak naik jambatan gantung tu nak kena la jugak tracking... macam nak tercabut kepala lutut aku ni... hbis la make-up yg aku tempek lebih sejam tadi....hhaa.... caiq.... ramai pelancung datang time cuti2 ni... rombongan sekolah... rombongan mak budak mcm2 ada....rombongan bas kak kiah... masuk kt sini d kenakan bayaran RM3 utk seorang












 
 











Desa Milk Farm

Lepas tu kami ke ladang lembu... permandangan kt ladang lembu ni cantik sangat2... terasa mcam berada kt NZ pulak...hhee.. tapi jalan nk ke sini boleh tahan jugak... jalan tanah merah dan berbukit2... macam x sangka atas bukit camni ada ladang lembu yang luas ..... nak ke sini dikenakan bayaran RM3 seorang. Ada jual susu  dan cenderahati sekali. 







 



 








Kaki Gunung Kinabalu

Lepas itu kami ke Kaki Gunung Kinabalu. Waktu kami sampai di sini dah pukul 4.30ptg kabus pun tebal. Jadi x dapat la nak tangkap gambar gunung kinabalu dari dekat. Lagipun kami dah letih sangat2...jalan x henti2.... tangkap gambar sikit2 n turun balik....





Thang Dynasty Hotel

Lepas itu kami pun bergerak balik ke Kota Kinabalu. Kami bermalam d Thang Dynasty Hotel. Ok jugak hotel ni besar dan kemas. Yang lagi istimewa ada discount untuk gov service. Valid untuk apa2 percutian pun. rate harga sama saja...Lepas rehat2 dan mandi ok ....makan time.....






seafood

Nama gerai makan tu aku dah lupa... tapi mengadap laut... banyak gerai2 kat situ. seafood, masakan panas, satay kajang pun ada, steamboat n mcm2 lagi la... Menu kami untuk malam ni.......hhmmm kecewa lagi....rasa masakan pun x boleh blahhhh.... x kena selera kami...... semua manis2.... tomyam campur tu ada  udang, ayam... ada juga sayur kobis dgn perut sekali...... hhm apa tu????...... bantai ja la.... lapaq punya pasai...






Lepas makan kami ronda2 town KK. Kemudian balik beradu... esoknya utk island hopping pulak....ZZzzzZzzz....