Alhamduliilah... 14.5.11 genap ulangtahun perkahwinan aku yang ke 8 tahun.... x sangka pejam celik pejam celik dah 8 tahun usia perkahwinan aku ini. Terasa baru sangat aku meninggalkan kampung halaman dan menetap di sini. Alhamdulillah... di kurnikan suami yang sangat2 setia dan sentiasa berusaha mengubah nasib hidup kami. Aku pun sangat sayangkan rumahtanggaku walaupun kadangkala macam2 ujian yang kami pernah tempuhi namun kami terima dengan tabah. Walaupun kadangkala diriku dan suami bercanggah pendapat tapi aku tahu dalam hati masing2 sangat sayangkan rumahtangga yang kami bina selama ini. Walaupun kehidupan kami dari 0 dan kami sama2 menapak selangkap demi selangkah untuk mengubah nasib hidup masing2 di rantau orang. Walaupun hati kadangkala sunyi tapi aku bersyukur kerana suami sentiasa menemani. Walaupun tiada istilah cuci kaki dalam hidup aku namun aku tahu suami berusaha untuk memperbaiki taraf hidup kami disini. Aku sangat2 bersyukur dengan rezeki Allah S.W.T berikan kepada kami berdua.... Aku mengharapkan rumahtangga aku ini kekal hingga hujung nyawa , d panjangkan usia, d murahkan rezeki, tabah menempuh dugaan, d kurniakan zuriat dengan segera..... dah lama sangat kami menunggu.........:( sedih??? sesiapa yang mengalaminya saja akan tahu bagaimana rasanya.....
dinner untuk malam ini masakan special dari air tangan suami
Sambutan ulangtahun kali ini sekadar makan kt rumah aja... selalu sangat makan luar tapi kali ini en suami yang masak. Jadi hadiah dan percutian dah dapat... kali ini time makan2 pulak.... rasa masakan so so ja la... haa..hhaa... apa2 pun ayang sangat2 hargai apa yang abang buat untuk ayang... nanti kena belanja makan kat luar pulak la....hhaa...
Petang tadi sempatlah jalan2 digital mall kat PJ kemudian terus ke Ikea beli barang2 sikit nak hias rumah... letih juga seharian berjalan hari ini ...