Hari ni aku mintak balik awal kerja. Biasalah excited sesangat nak bercuti. Aku pun baru nak mengemas baju2 taruk dalam beg. Macam2 aku isi mcm nak bercuti seminggu pulak...Lagipun aku berdua ja dengan suami kali ini. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki merentasi laut China selatan untuk ke Kota Kinabalu. Dah tentu perasaan JAKUN dan takut tu bercapur-campur. Suamiku dah kerap ke Sabah dan Serawak. Jadi aku ja yang terlebih excited dari dia...hhee. Segala list barang2 dan plan jenjalan sudahpun siap. Cuma sedikit kecewa kerana aku hanya booking flight untuk 3 hari 2 malam. Ramai yang suggestkan 4 hari 3 malam lagi sesuai berjalan-jalan d sana. Bukannya apa takut tergesa-gesa sangat... Apa-apa pun percutian kali ini hanya kami berdua. PRIVACY n hadiah ulangtahun in advance.
tambah wang dengan zalora KLIK
Friday, April 29, 2011
Thursday, April 28, 2011
Puding cocktail
Menu dessert aku utk malam ini adalah....
Bahan-bahan puding
4 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu kecil asen vanilla
3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar mentega
10gm serbuk jelly
1 cawan gula
Bahan-bahan lain
1 tin susu cair
1 tin cocktail
Cara-caranya:
campurkan kesemua bahan2 puding, kacau hingga likat. Kemudian masukkan mentega, kacau sehingga sebati dan boleh masukkan ke dalam acuan yang diingini dalam peti sejuk.
Kemudian boleh masukkan susu cair dan tapis buahan cocktail dan makan.
Labels:
masakan
Monday, April 18, 2011
mari bersenam

Hari ni en hubby aku main gym kat true fitness, Kota Damansara. Teringin jugak aku main2 kat gym ni nk kuruskan badan aku yang semakin debab ni. Kesan ubat yang aku ambik membuatkan aku cepat betul membesar bagai giant!!!.... x pa la... lagipun atas nasihat doktor aku pun x leh nak buat benda2 berat sangat... ikutkan hati kat gym ni mcam2 benda aku teringin nak main... tapi nk buat camna..... bagi peluang kat en hubbyku saja la yang bergym konon2 nk fit badan....tapi tgok sama ja...klaulah wujud gym yg boleh tambah ketinggian.... hhee.. bolehlah cik abg aku ni tinggi sikit......... hhmmm senang sikit aku nak pkai kasut high heel...hhaaa.... tinggi tara boleh... besaq boleh..boleh...!!!
Labels:
aktiviti
Saturday, April 16, 2011
Evian - Eau Minerale Naturelle
RM 30 ++ kot?
Bagi aku yang baget sangat la ciput ni sentiasa bawa ke mana2 Evian berjalan. Fungsinya
membantu melembapkan kulit, menyegarkan ketika cuaca panas dan makeup akan tahan lama.
Kalau untuk fungsi make-up aku akan spray ke muka dan span make-up sebelum menggunakan
apa2 produk make-up. Selapas spray dan biarkan kering kemudian barulah ke step2 yang lain.
Selepas selesai makeup kita pun boleh spray ke muka tapi jauhkan sikit jarak dari muka dan
spray untuk wajah yang lebih segar. Bagi effect yang KABOM tu x ada la sangat bagi aku tapi
kalau dah jalan2 muka kita akan kering dan apabila spray kulit muka akan lembap sikit.
Tapi jangan la pulak time panas2 hangpa pi spray mau caiq la bedak semua sapa suruh....

Ikut keserasian masing2
4* / 10*
Labels:
makeup,
review product
Kayu Nasi Kandar - Taipan, Subang Jaya
Menu tengah hari kami hari ni kayu nasi kandar. Restoran kayu ni adalah restaurant tetap aku dan suami. Selama aku tggal kat Selangor ni... kat sini la nasi kandar yang betul kena dengan selera kami. Aku pernah mencuba macam2 kedai nasi kandar area Selangor tetapi kayu nasi kandar, Subang jaya juga aku akan datang cari balik.... x sama rasa dengan nasi kandar lain...
Baru2 ni aku pernah mencuba nasi kandar line clear yang masuk dlm rancangan JJCM kat Sg Buloh tapi x dapat tandingi rasa nasi kandar kat sini. Dari rumah aku ke sini dlm 35minit... walaupun jauh sikit dan harga pun lebih mahal aku x kisah... janji puas hati n kena dengan selera nasi kandar penang mali.......:) aku dan suami suka makanan yang pedas2.....
Friday, April 15, 2011
balik keja awal
Hari ini aku balik keja awal sikit. Meneman en hubbyku shopping kat Sogo. Selalu aku yang shopping tapi kali ini turn suamiku pulak. Tiba2 ja dia merungut nak beli kemeja la... nak beli tracksut nak ke gym la..... nak beli cadar & comforter la... Bukan selalu angin shopping dia mai... aku dah la berserabut kat office kerja bertimbun2 sejak akhir2 ni sampaikan nak buka FB pun x da masa... bila balik rumah dah letih ingat katil ja.... esok bangun sambung lagi kerja yang x hbis2... x tau la bila la akan settle.... jadi mau saja aku tenangkan fikiran aku ni dengan window shopping. Window shopping memang terapi yang sangat2 bagus utk kepala otak aku yang dah macam wayar putus ni... Nasib baik x berapa ramai sangat orang kat sana.... klau aku pergi ke sogo hari minggu sure nak kena beratur panjang time nak bayar n nak dapat parking keta pun susah...... sengaja aku dtg hari kerja ni coz aku tahu ada sale kat sana...... cuma nak datang dari office aku ke sogo sgt jammed sikit.... biasalah federal highway...... mana pernah lengang dari keta... waktu orang balik kerja dah tentu jem sikit....
Lepas solat kat sogo kami cepat gerak balik singgah makan d kedai mamak.......
Labels:
aktiviti
Wednesday, April 13, 2011
Absolute Thai - Ikea
Kali ini kami menyambut besday adikku di Absolute Thai Restaurant , dalam bangunan ikea bersebelahan dengan DOME. Depan bangunan the curve. Kali ini kami mencuba makan di sini setelah direkement kawan suamiku. Kiranya kami pergi berempat dan tentu sekali orang yang sambut besday yang kena belanja... bagi aku makanan di sini x lah sedap sangat dan x la x da la sampai x leh nak makan langsung...ok2 la... kira boleh makan jgak kat sini... privacy.. cuma tomyamnya dicamur dengan santan.... rasa masam2 limau tu kurang sikit..... klau ikut selara aku dan suami kami suka tomyam yang ada masam2 lima, pedas dan mesti nak tomyam tu berwarna merah... org utara la katakan.. mesti suka makan yang pedas2. Kalau kurang pedas tu...hhmm... mcm x berapa nk best la.........
Tuesday, April 12, 2011
besday man 25
Hari ini adalah besday adik bongsu aku yang ke 25. en hubby ku sengaja surprisekan dia dengan belikan kek. Macam biasa... dia dengan kerenah jakun malu2 depan kawannya kebetulan bermalam di rumah. Lepas potong2 kek ke acara makan2 pulak....... Restaurant Thai, Ikea.
Tiada apa yg kuharapkan cuma aku doakan dia dipercepatkan jodoh dan semakin matang menjalani kehidupan yang penuh ranjau.
Kecik hati? kecik hati pasal trip haritu masih ada...tapi aku simpan aja... bukan boleh paksa org faham perasaan kita... tul x?...:(
Friday, April 8, 2011
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Pakar motivasi Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur –Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita danmencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbangakan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan Wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan Ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

renungan
Thursday, April 7, 2011
set mineral makeup - AVON
Ini antara koleksiku yang terbaru....
Aku baru nak mencuba cosmetic terbaru dari Avon. Selalunya aku pakai barangan avon utk ke tmpt kerja... jimat dan murah sikit. Aku beli sekali mineral foundation. Lepas pakai moustoriser dan biar kering guna kabuki brush n tonyoh la smpai sebati kat muka tu..... mmg nmpak mcm pkai foundation dan x perlu pkai bedak lagi... jimat dan cepat. x perlu berspan2 pun... Blusher pun aku guna kabuki brush secara memusing... tambah2 muka aku yang x berapa nak kecik ni kena la blend sampai sebati...hhee
Labels:
makeup
Wednesday, April 6, 2011
Sofa
Tadi aku meneman suamiku membayar balance sofa yang kami tempah hari tu... mula2 terfikir jugak muat x sofa ni untuk rumah apartmentku yang x da la sebesar mana... tapi dah berkenan aku ambik juga la sofa ni... cuma warna body ku tukar ke warna merah... asal memang berkenan sesangat warna putih ni........almaklum rumahku ramai sangat suka tiduq kuak lentang kat sofa jadi kami tukar ke warna merah....tpi takut juga x mix dengan dinding rumahku nanti... apa2 pun lagi seminggu baru siap sofa ni.. 3 + 2 seater. Nanti bila sofa dah sampai baru aku fikir lain camna nk match dengan warna dinding. Mula2 ingat nak mengecat dinding dulu baru nak masukkan sofa...tapi memandangkan semua busy... kami biar dinding dengan warna asal dulu la jawabnya......
Labels:
aktiviti
Subscribe to:
Posts (Atom)