tambah wang dengan zalora KLIK

Sunday, March 27, 2011

baju kerja





Hari ni dari pagi kul 10 aku dah gerak ke stadium Shah Alam mencari tudung. Pusing2 sambil breakfast kat sana siap2... lepas 2 jam meronda aku gerak ke Plaza Alam centre plak... dapat la beli skirt dan seluar slack untuk ke tempat kerja.... tapi susah betul nak cari blause saiz aku... last2 pergi pulak ke Jasco , Klang.. bukan dapat beli blause kerja tapi dapat beli jacket sahaja... adoi... smpai lenguh2 kaki ni berjalan smpai kul 5 baru smpai rumah... on the way balik tu suami meronda ke Setia Alam, Shah Alam.. tengok2 rumah area sana... saja cuci mata...

Esok dah nak start kerja ...letih sangat2 hari ni jalan2. Nampaknya aku susah hati lagi la x dapat beli blause kerja.... nanti kena cari lain la pulak.....:(

Tuesday, March 22, 2011

Shading brush & Blending brush





Kali ni aku menghabiskan duit poketku yang tinggal tak seberapa sen lagi dengan mengorder 2 batang brush untuk shading rm39 dan bending rm29. Akhirnya dapat juga aku beli 2 jenis brush ni dengan online. Susah nak dapat brush yang jual asing2 camni..... bila menggunakan brush yang betul baru la eyes shadow kita akan nampak lebih kemas dan tak berbelang. Sapu eyes base atau conceler dahulu dan barulah ke step eyes shadow untuk effect warna lebih terang dan tahan lama. Kalau untuk tool make-up aku akan beli biar  lengkap. Ketegori cerewet jugak ni tapi sampai gila make-up tu tak ada lah sangat pun. Sikit2 ja...

beli Sini




Friday, March 18, 2011

Giant Food Court, Shah Alam




Hari ni aku teringin sangat makan yee mee soup. Boleh dikira makanan diet x? he.. Aku kan suka sangat makan yang pelik2 dan suka mencuba makanan berlainan.... jadi menu malam ni...yee mee soup n suami makan nasi claypot rice.

Wednesday, March 16, 2011

SOFTGEL CAPSULE VCO ( VIRGIN COCONUT OIL )



Sekarang dah sebulan aku mencuba produk SOFTGEL CAPSULE VCO ( VIRGIN COCONUT OIL ) 
ni. Yang paling best jerawat di muka makin kecut malam2 sapu dimuka untuk kecutkan jerawat. Badan aku ni selalu sangat letih2.... tapi dah makan VCO ni nak bangun awal pagi pun  senang dan rasa segar la sikit... Kalau tak bunyi loceng jam tu aku akan off kejap sambung tidur sekittt lagi... letih la..  Tang kurus tu tak ada la kot.... tang lancar pelawasan tu belum lagi..... Aku pun baru mencuba produk ni. Mungkin maintain produk ni lama2 sikit baru nak nampak kesannya....  Lagipun harganya pun murah dan boleh makan setiap hari termasuk hari period. Kira macam stok untuk sebulan la.... en suami pun tumpang makan sekali...








Thursday, March 10, 2011

Highlight & Shading Powder



Aku beli powder ni dengan frendlist dalam FB... saja suka2 konon nak memancungan hidung dan bujurkan bentuk muka. Walhal bentuk muka aku dan tentu2 bulan nak bujur camna lagi pun tak tau la.  Warna untuk pallet ni sedikit pekat jadi kenalah rajin blend blend blend sampai rasa balance kedua-dua belah pipi. Seeloknya gunakan brush menyerong. Aku pun masih belajar menggunakan teknik camni  saja gatal tangan. Sekurang-kurangnya aku mencuba teknik2 baru dalam ilmu make-up2.. ilmu?





Friday, March 4, 2011

Tercalar anak mata





Hari ini masuk hari kedua aku MC kerana sakit mata. Bukan sebab sakit mata merah...or bengkak mata dengan sendiri.. tetapi kerana anak mataku tercalar kerana sendiri yang tercalarkan mata dengan tangan sendiri. Mula-mula mata kananku berair tak berhenti2 sampai nampak lebam dan seluruh mata putih menjadi merah dan sakit di kelopak mata makin terasa. Lepas tunggu suamiku balik kerja halfday baru aku ke klinik. Kalau aku nak ke klinik sendiri memang tak boleh nak bawa kereta... kabur2 ja... 
Lepas chek-up d klinik mereka suruh aku refer di hospital specialist mata. Anak mataku berubah ke warna kelabu ditengah2 kornea mata. Aku dan suami risau jugak cepat2 pergi hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut. Doktor kata anak mataku memang ada luka tercalar tetapi tidak la teruk sangat. Aku cuba diberikan ubat mata dan krim mata serta MC 2 hari. Memang mataku tak boleh banyak bergerak atau terkena cahaya terang. Pedih sangat2. Alhamdulillah... hari ni aku rasa selesa sikit mataku ini. Tak ada rasa sakit2 lagi waktu nak berkelip. Hari ini bertambah baik. Aku risau betul takut apa2 terjadi dengan mataku. Tak mau la pakai cermin mata.