tambah wang dengan zalora KLIK

Friday, March 4, 2011

Tercalar anak mata





Hari ini masuk hari kedua aku MC kerana sakit mata. Bukan sebab sakit mata merah...or bengkak mata dengan sendiri.. tetapi kerana anak mataku tercalar kerana sendiri yang tercalarkan mata dengan tangan sendiri. Mula-mula mata kananku berair tak berhenti2 sampai nampak lebam dan seluruh mata putih menjadi merah dan sakit di kelopak mata makin terasa. Lepas tunggu suamiku balik kerja halfday baru aku ke klinik. Kalau aku nak ke klinik sendiri memang tak boleh nak bawa kereta... kabur2 ja... 
Lepas chek-up d klinik mereka suruh aku refer di hospital specialist mata. Anak mataku berubah ke warna kelabu ditengah2 kornea mata. Aku dan suami risau jugak cepat2 pergi hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut. Doktor kata anak mataku memang ada luka tercalar tetapi tidak la teruk sangat. Aku cuba diberikan ubat mata dan krim mata serta MC 2 hari. Memang mataku tak boleh banyak bergerak atau terkena cahaya terang. Pedih sangat2. Alhamdulillah... hari ni aku rasa selesa sikit mataku ini. Tak ada rasa sakit2 lagi waktu nak berkelip. Hari ini bertambah baik. Aku risau betul takut apa2 terjadi dengan mataku. Tak mau la pakai cermin mata.

No comments: