tambah wang dengan zalora KLIK

Sunday, November 28, 2010

Nogori 9









Hari ini aku dan suami ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Adik kawannya yang bertunang. Aku ikut aja jalan2 tengok tempat orang dan adat orang nogori ni. Aku pun bukannya ada apa2 program. Jadi bolehlah juga tgok2 tempat orang dan rasa masakan tempat orang. Aku memang suka makan benda2 lain dari yang lain. Menu sentiasa kena berubah barulah berselera nak makan... Makan!!!... free sapa x mau!!. Tak ada la hari2 lakukan aktiviti yang sama. Sekali-sekala kenalah bersosial dengan orang tua2 sama. Kita pun bukan semakin muda. hhee..

Lepas tu aku terus gerak ke KLCC nak pergi beli seluar untuk suami. Hadiah birthday in advance. Aku belikan hadiah awal seminggu siap2 coz minggu depan x dapat nak shopping ada tetamu nak datang rumah. Jadi beli hadiah awal2 sikit.

Monday, November 22, 2010

A&W Restaurant












Makan malam kami untuk hari ini d A&W Restaurant d Subang Jaya.

Thursday, November 18, 2010

Berkelah di Kuala Kubu, Rawang





Hari ni aku masih bercuti raya haji. Aku dan suami berkelah di Rawang. Seronok la sikit walaupun tak dapat balik kampung beraya ada juga aktiviti bersama untuk kami dua lakukan time cuti2 begini. Tak adalah boring sangat hidup ni. Perjalanan dari rumah aku mengambil masa 1 jam untuk sampai kesini.

Kadang-kadang kami perlu mempelbagaikan aktiviti kami sendiri di sini untuk tidak terlalu boring. Aku tidak berapa ramai kawan sangat. Jadi apa saja aktiviti disini ditemani suami bersama kawan-kawannya sahaja.

Domino's pizza










Menu makan malam kami bertiga malam ini adalah d Domino's pizza... kami makan kat sec13 Subang Jaya. Selalu sangat makan pizza hut dan malam ini kami bertukar selera pizza ke domino's pula.

Wednesday, November 17, 2010

Raya Haji 17.11.10





Hari ni aku dan suami menyambut raya haji di Shah Alam sahaja. En suami tak dapat cuti dan esok baru dapat cuti. Walaupun suamiku bekerja hari ini, aku ada masakkan laksa. 1 menu ja la yg aku masak...haha.... Tak buat open house pun. Cuma untuk kami bertiga termasuk adikku. Takpa...nanti raya cina aku dapat cuti panjang. Baru la boleh setting macam2 aktiviti dengan kengkawan.Bolehla rehat puas-puas di kampung. Lagipun aku dan suami banyak program dengan kawan-kawan. Jadi kenalah simpan duit lebih-lebih sikit.

Alhamdulilah raya haji tahun ni aku dan adik dapat membuat upah haji untuk arwah abahku. Lega rasanya dapat menunaikan impian arwah abah telah terlaksana. InsyaAllah... tahun depan untuk arwah mama pulak. Memang itu niat aku dan adik2 untuk menunaikan impian arwah mama ku. Dulu secara tidak sengaja arwah mama pernah bergurau tentang duit simpanan KWSPnya yang masih tersimpan tidaklah banyak mana. Namun arwah mamaku berhasrat jika terjadi apa2 kepadanya dia nak duitnya itu di buat upah haji untuk arwah abah dan untuk dirinya sekali. Tapi ketika mula2 dapat duit, aku tak dapat menunaikan dengan segera kerana adik-adikku masih belajar dan banyak duit nak pakai ketika itu. Tapi sekarang adik2 pun dah bekerja. Alhamdulillah mereka pun tahu dan ingat tanggungjawab mereka sendiri. Banyak kali juga tertangguh kerana pelbagai masalah. Tapi dah selesai 1 perkara. Aku rasa lega sikit dah tunaikan hasrat arwah mamaku tahun ni.

Tuesday, November 2, 2010

Cocoa Cologent Power Plus - murah dan berkesan untuk aku!!




Aku dah mencuba produk CCPP nak masuk 10 kotak dah pun. Yang pasti kalau minum  CCPP secara berterusan kulit muka kita akan nampak lebih cerah dan rekahan di kaki akan berkurangan.. Kadang2 menyakit lupa menyerang main suka hati ja selang-seli minum. Pernah  jugak 1 hari  tu aku bantai minum sampai 3 paket terus sebab rasa kopi sedap punya pasal. Sepatutnya 1 hari 1 paket sahaja dah memadai.  Lagi satu yang best minum CCPP ni breast dan montot tu rasa lebih anjal sikit hhhee.......  percayalah!!! .Ini testimoni untuk diri aku sendiri la, mungkin kesan untuk pengguna lain takkan sama. Tapi apa2 produk sekalipun kenalah maintain tiap2 bulan baru la nampak kesan hasil yang lebih baik. Aku beli 3 kotak untuk stok sebulan cuma RM50 sahaja sesuai la dengan aku yang baget ciput ni.... :)  Tapi seeloknya time period tak yah la minum ye.....





Peluk Isteri

Peluk Isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.