tambah wang dengan zalora KLIK

Wednesday, November 17, 2010

Raya Haji 17.11.10





Hari ni aku dan suami menyambut raya haji di Shah Alam sahaja. En suami tak dapat cuti dan esok baru dapat cuti. Walaupun suamiku bekerja hari ini, aku ada masakkan laksa. 1 menu ja la yg aku masak...haha.... Tak buat open house pun. Cuma untuk kami bertiga termasuk adikku. Takpa...nanti raya cina aku dapat cuti panjang. Baru la boleh setting macam2 aktiviti dengan kengkawan.Bolehla rehat puas-puas di kampung. Lagipun aku dan suami banyak program dengan kawan-kawan. Jadi kenalah simpan duit lebih-lebih sikit.

Alhamdulilah raya haji tahun ni aku dan adik dapat membuat upah haji untuk arwah abahku. Lega rasanya dapat menunaikan impian arwah abah telah terlaksana. InsyaAllah... tahun depan untuk arwah mama pulak. Memang itu niat aku dan adik2 untuk menunaikan impian arwah mama ku. Dulu secara tidak sengaja arwah mama pernah bergurau tentang duit simpanan KWSPnya yang masih tersimpan tidaklah banyak mana. Namun arwah mamaku berhasrat jika terjadi apa2 kepadanya dia nak duitnya itu di buat upah haji untuk arwah abah dan untuk dirinya sekali. Tapi ketika mula2 dapat duit, aku tak dapat menunaikan dengan segera kerana adik-adikku masih belajar dan banyak duit nak pakai ketika itu. Tapi sekarang adik2 pun dah bekerja. Alhamdulillah mereka pun tahu dan ingat tanggungjawab mereka sendiri. Banyak kali juga tertangguh kerana pelbagai masalah. Tapi dah selesai 1 perkara. Aku rasa lega sikit dah tunaikan hasrat arwah mamaku tahun ni.

No comments: