tambah wang dengan zalora KLIK

Friday, August 27, 2010

Jalan-Jalan Shopping Raya & berbuka puasa di Manhattan FISH MARKET





Lepas shopping2 sikit berbuka puasa di Manhattan FISH MARKET Sunway Pyramid
Selamat berbuka!!


Grilled Gala Platter for Two



crispy whitebait garlic butter mussel fried country mushroom
best!




Jamuan berbuka puasa







26 August co ada buat jamuan berbuka puasa di Kota Permai Golf & Country Club. Makanannya sedap2 juga n banyak pilihan. Tapi en hubby x dapat joint coz outstation ke Tawau selama 4 hari. Jadi aku pergi bersama2 kawan office aja la. Best juga sekali-sekali gathering dengan kawan2 ni. Bila lagi nak keluar ramai2 tambah2 co sponsor pulak tu. Dah makan sampai kenyang baru teringat nak ambil gambar... ha... kelaparan la sangat... bedai ja makan apa yang ada... last2 bru teringat nk ambil gambar... Tapi kebetulan kat situ ada juga majlis jamuan berbuka puasa untuk anak2 yatim kg Melayu Subang. Sedih bila terkenangkan anak2 yatim ni yang masih kecil2 lagi. Aku dan adik-adik pun anak yatim piatu tapi semuanya sudah besar dan bekerja. Masa mula2 menerima dugaan hidup tu tak terluah macamana kesusahan kami semua nak menerima takdir Allah. Kami kehilangan tempat bergantung dalam sekelip mata sahaja. Macamna perasaan kami ketika itu hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja tahu dan faham macammana perasaan kehilangan orang yang kita sayang. Dunia ni terasa kelam dan kosong sahaja. Tapi kami samua kuatkan semangat masing2 dan mengharungi hidup yang penuh pancaroba ni dengan tenang. Bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa hargailah mereka sementara mereka masih ada.

Tuesday, August 10, 2010

Deco







Hari Sabtu lepas aku bersama hubby sama-sama bangun awal nak window shopping kat Ikea.
Sebelum bergerak biasalah singgah dulu breakfast d M'D. Kami sampai awal d Ikea. Rupanya ada orang lebih awal yang datang daripada kami. Buget konon2 kami orang terawal smpai la. Ikea banyak sangat deco rumah yang mereka buat. Aku suka tengok2 konsep2 deco hiasan dalaman ikea ni... sekadar ambil ilham camna nk deco apartmentku pulak... Semua cantik2..... Klau la dapat duduk rumah sendiri d kampung bolehla berhabis duit menghias rumah...
Deco ni pun x habis lagi baru mengecat bahagian hall... utk bahagian sini kat ikea tadi aku belikan pasu tinggi warna putih dengan batang kayu tu... aku hias bersama lampu tinggi kat tepi tu..... Untuk hall tengah pulak kami hias dengan cermin besar warna putih untuk menampakkan ruang yang lebih besar...

rumah di sini hias ala kadar ja nak menyambut raya nanti... bukan ada siapa nak datang pun.... nak tunggu orang2 kat kampung tu datang...hhmm.... x tau la bila..... dah letih menunggu... bukan x jemput. Aku pun malas nak kaji sangat benda2 ni... biar la... bukan boleh paksa orang faham perasaan kami 2 kat sini...biarla!!!!..

Tuesday, August 3, 2010

Tayar keta pancit





Hari ini cerita tak best terjadi. Tayar keta pancit la... Masa keluar dari office lagi dah perasan naik keta rasa lain macam ...... Bila aku turun tengok tayar ok ja..... Tapi aku gagahkan juga bawa keta tu minta-minta la sempat sampai rumah kalau nak jadi apa2 pun kat tayar tu....Dalam 20 minit drive tu aku mula perasan yang stering keta tu berat n senget sebelah kanan...tayar depan sebelah driver pulak tu.. hahh.. ini mesti tayar dah pancit ni....Masa berhenti dkt traffic light terus fon hubby bagitau... Nak tunggu hubby datang ambil mau dekat 45minit baru nk sampai... last2.. aku drive juga smpai rumah dalam 2km. Tapi malu la juga... setiap simpang traffic light semua orang pandang..... mungkin diorang ingat aku tak tahu pasal tayar pancit tu...siap ada yg ketuk2 tingkap bagitau pasal tayar.Nk buat camna bagitau juga la... Bukan reti nak tukar tayar pun.. Nak jadi superwomen bab2 tukar tayar surrender la... mana aku reti !!Bila dah sampai rumah... aduhai... smpai nak tercabut dah rim dengan tayar tu...
sedih tengok hbis bercalar....

Sunday, August 1, 2010

Durian Oh Durian





Malam ni aku n hubby pergi makan durian dekat SS2, Petaling Jaya. Aku ni bukannya suka sangat makan durian tetapi sekadar meneman hubbyku yang memang hantu durian. Pantang tengok orang jual durian mesti nak beli.. Durian di sini ada mcm2 gred. Makan 1 kepala RM8 sahaja. Makan la berapa bijik pun smpai kenyang. Tak sedap atau buah tak elok tukar saja yang baru makan saja sampai puas hati. Selalunya time musim durian penuh orang makan kat sini... tiap2 tahun ada..Mereka juga akan bagi 1 kotak air mineral. X cukup minta tambah ja... OK..