tambah wang dengan zalora KLIK

Friday, August 27, 2010

Jamuan berbuka puasa







26 August co ada buat jamuan berbuka puasa di Kota Permai Golf & Country Club. Makanannya sedap2 juga n banyak pilihan. Tapi en hubby x dapat joint coz outstation ke Tawau selama 4 hari. Jadi aku pergi bersama2 kawan office aja la. Best juga sekali-sekali gathering dengan kawan2 ni. Bila lagi nak keluar ramai2 tambah2 co sponsor pulak tu. Dah makan sampai kenyang baru teringat nak ambil gambar... ha... kelaparan la sangat... bedai ja makan apa yang ada... last2 bru teringat nk ambil gambar... Tapi kebetulan kat situ ada juga majlis jamuan berbuka puasa untuk anak2 yatim kg Melayu Subang. Sedih bila terkenangkan anak2 yatim ni yang masih kecil2 lagi. Aku dan adik-adik pun anak yatim piatu tapi semuanya sudah besar dan bekerja. Masa mula2 menerima dugaan hidup tu tak terluah macamana kesusahan kami semua nak menerima takdir Allah. Kami kehilangan tempat bergantung dalam sekelip mata sahaja. Macamna perasaan kami ketika itu hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja tahu dan faham macammana perasaan kehilangan orang yang kita sayang. Dunia ni terasa kelam dan kosong sahaja. Tapi kami samua kuatkan semangat masing2 dan mengharungi hidup yang penuh pancaroba ni dengan tenang. Bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa hargailah mereka sementara mereka masih ada.

No comments: