tambah wang dengan zalora KLIK

Friday, May 28, 2010

Bukit Tinggi, Pahang































Hari ini aku baru balik bercuti dgn hubby ke Bukit Tinggi, Pahang sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7 tahun. Ini adalah kali kedua kami pergi ke sana. Kami bermalam di Bukit Tinggi Club golf.Destinasi baget! Perjalanan dari rumah mngambil masa kira2 1jam 30minit shaja.

Sepatutnya percutian kami ini akan ditemani family mertua tapi disebabkan beberapa masalah jadi kami berdua shaja yg dpt bercuti kesana. Kali pertama kami ke sini bermalam di Meranti Apartment.Bagi aku meranti apartment lebih selesa kerana tempat yg tinggi dan luas cuma shuttle service tidak di sediakan. Kali ini sengaja kami ambil cuti masa bekerja supaya tidak terlalu ramai orang di atas Bukit Tinggi nanti dan lebih tenang dan sunyi.

Bangunan di sini dibina ala2 castle memang menarik bila bergambar.Kita dapat melawat byk tmpt seperti Colmar Square, Japanese Village, Bonical Garden, Rabbit Park, Horse Trails dll. Sebenarnya nak ke sana tidaklah susah kerana setiap tempat yang nak di lawat akan disediakan shuttle service setiap 1 jam dari hotel yg kita menginap ( tidak termasuk Meranti Apartment ).Jadi jimat minyak dan x perlu susah hati bagi sang suami2 yg sayangkan keta.

Untuk ke sana selepas tol karak highway RM5 akan jumpa persimpangan kiri ke Genting. Bukit Tinggi ni adalah persimpangan kiri yg kedua selepas Genting dan selepas R&R Genting Sempah. Selepas melepasi terowong ada persimpangan ke Bukit Tinggi ikut kiri dan jalan terus sehingga smpai ke hotel yg kita nak menginap.

Tips cost:
Club Golf Bukit Tinggi with breakfast (buffet) 2 person RM128/night
Tiket masuk RM12 per person
Makan malam RM20 per person/night

Apa lagi... pergi la bercuti!
Sesiapa yg ada buget lebih bolehla bermalam di Colmar lebih cantik dan menarik permandangan.





No comments: