tambah wang dengan zalora KLIK

Saturday, May 15, 2010

anniversary 7




Tahun ini aku menyambut anniversary perkahwinanku yg ke 7.H

Impian?
Impian aku macam biasa...InsyaAllah kami akan sabar menanti rezeki untuk bertiga,berempat dan seterusnya. Aku x mahu memikirkan benda2 yg merunsingkan fikiran aku namun aku dan suami akan sentiasa berdoa agar permintaan kami "dimakbulkan". Aku juga berdoa agar dikuatkan hati dan perasaan dari memikirkan kata2 orang tentang kekurangan diriku ini. Mungkin ada orang yang suka membanding2 kan aku dengan yang lain ttpi aku bersyukur kerana dimurahkan rezeki selalu. Aku dan suami bermula dari '0' dan berusaha bersama2 merangkak setapak demi setapak untuk mencapai apa yg di impikan tanpa bantuan sesiapa. Semuanya rezeki dan izin dari Allah Taala. Terlalau banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang menjadi makhluk Allah. Terlalu banyak dugaan yang kami tanggung bersama. Tiada siapa tahu bagaimana keadaan kami ketika itu. Kami terpaksa berpisah sementara selama 1 tahun 5 bulan kerana suami menyambung kursus. Tiada siapa pun pernah bertanyakan keadaan aku disini.Aku terpaksa menempuh dugaan yang berat ini sendirian. Tambahan setelah ketiadaan kedua ibu bapa aku terpaksa menjadi lebih kuat dan tabah walaupun kadangkala aku juga kalah dengan perasaan sendiri. Walaupun sedih aku terpaksa kuatkan hati menempuh segala cabaran ini. Susah dan senang hanya kami berdua yang tahu dan tempuhi bersama.Walaupun kenangan tu dah 2 tahun berlalu tapi kenangan ketika itu tetap terpahat dalam diari hidupku.Namun aku bersyukur di kurniakan seorang suami yang sentiasa menemani aku tika susah dan senang malah sangat2 bersabar dengan kerenah aku dan cuba menjadi yang terbaik utk diriku yg serba kekurangan ini. Terima Kasih abang.

No comments: