tambah wang dengan zalora KLIK

Thursday, February 18, 2010

Sahabat





Sahabat..

Fizah vs Ina
Di ketika ini aku sangat2 rindukan sahabat-sahabatku Fizah & Ina. Tak sabar rasanya nak berjumpa korang raya nanti.. Persahabatan aku dengan Fizah n Ina dari sekolah smpaikan masuk ke alam perkerjaan... Seronok rasanya bila teringatkan balik waktu kita sama-sama bekerja di SMTT. Kita bertiga begitu rapat sampaikan di panggil 3 dara pingitan. Pergi mana-mana sentiasa bertiga. Tapi ada juga yg mengatakan aku ni sombong kerana  kerana muka ku ini nampak sirius,sombong dan berlagak.... ya...muka juga yg bersalah..x da la.. aku x sombong dan x berlagak pun cuma x pandai bersosial yang sebetulnya... tapi bila aku berjumpa korang berdua ni yg kepala gila2 expecialy Fizah...keraktorku akan berubah menjadi ceria.. ya.. aku amat merindui zaman ketika itu..zaman suka duka dan gembira kita bertiga bersama. Jalan bersama, makan bersama, gosip2 , kutuk2 bersama semuanya kita kongsi bersama. Hari2 datang kerja x dapat dengar ayat lawak hg Fizah mcm x kena.. Fizah smpai sekarang suka sangat guna ayat2 lawak...ha..ha.. Mek Ina mcm dok tau la... cool mcm ice cream mat cool... sejuk selalu... Walaupun aku mengalami masalah family namun korang sentiasa menyokong aku dan tak pernah nak memburuk-burukkan sapa2 di sini. Walaupun kita kadang-kala ada yang bermasam muka tapi kita tak pernah nak gaduh lama2... sekejap ja lepas luah yg terpendam terus jadi ok mcm biasa. Tapi keseronokan kita berakhir setelah aku kahwin.. aku sangat terdesak ketika itu. Mungkin hgpa 2 akan kata aku pentingkan diri sendiri kerana pergi camtu ja. Sebenarnya aku pun tak sangka akan kahwin awal dan meninggalkan korang camtu ja tanpa kabar berita... tapi selepas ketiadaan arwah mama aku secara mengejut meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidup aku... aku dah x ada sapa2 lagi dalam dunia ni... jadi dengan berkahwin aku rasa jalan terbaik untuk aku melupakan kisah duka aku ketika itu... Bila bekerja nampak happy dgn gelak ketawa.. tapi bila balik rumah aku kesorangan... rumah hanya aku penghuninya...  Aku x cukup kuat utk tinggal sorang2 di rumah yang penuh kenangan pahit dan manis bersama arwah mama dan arwah abah. Selepas berpindah aku terus diam tanpa berita. Sebenarnya cukup perit nak ceritakan kehidupan di sini waktu aku mula2 pindah ke sini. Macam-macam dugaan terjadi Allah s.w.t sahaja yang tahu. Bermacam-macam pahit manis kami tempuhi disini. Sebab itu aku kata kehidupan kami di sini susah nak diceritakan. Sebab itu aku jarang balik kampung atau dapat berjumpa hgpa di sana. Namun alhamdulillah... berkat kesabaran semuanya dah berakhir dan aku semakin selesa dengan kehidupan di negeri orang ini. Aku bangga kerana dapat mengutip pengalaman di sini bersama mirul. Kami berdua sama2 membina kehidupan sendiri di sini. Aku minta maaf kerana meninggalkan korang tanpa kabar berita dulu. Keadaan memaksa aku berbuat demikian.  Aku x akan lupakan jasa korang. Hgpa 2 cukup baik dgn aku dulu tak tahu camna nk balas jasa hgpa tu. InsyaAllah.. jika ada kelapangan kita akan berjumpa jua nanti. Buat Fizah, jangan menyesali nasib diri. Jangan berputus asa. Kita sebagai makhluk Allah kena tabah menghadapi dugaan hidup. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.. Jangan lupa berdoa InsyaAllah hati kita akan tenang dan hargailah 3 pemberiaan Allah yang tak terhingga tu. Bagilah kasih sayang secukupnya agar anak2 tidak akan rasa tersisih apabila mereka dewasa nanti. Sebenarnya aku nak booking anak hg no 3 tu dulu masa kita jumpa bln 2 haritu.. tpi x terluah.. ya la..
7 tahun penantian aku dan mirul x menjadi. Tapi aku rasa hg x akan bagi pun.. hee.. saja ja..

Azean
Aku pun teringat kt hang juga..... walaupun hg tu dah mnjadi ibu beranak 2 + 1 tapi hg sentiasa ceria dan kepala gila2.. ka... mmg hg betul2 gila hee..he..letak la hg di manapun hg pandai membawa diri dan x kekok berkawan dengan sesiapa pun. Business women la katakan kena la pndai bawa diri depan orang. Goreng orang pun pandai... baru bisness maju.. Aku rasa hg tau segala masalah aku dan aku tahu hg akan simpan rahsia aku sampai bila2.. terima kasih Azean. Kita sek rendah 1 kelas, sek men sekali dan masuk kolej pun sekali... hhuu...lama tul kita kawan no... Kita pun pernah bermasam muka dulu tapi kita 2 bukan jenis suka gaduh lama2.. trus boleh lupa apa yg terjadi walaupun hati masih sakit tapi kita masih berkawan smpai sekarang. Kita ni gaduh... baik..gaduh baik.....Hg pun jenis x ambil kisah hal yg lepas2...Dah tentu hg tau sangat sejarah hidup aku dari kita kecik smpai sekarang. tapi aku bangga masih punyai sahabat yang masih mengenali aku walaupun aku dah berpindah ke Shah Alam. Kita masih lagi contact lagi smpai sekarang. Kalau nak tau hg la orang yang selalu akan contak aku bila dh lama x dengar berita tentang aku.. terima kasih cik Yan...

Kak Bedah..
Kak Bedah adalah sorang kakak yang ku anggap mcm kakak ku sendiri. Kak Bedah selalu memjadi buku rujukan aku ketika sama2 bekerja di SMTT. Dia la tempat ku meluah perasaan ketika aku dalam kesusahan. Kak bedah juga seorang pendengar yang setia. Kak bedah juga seorang pembantu kewangan aku...ha... ha... macam tau2 ja aku dalam kesusahan... terima kasih kak Bedah... Dalila harap kak Bedah bahagia selalu dengan kehidupan kak Bedah sekarang. Terima Kasih kak Bedah kerana pernah menjadi kakak sementara Dalila 1 ketika dulu.

Love U alls..Aku x akan lupakan jasa2 sahabat-sahabatku semua.. Tak terbayar rasanya kebaikkan korang kepadaku dulu. Hanya Allah saja yg dapat membalasnya.. Macam2 kenangan kita bersama dulu2 malalui usia remaja.. hee.. lagu Fauziah Ahmad Daud...
Minta ampun minta maaf.. Selamat Hari Raya.. eh..eh... awal la pulak..he..
Kalau nak jalan2 KL bagitau ja... aku boleh bawa ronda2... jangan malu2..datang ja..OK

No comments: