Monday, February 1, 2010

mulanya 2011

Malam ni pukul 12 genap la ke tahun 2011. Sekejap ja masa berlalu. Aku harap yang terbaik untuk hidup aku dan suami melangkah ke tahun baru ini agar hidupku lebih bermakna dan sentiasa d panjangkan jodoh dan usia kami berdua. Tiada apa yang kupinta selain kesejahteraan rumahtanggaku ini. Aku akan cuba kuat dan tabah menerima cakap2 orang tentang kekurangan diriku. Aku berharap orang2 yang maksudkan lebih peka dan sensitif tentang apa yang mereka perkatakan tentang diri aku. Aku tahu mulut orang bukannya boleh d tutup... tapi aku pun punya perasaan untuk terasa dan merasa.

Azam aku untuk tahun ni sudah tentulah aku inginkan zuriat. Aku ingin hidup yang selesa. Aku ingin hidup bahgia dalam rumahtangga. Aku ingin kesihatan yang baik. Aku ingin sentiasa di ingatan kawan2. Aku ingin menjadi isteri, sahabat dan kawan baik untuk suami. Aku ingin menjadi pekerja yang cemerlang... bodek sikit ni...hhaa... Aku ingin menjadi diri aku sendiri. Apa2 pun aku sama ja seperti manusia yang inginkan kebahgian dunia dan akhirat.




No comments:

-- > Klik iklan di bawah untuk keterangan lanjut < - -