tambah wang dengan zalora KLIK

Saturday, March 13, 2010

Petua

Petua : Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun (dikawasan yang tiada pencemaran) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering.Kemudian basuh muka anda.Amalkan selalu insyaallah.

Petua : Menghaluskan Rambut
Cubalah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan dan ramas-ramaskan dalam sebaldi air,dan lendiran air rambutan bercampur air dalam baldi tadi boleh digunakan sebagai bilasan rambut dan hasilnya rambut anda kelihatan lembut dan terasa halus.

Petua : Melembutkan rambut.
Selepas mandi, bilas rambut dengan air teh suam, Gosok serata rambut dan biarkan 10 minit baru dilap rambut tersebut! Insyallah, ianya mujarab kerana saya memang mengamalkannya

Petua : Memudahkan segala urusan.
Diambil dari ayat 8 surah Yaasin. Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu @ dibaca tidak kira apa jua niat anda. Insya Allah segalanya menjadi mudah pekerjaan anda. contohnya: Interview , baca ketika hendak masuk jumpa sipenemuduga. Baca dengan niat yang ikhlas.

Petua : Menyerikan wajah.
jika anda ingin kelihatan berseri-seri sepanjang hari ..amalkanlah petua ini ambil air basuhan beras yang pertama .. basuh muka anda sebelum masuk tidur..tunggu selama 15 minit.. baru cuci dengan airsuam.. jadi cubalah petua ini anda akan tahu hasilnya sendiri.

Petua : Melambatkan Rambut Uban
Selepas membasuh tangan ( selepas makan ), hendaklah disapukan ke rambut. Tangan yang dibasuh tadi tidak perlu dilap.InsyaAllah, rambut anda tidak beruban

Petua : Kempiskan Perut
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .Lumurkan atau sapu dekat perut ,amalkan setiap malam.Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

No comments: