Banyak pengalaman yang aku dapat dalam tahun 2010. Aku bersyukur kerana tahun 2010 aku dimurahkan rezeki selalu. Walaupun banyak juga masalah terjadi aku dapat hadapi juga dengan hati yang tenang dan tabah. Aku lalui 2010 dengan hati yang mcm rojak. Macam2 perasaan terjadi dalam tahun ni. Perasaan yang tenang lepas dari tanggungjawab aku menjaga adik2. Tidak ada lagi perasaan risau, susah hati, bercelaru, curiga dan macam2 la. Bukan mengongkong tetapi terlalu berhati-hati tidak mahu pisang berbuah 2 x. Lega rasanya dapat mengatur hidup mereka sampai berjaya walaupun ada sedikit kekecewaan yang sangat dalam dalam hati aku dan suami tapi aku pun tak mahu memikirkan sangat. Tak perlu lagi aku sakit2 kepala memikirkan benda2 remeh-temeh. Baik aku pentingkan rumahtanggaku sendiri dari memikirkan hal orang lain. Aku laluinya seolah-olah tidak ada apa2 berlaku pun dalam keluargaku ini. Sekurang-kurangnya dah selesai tanggungjawab aku menjaga adik2 dan sekarang tanggungjawab suami mereka pulak menjaga mereka. Aku pun tak mahu menyesali apa terjadi dan aku tak mahu lagi di caci. Biar mereka kaji dan tengok sendiri mengapa dan kenapa jadi begini.
Tahun ni juga ada cerita suka dan dukaku. Kecik hati kerana dipinggirkan, sedih kerana d banding-bandingkan. Aku pun lega dapat menunaikan amanah arwah mamaku untuk membuat upah haji. Lapang rasanya bila amanah telah ku tunaikan. Hidup pun rasa selesa dan tidak ada rasa bersalah lagi kerana menunda beberapa kali sebelum ini.
No comments:
Post a Comment