Saturday, September 28, 2013

anak mama dah pun masuk 10 bulan 2 minggu

 

Alhamdulillah.... hari ini genap 10 bulan 2 minggu anak Dela... sekejap ja masa berlalu. Sekarang ni banyak yang Ameera belajar dari nursery yang kami hantar. Boleh pandang n angkat tangan bila namanya di panggil, boleh main tepuk2 tangan ( pok amai2 )gengam jari ( cak ce kor ) dan yang paling terkini dah boleh berdiri n berjalan 3-4 tapak. Alhamdulillah... cepat betul anak mama belajar. Sekarang ni nampak apa saja barang semua nak masuk mulut. Kena gigit dengan Ameera ni perkara biasalah...hhee... Masih dapat bekalkan susu badan untuk Ameera lagi walaupun hanya dengan menggunakan botol susu sahaja... sedih tau. Sekarang ni pun bila hari cuti Dela akan bawa anak dela jalan2 taman permainan ... saja nak bagi dia banyak bergaul sikit walaupun sebenarnya bila nampak ramai orang ni Ameera lebih banyak memerhati. Apa saja yang dela buat Ameera akan cuba ikut. Sikat rambut.... angkat fon (walaupun fon palsu ja) hhee... apa saja Dela pegang ... Ameera pun nak pegang sama. Semua gaya dia cuba tiru... itu la orang selalu cakap... budak2 ni perhati apa saja yang kita lakukan.... mereka akan belajar.... seronok sebenarnya perhatikan gelagat mereka ni... hhee

Cuma semalam ada sedikit terasa hati dengan nursery ni... 2 hari lepas waktu Dela bawa balik Ameera Dela perasan ada kesan macam garis panjang dari hidung ke pipi. Dela rasa mungkin Ameera terhantuk sebab ada kesan titik merah lebam. Waktu akak tu dukong Ameera macam dah nampak cuma Dela x tergerak hati tak tanya sebab akak tu sembang tak berhenti. Elok dalam keta Dela tengok memang ada lebam. Balik rumah Dela ceritakan kepada suami dan suami sedikit marah la sebab tak terus tanyakan tadi siap2. Dela cakap nak tanya esok aja. Jadi esoknya hantar Ameera terus Dela tanyakan... cikgu2 nursery tu semua kata tak tahu... akak yang semalam jagakan Ameera belum sampai lagi. Dela bukan menuduh... dan Dela pun tanya baik2 tanya kenapa muka Ameera ada lebam takut2 dia terhantuk minta cikgu tengok2 kan sama sebab Ameera ni semakin lasak semenjak dah boleh berdiri sendiri ni. Ok semua tak mau mengaku Dela pun tak mau panjangkan cerita terus pergi kerja seperti biasa. Petang tu time Dela ambik Ameera akak yang jagakan Ameera tu dah tunggu siap2 tepi pintu rasanya memang nak jumpa Dela. Apa yang Dela sakit hati dia boleh cakap semalam dia kasi Ameera memang tak ada kesan lebam2... habis tu Dela tunjukkan lebam tu boleh dia kata itu alergik kulit. Dela cakap la... kalau dah ada kesan pecah darah takkan panggil alergik... nada Dela perlahan aja.... iya la... ckap dengan orang tua2 takut terasa lak nanti. Tapi muka dia nampak macam tak puas hati mungkin sebab Dela mengadu jadi dia pun x syok la kot. Dia perli2 Dela cakap ramai lagi dia nak kena jaga... bukan anak Dela saja... pastu dia kata dia ni bukan jenis dera budak...ish.... tak terfikir pulak Dela mereka nak dera budak2. Dela tak kata pun Ameera ni kena dera cuma Dela bertanya kenapa ada lebam kat muka Ameera dan nak mereka lebih berhati2... itu aja. Dela explain kat akak tu Dela bukan tuduh cuma bertanya... n Dela malas nak perang mulut dengan orang tua2 jadi Dela terus minta balik. Suami Dela bising la sebab Dela tak bagitau hari yang nampak kesan lebam tu barulah mereka tak boleh bagi alasan lain.... tapi harap2 selepas ini Dela kena lebih alert awal2. Jadikan pengajaran.




6 comments:

mak encik | SZ said...

salam k dela...
wahhhh dah besarrrr ameera ye...punyalah byk tertinggal train ni ...

SeputihSalju said...

kdg2 rasa nak jaga sendri je anak kita kan kak.. tp nak buat mcm mna kan kita pun ada tanggungjawab lain..

MulutPayau said...

Wahhh Ameera dah boleh jalan ya..makin lasak tu...
Kat nsry mmng macam2 boleh jadi....Dela kena hati2 ya....

Kin Naz said...

comelnya anak mama :)

Nurul Ashikin said...

Serius gambar cantik, sungguh teruja nak pi sana ^___^

Khai♥Rin : anies said...

dia tersentap kot kak sbb akk mengadu kt org lain dulu pastu br ckp kt dia...

-- > Klik iklan di bawah untuk keterangan lanjut < - -